Thursday, December 27, 2012

Asas Ilmu Perubatan-Rahsia Doa Makbul

Bismillahhirrahmannirahim...
Sedih betul aku mendengar ceramah dari Habib Ali ni...memang susah nak jumpa orang yang daapat menceritakan kisah Nabi Muhammad saw kalau bukan dari ahli keluarga nya sendiri...


Ya..ramai orang yang berdoa tetapi tidak tahu rahsianya.aku pun sama tak tau, aku tau sikit2 je..yang sikit ni la aku nak kongsi...
Sebenarnya ada banyak la syarat-syarat untuk mendapat kemakbulan dalam berdoa ni , tapi di sini bagi tujuan asas ilmu perubatan..
Aku nak kongsikan ilmu aku ni je..nak pakai,pakaila..nak buang ke tong sampah pun terpulang la...
Daripada Umar al-khattab, Nabi saw bersabda: " Bahawa doa itu terhenti di antra langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atasku" - HR al-tirmizi
INILaH rahsia besarnya...tidak ada doa yang akan diangkat sekiranya tidak ada selawat dan salam kepada Nabi Kita Muhamaad SAW...sebab tu kalu perasan stiap doa yang disusun oleh ulamak mesti ada selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW..
Adakah cukup dengan tambahan pada setiap kali berdoa sahaja?...mana cukup beb..
Daripada Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا Terjemahan: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 16/198, no. 10287. al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/224, no. 645. Muslim, 2/376, no. 616. Abu Daud, 4/324, no. 1307. An-Nasa’i, 5/74, no. 1279)
sebenarnya ramai yang tak faham apa maksud selawat ni...selawat ni maksudnya mendoakan kebaikan kepada Nabi SAW
“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna: “Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”: Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)
Jadi jelaslah apa maksudnya selawat...ni yang paling ringkas "allahumma solli ala muhamad, wa'ala ali muhammad"...
Selawat adalah doa kita untuk nabi kita SAW...1 kali kita mendoakan Nabi (selawat) maka Allah swt akan mendoakan kita 10 kali....
bagi ahli2 ruhaniah..memang amalan yg UTAMA dalam proses pembelajaran mengubati diri dan pesakit adalah banyak berselawat...
Aku sendiri berselawat seribu kali satu hari insyallah..selagi Allah izinkan,aku teruskan selawat kepada Nabi SAW...
Dengan banyaknya kita berselawat,lebih dekat kita kepada Nabi SAW,lebih banyak Allah dan para Malaikat berselawat pada kita..maka mudahlah doa kita di angkat naik ke atas..
Nampak mcm banyak je seribu tu kan, tapi sebenarnya sedikit je...ada satu sheikh tariqat yang aku kenal...memerintahkan murid-muridnya berselawat sebanyak 5 juta kali seumur hidup...huhhhhh..kita rasa kita dah banyak, ada lagi orang yang lebih banyak....lebih dekat pada Nabi, lebih dekat pada Allah..
Tak susah kalu kita nak memulakan selawat ni...tak semestinya atas tikar sejadah...sambil drive...sambil berjalan, sambil buat keje..sentiasa saja hati kita selawat kepada Nabi saw...jadi setakat seribu satu hari tu...tak sampai 1 jam dah settle...

klik..kewafatan nabi saw..
klik..roses-for-the-prophet-saw

Sunday, December 2, 2012

Sihir Puja

Bismillah
Ramai yang mungkin tidak tahu or perasan bahawa sihir sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis..ramai org nusantara ni duk pikir sihir yang susah adalah jenis santaula,itula,ini la...
sebenarnya bagi aku yang cetek ilmu ni, sihir yang sukar untuk di ubati adalah jenis sihir puja / vodoo...sihir jenis ni amatlah sukar untuk di kesan...
napa sukaar nak dikesan? sebab sihir jenis ni melibatkan pemujaan pada sesuatu objek, objek tu di tujukan pada kita..dan apa yang dikenekan pada objek tersebut,maka sesiapa yang dituju akan terasa kesanya...contohnya, kalu ditikam pada jantung,sakitla jantung kita,kalu ditikam di kepala sakitla kepala kita...
so masalahnya ialah,tidak melibatkan jin didalam badan...sangat sukar di kesan kerana jin tidak ada di dalam tubuh kita...kebanyakan perawat scan menggunakan kaedah rukyah...dan melihat apa kesan kepada pesakit dengan rukyah-rukyah yang dibaca...andaikata tidak ada kesan seperti jantung bedebar, panas, histeria dan sebagainya, maka perawat terus mengatakan bahawa tiada sihir..maka perlu rujuk kepada doktor..sebenarnya ini adalah pandangan yang salah...
bagi sihir jenis puja atau vodoo...memang tidak ada kesan kepada bacaan ayat suci...kerana didalam badan pesakit tidak ada sebarang unsur2 jin dan sebagainya..
Kes seperti ini kita boleh merujuk kepada sihir yang dikenakan kepada Nabi Muhammad saw..Dari Aisyah -rodliallaahu’anha- bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam disihir sehingga terbayang seolah-olah beliau melakukan sesuatu padahal tidak melakukannya. Beliau mengatakan kepadanya pada suatu hari, bahwa: “Dua malaikat datang kepada beliau lalu salah satu dari keduanya duduk di sisi kepalanya dan yang lainnya di sisi kedua kakinya. Salah satu dari keduanya bertanya kepada yang lain, ‘Bagaimana keadaannya?’ Ia menjawab, ‘Ia disihir.’ Dia bertanya, ‘Siapa yang menyihirnya?’ Ia menjawab, ‘Labid bin al-A’sham.’ Dia bertanya, ‘Pada apa?’ Ia menjawab, ‘Pada sisir dan buntalan rambut dalam sebuah mayang kurma di sumur Dzarwan.’.
Jelas hadis diatas merujuk Nabi pernah disihir...adakah kita mengatakan bahawa sihir yang ditujukan kepada Nabi SAW melibatkan ada jin or syaitan yang boleh tembus memasuki Jasad Nabi SAW..DemiAllah tidak sama sekali...Nur Nabi saw tidak tertanggung oleh mana2 makhluk pun..andai kata syaitan dan iblis ingin mendekati Nabi saw, maka leburlah mereka kerana Nur Nabi SAW...Hadis ni menjadi pengajaran kepada kita bahawa ada sihir jenis ini...Allah mengajar kita supaya di jadikan teladan..
Jelas Sihir Nabi ada lah sejenis sihir Puja..yang di puja kepada sisir buntalan rambut di dalam sebuah perigi...dan objek itu ditujukan kepada Nabi SAW..
Sememangnya semua pengajaran bagi manusia Allah turunkan kepada Nabi SAW..baik merupakan cara kehidupan, cara ibadat dan segala-galanya yang merangkumi hidup di dunia...memang ada yang mempertikaikan 'takkan la Nabi ppun kene sihir "..bagi aku ,sihir ini hanya lah satu ilmu yang diturunkan kepada Manusia melalu Nabi SAW..ini jelas menunjukkan bahawa Nabi saw itu sendiri adalah manusia di kalangan kita, yang lahir kedunia mengikut proses kejadian manusia biasa
Firman Allah..
Surah At-Taubah : 128 : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman./blockquote>
Boleh saja kalu Allah tidak membenarkan sihir dikenakan kepada kekasihnya Nabi SAW...boleh saja malaikat yang datang berdialog di hadapan Nabi Saw terus mengubati dan menghapuskan barang sihir yang dikenakan kepada Nabi saw, Gunung pun boleh di terbalikkan oleh malaikat,inikan pula sihir si yahudi bernama Labid..pastilah mudah sahaja..tetapi kisah ini adalah untuk teladan kepada semua manusia,bahawa hendaklah berhati-hati dengan sihir jahat seperti ini.../blockquote>
KAli pertama aku berhadapan dgn sihir jenis ini sangatlah memeningkan kepala aku..salah seorang murid ku terkene sihir ni...dia datang mengadu kepada aku...jantungnya sakit teramat sangat macam di cucuk pedang...muridku ni selalu membantu aku merawat pesakit...
Apabila dia mengadu, aku mula scan tubuh badanya,melihat-lihat sama ada ada gangguan Jin didalam tubuhnya..puas aku scan, habuk pun takdak..aku dah mula pening, dia masih lagi mengadu sakit, masa tu jam dah mula menunjukkan 3 pagi..badan aku dah keletihan, otak makin tumpul....
Semua ayat2 yang aku bacakan tidak menjadi kesan ,malah sakit murid ku bertambah parah...
Aku dan dia mengambil wudhu...aku cakap pada muridku,kita baca Yassin Fadhilah...selalunya kes2 yang kronik,barulah aku bentuk jemaah untuk merawat menggunakan Yassin Fashilah..Menggunakan Kaedah Yassin Fadhilah selalunya insyAllah berkesan..tetapi mengambil proses dekat 40minit lamanya, sebab tu aku jarang menggunakan kaedah Yassin fadhilah ni..
Selesai habis membaca...muridku tetap mengadu sakit...fuhhh...sakit apa ni, aku mula fikir ini sakit jantung belubang...takkan dah baca Yasssin pun ada jin yang aku taknampak boleh selamat..takkan tak hangus terbakar...
aku cuba scan sekali lagi, aku pegang kepala muridku, aku zikir dalah hati, aku mohon Allah tunjukkan apa puncanya, kenapa masih sakit mencuucck seperti di cucuk pedang...dalam aku kusyuk bermohon di tunjukkan..dengan rahmah dan izin Allah..dalam beberapa saat saja aku ditunjjukan ada satu mayat yang buruk, dan mayat tu di cucuk oleh sebatang kayu tepat di jantung mayat tersebut...
kemudian gambaran itu terus hilang....
Alhamdullilah, aku dah tau puncanya dgn pengajaran dari Allah swt..kes sihir puja, kesimpulan yang aku buat, mayat itu dicucuk pada jantungnya, tapi yang merasa sakit ialah murid ku...
Apabila dah tau sebab musababnya mudahla kerja ku...dalam 15minit kemudian, murid ku terus pulih sepenuhnya...
Pengajaran dari sihir puja ni...bagi mereka yang tidak mempercayainya maka,mesti pergi ke hospital,dan doktor mula tebuk sana,tebuk sini..akhirnya badan terus jadi rosak...

Thursday, October 18, 2012

Doa Nabi Sulaiman

salam... Banyak kelebihan bagi siapa yang mengamalkan doa Nabi Sulaiman
اللهم أدخلنا فى سـور سـليمان وملك سـليمان من المشـرق والمغرب بذاته وصفاته وأفعاله وقوته وسـلام يارب جبريل وميكائيل وإسـرافيل وعزرائيل وملك سـليمان من المشـرق والمغرب جنا وإنسـانا وريحا وغماما تسـليما كثيرا كثيرا وسـبحانه وتعالى جل جلاله وكماله عليما يا إبليس يا إبليس يا إبليس والشـياطين سـاكنا فى الظلمات ربنا تقبل منا دعاء سـليمان وصلى الله على سـليمان وعلى سـائر الأنبياء برحمتك يا أرحم الراحمين /blockquoteTerjemahan: Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya, Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Banyak perawat yang menggunakan doa Nabi sulaiman ni..
masa aku mula nak lancarkan,Ya Allah payahnya....
Antara kelebihan Bagi Pengamal 1- Menundukkan Jin 2- Penunduk Bagi Binantang 3- Masuk hutan insyallah selamat 4- Pendiding 5- Penggerun kepada Manusia dan jin serta Binatang 6- Murah Rezki-Kekayaan 7- Aura Hebat 8- KAta-katanya di dengar/ akur 9- Kenaikan Pangkat 10- Pengaruh - berwibawa
Ni la antaranya....insyallah lancarkan la duulu, dah lancar nanti aku ajarkan secara Makrifah pula..mula2 baca je secara syariat je....

