Saturday, January 28, 2012

Fatimah az-zahrah kesayangan Nabi saw

Fatimah az-Zahra’ adalah puteri bongsu Rasulullah s.a.w. yang paling dicintai. Beliau adalah satu-satunya puteri Baginda yang meneruskan zuriat keturunannya. Oleh itu Fatimah telah memperoleh suatu anugerah besar di sisi Allah s.w.t. di mana daripadanya anak keturunan Rasulullah s.a.w. lahir dan dengannya salsilah yang paling mulia yang pernah dikenali bangsa Arab terpelihara. . Ketika Khadijah binti Khuwailid menanti saat kelahiran anak bongsunya beliau menceritakan: “Pada waktu kelahiran Fatimah az-Zahra’, saya meminta bantuan wanita Quraisy yang berjiran dengan saya untuk membantu namun, mereka menolak sambil mengatakan saya telah mengikut ajaran Rasulullah s.a.w.. Saya kebingungan sejenak dan tiba-tiba kelihatan empat orang yang wajahnya bercahaya berada di sisi saya. Ketika mereka melihat saya berada dalam keadaan kecemasan, salah seorang daripada mereka menyapa, mengatakan dia adalah Sarah ibunda Nabi Ishaq a.s.. Manakala tiga orang yang bersamanya adalah maryam binti Imran ibunda Nabi Isa a.s., Asiah puteri Muzahim dan Ummu Kaltsum saudara perempuan Nabi Musa a.s.. Mereka semua diperintahkan Allah s.w.t. untuk membantu saya. Kemudian mereka berada di sekeliling saya dan memberikan pelayanan kebidanan sehingga puteri saya, Fatimah az-Zahra’ lahir.” . Fatimah az-Zahra’ lahir pada hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir tahun kelima setelah Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasul. Beliau dilahirkan ketika orang Quraisy sedang sibuk membina Ka’bah. . Lahirnya Fatimah az-Zahra’ membawa khabar gembira dan kedamaian kepada seluruh kaum Quraisy kerana bertepatan dengan kesepakatan mereka untuk membina Ka’bah. Ketika itu setiap kabilah dari suku Quraisy ingin ikut serta membina Ka’bah dengan meletakkan batu mengikut bahagian masing-masing. Ketika bangunan Ka’bah sampai ke aras Hajar Aswad, mereka berselisih faham tentang siapakah yang paling layak untuk meletakanya. Abu Umayyah bin Mughirah pembesar yang sangat disegani mencadangkan agar mereka mengambil jalan tengah untuk meredakan ketegangan yang ada. Orang yang dimaksudkan hendaklah orang pertama yang masuk melalui pintu masjid yang ditentukan. Akhirnya, mereka bersepakat dan ketika sedang menanti kemunculan orang tersebut, tiba-tiba muncullah Rasulullah s.a.w.. Mendengar perselisihan kaum Quraisy, Baginda mencadangkan supaya meletakkan batu Hajar Aswad tersebut di tengah sehelai kain yang besar. Setiap Kabilah mewakilkan seseorang untuk mengangkat batu tersebut sehingga kesemuanya mendapat bahagian untuk meletakkan batu Hajar Aswad di tempatnya. Pada hujung kain pertama diberikan kepada Abdul Manaf Utbah bin Rabi’ah, hujung kain kedua kepada Zum’ah, hujung kain ketiga diberikan kepada Abu Huzaifah bin Mughirah dan hujung kain keempat kepada Qais bin ‘Adi. . AZ-ZAHRA’ . Oleh kerana budi pekerti Fatimah az-Zahra’ sangat mulia lagi luhur, beliau dikenali sebagai ‘Az-Zahra’’ bermaksud bercahaya. Antara lain ialah kerana ketika Fatimah az-Zahra’ berada di mihrabnya (tempat ibadahnya) cahaya memancar menerangi penduduk langit sebagaimana cahaya bintang menerangi penduduk bumi. . Dalam riwayat lain disebutkan Fatimah az-Zahra’ dikenali sebagai az-Zahra’ kerana Allah s.w.t. telah menciptakannya dari cahaya keagunganNya. . Ketika Khadijah binti Khuwailid melahirkan anak bongsunya muncullah cahaya yang berkilauan di langit yang tidak pernah disaksikan para malaikat di hari sebelumnya. Untuk itulah kemudian beliau digelar az-Zahra’. . Fatimah digelar az-Zahra’ kerana beliau tidak pernah haid. Malahan ketika bersalin juga beliau suci dari darah nifas sehingga beliau dapat melaksanakan solat lima waktu dan beribadah sepanjang masa. . Antara gelaran Fatimah az-Zahra’ adalah seperti: 1. Al-Muhaddatsah kerana pernah berbicara dengan malaikat sebagaimana Maryam binti Imran. 2. Shiddiqah bermaksud jujur. 3. Mubarakah bermaksud yang diberkati. 4. Thahirah bermaksud suci dari noda. 5. Zakiah bermaksud cerdik. 6. Radhiah bermaksud reda. 7. Mardhiah bermaksud tenteram. 8. Ummu Abiha bermaksud ibu kepada bapanya. . UMMU ABIHA . Semenjak kematian Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra’ telah mengambil alih tugas ibunya untuk menguruskan rumahtangga Rasulullah s.a.w.. Oleh itu Baginda sangat mencintai Fatimah az-Zahra’ sehingga Rasul akhir zaman sering memanggil puterinya dengan panggilan ‘Ummu Abiha’ bermaksud ibu kepada bapanya. . Rasulullah s.a.w. juga telah memperlakukan puterinya bagaikan Baginda memperlakukan ibunya sendiri. Baginda sering mencium tangan puterinya dan menziarahinya setiap kali pulang ke Madinah al-Munawwarah. Baginda juga sangat manja kepada puterinya bagaikan manjanya seorang budak kecil kepada ibunya. . Ketika Rasulullah s.a.w. masih kanak-kanak Baginda telah kehilangan ibu yang tercinta, Aminah binti Wahab. Setelah menjadi yatim piatu Baginda beralih kepada Fatimah binti Asad iaitu Ibu Saidina Ali k.wh. bin Abi Thalib. Rasulullah s.a.w. sering memanggilnya ‘Ya Ummi’. . Ketika Fatimah binti Asad meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. sangat berduka sehingga Baginda bersabda, “Telah meninggal ibuku.” . Setelah itu Allah s.w.t. kemudian menggantikan untuknya Fatimah az-Zahra’ iaitu puterinya sendiri. Setiap kali Baginda melihat puterinya, maka Baginda akan teringat pada Fatimah binti Asad yang telah menjaganya. . Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang sangat bijaksana sehingga Baginda tidak menggelarkan seseorang secara sia-sia. Disebalik nama atau gelaran yang diberikan pasti mempunyai hikmah yang mendalam. Bagi Rasulullah s.a.w., ianya bagaikan cahaya yang terang benderang dan menjulang tinggi. Ianya tidak ada beza sama ada Fatimah az-Zahra’ sebagai puterinya atau ibunya. . Ibnu Abbas meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya puteriku adalah bidadari syurga, kerana dia tidak pernah haid. Disebut Fatimah az-Zahra’ kerana Allah s.w.t. telah memutuskan (Fathamaha) daripadanya dan daripada pencintanya akan seksaan api neraka.” . KEISTIMEWAAN DAN KEUTAMAAN FATIMAH AZ-ZAHRA’ . Antara keistimewaan dan keutamaan Fatimah az-Zahra’ adalah: . 1. Fatimah adalah sebahagian nyawa Rasulullah s.a.w.. Baginda pernah bersabda, “Fatimah az-Zahra’ adalah sebahagian jiwa ragaku. Barangsiapa yang membuatnya marah dia telah membuatku marah.”[1] “Sesungguhnya Fatimah az-Zahra’ adalah sebahagian jiwaku. Siapa yang mendustakannya bererti dia telah mendustakanku.”[2] “Fatimah az-Zahra’ adalah sebahagian jiwaku. Menyakitiku sesiapa yang menyakitinya dan memuaskanku sesiapa yang memuaskannya”[3] . 2. Kemurkaan Fatimah az-Zahra’ adalah kemurkaan Rasulullah s.a.w. dan kemurkaan Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, Allah s.w.t. murka kerana kemarahanmu dan reda kerana keredaanmu”[4] . 3. Rasulullah s.a.w. sangat menyayangi Fatimah az-Zahra’. Abu Tsa’labah al-Kasyani meriwayatkan, “Ketika Rasulullah s.a.w. kembali dari musafir atau sesuatu peperangan Baginda akan pergi ke masjid terlebih dahulu untuk solat dua rakaat. Kemudian Baginda akan pergi ke rumah Fatimah az-Zahra’ dan seterusnya barulah ke rumah isterinya yang lain.”