Friday, October 12, 2012

Kidnap Bos Hantu Raya

Lamo dah tai update..ramai duk bising... ni cerita sensasi baru-baru ni aku pg buat..kalu org biasa ckp mesti buat keje gila..
selalunya jin je kacau orang, ni aku pg kacau jin
Aku dah kidnap Bos hantu raya kat area negeri sembilan ni dahhhh...
Cerita nya mcm ni..ada satu member aku , isteri dia kene ganggu ngn Hantu raya, bertahun - tahun merana pasal Hantu Rayo ni...
Petang tu dia lepak2 ngn aku, dia tak tau aku pandai mengubat-ngubat ni, dia tau aku ni bisnesman je...so mcm2 la tajuk kitorang bebual...
sampai la masuk bab tajuk dia sampai berhenti keje sebab isteri dia sakit, hampir setiap hari kene histeria, kesana sini la dia ngubat...hampir 2 tahun proses mengubat tu berlaku...kemudian barula sembuh wife dia,dia ckp wife dia sembuh dgn satu perawat di bangi,perawat tu dah kunci badan wife dia smpai hantu raya tu dah tak leh masuk ke badan wife dia...aku diam je dengar cerita dia...hebat jugak perawat tu,siap leh kunci badan orang lagi...
so satu mlm ada function, kitorang pun dinner la skali, member aku ni dtg bwk wife dia skali, wife dia yg sakit tu...diam2 aku scan wife dia, eh..ada lagi hantu raya kat dia bisik hati aku..takpalah biar je la..dia pun bukan tau aku leh ngubat..
masa jln kaki nak balik ke kereta tu,aku tak sampai hati nak diamkan je, aku pun cakap la, 'bang,ada lagi la hantu raya kat badan wife abg'..dia toleh ke aku...ada lagi ke? aku angguk, takpalah nanti aku bwk dia pg ke bangi balik...aku sampuk, takpalah bang, kali ni biar saya je yang hentam hantu ni..dia angguk cakap,ok esok aku dtg bwk jumpa ko..wokeyyy,esok jumpa yo
so esok mlm tu,aku pun bertempur la dgn hantu raya tu, smpai 4-5 orang la kena pegang wife dia,histeri meronta-ronta melawan..
mlm tu settle la hendaknya...so satu hari tu aku lepak umah member aku,dia ajak dtg umah, dia ckp dia tau sapa punya hantu raya tu, aku diam je..selalunya bila orang tanya aku pasal sapa punya,sapa tuan ni,aku diam taknak ckp,aku pun bukan handal sangat,kut tersalah scan jadi fitnah besar,mampos aku kat padang mashar dapat dosa menfitnah...
tapi aku terus didesak pasal soalan sapa punya-sapa punya ni...member aku ni nak conformkan betul ke dari org tu...aku serba salah jadinya..
last-last aku ckp kat dia..mana rumah orang yang di syaki tu..jum kita pg skudeng jap...
masa tu kitorang berlima, aku duk seat belakang...salah sorang yang follow mlm tu badan dia mudah di masuki makhluk halus..dia duk sebelah kiri aku,sebelah kanan aku anak member aku....
rasanya dalam kul 11 kut,memang gelap gelita,kawasan kampung,tau2 je lakan,memang sunyi sepi la...so kitorang pun menyusur la jalan kampung bertar yang gelap tak gelap sangat tu..
seram sejuk je...'tu kat depan tu rumah dia...'bsiik member aku..kete terus melepasi rumah yg ditunjuk..aku pandang rumah tu sepintah lalu...
rumah bunglo besar..kawasan kampung,dengan halaman luas giler..kayo tuan rumah ni ,bisik hati aku...aku scan tgk betul ke ada hantu raya kat rumah tu..tap..tap...betul la,aku kira ada berapa ekor..1,2,3,4,5,6,7,,8.....dekat 8 ekor yang aku dapat tgk sepintas lalu dari luar je..
kereta terus meluncur melepasi rumah tu..aku suh diorang buat u-turn...'kaarang ko behenti bawah pokok rambutan tu ,tersorok sikit" bsiik aku kat member aku yg drive....
member aku pun u-turn, bila dah smpai bah pokok,aku suruh dia matikan enjin ,mati kan lampu skali,aku nak make sure tuan rumah tak nampak kitorang...
kereta pun mati,kat luar bunyi langsung takda,sunyi sepi...aku pun perhatikan bungalow besar tu...nak cari mana hantu raya paling besar dalam rumah tu...
dah dapat..tu dia, ada kat atas umah ,member tu pun dah sedia ngn aku,dah tau pun aku nak dtg..dah terapung kat atas rumah....
'korang sedia semua,aku kata jalan,jalan..." lepas aku bagi arahan, apa lagi,aku target bos hantu raya tu, aku baca ayat ,tarik dia datang kepada aku...aku pun apa lagi,aku tolak bos hantu raya tu masuk ke dalam badan member aku yang mudah masuk makhllus tadi..." arghhhh...arghhhhh,member aku yang nama Mat ni dah kerasukan oleh hantu raya...menjerit - jerit dan mendengus2..aku pun apa lagi,aku pasak tubuh dia,aku ikat batin tangan dia ,bagi tak boleh bergerak...." jalan....lari cepat...aku jerit kat member aku"
kereta pun meluncur laju..si mat (yang kerasukan hantu raya tadi) meronta -ronta nak melepas kan diri,dia hentak2 kan badan kat pintu kereta supaya terbuka,aku duduk sebelah kanan mat ni...pang,pang,pang,dia hentakkan pintu menggunakan bahu si mat.."lepaskan akuuuu,lepasssss.....aapa ko nakkkk"
dalam keadaan cemas tu...member aku yang duk seat deapan keluarkan hp dia,bukak bacaan yassin...
mat hentakkan kepala dia kat kusi member aku yang duk di depan,diammmmm,diammmm,tutup bunyi tu, aku benci dengar bunyi tu...herdik hantu raya tu,panas mendengar bacaan yassin yang di bukak oleh member aku...
kereta terus menderus laju, meninggalkan jauh rumah bungalow besar tadi...aku nampak depan tu ada tempat gelap sikit,takda orang lalu lalang..aku pun suruh member aku yg drive berhenti di tepi jalan tu.." ko behenti kat tepi tu" member aku pun berhenti....
sejurus behenti je keta, si mat yang kerasukan pandang luar..tiba dia bercakap bahasa yang aku tak paham....entah apa dia ckp entah..tiba aku rasa kat luar dah penuh jin-jin lain datng..laaa..rupanya dia panggil anak-anak buah dia....
aku pun angkat tangan, aku gerakkan tangan aku ,syarat pagar kawasan 10 kaki sekitar aku, supaya jangan ada hantu raya lain yang masuk campur...baru la senang sikit nak buat keje...
mat menjerit lagi,dia hentakkan bahu kanan dia kepada bahu kiri aku..." apa ko nak" ,pandangan dia menjeling kearah aku..alamak seram pulak tgk muka dia bila dah merasuk ni....
"apa ko nak " ..dia terus mendesak aku..."apa kau buat kat dalam rumah besar tu" tanya aku...." aku jaga rumah tu"...."sapa yang suruh ko jaga" tanya aku lagi...."TUAN aku"...sapa tuan kau? "tuan rumah tu"....
bacaan yassin terus kemundang,di luar sekitar kereta aku,penuh jin-jin dan hantu raya anak buah dia yang mengelilingi kitorang...semua standby nak bantu-mebantu antara satu sama lain..aku malas nak kacau yang kat luar, aku nak hentam BOS dia ni je
apa tuan ko bagi makann tanya aku...."darah"....."lepaskan aku.lepaskan aku.....

Sunday, July 15, 2012

Imam Mahdi

Bismillah
Kecoh baru2 ni pasal imam MAHDI (palsu) mengamuk kat putrajaya nak rampas kerajaan..apo gilo punya keje..
Salah dia kah? sian kan, nasihat aku jangan kutuk dia n salahkan dia..
Sepatutnya kita doa kan dia di ampunkan dosa dan dicucuri Rahmah Allah..
Dan lagi kita patut bersyukur, yang Allah tak pilih kita jadi mamat mahdi tu...tidak begerak pun walau sebesar zarah kalau bukan atas izin Allah..
Sebenarnya ramai yang aku dah jumpa sepanjang aku merawat orang..yang mengaku jadi imam mahdi, mengaku jadi wali , mengaku jadi macam2 lagi ?
persoalanya kenaapa?
bukan salah diorang, sebenarnya mereka di rosakkan oleh bisikan2 syaitan..mereka di beri gambaran dan mimpi macam2 dari syaitan..wallahualam.
Sapa orang yang akan di ganggu perkara2 dan bisikan2 ni...
yang selalu aku jumpa ialah orang yang belajar TANPA Guru, orang yang minat Mendalam dalam Hal ehwal ghaib, baca internet pasal ilmu2 ghaib yang pelik (tanpa guru jugak ), orang yang suka mengkaji pasal AGAMA..duk kaji agama kritian, agama Budha, dan macam2 agama, pun tanpa Guru...orang yang suka benda2 mistik.. orang yang suka main barang2 berkhadam..dan ada lagi la yang aku taknak sebut..
hati2ya kalu korang antara orang yang aku sebut ni..nak belaja bagus, tapi biarla berguru, sebab bila ada guru, kalu terjadi sesuatu ada tempat rujukan, ketika tu buku tak boleh lagi berkata2, hanya sang guru saja yang boleh dijadikan pedoman..
Aku teringat dulu, aku ada pengalaman mengubatkan sesorang yang hampir jadi macam ni..
Kisahnya bergini..
Perempuan ni di anugerahkan Allah Kasyaf penglihatan dan pendengaran..boleh berkomunikasi dan berkawan dengan Alam ghaib...Kasyaf dia tanpa Guru..anugerah Allah semata-mata..
Sebenarnya banyak la gangguan perempuan ni, tapi ada yang satu kisah aku rasa terlalu menarik untuk aku kongsikan..
Terjadi satu kisah, ada satu Manusia datang kepadanya secara ghaib..manusia ni datang dengan bercahaya-cahaya , berjubah, serban, tongkat dan lagak penuh seperti para Wali-wali Allah....
Aku ingat lagi namanya..namanya sheikh as soiyim..jgn korang sebut kuat2 nama ni, cukup baca dalam hati, sebab aku pun pelik, kalu aku lafazkan je nama ni, hati aku macam bergetar ada karen...tapi korang mungkin takda kesan, aku ni lemah amal, tu yang bergetar tu...
so , shiekh as soiyim ni datang pada perempuan ni dengan tujuan mengajar , mungkin perempuan ni dapat ilmu laduni la kan, ilmu yang datang sendiri, ilmu yang ghaib ni biasanya kita panggil laduni..
banyak la perkara yang di ajar kan oleh sheikh as soiyim ni, semuanya baaik2 belaka dan mengikut al quran dan sunnah...
walaupun perempuan ni tak pandai tulis arab, tapi bila as soiyim ni datang, perempuan ni automatik boleh tulis ayat-ayat quran dengan menggunakan kasyafnya..banyak la ayat2 quran yang di tulis perempuan ni..perempuan ni boleh tulis ayat ni sebab as soiyim ni tunjukkan secara kasyaf ayat2 quran depan mata dia, mcm kita ada buku depan mata la, tapi bezanya pompuan ni dapat buku alam ghaib...
Antara ilmu yang di ajar oleh as soiyim ni adalah ilmu perubatan..
kene amal zikir ni, amal macam ni, kene bersugi, tak leh pakai barang kemas masa berubat, takleh ada ramai orang masa berubat, sbb jin sihir akan lari masuk badan ahli2 yang ada kat situ, kene pakai minyak wangi tanpa alkohol dan mcm2 lagi yang di ajar..semuanya nampak baik mengikut sunnah..
yang peliknya, bila pompuan ni jumpa aku, as soiyim taknak muncul..dia akan bagi alasan pegi ke makkah, tgh solat dan mcm2 lagi la..
aku pun mula ragu, siapa as soiyim ni....?
Masa tu lebih kurang 4 tahun lepas, ilmu aku tak mampu nak seru as soiyim ni..nak paksa dia datang pada aku pun aku tak mampu..bila aku cuba seru or tarik yang datang cuma kabusan asap....
so, aku pun bawak pompuan ni jumpa ayah aku...so masa tu aku bergabung dgn ayah aku skali....
Ayah aku mulakan dulu, mula membaca dan tarik as soiyim ni datang..ntah mcm mana masa tu panglima Hitam pun datang, dia bisik kata nak tolong sekali..nak tengok sapa as soiyim ni...
Beberapa minit kemudian ayah aku berjaya tarik as soiyim ni..muka masih sama, berwajah Wali..bercahaya-cahaya... tak silap aku masa tu Panglima Hitam uji dia...mungkin Panglima Hitam boleh kenal wali Allah or Wali band masa tu...
so tok hitam yang start bergelut dulu....
Nak kata tok hitam tewas, tak jugak, tapi tok hitam tak dapat tangkap dia...kenapa? sebab as soiyim ni boleh menghaib kan dirinya menjadi asap..contoh bila tok hitam kunci je dia, pang...dia berubah jadi asap...so macam mana nak tangkap...
Entah macam mana mlm tu, aku pun tak berapa ingat, atok aku pun datang tolong, atok aku dtg dengan ramai panglima...kata atok aku soiyim ni syaitan yang menyamar....umur dia sudah hamir 6 ribu tahun waktu manusia...Bayangkan berapa lama dia dah hidup?
Bila atok aku dtg barulah tok hitam berjaya tangkap as soiyim..lama juga dia bergelut..dengan bantuan ayah aku, atok aku, dan tok itam, akhirnya tumpas la si as soiyim ni..
masa tu ,baru la perempuan tu nampak wajah sebenar as soiyim...badanya berlendir2 , besar, dan di belakang badannya penuh duri-duri yang keluar dari badanya...
kalu tak silap aku, as soiyim ni atok aku bawak pegi makkah, ikat dia dekat tiang melontar syaitan..tak silap aku la ,sbb benda ni berlaku 4 tahun lepas....
Kemudia barula perempuan ni perasan yang as soiyim ni, setiap kali mengajar pasal al quran, contoh ayat apa nak baca ..as soiyim tak baca pun ayat tu, dia just zahirkan aje ayat2 quran tu depan mata perempuan ni...
ini la contoh dari banyak lagi kes yang aku pernah rawat...(aku pulak rawat,silap kes ni ayah aku yang tolong )
Cuba kita bayangkan kalu kita di datangi oleh makhluk seperti as soiyim..yang datang mengajar ilmu2 laduni kononya, then perlahan-lahan berubah mengajar benda2 yang sesat..contohnya seperti mengatakan aku datang sebenarnya di perintah..ko adalah manusia terpilih, ko akan jadi mcm ni, mcm tu..bla blabla n bla blaa last 2 dapat BALA...
Beginilah selalunya kisah orang yang mengaku diri menjadi Wali , jadi Nabi, Jaadi Rasul, Jadi Imam Mahdi...
mereka bukan mengaku membuta tuli, tapi sebenarnya telah di ajar or disesatkan oleh bisikan yang dtg, mimpi2 yang datang menceritakan bla blu bla...
mereka di hasut sehingga yakin yang mereka mendapat laduni...
kalu dalam pengajian hakikat yang aku blaja...laduni adalah ilmu yang paling tinggi..ilmu yang datang setelah kita menguasai Syariat , tarekat, Hakikat...di sini masuknya or datangnya ilmu laduni...andai kata syariat tak kuat, tareqat pun kita tak tau maksud, hakikat pula baca dalam internet je...baik hati2 ngn laduni yang datang, jangan yang datang tu laduni dari syaitan sudah....
Dan yang paling penting, kita ,Diri kita tahu dimana letaknya ilmu kita.. di makam Syariat ? makam tariqat ? makam Hakikat ? or makam makrifat ?...kalu makam ilmu pun kita dah tak tau, macam mana makam laduni nak sampai..
Tapi Allah jua yang memilih, Tidak lah aku nafikan ada Nya manusia-manusia terpilih yang dapat terus ilmu langsung dari Allah...
dan selalunya yang aku jumpa manusia yang begini, selalunya datang dari ahlul bait Nabi SAW..wallluh hualam
JAdi bukanlah salah mereka mengaku imam Mahdi, tapi mereka telah di uji oleh Allah dengan ujian yang mereka tak mampu, setiap manusia di uji, cuma kita mohon dari Allah, semoga menguji kita dengan ujian yang kita mampu sahaja..sebab tu dalam sesebuah aliran tariqat mereka amalkan zikir Ya Latiff 129 kali, yang maha lemah lembut..semoga Allah berlemah lembut dengan kita dunia dan akhirat