[5] . Ibnu Umar berkata, “Apabila Rasulullah s.a.w. bermusafir orang terakhir yang ditemuinya adalah Fatimah az-Zahra’. Jika Baginda kembali dari musafir, orang pertama yang ditemui juga adalah Fatimah az-Zahra’. Baginda sangat menyayangi Fatimah az-Zahra’ kerana kerinduannya. Baginda tidak boleh berpisah lama daripadanya. Ketika Fatimah az-Zahra’ meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w. setelah bernikah dengan Saidina Ali k.wh., setiap hari Baginda sering menziarahinya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Daku ingin membawamu kembali kepadaku.” Fatimah az-Zahra’ menjawab, “Beritahulah Haritsah bin an-Nu’man agar saya dapat tinggal di rumahnya.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Haritsah bin an-Nu’man telah menyerahkan rumahnya untuk kita diami. Kerana itu daku merasa malu terhadapnya.” . “Perkara tersebut telah sampai kepada Haritsah bin an-Nu’man lalu dia berpindah dari rumahnya. Kemudin dia berjumpa Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai Rasulullah, telah sampai berita kepadaku Tuan akan memindahkan Fatimah az-Zahra’ ke rumah Tuan. Ambillah rumah itu. Ia adalah rumah Bani Najjar yang paling lama. Diriku dan hartaku adalah milik Allah s.w.t. dan RasulNya. Demi Allah, hartaku yang Tuan ambil lebih saya suka dari yang Tuan tinggalkan.” Rasulullah s.a.w. kemudian menjawab, “Anda memang benar. Semoga Allah s.w.t. memberkatimu.” . Tidak lama kemudian Baginda memindahkan Fatimah az-Zahra’ ke rumah Haritsah. Suatu ketika Saidina Ali k.wh. bin Abi Thalib bertanya Rasulullah s.a.w., “Siapakah di antara kami yang paling anda cintai, diriku atau Fatimah az-Zahra’? Rasulullah s.a.w. menjawab, Bagiku anda lebih mulia daripada Fatimah az-Zahra’ dan Fatimah az-Zahra’ lebih daku cintai daripadamu.” . 4. Fatimah az-Zahra’ adalah wanita yang paling dicintai Rasulullah s.a.w.. Suatu ketika Aisyah telah ditanya tentang orang yang paling dicintai Rasulullah s.a.w.. Aisyah menjawab, “Fatimah az-Zahra’.” Beliau ditanya lagi, “Siapakah lelaki yang paling dicintai Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Suaminya, kerana Saidina Ali k.wh. adalah orang yang sering berpuasa dan solat malam.” . Jami’ Ibnu Umar meriwayatkan, “Aku bersama ibuku telah menemui Aisyah. Aku mendengar perbualannya disebalik tirai. Ibuku bertanya kepadanya tentang Saidina Ali k.wh.. Aisyah menjawab, “Engkau bertanya kepadaku tentang seorang lelaki? Demi Allah, aku tidak tahu kalau ada lelaki lain yang lebih dicintai Rasulullah s.a.w. selain Saidina Ali k.wh.. Begitu juga di muka bumi ini tiada perempuan yang sangat dicintai Rasulullah s.a.w. kecuali Fatimah az-Zahra’.”[6] . 5. Fatimah az-Zahra’ adalah orang yang paling fasih dan benar tutur katanya. Aisyah telah meriwayatkan, “Aku tidak pernah melihat ada orang yang lebih fasih dan benar tutur katanya daripada Fatimah az-Zahra’, kecuali bapanya Rasulullah s.a.w..” . 6. Suci dari haid. Asma’ berkata, “Ketika Fatimah az-Zahra’ melahirkan Saidina Hasan tidak kelihatan beliau mengeluarkan darah. Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kenapa Fatimah az-Zahra’ tidak mengeluarkan darah haid dan nifas?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, “Tidakkah engkau tahu wahai Asma, puteriku Fatimah az-Zahra’ adalah wanita suci dan disucikan Allah s.w.t. Kerana itu dia tidak mengeluarkan darah haid dan nifas.” . 7. Keturunan Fatimah az-Zahra’ masuk syurga. Abdullah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan rahim Fatimah az-Zahra’ dalam keadaan suci. Sebab itulah Allah s.w.t. haramkan anak keturunannya masuk ke dalam neraka.” . 8. Fatimah az-Zahra’ mulia di sisi Allah s.w.t.. Fatimah az-Zahra’ adalah orang yang paling mulia buat bapanya dan kedudukannya sama seperti kedudukan Maryam binti Imran. . Abu Said al-Khudri meriwayatkan, “Suatu hari Saidina Ali k.wh. pernah bertanya kepada Fatimah az-Zahra’, apakah beliau menyimpan makanan untuknya. Fatimah az-Zahra’ menjawab, “Demi yang telah memuliakan bapaku dengan kenabian. Hari ini saya tidak memiliki sebarang makanan yang boleh dijamah. Bahkan sudah dua hari kita tidak memiliki apa-apa untuk mengalas perutku dan perut kedua anakku ini.” Saidina Ali k.wh. menjawab, “Wahai Fatimah, mengapa anda tidak memberitahu perkara ini kepadaku sehingga saya boleh mencari makanan untukmu.” Fatimah menjawab, “Saya malu kepada Allah s.w.t., jika menyusahkanmu dengan sesuatu yang tidak sanggup anda laksanakan.” . Kemudian Saidina Ali k.wh. pergi dengan satu keyakinan kepada Allah s.w.t. dan berbaik sangka kepadaNya. Beliau telah meminjam wang daripada temannya sebanyak satu Dinar. Ketika beliau ingin membeli makanan untuk keluarganya, tiba-tiba beliau bertembung dengan Miqdad sedang berjalan di bawah terik mentari. Saidina Ali k.wh. bertanya, “Wahai Miqdad, apa yang membuatmu gelisah sehingga anda keluar rumah pada hari yang panas terik ini?” Miqdad menjawab, “Wahai Abu Hasan (gelaran Saidina Ali k.wh.), biarkanlah saya sendirian dan janganlah halang perjalanan saya. Janganlah anda tanya tentang keluarga saya yang saya tinggalkan di rumah.” Saidina Ali k.wh. berkata, “Tidak baik anda sembunyikan keadaanmu daripadaku.” Miqdad menjawab, “Demi Allah s.w.t. yang telah memuliakan Muhammad s.a.w. dengan kenabian. Tidak ada yang membuatkan saya gelisah seperti sekarang ini kecuali kemiskinan saya. Ketika saya mendengar tangisan anak saya, seolah-olah bumi ini akan bergegar. Itulah kenapa saya pergi meninggalkan mereka di rumah.” . Mendengar jawapan Miqdad, air mata Saidina Ali k.wh. sebak dan berlinangan sehingga membasahi janggutnya. Kemudian beliau berkata, “Wahai Miqdad, saya bersumpah dengan nama Allah s.w.t.. Saya juga mengalami perkara yang sama seperti keadaan dirimu. Saya baru sahaja meminjam wang satu Dinar untuk pembelanjaan keluarga saya. Tetapi anda nampaknya lebih memerlukan. Ambillah wang ini. Saya mesti mengutamakan diri anda daripada diri saya sendiri.” . Saidina Ali k.wh. memberikan wang tersebut kepada Miqdad dan beliau pulang dengan tangan kosong. Kemudian beliau solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak bersama Rasulullah s.a.w.. Selesai solat, Rasulullah s.a.w. berjalan di depan Saidina Ali k.wh. yang berada di saf depan. Baginda memberi isyarat kepada Saidina Ali k.wh. lalu beliau pun mengikuti Baginda sehingga mereka bertemu di pintu masjid. Di sana Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Saidina Ali k.wh. adakah beliau mempunyai sesuatu untuk dimakan bersama pada malam itu. Saidina Ali k.wh. hanya terdiam tanpa memberikan sebarang jawapan. Beliau benar-benar malu kepada Rasulullah s.a.w. yang telah mengetahui mengapa beliau keluar dari rumahnya. . “Wahai Ali, jika benar anda tidak memiliki makanan yang boleh dimakan bersama, nescaya daku akan pulang. Namun, jika anda memiliki sesuatu, daku akan ke rumahmu bersama.” . Akhirnya, Rasulullah s.a.w. sendiri mengajak Saidina Ali k.wh. untuk pergi ke rumah Fatimah az-Zahra’. . Setelah sampai di rumah Fatimah az-Zahra’, Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam kepada puterinya. Mendengar suara salam ayahnya yang mulia, Fatimah az-Zahra’ bergegas menjawab dan segera bertemu Baginda. . “Bagaimana keadaanmu malam ini?” Tanya Rasulullah s.a.w.. “Hidangkanlah sedikit makanan untuk kita pada malam ini. Semoga Allah s.w.t. mengampunimu.” Sambung Baginda. . Fatimah az-Zahra’ mengambil makanan yang sudah tersedia di dalam mangkuk besar yang ada di dapur. Beliau meletakkannya di depan Rasulullah s.a.w.. . Rasulullah s.a.w. melihat dan mencium makanan yang terhidang itu dengan penuh kehairanan sambil berkali-kali memandang