Monday, July 9, 2012

Jin dalam Badan

assalamualaikum wbk
Bismillah.
Lama dah tak mencoret, banyak yg email complain...yo la, den coretkan sikit pasal Ruqyah..
Ramai yang sakit selalu tanya kat aku, napa badan diorang terasa macam ada sesuatu..
ini soalan yg selalu di tanya pada aku...
kalau aku jawab, dalam badan makcik/pakcik ada jin la..
mesti selalunya diorang jawab...ustaz saya ni solat tak tinggal , hari2 mengaji takkan la ada jin dalam badan saya..
apa aku nak jawab ?
kang kalu aku ckp ni saka makcik...sy tak pernah amik saka2 ni ustaz..ayah tok saya semuanya imam- imam..
apo lagi den nak jawab?
ye lah betul la apa yg dia ckp..dia solat, mengaji takkan la jin tak takut? takkan la jin masuk jugak dalam badan ?
Ada 2 jawapan yang selalu aku jawab...
1- Masalahnya kita solat makcik, solat kita tak mcm nabi n sahabat solat. solat kita otak dan pemikiran kita melayang-layang ingat dunia..bukan solat, tapi berangan-angan
zaman la ni, tiada lagi solat yang kusyuk, kecuali para2 ahli tasauf..
2- Masa makcik solat or mengaji jin tu lari la kejap, makcik dah habis solat dia mai masuk balik..jin bukannya bodoh, diorang ada akal dan fikiran..sehingga di tuntut beribadah..kalau dah dituntut beribadah maksudnya berakal dan penuh tipu daya kalau yang kafir..
Jelas tak ?
so ni la masalahnya sekarang..
Apabila pesakit berjumpa dengan perawat. andai kata perawat hanya sekadar mer rukyah tanpa melihat or scan di mana jin tu duk menyuruk, makanya dah confirm bila balik rumah pesakit akan kene balik..
very simple...masa ustaz tu duk baca doa. jin tu lari la sejauhnya..macam kisah azan, masa bilal melaungkan azan berdecit syaitan lari, habis je azan diorang datang balik bertugas mengganggu solat kita...
so sebab tu la,kadang2 ada yang berjumpa ngn aku, mengadu dah pergi berubat merata tapi masih tak sembuh
ada yang mengadu bila jumpa uztaz, then ustaz pun rukyah, ustaz tanya ada rasa panas or berdebar2 tak masa baca ruqyah tu, so pesakit jawab takda, tapi mlm pesakit kata teruk ,tak leh tido la ,apa la dan sebagainya,,,nanti ustaz pun kata la...awak takda gangguan...itu bukan sakit mistik, mayb tekanan perasaan ke...emosi berlebihan ke..bla bla bla n bla...alasan ustaz ckp mcm tu disebabkan masa ruqyah tiada tindak balas...ada betul ke ni?
silap sebenarnya..mana ada jin berani kalau uztaz dah mula merukyah, dari dia cedera parah kene hentam ngn ustaz tu, baik dia cabut lari..mcm teori azan tadi...
dah habis ustaz merukyah, barula dia mai masuk balik dalam badan...very simple kan..
tapi ada jugak kes yang jin tu taknak lari..ni jin bangsa yang kuat, yang duk perasan ilmu dia lagi tingggi dari ilmu ustaz tu..so dia kata aku mahu bertarung..hehehe..ni mmmg akan ada kesan pada pesakit..
So aku punya style senng...tgk jin tu ada tak dlm badan..kalau takda dalam badan tgk apa ada kat badan dia..jenis saka ke? sihir ke? ilmu ke? then tgk kat luar2 ada tak jin yang ada keene mengena ngn dia menyuruk or lari.. tapi aku pun manusia lemah jugak , tak sempurna, adakalanya aku gagal gak scan..walaupun pesakit tu kata dia mimpi macam2 ,dapat alamat mcm2.. aku pun bekeras kata takda sihir, dia pulak bekeras kata ada sihir....

Sunday, June 3, 2012

Jin Pedang Mengamuk

Salam
Hari ke hari aku rasa makin letih nak mencoret kisah-kisah terbaru, tapi memikirkan ramai yang duk menanti n terus setia menanti, maka aku terus kan gak la mencoretkan apa-apa yang aku rasa boleh dikongsikan, yang tak leh kongsikan aku tak ceritala yo..
Dulu aku ada berjumpa dengan satu keluarga yang arwah ayahnya meninggalkan SAKA yang 'terganas' bagi pengalaman aku..
Saka nya tersangatla ganasnya, smpai aku naik fobia nak merawat diorang..pehhh
kes ni juga melibatkan orang yang mati ,dan ketika mayat dibacakan Yasin, mayat tu bangkit bangun...
aduh, den nak menaip kisah ni pun seram sejuk..bukan takut, cuma seram sejuk je..
Suatu petang, lepas aku solat asar, aku pun zikir jap, pejamkan mata, disebabkan les ni asik je menghantui aku, Allah tunjukkan pada ku, mcm mana kejadian mayat tu bangkit ketika di bacakan Yasin...pehhhh..seram pulak aku, walaupun tengok sekejap je, copek2 den buka mata balik...tak sanggup la nak tengok..
semoga aku tak senasib dengan dia, yang di uji begitu rupa..NAuzubillah
Jadi hampir semua ahli keluarga mereka , dtg berjumpa aku, utk membuang semua Saka-saka diorang...diorang takut saka tu mengganggu anak cucu, abis diorang je ke takut, yang aku ni , duk membuang ni pun sama gak duk risau, kut jin tu pakat ramai-ramai hentam aku, Mampos den...takpalah kan, kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita kan..so aku berpegang kat situ je la..
Selepas habis semua saka mereka aku dah buang, diorang mengadu ngn aku masih terasa yang saka mereka ada lagi..
aku pun scan la lagi, cari kut2 ada tercicir mana-mana saka diorang lagi...
rasa-rasa aku kat umah la, tgk mcm ada benda je kat sana..
aku pun tanya la diornag,apa ada kat umah, so diorng pun cakap ada 2 pedang yang arwah punya ada kat dinding rumah..
aku pun suh diorang bwk pedang tu kat aku..
tiba masanya diorang pun bawak pedang tu datang...
Makkk aii aku ckp, terbaik pedang ni, bukan saja buatan dia ringan n tajam n stylo, malah aura ganas dia pun menusuk kalbu..
Nak jadikan cerita , masa dia dtg bwk 2 bilah pedang tu, ada sorang pesakit yang bersama ngn aku, pesakit ni kira rapat la ngn aku, sakit teruk, smpai belajar la ngn aku cara berubat untuk protect diri dia n family...
aku ckp ngn dia, nah tgk pedang ni, terus tangan dia menggeletar nak rampas pedang tu n mengamuk...ishhh bahaya, aku ckp kawal diri balik...jin pedang ni mmg ganas...
dia nak merasuk dlaam badan pesakit tu, n hentam aku la tu...adui aii...ni la masalahnya kalu mengubat, bermusuh ngn jin..cukup bahaya..
aku pun amik pedang tu, letak jauh dari dia...suusah ni,kang kut tiba merasuk, ada yg tumpah darah pulak kang...
aku pun belek la kedua2 pedang ganas tu..fuh..berusia dekat 2ratus tahun ni...memang menarik..
2-2 pun ganas..khadam dia memang terbaik..kalau setakat nak buat tarik harta karun or proses memang sesuai la..
aku ckp ngn tuan dia, khadam pedang ni jin khafir..kalau nak buang jin ni boleh gak, tapi bukan malam ni la aku cakap..
dia kata ngn aku, awak amik la pedang ni saya tak nak terlibat lagi ngn benda2 mcm ni..
aku ckp ngn dia, kalu nak suh sy simpankan saya taknak, susah la,simpan2 ni,kira berhutang kan? kalu hilang kat tangan aku nanati ,waris dia cari, mana aku nak ganti..
dia pun salam aku, katanya dia serahkan terus pedang ni pada aku..aku ckp ngn dia, kalu bagi saya terus saya amik la...kiranya hangus la ka..takda isu waris dia datang menuntut nanti..susah bebb hutang2 ni, ulama cakap 3 kali mati syahid pun tak masuk syurga..
so malam tu terjadi la penyerahan pedang ganas tu kepada aku...
aku pun simpan kat klinik rawatan aku, malas aku nak bawak balik rumah, khdam dia ganas, kapir pulak tu..so simpan klinik je la
Satu hari adik aku dtng klinik, dia tgk pedang tu, dia bodek aku nak amik satu, aku ckp ngn dia, jin dia ni ganas, kafir..dia kata takpalah ,pedulikkan ngn jin tu, dia nak pedang tu je..aku ckp baik2 kang panas rumah ko..tapi adik aku buat bodoh je..mentang2 ada ilmu, poyo pulak mamat ni ..
satu malam adik aku call aku, katanya dlm kul 1 pagi dia balik rumah, dia dengar almari baju dia bergoncang..ketang ketang ketang bunyi kuat, mcm ada sesuatu benda bergerak dari dalam almari...
dia pun buka almari tu..sekali dia tgk pedang tu yang bergerak sendiri, kanan ke kiri, mcm nak keluar dari dlm almari tu...beberapa detik jugak dia tgk 'live' pedang tu bergerak sendiri..
dia pun call aku, woiii, ada good news ni, pedang ni bole bergerak la..
nak tau sebab apa good news? biasa la, bagi peminat barangan mistik ni, pedang yang boleh bergerak, harga dia mencecah ratusan ribu n ada yg mencecah jutaan ringgit...
diorang nak buat 'proses' tarik duit or harta karun...
tapi aku tak minat nak buat proses ni, aku ckp ngn adik aku, ko buat la.aku tak nak..
mlm tu adik aku mimpi...pedang tu bagi alamat, dia mimpi ada mayat yg tgh baca yasin bangkit...
dia datang jumpa aku, aku ckp mmg owner pedang tu dulu terlibat dengan orang mati idup balik..khadam dia mmang power...
nak jadikan cerita, selepas kejadian pedang tu begerak-gerak, anak2 dia smua kene demam panas..rumah pun jadi panas, aku pun ckp , tu la kau, degil bonar..
so hari ke hari dia nak pulangkan pedang tu pada aku balik, tapi tak gak dapat pulangkan, ada je yang tak kene..
so satu hari, dia bawk pedang tu pas kat member dia..member dia ni kira pendekar jugak..
member dia simpan pedang tu kat rumah,tapi letak luar rumah je, tak berani bwk masuk, takut ganggu anak2...
kat rumah member tu pun, pedang tu buat hal,bergerak kesana kesini jugak...
Ni Jin pedang dah mengamuk la ni, tak mandikan dia la ni...
sapa-sapa yang minat nak pedang ni leh la cerita dengan aku macam mana..aku pun malas nak simpan...

Friday, May 25, 2012

Gila Isim

Salam...
kita di momok-momok kan yang mana ambil zikir tanpa sanad, tanpa guru , or zikir banyak2 , belajar ilmu tanpa guru akan mendapat natijah gila isim...
biar bonar yop..
ada banyak orang yang takut benda-benda ni, malah ada jugak ustaz yang ckp jgn zikir tanpa guru , nanti ISIM
ada jugak yang kata , kalu amik zikir ni panas la, itu la ,ini la...
Meh aku terangkan menurut pandangan ilmu aku yang cetek ni..
Menurut Abah den (salah sorang yang ajar den ilmu Hakikat) selagi mana ilmu or ayat-ayat yang kita amalkan ,or doa dan zikir yang kita amalkan datangnya dari al-quran dan sumber dari hadis-hadis yang sahih, makanya tak perlu nak kena ijazah or bersanad, kerana ilmu dari al quran dan hadis sanadnya pasti sampai kepada Nabi Muhammad saw.. kerana menurut Nabi, ibadah yang bukan dari cara Nabi adalah bidaah, dan bidaah itu adalah ibadah yang ditolak.Aku taknak kupas soal bidaah..panjang lebar nanti, cukup la sikit je..
jadi abah den cakap , di akhir2 ni je , orang mengatakan nak amal ayat ni, or zikir itu ini mesti kene berguru, sebenarnya takda masalah pun..
problemnyo adolah..
Napo Zikir tu jadi Panas ?
Mano tak panas, Hentam zikir sampai bepuluh ribu, Jin dalam badan tak buang, tak panas ke badan kita jadinya, yang jin ni pun selagi mana mampu dia bertahan,dia akan bertahan, dah tak tahan dia cabut la, tapi kita pulak yang tak tahan dulu, terasa panas je ,terus malas amal zikir..so panas la jadinya...sebenarnya bukanla kalimat zikir tu yang panas...Jin dalam badan tu yang panas...otomatik kita pun jadi panas...yang amik ijazah dari aku takdo pun kata panas..rilex dan bertambah cool adalah..ya la, masa aku ijazatkan tu, aku dah tarik or campak keluar jin-jin yang menempel tu, so takdo la isu panas lagi...
masakan zikir yang memuji Allah tu mendatangkan mudarat pada kita,sedangkan zikir pelindung kita, bukan merosakkan kita..
Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r. a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:” Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda:”Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia.”
Nabi pun suruh kita sentiasa basahkan lidah dengan berzikir..
Napa Jadi Isim..
MAna tak isim bro..ko amalkan ayat-ayat quran yang fadhilat nya menghentam jin, kemudian jin yang ada dalam badan kito tak buang, tak meong jadinya Jin dalam badan tu..bila Jin dah meong, kito pun samo la ikut jadi miong...
dan adakalanya bagi mereka yang belajar tanpa guru ni, akan ada gangguan yang datang untuk menguji, so diorang ni pulak takdo tepat nak mengadu, tu yang last-last mengaku jadi Imam Mahdi tu...tak ke meong....
kesimpulanya, memang bukan salah pun kita amalkan zikir or ayat quran tanpa guru, semuanya ilmu yang benar, cuma perlunya kita mencari guru yang mursyid agar membimbing rohani kita agar tidak diganggu oleh jin-jin yang menumpang dalam tubuh kita ni..so sebenarnya tujuan guru mursyid ni hanya la melihat apa permasalahan murid diorang, apa yang mengganggu diorang..tentang zikir dan amalan ayat bukan la faktor yang menjadikan tubuh kita panas or isim...sebonarnya jin dalam badan yang dah jadi biul..
bagi mereka yang badan line clear, zikir la tanpa guru pun, selagi mana zikir tu dari Hadis Confirm no problemo punyo..
wallah hu alam