wajah puterinya. . “Maha Suci Allah s.w.t.. Apakah saya telah melakukan dosa sehingga layak mendapat murka?” Tanya Fatimah az-Zahra’ kepada bapanya. . Kemudian puteri Rasulullah s.a.w. menadah tangan ke langit seraya berkata, “Tuhanku Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan Maha Mengetahui pula apa yang ada di bumi. Saya tidak berkata kecuali hanya yang benar sahaja.” . Rasulullah s.a.w. bertanya, “Dari mana anda perolehi makanan yang tidak pernah daku lihat dan tidak pernah daku rasa sesedap ini?" . Rasulullah s.a.w. kemudiannya meletakkan tangannya yang penuh berkat di antara kedua bahu Saidina Ali k.wh. sambil menggerakkannya lalu bersabda, “Wahai Ali, inilah pahala atas wang satu Dinar itu. Inilah kurniaan yang datang dari sisi Allah s.w.t. yang dikurniakannya kepada siapa sahaja yang dikehendaki tanpa perkiraan.” . Kemudian dalam keadaan sebak Rasulullah s.a.w. bersabda, “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memuliakan kalian di atas muka bumi ini. Wahai Ali, Allah s.w.t. telah memberimu kemuliaan seperti yang pernah diberikannya kepada Nabi Zakaria a.s. dan anda wahai Fatimah, telah diberikan kemuliaan seperti yang pernah Allah s.w.t. berikan kepada Maryam binti Imran. Setiap kali Nabi Zakaria a.s. menemuinya di mihrab (tempat ibadah) dia melihat ada rezeki Allah s.w.t. di situ. Lalu Zakaria bertanya, “Wahai Maryam, dari mana anda perolehi semua ini.” . WASIAT FATIMAH AZ-ZAHRA’ . Suatu ketika Fatimah az-Zahra’ memanggil Ummu Aiman, Asma dan Suaminya Saidina Ali k.wh. Kemudian beliau memandang kepada suaminya dan berkata: . “Wahai suamiku, saya telah merasakan ajal saya akan tiba. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diriku selain akan mengikut jejak langkah bapa saya tidak lama lagi. Saya ingin mewasiatkan kepadamu apa yang selama ini terpendam di dalam jiwaku.” Dengan perasaan terharu Saidina Ali k.wh. menjawab, . “Wasiatkanlah kepadaku apa yang anda inginkan wahai puteri Rasulullah.” Saidina Ali k.wh. duduk berhampiran kepala Fatimah az-Zahra’ sementara orang lain yang berada di situ diminta keluar. Kemudian Fatimah az-Zahra’ menyambung, . “Wahai suamiku, sejak saya berkahwin denganmu, adakah anda pernah medengar saya berbohong dan tidak menurut perintahmu?” Saidina Ali k.wh. berkata, . “Saya berlindung daripada Allah s.w.t., anda lebih mengenal Allah s.w.t., lebih banyak melakukan kebaikan, lebih bertakwa, lebih mulia dan lebih takut kepada Allah s.w.t.. Sukar bagi saya untuk berpisah denganmu dan saya merasa sedih atas kehilanganmu. Namun, perkara ini merupakan ketentuan Allah s.w.t.. Demi Allah, musibah atas kewafatan Rasulullah s.a.w. telah anda timpakan ke atasku. Sesungguhnya kita milik Allah s.w.t. dan kepadaNya kita kembali.”[7] . Kemudian kedua suami isteri yang mulia itu menangis seketika. Saidina Ali k.wh. lalu mengusap kepala Fatimah az-Zahra’ dan menyandarkan ke dadanya seraya berkata, “Wasiatkanlah kepadaku apa yang ingin anda wasiatkan.” . Fatimah az-Zahra’ pun mewasiatkan tiga perkara kepada Saidina Ali k.wh. sebagai berikut: . 1. Supaya Saidina Ali k.wh. berkahwin dengan Umamah puteri saudara perempuan Fatimah iaitu Zainab setelah wafatnya.[8] Mengenai Umamah, Fatimah az-Zahra’ berkata, “Dia sangat menyayangi anakku seperti saya menyayangi mereka.” . 2. Supaya Saidina Ali k.wh. menggunakan keranda yang telah disebutkan cirinya. Ali bin Husain meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas yang berkata, “Fatimah az-Zahra’ ketika jatuh sakit, beliau berkata kepada Asma binti Umais, “Tidakkah anda perhatikan apa yang kita ketahui. Saya akan diusung di dalam keranda yang terbuka.” Asma binti Umais menjawab, “Tidak, demi Allah. Melainkan saya akan buatkan keranda untuk anda seperti yang pernah saya lihat di Habsyah.” Fatimah az-Zahra’ berkata, “Buatkanlah untukku.” Lalu Asma binti Umais membawa pelepah kurma basah dan membuat keranda di atas bangku panjang. Itulah keranda pertama. Asma binti Umais berkata, “Fatimah az-Zahra’ tersenyum padahal saya belum pernah melihatnya tersenyum setelah bapanya wafat.”[9] . 3. Supaya tidak seorang pun di antara orang yang pernah membuatnya marah melihat jenazahnya dan supaya beliau dikebumikan di malam hari. . WAFAT . Ketika Rasulullah s.a.w. jatuh sakit, Baginda melihat Fatimah az-Zahra’ lalu mengatakan Fatimah az-Zahra’ adalah anggota Ahlul Baitnya yang terlebih dahulu akan mengikutinya. . Semenjak wafatnya Rasulullah s.a.w., Fatimah az-Zahra’ kelihatan sering sakit. Beliau sering mengasingkan diri untuk bermunajat. Saidina Ali k.wh. telah membina sebuah rumah kecil yang diberi nama ‘Bait al-Huzni’ iaitu rumah kedukaan. Di situlah beliau menghabiskan masa berduka dan menangisi pemergian bapanya buat selama-lamanya. . Fatimah az-Zahra’ menceritakan, “Ketika saya sedang tidur, tiba-tiba saya bermimpi berjumpa dengan bapa saya. Ketika saya melihatnya saya merasa sebak lalu memanggilnya dan mengatakan kepadanya, sesungguhnya berita langit telah terputus dari saya. Dalam keadaan seperti itu tiba-tiba datang para malaikat dalam beberapa barisan yang dipimpin oleh dua malaikat. Lalu kedua malaikat itu menarik saya dan membawa saya naik ke langit. Kemudian saya mengangkat kepala. Tiba-tiba kelihatan istana, taman dan anak sungai. Istana demi istana dan taman demi taman berderetan. Dari istana tersebut keluarlah para bidadari seakan boneka yang gembira tersenyum kepada saya. Mereka menyambut saya dan mengatakan, selamat datang wahai makhluk yang untuknya diciptakan syurga dan kerananya mereka diciptakan. . Kemudian para Malaikat membawa saya naik sehingga membawa saya masuk ke sebuah tempat yang dipenuhi istana. Di dalam setiap istana terdapat rumah yang dipenuhi perabot yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak pernah terdetik dalam hati manusia. Di dalamnya juga terdapat kain sutera nipis dan kain sutera tebal. Di atas perabot tersebut terdapat selimut dari sutera dengan pelbagai warna dan gelas yang diperbuat dari emas serta perak yang menarik pandangan. Di atas meja pula terhidang pelbagai jenis makanan. Di tamannya terdapat sungai yang warnanya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu dan wanginya lebih harum dari kasturi. Lalu saya bertanya, untuk siapakah istana dan sungai ini? Mereka lantas menjawab, bahawa tempat ini adalah Firdaus yang tertinggi yang tidak ada lagi syurga di atasnya. Ia adalah tempat ayah saya, para Nabi, para ‘Syuhada’ dan para ‘Shiddiqun’ yang dicintai Allah s.w.t.. Manakala sungai itu adalah ‘Al-Kausar’ yang Allah s.w.t. janjikan kepada ayah saya. Kemudian Saya bertanya mengenai di manakah ayah saya. Mereka menjawab, sebentar lagi Baginda akan menemui saya. . Tidak lama kemudian kelihatan istana yang sangat putih dan di dalamnya ada tilam yang sangat indah. Tiba-tiba saya berada di atas tilam tersebut yang terbentang di atas katil. Lalu kelihatan ayah saya sedang duduk di atas tilam tersebut bersama beberapa orang. Baginda menarik, mendakap dan mencium saya seraya mengucapkan selamat datang kepada saya. Setelah itu, Baginda memangku saya di atas pangkuannya. Seterusnya Baginda bertanya kepada saya, tidakkah saya melihat apa yang telah dijanjikan Allah s.w.t. kepada saya dan apa yang saya perolehi. Rasulullah s.a.w. memperlihatkan kepada saya istana yang dipenuhi dengan pelbagai hiasan perabot. Baginda mengatakan bahawa ini adalah tempat tinggal saya, tempat tinggal suami saya, kedua anak saya, orang yang mencintai saya dan mencintai mereka (Ahlul Bait). Maka bergembiralah. Kerana saya akan menemuinya tidak beberapa lama lagi.” . Seterusnya Fatimah az-Zahra’ melanjutkan, “Maka gembiralah hati saya dan bertambah kerinduan saya kepadanya. lalu saya terjaga dari tidur dalam keadaan ketakutan.”