Wednesday, May 23, 2012

Bermimpi Rasulullah

Assalamuailaikum..
Kebelakangan ni aku rasa badan tak sihat..mungkin kesan dari makanan, or mungkin juga kesan di belasah puaka Pokok Ara...
salah aku jugak la , pandang rendah pada puaka - puaka tu, kan dah kene libas..bisa bangat ni pak..
nanti aku ceritakan kisah di belasah puaka ni..walaupun aku di belasah, tapi aku tak balas balik, sebab salah aku , pegi main2 kacau tempat diorang..so biarkan la...kang kalu aku fight back, diaorang dakwa aku kat padang mashar, sia2 je aku kene jawab dengan ALLAH swt...
Aku berminat nak kongsikan masalah bermimpi rasullahllah..
sebenarnya ramai yang dtg jumpa aku , n mendakwa bermimpi jumpa rasullahllah....dan apabila sesorang tu mimpikan rasullahllah, mereka akan percaya 100% bahwa yg mereke mimpikan tu adalah rasullallah..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .
berdasarkan hadis di atas, kebanyakan para ulamak akan mengatakan barang siapa yang bermimpi rasullallah, maka itu adalah benar2 rasullallah, kerana menurut hadis di atas, syaitan or sesiapa sahaja tidak boleh menyerupai sebagai nabi...
maka disini lah kita mula dipermainkan dengan Syaitan...
ada sheikh2 yang mengajar murid2nya...barang siapa bermimpi berjumpa dengan seseorang, kemudian terdetik didalam hatinya yang di dalam mimpinya itu ada rasullahlah , maka benarla itu rasullallah..ini adalah pandangan yang salah..
mimpi yang hanya menggunakan detik hati hanya boleh dipakai sekiranya orang yang bermimpi itu sudah kenal dengan rupa paras Nabi saw baru la boleh di ambil kira bahawa mimpi itu benar-benar mimpi berjumpa nabi...persoalanya, sapa yang kenal rupa paras Nabi ?
lebih malaang lagi , apabila orang yang bermimpi tu, menjaja mimpi itu,kononya rasullalah pesan begitu, begini..sedangkan mimpinya itu belum pasti lagi itu adalah Nabi saw..
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”
.
maka berhati-hati la sesiapa yang mengaku bermimpi Nabi hanya mengikut detik hati..
Yang keduanya mendakwa bermimpi Rasullalah...or berjumpa secara yakazah akan rasulllallah ( melihat ketika jaga)
Banyak pengamal perubatan mendakwa bermimpi rasullalah, or yakazah dgn rasullallah..
apabila ditanya bagaimana tahu yang ko mimpi tu rasulllallah..diorang mengatakan bahawa lelaki dalam mimpinya itu perkenalakan diri seperti anna rasullallah, sy rasulllallah..maka terus saja meyakini bahawa itu ada lah rasulllallah saw...apabila mereka bertanya pada semua ustaz2, maka ustaz2 pun mengiyakan mimpi mereka atas dasar syaitan tidak boleh menyerupai nabi saw..
maka apabila semua ustaz2 telah mensahihkan mimpi mereka, mereka mula membawa cerita nabi pesan begitu, nabi pesan begini..dan mula merasakan diri tinggi berbanding org lain atas dasar orag lain tidak mampu bermimpi rasulallah..
ada yang lebih teruk, mendakwa mimpi rasullallah, tapi syariat hancur, solat pakai niat, adakalanya tidak perlu solat, kerana diorang solat di makkah bersama rasullallah..tubuh je ada di rumah, roh berada di makkah solat berjemmaah bersama rasullallah..aiyo dunia mahu hancur..nasib Allah lindungi aku dari dapat ilmu yang mcm ni..
aku pun musykil berkenaan perkara ni, mcm ni perangai diorang mcm ni , tapi mengaku bermimpi dan yakazah bersama rasullallah..
aku pun utarakan soalan pada guru aku yang super saiya yang now ada di taiping..
"bang (my sifu la,panggil abg jo,sebab sempoi sangat sifu aku ni,tapi ahlul bait la), mcm mana diorang ni leh mimpi raasullallah tapi tak jaga syariat bang?"
my sifu punya answer " dik, rasullallah tu apa maksud dia? rasulllallah tu maksudnya pesuruh Allah, yang Nabi saw ckp tak leh menyamar ialah jadi Nabi MUHAMMAD saw, nak menyamar jadi PESURUH ALLAH semua orang pun boleh menyamar '
toiiii...mcm kene ketuk kepala aku jawapan dari sifu aku yang sempoi ni...patut la syariat diorang hancur..yang diorang mimpi tu bukan Nabi MUHAMMAD saw, yang diorang mimpi tu Rasull Allah (pesuruh Allah) ...terer betul syaitan punya mainan...
selalunya mimpi yang benar berjumpa Nabi MUhhammad Saw dalam mimpi adalah menggunakan perkataan Nabi Muhammad saw di daalam mimpi tu.. dan selalunya yang bermimpi Nabi Muhammad, akan ada suara yang entah dari mana berbisik perkenalkan diri Itu Nabi Muhammad saw or Nabi Muhammad saw datang, Nabi Muhammad ingin bercakap sesuatu..
sangat jarang nabi akan perkenakan diri Baginda pada orang yang bermimpi..rasa2 aku, suara yang berbisik itu pastilah suara malaikat..
tetapi bagi mereka yang bermimpi, dan dalam mimpi tu dia perkenalkan diri ana Rasullallah..itu kita tidak boleh mensahihkan bahwa yang kita mimpikan itu Nabi MUHAMMAD saw..
langkah yang paling bijak adalah, lebih baik merahsiakan mimpi2 kita bersama Nabi Muhammmad saw, supaya kita tidak tersalah berkata-kata
Nanti den ceritokan kisah orang didatangai malaikat Jibrail..nak pecah perut dennnn wallahhualam

Friday, April 27, 2012

HANTU RAYA

assalamualaikum... bismillah..
Hantu raya ni selalu dikaitkan dengan 'belaan' ...
asal usul hantu raya ni sebenarnya badannya besar ,tinggi macm kingkong...kemudian badan dia bebulu-bulu
ada 2 kategori hantu raya..
1- Hantu Raya yang bertuan'''
2- Hantu Raya Liar...
Kita cerita yang bertuan ni dulu k..
Tak ramai dah orang pakai ilmu Hantu Raya ni skrang, tapi ramai yang ' mewarisi ' tanpa sedar...
Ilmu hantu raya ni kategori ilmu sesat..
Memang banyak kelebihan pakai hantu raya ni, umah terjaga, badan jadi kuat, ilmu seks beganda-ganda..
teringat satu kisah dari Jabatan Agama islam...ust tu cerita kat aku, ada seorang isteri tu, datang mengadu nak bercerai ngn
suami dia alasan yang dia bagi ialah tak tahan dengan kerakusan suami dia..bayangkan satu hari suami dia mintak 'bersama' 4 kali sehari...orang lain suami balik tengahari nak makan nasi, tapi suami dia balik nak minta 'bersama'...sampai si isteri menyuruk bawah katil...tegelak aku dengar, ust tu pun kato, kita seminggu 2 kali pun dah menggeletar lutut,ni kan pulak 4 kali sehari...korang bayangkan lah yooo...
ni la antaranya kesan adanya mewarisi hantu raya....or directly bela hantu raya...
ada jugak kes yang datang jumpa ayah aku ( masa tu aku belajar lagi,belum pandai dera JIN lagi' ..dia datang mengadu ngn ayah aku, bekas suami dia dulu, lepas je bersama akan ketuk cermin tingkap 2 kali, lepas tu dia rasa ada benda datang bersetubuh dengan dia, paling dia tak tahan katanya, 'senjata' benda tu besar macm botol kicap....waduh2 ....
masalahnya adalah, dia dah becerai ngn suami dia , tapi benda tu masih datang setiap malam merogol dia...
Ada jugak kes yang datang berjumpa aku, hilang selera ngn suami ,sebab setiap malam akan ada orang datang bersama dia ,yang lebih 'gagah' dari suami dia..nauzubillah...
dan macam2 kes lagi....ada yang mengadu ngn aku suami dia, hampir setiap hari nak bersama, walaupun sudah berumah hampir 60 tahun, lately dia rasa pelik dan lain macam , sbb setiap kali suami dia bersama dia, dia perasan yang suami di akan merah matanya, meremang2 tengkuk isteri...bila ajak berubat, si suami akan kata "aku tak sakit"....memangla tak sakit, benda tu datang bukan tujuan sakitkan.......
Jadi yang isteri2 kat luar sana ,kalau suami awak pelik je, lepas tu solat ala kadar je...tu tandanya..jeng jeng jeng...banyak2 la berdoa yeee...
Hantu raya pun boleh merupai tuanyaa...ala ni semua orang pun tau kan..
Yang paling best adalah..si hantu raya ni ,pelik, dia memang bernafsu dengan manusia..cuba tengok apa maksud doa masuk tandas...
'Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.'
jin2 n syaitan ni suka skudeng manusia...ada yang jenis bernafsu dengan kita...dia skudeng, lepas tu sapa yang lemah,malam siap la dia datang rogol...hehhe
Meh kita diskusi tentang hantu raya liar pulak..
Selalunya yang liar ni la muka mcm king kong..ala-ala beruk la..badan bebulu hitam. badan tinggi dalam 8 kaki..ko bayangkan la kalau dia merogol..aduiii...hancur...selain dari hantu raya..orang bunian pun suka gak bersetubuh ngn manusia..tapi itu next topic ok...
sapa selalu kena himpit? yaaaa itu la tandanya dia sukakan kamu...
banyak kes sebenarnya hantu raya ni la yg suka menghimpit...sebenarnya dia bukam menghimpit, dia cuba nak kuasai kita n merogol kita...jgnn salah faham tau..bukan pompuan je kene rogol ngn hantu raya ni, yang laki pun kene..banyak kes laki yang kene,..tak caya .....

Friday, April 13, 2012

Melawat Alam Kubur

Di ceritakan kepada ku pengalaman dari salah sorang member RUHANIAH..

Suatu Hari ,sebenarnya ahli2 Ruhaniah apabila diijazahkan saja ilmu-ilmu perubatan

or amalan pendinding diri akan mengalamai pelbagai pengalaman mistik or mendapat

alamat2 di dalam mimpi..


Ini bergantung kepada siapa dan apa yg Allah ingin tunjukkan...

Kali ni saja je aku nak ceritakan pengalaman salah sorang mengenai selawat kepada

Nabi SAW..sesuai dengan hari jumaat..


Salah satu amalan harian ahli Ruhaniah adalah selawat kepada Junjungan Nabi SAW,

paling minumum pun 500kali sehari..banyak kelebihan yang ada di dalam selawat

nabi..malah ada diantara ulama yg menjatuhkan HUKUM WAJIB terhadap selawat,

sekurang2nya sekali seumur hidup, tapi yang dalam solat hukumnya pastilah WAJIB....


Dari dulu, setiap kali kalau kita jumpa ustaz2, minta air doa, or apa2 pun, mesti

ustaz tu pesan, baca bismillah ,selawat 3 kali, kemudian minum ya...begitula la

selalunya yg di pesan oleh tok2 kiyai, para2 wali Allah, para2 ustaz...


persoalanya adalah kenapa mesti minum dan di pesan SELAWAT kepada NABI SAW...



firman Allah (mafhumnya), "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi

segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang

yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan

penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)


Begitu juga Hadis Nabi SAW mafhumnya

Nabi saw. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari

Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat

kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (HR Baihaqi)


Perkataan dari Nabi tidak ada 1 pun yang tidak benar, setiap perkataanya dari Allah..


Ramai yang tahu tentang hadis di atas, hampir setiap solat Jumaat dibaca firman

Allah dan Hadis berkenaan...tapi adakah diantara kita yang beramal dengan Ayat Allah

dan hadis Baginda...


1 kali selawat , kita perolehi rahmat Allah sebanyak 10 kali, maka apabila kita

berselawat dan minum air, rahmat Allah datang kepada kita bagi yang YAKIN..maka

dengan izinNya, apa saja yang kita hajati akan Di rahmati ALLAH...


Sehingga pada satu tahap,para sahabat meriwayatkan

Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata, "Doa

hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam

doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa tersebut. Dan sesiapa yang

menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-

malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka

selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya

salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam.


Kita selalu pergi jumpa para2 ustaz meminta Doa dari mereka, sibuk kesana kesini

mencari orang2 berilmu utk mendapatkan doa, mencari wali2 Allah utk doa

mereka,sedangkan dengan jelas, dengan selawat saja, kita perolehi rahmat ALLAH,

dengan selawat kita mendapat Doa dari para2 malaikat...apakah perlu doa dari manusia

seandainya Allah telah memberi Rahmat kepada kita, malaikat pula mendoakan kita?


Berbalik kisah Ahli Ruhaniah tadi..

Suatu malam , dlm mimpinya datang seorang tua berjubah bercahaya2 dtg kedalam

mimpinya...dari perwatakan orang tua arab berjubah itu, yg garang dan tegas, rasanya

aku tau siapa sheikh yang datang melawat ahli ruhaniah berkenaan...memang bagi ahli2

ruhaniah yang ikhlas belajar dan tekun serta Yakin dgn ilmunya akan didatangai

orang2 tua berjubah yang berserban, dan bercahaya-cahaya tubuhnya...


Maka org tua tersebut mengajaknya pergi berjalan-jalan ke alam Barzakh (Alam Kubur)..

Di bawa ahli ruhaniah tersebut ke beberapa kubur untuk melihat apa yang ada didalam

kubur..


aku cuma ingin menceritakan 2 kubur saja...


Maka ditunjukkan satu kubur yang kusam, hampa, daif, yang tidak bercahaya dan tidak

cantik...katanya..inilah Kubur bagi mereka yang solat tetapi tidak langsung Selawat

kepada Nabi SAW....


Di bawa lagi kepada 1 kubur yang cantik, hamparannya berbaldu, bercahaya2, penuh

dengan perhiasan..