[10] . Menjelang kewafatan Fatimah az-Zahra’, beliau tidak merasakan sakit dan tidak mengadu sakit kepala. . Akhirnya, pada malam selasa bersamaan 3 Ramadan tahun 11 Hijrah, Fatimah az-Zahra’ wafat dalam usia 28 tahun. [1] Hadis riwayat Bukhari di dalam Shahihnya [2] Hadis riwayat Muslim di dalam Shahihnya. [3] Sila rujuk al-Ishabah Hadis yang diriwayatkan daripada al-Musauwir bin Mukharramah. [4] Sila lihat di dalam kitab Syarf an-Nubuwah, Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Sa’ad daripada Saidina Ali k.wh.. [5] Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadraknya. [6] Hadis riwayat al-Hakim di dalam Mustadraknya. [7] Sila rujuk kitab Raudhah al-Waizin. [8] Umamah adalah puteri Abul Ash bin Rabi’. Dia telah meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w. pernah mendukungnya ketika Baginda sedang solat. Apabila Baginda sujud Umamah yang masih kecil itu di turunkan. Jika Baginda berdiri Umamah didukung kembali.” Aisyah pula meriwayatkan, “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. telah diberi hadiah berupa kalung dari mutiara. Baginda mengatakan supaya kalung tersebut diberikan kepada keluarganya yang paling Baginda cintai. Salah seorang perempuan berkata, “Aku membawa kalung tersebut kepada puteri Abu Quhafah (Aisyah).” Tetapi Rasulullah s.a.w. memanggil Umamah lalu mengalungkan kalung tersebut ke lehernya. Begitu juga ketika Raja Najasyi menghadiahkan perhiasan berupa cincin emas kepada Rasulullah s.a.w.. Kemudian Baginda memberikannya kepada Umamah. [9] Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadraknya. [10] Fatimah az-Zahra’ oleh Dr. Taufiq Abu ‘Alam al-Mishri terbitan Darul Ma’arif, Mesir.

Friday, January 20, 2012

Sihir Suami Isteri

sihir yang paling hot buat mereka yg berpasangan lebih dari 1... Bagi sesiapa yg terkene terus mati pucuk dan mati nafsu pada pasangan....

Monday, January 9, 2012

Tangkap Jin 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.... Kita sambung ya..mana la tahu kut2 aku mati waktu terdekat ni..kurang-kurang ilmu yang ada sikit-sikit ni aku dah nukilan kan kat blog ni..
Ramai jugak yang email mintak izin nak print out simpan dan amalkan..bagi aku ok la ..sekurang-kurangnya dapat jugak pengetahuan sikit-sikit...
7-8 tahun yang lalu ,aku jugak macam kamu semua jugak..mencari kesini-kesana...baca buku, baca internet, pantang dengar ada orang yang pandai aku terus pergi berjumpa..tak kisah la orang tu di utara ke..selatan ke..timur ke..semata-mata tujuan mencari ilmu...tapi cuma dalam Malaysia je la..iman masih lemah, tak seperti imam2 besar dulu yang merantau seluruh pelusuk dunia semata2 mencari dan menggali ilmu-ilmu Allah..
BAcala kisah2 imam Ghazali, imam bukhari, imam shafie bagaimana mereka merantau seluruh tanah arab...susah kan utk dapatkan ilmu ni kan..tapi orang zaman la ni..nak short cut..hehehe..amal pakai dalam internet je..waduh2 senang sangat ya pakkk...
Akhirnya setelah aku berpusing sana sini ,tahu la aku ,sebenarnya apa yang kita carikan..ilmu yang dikejar semuanya menuju ALLAH swt jugak...
Hadis Nabi Saw. yang artinya: "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri cina?"
sesuai dengan Hadis Nabi saw...memang ilmu ni wajib di cari... Amalan atau ilmu menangkap Jin ni ada banyak caranya...ada cara memakai jurus, memakai tenaga Batin cth amalan Lam, memakai ilmu makrifah..memakai rukyah...