Dikatakan padanya, inilah kubur bagi mereka yang berselawat ke atas NABI SAW..maka

ko jangan hentikan selawat ko kepada Nabi SAW...


Kubur bagi mereka yang tidak solat tak payahlah cerita kat sini...

wallahualam..


Ini sekadar perkongsian pengalaman..boleh kita ambil jadi iktibar ataupun pedulikkan sahaja..


Tapi memang dari dulu, semua ahli ruhaniah di suruh terus menerus membaca selawat ke

atas Nabi SAW minimum 500 kali sehari, dan pada mlm Jumaat digandakan selawat itu

menjadi ribuan kali..


Bukanla aku nak suruh duduk di tikar sembahyang berjam-jam lamanya untuk melakukan

selawat ni...


mudah saja..sambil memandu selawat, sambil menaip selawat, sambil menonton tv

selawat, sambil minum dan berbual hati terus berselawat...


Mudah je bagi mereka yang Allah mudahkan..dan teramat sukar pada mereka yang Allah

sukarkan..marilah kita berdoa semoga Allah permudahkan bagi saya dan permudahkan

bagi pembaca-pembaca sekali..

Assalamualaikum warahmatullah...

Sunday, February 26, 2012

Di Cekik Jin Bertanduk 5

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang

Fikiran aku hari ni tiba-tiba melayang suatu kisah yang aku alami lebih kurang 3 bulan lepas....

Masa tu aku baru saja mulakan amalan zikir laillahaillah...

Aku ingat nak habiskan zikir tauhid ni..ingat aku ,kalau aku buat satu hari seribu zikir,cukup 70 hari habis la 70ribu kali...

Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya:
“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan ‘la ilah illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.”
Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat
.

Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang tidak seorang pun mengucapkannya dengan hati yang ihklas kemudian ia mati dalam keadaan demikian, melainkan dia diharamkan daripada api nerak
a.”

Menurut pandangan yang asoh tiada nas yang warid lagi sahih merekodkan secara khusus Nabi SAW bertahlil dengan 70 ribu kali. Nabi SAW berzikir itu ada tapi dengan matan 70 ribu kali tiada direkodkan. Yang ada direkodkan adalah bersumber kitab “Futuhat Makkiyyah - الفتوحات المكية” karangan ulama tasauf terkenal Ibnu Arabi dimana beliau mewasiatkan agar berzikir Tahlil 70 ribu agar terlepas daripada api neraka. Bermula daripada situ para ahli sufi mula meriwayatkan kalam Ibnu Arabi sampailah kepada kita sekarang

Selalunya aku buat zikir ni dalam 2-3 pagi,habis mengubat or mengajar

Zikir ni bagi aku zikir Teragung, jadi biarla aku buat dengan kusyuk..zikir dengan adab, dengan duduk menghadap kiblat,dan dalam keadaan wuduk..sesuai dgan hadis tadi

Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya:
“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan ‘la ilah illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.”
Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat
.

Kalu mencari wajah Allah, mestilah hati kita sentiasa mengingat kepada Allah swt...
Jadi bermulalah amalan zikir aku,aku jadikan zikir harian dengan azam dapat menghabiskan 70ribu kali...

Dalam masa aku berzikir tu, setiap hari mcm biasala syaitan akan datang ganggu aku.. supaya aku tidak kusyuk dsn datangkan perasaan mengantuk

Dulu kali pertama dia datang menggangu aku ,aku campak je ke laut, boring pulak aku, selalu benar datang...

Agaknya macam tu la pelajar2 tahfiz quran yang datang berjumpa ngn aku...

ramai yang datang, mereka gagal menghafal, malas belajar, kepala jadi sakit, sesak nafas..mcm2 sindrom diorang kene..ada yang smpai nak buat operation sebab tak tahan sakit, nasib baik lepas buang jin2 n syaitan yg bersarang diorang semua ok balik..

Syaitan ni memang la musuh utama Adam dan cucunya, iblis berjanji akan menyesatkan sehingga hari kiamat...

Jadi memang iblis laknatullah ni akan menghantar tentara-tentaranya untuk menghalang, menghasut dan menggagalkan usaha-usaha orang yang ingin dekat kepada Allah swt...dan mereka akan menggunakan apa saja cara mereka untuk menyesatkan kita,,,

Jadi berbalik cerita aku tadi...dek kerap sangat diorang datang ,aku buang satu, datang yg lain, buang satu datang lagi, penat la aku, aku nak datangkan kusyuk dan 'fana' ni...tapi kalu duk datang-datang mcm ni mcm mana den nak buat ni...

Adakalanya apabila kusyuk dan fana datang dalam zikir aku..lidah aku terus lafazkan kalimah lailahhaillah , tapi hati aku or jiwa aku entah terbang kemana..adakalanya didalam masjid dengan ramai jemaah kat situ, adakalanya orang2 yang aku tak kenal datang melawat...tapi selalunya kesedaran aku datang balik bila tangan aku turut mengangkat doa mengikut jemaah yang berada di masjid berdoa...or tangan aku bergerak sambut salam dari orang2 yang aku jumpa ketika aku hanyut dalam zikrullah

Apabila tangan aku terangkat je, terus aku tersedar yang sebenarnya aku ada dalam bilik aku je..mulut tgh melafazkan kalimah laillahaillah...

Tapi untuk mencapai kepada jiwa melayang, or jiwa kosong hilang dari jasad...selalunya zikir yang di lafazkan melebihi or mendekati seribu...itula selalunya yang aku rasa...

Tapi bila setan-setan datang ganggu, susah la aku nak kusyuk dalam zikir ni..sebenarnya zikir ni boleh di buat di mana-mana sahaja, sambil berjalan, sambil bekerja, sambil menaip ni pun boleh...

ertinya: “hendaklah lidahmu sentiasa basah mengingati Allah.” (Tarmizi, hasan. Hakim mensahihkannya dan Zahabi mengakuinya. Maulana Zakariyya, Fadhilat Zikir, 28, hadith 2)

Jadi ada sekali tu aku ingat aku malas la nak buang syaitan2 yg datang ganggu ni, aku ingat aku nak dakwah je diorang kali ni...

So aku pun mula zikir sambil makrifah berdakwah atas kalimah Agong Lailallahillah..aku lafazkan bukan saja untuk aku, aku lafazkan sekali dengan niat dakwah kepada syaitan-syaitan yang datang menggangu,bukan saja aku berniat kepada syaitan yang mengganggu aku,aku niatkan sekali kepada jin-jin kafir yang diluar, biar diorang dengan kalimah agong ni...

setelah aku zikir beberapa kali nampaknya berkesan...syaitan2 ni tak tahan, diorang lari keluar menjauhkan diri dari aku..

Dakwah ni memang terunggul..apabila kita niat berdakwah aje ,terus diorang lari...tengok saja azan..azan adalah seruan dakwah yang paling sempurna..mencicit lari setan2 dan jin kafir,,,bergelimpangan diorang melarikan diri benci dan takut mendengar seruan dakwah mengajak melakukan solat...

Sejak dari hari tu, bila aku rasa or nampak je jin2 or setan datang menggangu..aku terus niatkan zikir ni untuk berdakwah kepada mereka...aku nak bagi tahu mereka yang kalimah ni adalah kalimah tauhid yang benar dan suci,yang dibawa dari zaman Adam hinggalh zaman Nabi SAW...ni la kalimah yang di bawa oleh semua Nabi2 yang di utus..mengajak kepada ALLAH swt...

Sesungguhnya memang bekesan..

Suatu malam tu, habis je aku berzikir aku pun baring nak tido, dalam keadaan tido2 ayam tu, ada satu lembaga datang dari belakang aku...masa tu memang silap aku jugak, aku dalam keadaan tidur mereng ke kiri..ntah mcm mana aku terpusing ke kiri entah tak ikut sunnah...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan tidur miring ke kanan :
Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, “Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan”

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)


So masa aku dalam keadaaan mereng kekiri tu, lembaga tu datang amik kesempatan...dia datang cekik leher aku..cisss , ni dah main kasar, bukan main kuat pulak dia cekik..dalam keadaan aku bergelut nak lepaskan dari kunci maut Jin ni..aku dengar dia kata kat aku " aku benci dengan ko cakap ayat2 tu, ko behenti cakap benda tu"....

Sebenarnya dah banyak kali gak aku kene cekik ngn setan-setan ni masa tido..yang aku ingat dah 3 kali dalam 3 tahun ni,ni bukan hempit badan mcm hantu raya berbulu tu tau..ni cekik kat leher, mmg nak kasi goal punya....tapi semuanya silap aku ,yg kali ni keadaan aku tgh mereng kekiri, yang 2 kali lagi tu aku dalam keadaan telentang...

cuma aku nak ceritakan kisah yang ni je la..sebab dengan jelas aku dengar suara dia marahkan aku berzikir secara dakwah tu....

Beberapa minit gak la aku kene cekik, badan aku kaku tak leh bergerak...memang handal jin ni, ye la , dah bertanduk 5 memang ada ranking punya Jin la...

Kalu tanduk 1 pun dah kuat, ni kan dah bertanduk 5...

Kalu nak tau, sepengetahuan aku la..Jin ni kalu nak tgk dia tinggi ranking or tak tengok pada tanduknya...lagi banyak lagi Ganas, kalu tanduk kontot tu..suh dia bertaubat lagi baik la kan....

tgk juga badan nya, kalu dah warna kemerahan macam api..pun dah tinggi rankingnya..begitu jugak bagi mereka yang dah mula bersayap...

Bagi Jin yg dah bersayap n banyak tanduk, dapat la mereka gelaran Syaitan...itu la gelaran tertinggi bagi Jin kafir...

Dalam keadaan aku bergelut nak melepaskan diri tu, aku mula zikir dalam hati...aku keluarkan cahaya yang tajam2 dari tubuh aku untuk menolak dia dan melepaskan cengkaman dia dari leher aku...

Nafas aku dah sangkut-sangkut masa tu, tubuh kaku tak leh bergerak...cuma yang aku mampu buat zikir dan lepaskan nur dri tubuhku..

selepas beberapa masa yang aku tak ingat..aku berjaya lepaskan diri aku..(kalu tak berjaya,tak dapat la aku type cerita ni kan..:)..maka dengan izin Allah Jin tu tercampak jauh..

Pandai pulak, lepas tercampak dia terus pecut larikan diri...ewah ewah..suka2 datang, suka2 nak lari..mana boleh beb...ko yang cari pasal dulu..

Aku terus baca Laqad jaaakum rasullun (surah at taubah )...sampai habis..terus satu cahaya yang memanjang keluar dari tangan aku mengejar Jin Tanduk 5 tadi...nama pun cahaya, mesti la gerakan dia pun sepantas kilat ...

cahaya tu terus melilit jin tadi yang dah lari agak jauh, aku tarik dia datang kepada aku balik...

cahaya yang memanjang tadi memendek masuk ke kadalam tangan aku balik sambil di hujung cahaya tu menarik Jin bertanduk 5 tadi....sampai saja Jin tu di depan aku, aku terus ikat dia menggunakan Lam Jallalah....setelah di ikat, aku pasakkan kaki dia supaya dia tak boleh larikan diri lagi....

Sepantas kilat aku lepaskan serangan halilintar memotong badan dia menjadi 4-5 bahagian...

Kotor pulak bilik aku ngn badan-badan dia yang aku kerat2 tadi...amik ko, sapa suh ko ceroboh umah aku, dah la ko ceroboh, ko cekik pulak nak bunuh aku...

Sunday, February 19, 2012

Waris Jari Hantu

NGERRIIINYA...

Zaman tuk2 kita dulu mmgla banyak yang terlibat dengan benda2 mcm ni..

NAk jaga kebun pakai pelesit lam, pakai ngimau la..

Memangla handal ilmu diorang ni, boleh tundukkan Ngimau , ular , pelesit , Hantu raya la, jembalang tanah la , pakai ancak la...ni semua ilmu susah..semua kene besyarat..leceh la


Kalau nak pakai Hantu raya kene pakai telur ayam kampung pulak tu, ayam daging tak nak, poyo punya hantu raya, memelih kau yee..

Kalau ngimau dia nak bertih... nak buat bertih tu susah pulak tu, nak kene goreng la, cari yang bermutu tinggi la..

Kalau yg bunian puteri2 tu nak kene buat kuih 40jenis la, baju serba kuning la, bilik serba kuning la..

kalau jenis TOK2 panglima tu kene perasap keris la, mandikan keris la...berbaju hitam, bertanjak...

kalau pelesit pulak, badan tuan la jadi mangsa , nak darah sebulan sekali la, ada yg seminggu sekali la...

Bangsa Jin-jin ni pulak nak kan ancak la, nak kemeyan la...


Ini semua bikin leceh lagi menyusahkan...


Bagi aku semuanya syirik, tapi bagi ,mereka yang mmg dah mencapai makam2 tertentu sehingga boleh menundukkan kaum jin tanpa syarat, tanpa perlu bagi makan, tanpa perlu menyembah....itu yg terbaik ...contohya Nabi Sulaiman yang Allah bagi ilmu menundukkan bukan saja JIn2 dan Syaitan, malah boleh menundukkan binantang , Angin dan sekalian manusia ketika itu.....


Tapi ingat , bagi kita yang berilmu, yang boleh menundukkan jin (syaitan mmg tak boleh la,kita bukan nabi sulaiman pun) , yang boleh menundukkan dan menjinakkan harimau alam ghaib ni...kesan dia adalah kepada keturunan kita....


Kenapa aku kata kesan pada keturunan...banyak kes yg aku jumpa ,kes yg menjadi WARIS JARI HANTU ni,adalah akibat kesan daripada ilmu2 keturunan...

Tapi mereka2 yang berSAKA ni, jgn ingat apabila dapat je waris ngimau la, panglima la jgn ingat or terus menuduh tok2 kita dulu belajar ilmu sesat..tak tak tak..tidak semestinya...Allah je yang MAHA mengetahui sesat atau tidak...

seperti yang aku cakap, Mereka dulu ni,pada zamanya berilmu tinggi, hingga jin2 ,panglima2 dan binatang di alam jin tunduk dan akur pada kata2 mereka...Makhluk ni akur bukan atas dasar mereka memberi upah,bagi makan dan sebagainya, tapi takut dan akur disebabkan ketinggian darjat MEREKA oleh kerana ilmu mereka..


Tapi ada juga yang mmmg belajar ilmu salah, mereka memohon pertolongan dengan bangsa jin, dan memberi upah kepada mereka, seperti yg kita bincang di atas..

Mereka memilih Jin menjadi pendamping kepada mereka, kerana jin2 ni menjadikan mereka digeruni, di takuti, menjadikan mereka gagah perkasa..sehingga ada yang menyangka mereka WALI ALLAH...

Jadi kita kena faham , ada 2 situasi, satu dapat menundukkan bangsa Jin (tapi bukan semua Jin ye,yg boleh tunduk smua Nabi Sulaiman je) kerana darjat dan ketinggian ilmu ketuhanan mereka, 1 lagi memang memuja dan memberi upah kepada bangsa jin..

Yang numbo 1 kita tak boleh katakan mereka belaja ilmu sesat, tapi yg numbo 2 memang confirm la salah dan sesat...

Tapi apa kesan kepada Waris terhadap kedua-dua situasi di atas...


Kesan dia hampir sama...mereka bakal diwarisi or diganggu oleh bangsa2 jin yang nakal ni...

Contoh Harimau..dulu mmgla dia takut ngn bos dia, sbb bos dia tu tinggi ilmu, melawan kang kena sebat pulak..diam je le tunduk, tapi bila bos dah takda....kucing takda,tikus menari la kan...

So ngimau ni kan bodoh,binatang,yang tidak bersyariat...bos dah takda, ada bau bos pulak kat waris bos, so dia ingat itula pengganti bos dia...lepas tu dia tengok bos baru dia tu lembik je, lemah tak berilmu..confirm la dia makan tuan....gitu la ceritanya..

Aku coretkan kisah ni bukan apa, supaya anak cucu tak senang2 salah kan tok nenek dia konon belajar ilmu salah...tak semestinya ilmu salah..kene istikahrah dulu, baru la leh kita kata salah or tak..or paling senang diamkan je, serahkan pada Allah..lagi pun Allah Befirman

Al-Hujurat, ayat 11

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Kita kene sentiasa bersangka baik, kalu benar keturunan kita belajar ilmu salah, maka doakan la mereka, sedekahkan la mereka dgn amalan2 baik kita didunia, bagi fakir miskin makan, dan niatkan pahala sedekah ni kita hadiahkan kepada keturunan kita, ingatla mereka 'disana' sentiasa mengharapakan amal jariah daripada kita...

Di dalam hadis yang lain:

Hadis Aisyah r.a:
Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar!

Sahih Muslim

Ingatlah kepada mereka yang tiada...

Wednesday, February 15, 2012

Sihir Tok Batin

Dengan Nama Allah yang maha pemurah dan penyanyang...

Aku rasa terpanggil nak kongsikan sikit pasal sihir hutan ni..

Mmg la power sihir ni, kalu sesapa terkene orang asli ni, n tak kene ubatnya tanpa izin Allah..mmg kubur kata mari la..hatta dah ramai pun sebenarnya yg mati angkara sihir tok batin ni, dikatakan sihir mereka ni terlalu kuat...

Nak kenal beberapa kategori sihir orang asli ni..

1-Busung...standardla..aku pun banyak kali kena dah

2-Sihir mati pucuk...perghhh...ada satu ustaz tu kena ,aku pun rawat dia bersungguh-sungguh (sebab dia maulana,org baik2 )..sihir tu berpindah kat aku, ya Allah ,Allah je tahu mcm mana rasanya..bukan sekadar mati pucuk,kencing pun keluar darah..

3-Gatal2 kemaluan...ni pun angkara diorang gak la

4-Naik kudis buta dari kaki naik menjalar ke badan dan blakang pinggang..

5-Badan belah kiri lumpuh...ada beza stroke dan sihir..bukan semua stroke tu angin ahmar tau...

Sebenarnya banyak lagi gejala dari orang asli...ni antara gejala yg slalu aku jumpa

Dalam sejarah mengubat aku...rasanya ada dalam 4-10 orng yang dah meninggal dunia

angkara sihir asli ni...diaorang jumpa aku pun masa tu dah telambat, dah kene sihir

3-4 tahun, masa dtg jumpa tu ada yg perut dah besar kat 9bulan, ada yang dah

terlantar, ada yang kudis dah merebak jadi air satu badan..


sesunggunya ajal dan maut itu sudah di surat kan di luh mahfuz..pena telah diangkat..

Abdullah Bin Abbas melaporkan, semasa beliau berada di belakang Nabi Muhammad,

beliau mendengar Nabi berkata, “Wahai budak! Aku ingin mengajarkan kamu beberapa

kalimah (ajaran agama). Jagalah Allah pasti Dia menjaga kamu. Jagalah Allah pasti

kamu akan mendapati Dia di hadapan kamu. Apabila ingin meminta, mintalah kepada

Allah, apabila ingin memohon bantuan, pohonlah kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya

seluruh umat berkumpul bagi memberikan manfaat kepada kamu, pasti mereka tidak mampu

memberikan manfaat itu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu.

Sekiranya manusia berkumpul bagi memudaratkan kamu, pasti mereka tidak mampu

memudaratkan kamu melainkan apa yang sudah ditakdirkan Allah kepada kamu. Telah

diangkat pena-pena dan telah ditetapkan semua takdir.” Hadis ini direkodkan oleh

At-Tarmizi dan taraf hadis ini Hasan Sahih.


Bagaimana pun, walau apa pun sudah di takdirkan kita diwajibkan berusaha..berdoa dan

bertawakal..


Berbalik kepada sihir tok batin...

Kerana kuatnya sihir tok batin ni, maka ramai diantara kita dan termasuk "USTAZ"

yang bagi ceramah di masjid cakap boleh berubat dengan tok batin , sebab kononnya

tok batin je boleh ubat sihir tok batin...HAMPEH...


Kalu ikut hukum dari aku hukumnya SYIRIK..

Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul:

"Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi mana tidak

ada kesyirikan di dalamnya."

(Muslim)

Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi dalam

usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan aqidah Islam (iaitu

jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa-doa serta wirid-wirid dari

Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu bercanggah dengan aqidah dan

syari'at, maka diharamkan.


Refer la pada Hadis Nabi sebelum keluar hukum kata boleh berubat dengan orang asli

atas nama USAHA..apa punya sengal la..ni keluar hukum membenarkan berubat dgn SAMI

BUDHA dan TOK BATIN dalam masjid pulak tu, dekat dgn 100 orang hadiri kuliah

dia,termasuk la aku...betul2 ajar ilmu sesat..


usahakan ada banyak, dari duk kata boleh berubat ngn tok batin, baik suruh baca

yasin kat umah 40 kali...izin ALLAH sembuhla


Masa tu aku nak angkat tangan dah tanya soalan..tapi aku sabar je, nak aku tanya

"ustz ,bukankah kita orang islam pergi berjumpa orang kafir atas mintak bantuan

kerohanian dari diorang akan merendahkan darjat ISLAM"kalu mintak tolong atas maksud

pinjaman ke,pinjam kete ke,pinjam duit ke,itu lain la cerita,ini pertolongan atas

maksud kerohanian....


kalu orang kafir tgk ada org islam kat umah tok batin,tak ke nanti orang kafir tu

kata, tengok itu org islam,tuhan ALLAH pun dia sudah tidak percaya...geram nya

aku..tu belum lagi kalau tok batin tu masukkan jin kafir dia kat pesakit dia...rosak

akidah kita terus...


Nabi dah kata boleh guna jampi selagi mana tidak syirik pada ALLAH...ni jumpa org

kafir..lagi la syirik...MERENDAHKAN darjat ISLAM...ilmu cetek, dah tentu jampi dia

mendatangkan JIN KAFIR..TUHAN dia..boleh ke? ada akal ke?


ingatlah baik-baik...Niat yang baik tidak menghalalkan CARA..

Aku pun tak nafikan sihir asli ni memang la terel..tapi diorang pun guna jin

je,bezanya jin2nya banyak...senang cakap kalah satu datg 2, kalah 2 datang 3,kalah 3

datang 10...gitu la...so terernya sebab dia ternak jin banyak...


So fahamkan korang...diorang terer sebab ada banyak JIN....jadi kenapa tok batin

berubat dengan tok batin senang..sebab diorang dari rumpun yang sama, boleh

nego...itu je..


TAPI kita mesti ingat..ISLAM punya kalimah syadah...Tiada Tuhan Disembah Melaikan

ALLAH, NAbi Muhammad pesuruh Allah...bagi tau kat den sapo yang boleh lawan...


Hatta sejuta Jin jafir yg datang pun dia tak mampu lafazkan KALIMAH AGUNG ni..anak

kunci syurga ni..tak caya suh la diorang mengucap...kalu jumpa org histeria tu suh

diorang mengucap, mampos diorang tak berani..tapi penah dengar kan JIN ifrit boleh

tiru ikut baca ayatul qursi...


KITA ISLAM ada ALLAH,ada kalimah2 agong,CUBA cakap JIN mana yg boleh LAWAN..meh dtg

jumpa aku..bukan la aku yg handal,cuma aku pinjam KALIMAH2 ALLAH dan bersandar pada

ALLAH...yang penting YAKINNNNNNNNN,YAKIN datang dengan ILMU..tanpa ILMU janganla

cakap kita YAKIN..PENIPU


Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim(berilmu) atas seorang ahli ibadah

bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya

penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan,

semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (HR

Tirmidzi)


"Seorang alim yg warak lebih baik dari seribu orang ahli ibadat" - Kitab

Ta`limul Muta`allim Toriqatta`allum


banyak hadis tentang keutamaaan ILMU..mari kita sama2 pelajari,InsyAllah yakin akan

sampai..apabila Yakin pada Allah smpai..apabila musibah datang,kita langsung tak

berkeinganan terhadap Makhluk Allah lagi dah,hatta ustz2 pun,apatah lagi Tok cha, or

tok batin...kita terus menuju kepada Allah..ini la maksud HIDUP..Makhluk tiada

KUASA, ALLAH MAHA BERKUASA

Monday, February 13, 2012

Khadam Pendamping

dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyanyang

Khadam istilah bagi ilmu-ilmuan dari zaman dahulu hinggala la ni..

apa maksud khadam pendamping..

maksudnya bawak masalahla...

apa kejadahnya kita nak pakai khadam pendamping ni?

Khadam ni melibatkan Jin, sama ada jin islam or kafir, yang paling masalah adalah

jin kafir...

khadam yang melibatkan binatang seperti harimau, ular lagila bermasalah..

kitalah Manusia yang terbaik ciptaannya..Moyang kita Adam diberi penghormatan yg

tinggi sehingga Allah swt memeritahkan malaikat sujud kepadanya tanda

penghormatan

So persoalanya...sekiranya begitu tinggi sekali darjat manusia perlu ke kita

berdamping? perluke kitta bergantung kepada Jin? perlu ke kita bergantung kepada

Makhluk? perlu ke kita tunduk, takut, pada jin2 dan hantu ni? hang jawab sendiri la

Masalah BESAR pada kita yang kononya berilmu tinggi, boleh mengubat, boleh hilang,

boleh tembus mata, boleh mudah dapatkan rezki,manusia hormat padanya,digeruni,

dikasihi tetapi semua kebolehan ni datangnya dari jin dan syaitan..INSAFLAH

Bukankah semuanya itu boleh didapati daripada ALLAH swt..memang di akui, untuk dapat

daripada AllaH Perlu amalan, perlu zikir, perlu puasa, perlu mujahadah..tapi pokonya

semua tu kan mudah..mmg lagi mudah kalu mintak pada Jin, letak je telur sebutir kat

luar,seru hantu raya, kojap jo sampai kan..tapi tu kan syirik kepda Allah swt

Aku nak nasihat sikit, pada orang2 yang berilmu, bergantung lah pada Allah swt

semata2..andai kata tanpa pendamping kita tidak mampu berubat, kita hilang

keistimewaan, itu tandanya bukan kita yg berilmu..pendamping kita yang berilmu..kita

sebenarnya hampas, kosong, mengharap pada mereka semata2...

Perbezaan pendamping dan berkawan dengan makhluk sana ada bezanya...

Pendamping memerlukan upah seperti kemeyan, bersayarat, berbaju hitam, berbaju

kuning semasa mengubat or memakai keris , barang2 hikmat mentera dan

sebagainya...ini adalah ilmuan yang bermasalah..


Manakala berkawan..kawan lah, tanpa syarat, kawan semata2 kerana Allah swt..hormati

mereka kerana mereka juga makhluk ALLAH..cuma jgn taksub dan takut pada

mereka..takut hanya pada Allah..

Aku tahu ramai perawat di luar sana pakai pendamping, ada yang berkopiah lagaknya,

tetapi bergantung pada pendampignya..dari duk baca mentera baik kita membacaa ayat

suci..mungkin pakai mentera tak payah solat kut, lagi mudah ya tak...

aku ada beberapa kali terjumpa, mengakui yang dia mempunyai saka dan pendamping,

tapi tak nak buang..katanya takut nanti orang sihir, orang aniya takda sapa nak

tolong, masalahnya orang2 ni semayang 5 waktu cukup...tapi masih bergantung ngn jin

pendamping..subhanalaahh,nauzubilah...

Aku pun tak ingat berapa ramai dah yang panggil aku tolong buangkan saka ayah2 ,tok2

mereka yang terlantar bertahun2 susah nak meninggal...selang 2-3 hari buang, barulah

mereka meninggal...takkanlah kita nak jadi mcm tu kan?

Lagi pelik, ada perawat yang pesan pada aku, kalu ada orng nak buang saka, saka org

tu bagi la kat dia..subhanllah..mengucap panjang aku..

semoga Allah berikan taufik dan Hidayah kepada seluruh hambanya..Aminnnn

Saturday, January 28, 2012

Fatimah az-zahrah kesayangan Nabi saw

Fatimah az-Zahra’ adalah puteri bongsu Rasulullah s.a.w. yang paling dicintai. Beliau adalah satu-satunya puteri Baginda yang meneruskan zuriat keturunannya. Oleh itu Fatimah telah memperoleh suatu anugerah besar di sisi Allah s.w.t. di mana daripadanya anak keturunan Rasulullah s.a.w. lahir dan dengannya salsilah yang paling mulia yang pernah dikenali bangsa Arab terpelihara. . Ketika Khadijah binti Khuwailid menanti saat kelahiran anak bongsunya beliau menceritakan: “Pada waktu kelahiran Fatimah az-Zahra’, saya meminta bantuan wanita Quraisy yang berjiran dengan saya untuk membantu namun, mereka menolak sambil mengatakan saya telah mengikut ajaran Rasulullah s.a.w.. Saya kebingungan sejenak dan tiba-tiba kelihatan empat orang yang wajahnya bercahaya berada di sisi saya. Ketika mereka melihat saya berada dalam keadaan kecemasan, salah seorang daripada mereka menyapa, mengatakan dia adalah Sarah ibunda Nabi Ishaq a.s.. Manakala tiga orang yang bersamanya adalah maryam binti Imran ibunda Nabi Isa a.s., Asiah puteri Muzahim dan Ummu Kaltsum saudara perempuan Nabi Musa a.s.. Mereka semua diperintahkan Allah s.w.t. untuk membantu saya. Kemudian mereka berada di sekeliling saya dan memberikan pelayanan kebidanan sehingga puteri saya, Fatimah az-Zahra’ lahir.” . Fatimah az-Zahra’ lahir pada hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir tahun kelima setelah Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasul. Beliau dilahirkan ketika orang Quraisy sedang sibuk membina Ka’bah. . Lahirnya Fatimah az-Zahra’ membawa khabar gembira dan kedamaian kepada seluruh kaum Quraisy kerana bertepatan dengan kesepakatan mereka untuk membina Ka’bah. Ketika itu setiap kabilah dari suku Quraisy ingin ikut serta membina Ka’bah dengan meletakkan batu mengikut bahagian masing-masing. Ketika bangunan Ka’bah sampai ke aras Hajar Aswad, mereka berselisih faham tentang siapakah yang paling layak untuk meletakanya. Abu Umayyah bin Mughirah pembesar yang sangat disegani mencadangkan agar mereka mengambil jalan tengah untuk meredakan ketegangan yang ada. Orang yang dimaksudkan hendaklah orang pertama yang masuk melalui pintu masjid yang ditentukan. Akhirnya, mereka bersepakat dan ketika sedang menanti kemunculan orang tersebut, tiba-tiba muncullah Rasulullah s.a.w.. Mendengar perselisihan kaum Quraisy, Baginda mencadangkan supaya meletakkan batu Hajar Aswad tersebut di tengah sehelai kain yang besar. Setiap Kabilah mewakilkan seseorang untuk mengangkat batu tersebut sehingga kesemuanya mendapat bahagian untuk meletakkan batu Hajar Aswad di tempatnya. Pada hujung kain pertama diberikan kepada Abdul Manaf Utbah bin Rabi’ah, hujung kain kedua kepada Zum’ah, hujung kain ketiga diberikan kepada Abu Huzaifah bin Mughirah dan hujung kain keempat kepada Qais bin ‘Adi. . AZ-ZAHRA’ . Oleh kerana budi pekerti Fatimah az-Zahra’ sangat mulia lagi luhur, beliau dikenali sebagai ‘Az-Zahra’’ bermaksud bercahaya. Antara lain ialah kerana ketika Fatimah az-Zahra’ berada di mihrabnya (tempat ibadahnya) cahaya memancar menerangi penduduk langit sebagaimana cahaya bintang menerangi penduduk bumi. . Dalam riwayat lain disebutkan Fatimah az-Zahra’ dikenali sebagai az-Zahra’ kerana Allah s.w.t. telah menciptakannya dari cahaya keagunganNya. . Ketika Khadijah binti Khuwailid melahirkan anak bongsunya muncullah cahaya yang berkilauan di langit yang tidak pernah disaksikan para malaikat di hari sebelumnya. Untuk itulah kemudian beliau digelar az-Zahra’. . Fatimah digelar az-Zahra’ kerana beliau tidak pernah haid. Malahan ketika bersalin juga beliau suci dari darah nifas sehingga beliau dapat melaksanakan solat lima waktu dan beribadah sepanjang masa. . Antara gelaran Fatimah az-Zahra’ adalah seperti: 1. Al-Muhaddatsah kerana pernah berbicara dengan malaikat sebagaimana Maryam binti Imran. 2. Shiddiqah bermaksud jujur. 3. Mubarakah bermaksud yang diberkati. 4. Thahirah bermaksud suci dari noda. 5. Zakiah bermaksud cerdik. 6. Radhiah bermaksud reda. 7. Mardhiah bermaksud tenteram. 8. Ummu Abiha bermaksud ibu kepada bapanya. . UMMU ABIHA . Semenjak kematian Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra’ telah mengambil alih tugas ibunya untuk menguruskan rumahtangga Rasulullah s.a.w.. Oleh itu Baginda sangat mencintai Fatimah az-Zahra’ sehingga Rasul akhir zaman sering memanggil puterinya dengan panggilan ‘Ummu Abiha’ bermaksud ibu kepada bapanya. . Rasulullah s.a.w. juga telah memperlakukan puterinya bagaikan Baginda memperlakukan ibunya sendiri. Baginda sering mencium tangan puterinya dan menziarahinya setiap kali pulang ke Madinah al-Munawwarah. Baginda juga sangat manja kepada puterinya bagaikan manjanya seorang budak kecil kepada ibunya. . Ketika Rasulullah s.a.w. masih kanak-kanak Baginda telah kehilangan ibu yang tercinta, Aminah binti Wahab. Setelah menjadi yatim piatu Baginda beralih kepada Fatimah binti Asad iaitu Ibu Saidina Ali k.wh. bin Abi Thalib. Rasulullah s.a.w. sering memanggilnya ‘Ya Ummi’. . Ketika Fatimah binti Asad meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. sangat berduka sehingga Baginda bersabda, “Telah meninggal ibuku.” . Setelah itu Allah s.w.t. kemudian menggantikan untuknya Fatimah az-Zahra’ iaitu puterinya sendiri. Setiap kali Baginda melihat puterinya, maka Baginda akan teringat pada Fatimah binti Asad yang telah menjaganya. . Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang sangat bijaksana sehingga Baginda tidak menggelarkan seseorang secara sia-sia. Disebalik nama atau gelaran yang diberikan pasti mempunyai hikmah yang mendalam. Bagi Rasulullah s.a.w., ianya bagaikan cahaya yang terang benderang dan menjulang tinggi. Ianya tidak ada beza sama ada Fatimah az-Zahra’ sebagai puterinya atau ibunya. . Ibnu Abbas meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya puteriku adalah bidadari syurga, kerana dia tidak pernah haid. Disebut Fatimah az-Zahra’ kerana Allah s.w.t. telah memutuskan (Fathamaha) daripadanya dan daripada pencintanya akan seksaan api neraka.” . KEISTIMEWAAN DAN KEUTAMAAN FATIMAH AZ-ZAHRA’ . Antara keistimewaan dan keutamaan Fatimah az-Zahra’ adalah: . 1. Fatimah adalah sebahagian nyawa Rasulullah s.a.w.. Baginda pernah bersabda, “Fatimah az-Zahra’ adalah sebahagian jiwa ragaku. Barangsiapa yang membuatnya marah dia telah membuatku marah.”[1] “Sesungguhnya Fatimah az-Zahra’ adalah sebahagian jiwaku. Siapa yang mendustakannya bererti dia telah mendustakanku.”[2] “Fatimah az-Zahra’ adalah sebahagian jiwaku. Menyakitiku sesiapa yang menyakitinya dan memuaskanku sesiapa yang memuaskannya”[3] . 2. Kemurkaan Fatimah az-Zahra’ adalah kemurkaan Rasulullah s.a.w. dan kemurkaan Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, Allah s.w.t. murka kerana kemarahanmu dan reda kerana keredaanmu”[4] . 3. Rasulullah s.a.w. sangat menyayangi Fatimah az-Zahra’. Abu Tsa’labah al-Kasyani meriwayatkan, “Ketika Rasulullah s.a.w. kembali dari musafir atau sesuatu peperangan Baginda akan pergi ke masjid terlebih dahulu untuk solat dua rakaat. Kemudian Baginda akan pergi ke rumah Fatimah az-Zahra’ dan seterusnya barulah ke rumah isterinya yang lain.”[5] . Ibnu Umar berkata, “Apabila Rasulullah s.a.w. bermusafir orang terakhir yang ditemuinya adalah Fatimah az-Zahra’. Jika Baginda kembali dari musafir, orang pertama yang ditemui juga adalah Fatimah az-Zahra’. Baginda sangat menyayangi Fatimah az-Zahra’ kerana kerinduannya. Baginda tidak boleh berpisah lama daripadanya. Ketika Fatimah az-Zahra’ meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w. setelah bernikah dengan Saidina Ali k.wh., setiap hari Baginda sering menziarahinya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Daku ingin membawamu kembali kepadaku.” Fatimah az-Zahra’ menjawab, “Beritahulah Haritsah bin an-Nu’man agar saya dapat tinggal di rumahnya.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Haritsah bin an-Nu’man telah menyerahkan rumahnya untuk kita diami. Kerana itu daku merasa malu terhadapnya.” . “Perkara tersebut telah sampai kepada Haritsah bin an-Nu’man lalu dia berpindah dari rumahnya. Kemudin dia berjumpa Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai Rasulullah, telah sampai berita kepadaku Tuan akan memindahkan Fatimah az-Zahra’ ke rumah Tuan. Ambillah rumah itu. Ia adalah rumah Bani Najjar yang paling lama. Diriku dan hartaku adalah milik Allah s.w.t. dan RasulNya. Demi Allah, hartaku yang Tuan ambil lebih saya suka dari yang Tuan tinggalkan.” Rasulullah s.a.w. kemudian menjawab, “Anda memang benar. Semoga Allah s.w.t. memberkatimu.” . Tidak lama kemudian Baginda memindahkan Fatimah az-Zahra’ ke rumah Haritsah. Suatu ketika Saidina Ali k.wh. bin Abi Thalib bertanya Rasulullah s.a.w., “Siapakah di antara kami yang paling anda cintai, diriku atau Fatimah az-Zahra’? Rasulullah s.a.w. menjawab, Bagiku anda lebih mulia daripada Fatimah az-Zahra’ dan Fatimah az-Zahra’ lebih daku cintai daripadamu.” . 4. Fatimah az-Zahra’ adalah wanita yang paling dicintai Rasulullah s.a.w.. Suatu ketika Aisyah telah ditanya tentang orang yang paling dicintai Rasulullah s.a.w.. Aisyah menjawab, “Fatimah az-Zahra’.” Beliau ditanya lagi, “Siapakah lelaki yang paling dicintai Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Suaminya, kerana Saidina Ali k.wh. adalah orang yang sering berpuasa dan solat malam.” . Jami’ Ibnu Umar meriwayatkan, “Aku bersama ibuku telah menemui Aisyah. Aku mendengar perbualannya disebalik tirai. Ibuku bertanya kepadanya tentang Saidina Ali k.wh.. Aisyah menjawab, “Engkau bertanya kepadaku tentang seorang lelaki? Demi Allah, aku tidak tahu kalau ada lelaki lain yang lebih dicintai Rasulullah s.a.w. selain Saidina Ali k.wh.. Begitu juga di muka bumi ini tiada perempuan yang sangat dicintai Rasulullah s.a.w. kecuali Fatimah az-Zahra’.”[6] . 5. Fatimah az-Zahra’ adalah orang yang paling fasih dan benar tutur katanya. Aisyah telah meriwayatkan, “Aku tidak pernah melihat ada orang yang lebih fasih dan benar tutur katanya daripada Fatimah az-Zahra’, kecuali bapanya Rasulullah s.a.w..” . 6. Suci dari haid. Asma’ berkata, “Ketika Fatimah az-Zahra’ melahirkan Saidina Hasan tidak kelihatan beliau mengeluarkan darah. Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kenapa Fatimah az-Zahra’ tidak mengeluarkan darah haid dan nifas?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, “Tidakkah engkau tahu wahai Asma, puteriku Fatimah az-Zahra’ adalah wanita suci dan disucikan Allah s.w.t. Kerana itu dia tidak mengeluarkan darah haid dan nifas.” . 7. Keturunan Fatimah az-Zahra’ masuk syurga. Abdullah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan rahim Fatimah az-Zahra’ dalam keadaan suci. Sebab itulah Allah s.w.t. haramkan anak keturunannya masuk ke dalam neraka.” . 8. Fatimah az-Zahra’ mulia di sisi Allah s.w.t.. Fatimah az-Zahra’ adalah orang yang paling mulia buat bapanya dan kedudukannya sama seperti kedudukan Maryam binti Imran. . Abu Said al-Khudri meriwayatkan, “Suatu hari Saidina Ali k.wh. pernah bertanya kepada Fatimah az-Zahra’, apakah beliau menyimpan makanan untuknya. Fatimah az-Zahra’ menjawab, “Demi yang telah memuliakan bapaku dengan kenabian. Hari ini saya tidak memiliki sebarang makanan yang boleh dijamah. Bahkan sudah dua hari kita tidak memiliki apa-apa untuk mengalas perutku dan perut kedua anakku ini.” Saidina Ali k.wh. menjawab, “Wahai Fatimah, mengapa anda tidak memberitahu perkara ini kepadaku sehingga saya boleh mencari makanan untukmu.” Fatimah menjawab, “Saya malu kepada Allah s.w.t., jika menyusahkanmu dengan sesuatu yang tidak sanggup anda laksanakan.” . Kemudian Saidina Ali k.wh. pergi dengan satu keyakinan kepada Allah s.w.t. dan berbaik sangka kepadaNya. Beliau telah meminjam wang daripada temannya sebanyak satu Dinar. Ketika beliau ingin membeli makanan untuk keluarganya, tiba-tiba beliau bertembung dengan Miqdad sedang berjalan di bawah terik mentari. Saidina Ali k.wh. bertanya, “Wahai Miqdad, apa yang membuatmu gelisah sehingga anda keluar rumah pada hari yang panas terik ini?” Miqdad menjawab, “Wahai Abu Hasan (gelaran Saidina Ali k.wh.), biarkanlah saya sendirian dan janganlah halang perjalanan saya. Janganlah anda tanya tentang keluarga saya yang saya tinggalkan di rumah.” Saidina Ali k.wh. berkata, “Tidak baik anda sembunyikan keadaanmu daripadaku.” Miqdad menjawab, “Demi Allah s.w.t. yang telah memuliakan Muhammad s.a.w. dengan kenabian. Tidak ada yang membuatkan saya gelisah seperti sekarang ini kecuali kemiskinan saya. Ketika saya mendengar tangisan anak saya, seolah-olah bumi ini akan bergegar. Itulah kenapa saya pergi meninggalkan mereka di rumah.” . Mendengar jawapan Miqdad, air mata Saidina Ali k.wh. sebak dan berlinangan sehingga membasahi janggutnya. Kemudian beliau berkata, “Wahai Miqdad, saya bersumpah dengan nama Allah s.w.t.. Saya juga mengalami perkara yang sama seperti keadaan dirimu. Saya baru sahaja meminjam wang satu Dinar untuk pembelanjaan keluarga saya. Tetapi anda nampaknya lebih memerlukan. Ambillah wang ini. Saya mesti mengutamakan diri anda daripada diri saya sendiri.” . Saidina Ali k.wh. memberikan wang tersebut kepada Miqdad dan beliau pulang dengan tangan kosong. Kemudian beliau solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak bersama Rasulullah s.a.w.. Selesai solat, Rasulullah s.a.w. berjalan di depan Saidina Ali k.wh. yang berada di saf depan. Baginda memberi isyarat kepada Saidina Ali k.wh. lalu beliau pun mengikuti Baginda sehingga mereka bertemu di pintu masjid. Di sana Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Saidina Ali k.wh. adakah beliau mempunyai sesuatu untuk dimakan bersama pada malam itu. Saidina Ali k.wh. hanya terdiam tanpa memberikan sebarang jawapan. Beliau benar-benar malu kepada Rasulullah s.a.w. yang telah mengetahui mengapa beliau keluar dari rumahnya. . “Wahai Ali, jika benar anda tidak memiliki makanan yang boleh dimakan bersama, nescaya daku akan pulang. Namun, jika anda memiliki sesuatu, daku akan ke rumahmu bersama.” . Akhirnya, Rasulullah s.a.w. sendiri mengajak Saidina Ali k.wh. untuk pergi ke rumah Fatimah az-Zahra’. . Setelah sampai di rumah Fatimah az-Zahra’, Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam kepada puterinya. Mendengar suara salam ayahnya yang mulia, Fatimah az-Zahra’ bergegas menjawab dan segera bertemu Baginda. . “Bagaimana keadaanmu malam ini?” Tanya Rasulullah s.a.w.. “Hidangkanlah sedikit makanan untuk kita pada malam ini. Semoga Allah s.w.t. mengampunimu.” Sambung Baginda. . Fatimah az-Zahra’ mengambil makanan yang sudah tersedia di dalam mangkuk besar yang ada di dapur. Beliau meletakkannya di depan Rasulullah s.a.w.. . Rasulullah s.a.w. melihat dan mencium makanan yang terhidang itu dengan penuh kehairanan sambil berkali-kali memandang wajah puterinya. . “Maha Suci Allah s.w.t.. Apakah saya telah melakukan dosa sehingga layak mendapat murka?” Tanya Fatimah az-Zahra’ kepada bapanya. . Kemudian puteri Rasulullah s.a.w. menadah tangan ke langit seraya berkata, “Tuhanku Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan Maha Mengetahui pula apa yang ada di bumi. Saya tidak berkata kecuali hanya yang benar sahaja.” . Rasulullah s.a.w. bertanya, “Dari mana anda perolehi makanan yang tidak pernah daku lihat dan tidak pernah daku rasa sesedap ini?" . Rasulullah s.a.w. kemudiannya meletakkan tangannya yang penuh berkat di antara kedua bahu Saidina Ali k.wh. sambil menggerakkannya lalu bersabda, “Wahai Ali, inilah pahala atas wang satu Dinar itu. Inilah kurniaan yang datang dari sisi Allah s.w.t. yang dikurniakannya kepada siapa sahaja yang dikehendaki tanpa perkiraan.” . Kemudian dalam keadaan sebak Rasulullah s.a.w. bersabda, “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memuliakan kalian di atas muka bumi ini. Wahai Ali, Allah s.w.t. telah memberimu kemuliaan seperti yang pernah diberikannya kepada Nabi Zakaria a.s. dan anda wahai Fatimah, telah diberikan kemuliaan seperti yang pernah Allah s.w.t. berikan kepada Maryam binti Imran. Setiap kali Nabi Zakaria a.s. menemuinya di mihrab (tempat ibadah) dia melihat ada rezeki Allah s.w.t. di situ. Lalu Zakaria bertanya, “Wahai Maryam, dari mana anda perolehi semua ini.” . WASIAT FATIMAH AZ-ZAHRA’ . Suatu ketika Fatimah az-Zahra’ memanggil Ummu Aiman, Asma dan Suaminya Saidina Ali k.wh. Kemudian beliau memandang kepada suaminya dan berkata: . “Wahai suamiku, saya telah merasakan ajal saya akan tiba. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diriku selain akan mengikut jejak langkah bapa saya tidak lama lagi. Saya ingin mewasiatkan kepadamu apa yang selama ini terpendam di dalam jiwaku.” Dengan perasaan terharu Saidina Ali k.wh. menjawab, . “Wasiatkanlah kepadaku apa yang anda inginkan wahai puteri Rasulullah.” Saidina Ali k.wh. duduk berhampiran kepala Fatimah az-Zahra’ sementara orang lain yang berada di situ diminta keluar. Kemudian Fatimah az-Zahra’ menyambung, . “Wahai suamiku, sejak saya berkahwin denganmu, adakah anda pernah medengar saya berbohong dan tidak menurut perintahmu?” Saidina Ali k.wh. berkata, . “Saya berlindung daripada Allah s.w.t., anda lebih mengenal Allah s.w.t., lebih banyak melakukan kebaikan, lebih bertakwa, lebih mulia dan lebih takut kepada Allah s.w.t.. Sukar bagi saya untuk berpisah denganmu dan saya merasa sedih atas kehilanganmu. Namun, perkara ini merupakan ketentuan Allah s.w.t.. Demi Allah, musibah atas kewafatan Rasulullah s.a.w. telah anda timpakan ke atasku. Sesungguhnya kita milik Allah s.w.t. dan kepadaNya kita kembali.”[7] . Kemudian kedua suami isteri yang mulia itu menangis seketika. Saidina Ali k.wh. lalu mengusap kepala Fatimah az-Zahra’ dan menyandarkan ke dadanya seraya berkata, “Wasiatkanlah kepadaku apa yang ingin anda wasiatkan.” . Fatimah az-Zahra’ pun mewasiatkan tiga perkara kepada Saidina Ali k.wh. sebagai berikut: . 1. Supaya Saidina Ali k.wh. berkahwin dengan Umamah puteri saudara perempuan Fatimah iaitu Zainab setelah wafatnya.[8] Mengenai Umamah, Fatimah az-Zahra’ berkata, “Dia sangat menyayangi anakku seperti saya menyayangi mereka.” . 2. Supaya Saidina Ali k.wh. menggunakan keranda yang telah disebutkan cirinya. Ali bin Husain meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas yang berkata, “Fatimah az-Zahra’ ketika jatuh sakit, beliau berkata kepada Asma binti Umais, “Tidakkah anda perhatikan apa yang kita ketahui. Saya akan diusung di dalam keranda yang terbuka.” Asma binti Umais menjawab, “Tidak, demi Allah. Melainkan saya akan buatkan keranda untuk anda seperti yang pernah saya lihat di Habsyah.” Fatimah az-Zahra’ berkata, “Buatkanlah untukku.” Lalu Asma binti Umais membawa pelepah kurma basah dan membuat keranda di atas bangku panjang. Itulah keranda pertama. Asma binti Umais berkata, “Fatimah az-Zahra’ tersenyum padahal saya belum pernah melihatnya tersenyum setelah bapanya wafat.”[9] . 3. Supaya tidak seorang pun di antara orang yang pernah membuatnya marah melihat jenazahnya dan supaya beliau dikebumikan di malam hari. . WAFAT . Ketika Rasulullah s.a.w. jatuh sakit, Baginda melihat Fatimah az-Zahra’ lalu mengatakan Fatimah az-Zahra’ adalah anggota Ahlul Baitnya yang terlebih dahulu akan mengikutinya. . Semenjak wafatnya Rasulullah s.a.w., Fatimah az-Zahra’ kelihatan sering sakit. Beliau sering mengasingkan diri untuk bermunajat. Saidina Ali k.wh. telah membina sebuah rumah kecil yang diberi nama ‘Bait al-Huzni’ iaitu rumah kedukaan. Di situlah beliau menghabiskan masa berduka dan menangisi pemergian bapanya buat selama-lamanya. . Fatimah az-Zahra’ menceritakan, “Ketika saya sedang tidur, tiba-tiba saya bermimpi berjumpa dengan bapa saya. Ketika saya melihatnya saya merasa sebak lalu memanggilnya dan mengatakan kepadanya, sesungguhnya berita langit telah terputus dari saya. Dalam keadaan seperti itu tiba-tiba datang para malaikat dalam beberapa barisan yang dipimpin oleh dua malaikat. Lalu kedua malaikat itu menarik saya dan membawa saya naik ke langit. Kemudian saya mengangkat kepala. Tiba-tiba kelihatan istana, taman dan anak sungai. Istana demi istana dan taman demi taman berderetan. Dari istana tersebut keluarlah para bidadari seakan boneka yang gembira tersenyum kepada saya. Mereka menyambut saya dan mengatakan, selamat datang wahai makhluk yang untuknya diciptakan syurga dan kerananya mereka diciptakan. . Kemudian para Malaikat membawa saya naik sehingga membawa saya masuk ke sebuah tempat yang dipenuhi istana. Di dalam setiap istana terdapat rumah yang dipenuhi perabot yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak pernah terdetik dalam hati manusia. Di dalamnya juga terdapat kain sutera nipis dan kain sutera tebal. Di atas perabot tersebut terdapat selimut dari sutera dengan pelbagai warna dan gelas yang diperbuat dari emas serta perak yang menarik pandangan. Di atas meja pula terhidang pelbagai jenis makanan. Di tamannya terdapat sungai yang warnanya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu dan wanginya lebih harum dari kasturi. Lalu saya bertanya, untuk siapakah istana dan sungai ini? Mereka lantas menjawab, bahawa tempat ini adalah Firdaus yang tertinggi yang tidak ada lagi syurga di atasnya. Ia adalah tempat ayah saya, para Nabi, para ‘Syuhada’ dan para ‘Shiddiqun’ yang dicintai Allah s.w.t.. Manakala sungai itu adalah ‘Al-Kausar’ yang Allah s.w.t. janjikan kepada ayah saya. Kemudian Saya bertanya mengenai di manakah ayah saya. Mereka menjawab, sebentar lagi Baginda akan menemui saya. . Tidak lama kemudian kelihatan istana yang sangat putih dan di dalamnya ada tilam yang sangat indah. Tiba-tiba saya berada di atas tilam tersebut yang terbentang di atas katil. Lalu kelihatan ayah saya sedang duduk di atas tilam tersebut bersama beberapa orang. Baginda menarik, mendakap dan mencium saya seraya mengucapkan selamat datang kepada saya. Setelah itu, Baginda memangku saya di atas pangkuannya. Seterusnya Baginda bertanya kepada saya, tidakkah saya melihat apa yang telah dijanjikan Allah s.w.t. kepada saya dan apa yang saya perolehi. Rasulullah s.a.w. memperlihatkan kepada saya istana yang dipenuhi dengan pelbagai hiasan perabot. Baginda mengatakan bahawa ini adalah tempat tinggal saya, tempat tinggal suami saya, kedua anak saya, orang yang mencintai saya dan mencintai mereka (Ahlul Bait). Maka bergembiralah. Kerana saya akan menemuinya tidak beberapa lama lagi.” . Seterusnya Fatimah az-Zahra’ melanjutkan, “Maka gembiralah hati saya dan bertambah kerinduan saya kepadanya. lalu saya terjaga dari tidur dalam keadaan ketakutan.”[10] . Menjelang kewafatan Fatimah az-Zahra’, beliau tidak merasakan sakit dan tidak mengadu sakit kepala. . Akhirnya, pada malam selasa bersamaan 3 Ramadan tahun 11 Hijrah, Fatimah az-Zahra’ wafat dalam usia 28 tahun. [1] Hadis riwayat Bukhari di dalam Shahihnya [2] Hadis riwayat Muslim di dalam Shahihnya. [3] Sila rujuk al-Ishabah Hadis yang diriwayatkan daripada al-Musauwir bin Mukharramah. [4] Sila lihat di dalam kitab Syarf an-Nubuwah, Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Sa’ad daripada Saidina Ali k.wh.. [5] Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadraknya. [6] Hadis riwayat al-Hakim di dalam Mustadraknya. [7] Sila rujuk kitab Raudhah al-Waizin. [8] Umamah adalah puteri Abul Ash bin Rabi’. Dia telah meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w. pernah mendukungnya ketika Baginda sedang solat. Apabila Baginda sujud Umamah yang masih kecil itu di turunkan. Jika Baginda berdiri Umamah didukung kembali.” Aisyah pula meriwayatkan, “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. telah diberi hadiah berupa kalung dari mutiara. Baginda mengatakan supaya kalung tersebut diberikan kepada keluarganya yang paling Baginda cintai. Salah seorang perempuan berkata, “Aku membawa kalung tersebut kepada puteri Abu Quhafah (Aisyah).” Tetapi Rasulullah s.a.w. memanggil Umamah lalu mengalungkan kalung tersebut ke lehernya. Begitu juga ketika Raja Najasyi menghadiahkan perhiasan berupa cincin emas kepada Rasulullah s.a.w.. Kemudian Baginda memberikannya kepada Umamah. [9] Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadraknya. [10] Fatimah az-Zahra’ oleh Dr. Taufiq Abu ‘Alam al-Mishri terbitan Darul Ma’arif, Mesir.
Related Posts with Thumbnails