Menangkap Jin di luar badan manusia mudah berbanding Jin yang telah bersarang dalam tubuh manusia..kerana mereka boleh menyuruk sedalam-dalamnya dan mampu mengalir di dalam darah..
7-8 tahun yang lepas aku terlalu ghairah melihat orang menangkap jin..minat aku begitu mendalam melihat kali pertama...sekarang aku rasa dah mampu ijazahkan pada sapa2 yang berminat..
Jangan salah sangka ya pada yang email aku yang berniat untuk belajar...bukan mudah jugak untuk tangkap jin ni..bukanla semudah menangkap ikan, beli pancing,umpan n terus dapat..no no...Jin ni jugak berilmu, dia boleh melawan balik, mereka jugak bekeluarga, mereka juga berdendam...so tidak semudah yg disangka tau..bukan mudah nak jadi super saiya yo..
Mereka mempunyai rakan2, keluarga yang akan membalas dendam terhadap jin yang kita tangkap..dan yang paling aku kurang berkenan dia ganggu family kita pulak sebabkan tak dapat sentuh kita...tapi itu pun tak perlu risau..kita cuma tangkap Jin yang mengganggu..so Dio yang salah..jadi sesuai la dengan keyakinan kita, selagi kita berpihak yang benar, ALLAH bersama kita..so apo mau takut yo..
Selalunya sebelum aku menurunkan ilmu Tangkap ni..mestila aku kene turunkan amalan pertahankan diri..mesti mau kuat, hubungan dengan Allah wajib jaga. kerana bantuan hanya datang dari Allah..asbab makhluk-mahkluknya..
Untuk menjadi Ghost-busters yang terbaik..kurang2 amik masa 6 bulan - 1 tahun yo...dalam masa proses pembelajaran ni ada zikir yang perlu diamalkan..ada ayat-ayat dan doa yang perlu dilancarkan, dan banyak penerangan yang perlu dijelaskan...susahkan..senang jo..yang penting MINAT....
dan aku jugak nak beberapa orang yang minat untuk buka cawangan Ruhaniah...kesian aku tgk yang datang dari jauh2 tu...terengganu cth..kelantan..pinang..sian kan..
Bagi proses ilmu tangkap Jin ni..aku akan mengajar beberapa amalan seperti amalan kerohanian, kebatinan, doa-doa syifa, jenis2 selawat yang kita pakai, ayat-ayat quran yang wajib dihafalkan, scan jin dan penyakit (sama ada scan secara nampak or gerak n firasat),zikir yang wajib di wiridkan dan seterusnya makrifah.Bukan senangkan? Scan ni pulak bergantung kepada individu yo..ada yang memang berbakat terus dapat, ada yang susah..aku sendiri terdiri dari orang yang susah dan bukan orang yang berbakat..so jangan risau kalau kita rasa kita tak berbakat..sesungguhnya Allah itu adil..
Manusia mempunyai kelebihan masing-masing...tetapi dengan usaha semua kelemahan mengatasi kelebihan..
Pastilah ada yurannya kan..nama pun belajar..yuran dikenakan RM 250/sebulan,perjumpan dicadangkan akan dibuat 2 kali dalam sebulan,dan mungkin proses pembelajaran mengambil masa ke setahun..baru la tamat ilmu menangkap jin ni... bagi proses penerangan dan pengijazahan semua amalan..kelas akan dibuat sama ada di seremban or alorgajah Melaka..tengok mana yang sesuai...sekiranya anda berjaya dalam proses dan ilmuan ni, automatik anda dah boleh jadi perawat dan bukan sekadar menangkap Jin sahaja...dan yang paling penting,keyakinan dengan Allah semakin tinggi..
bulan ke 6 baru la di ajar cara-cara dan kaedah menangkap jin yo..bukan kali pertama kelas..saya tak nak bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi pada anda kalau terus pertemuan pertama ajar ilmu tangkap jin..so jangan ghairah sangat nak dapat ilmu tu, bukan mudah kan..samala proses kita amik degree kat universiti kan,yang susah - susah masa tahun akhir..ini ilmu tangkap jin, lagi la susah n BAHAYA...
so renung-renungkan la ya...kalu rasa sanggup boleh la daftar nama, kalu tak sanggup jangan la paksa diri..Allah jua yang memberi taufik dan hidayah pada hamba-hambanya..
di sebabkan aku pening sebab ada yang email,ada yang call, ada yang sms,langsung tak tau berapa orang dah jumlahnya..ada jugak yg daftar kat ruangan comment.. so email hanya pada tokbelang@gmail.com ..di sini saja, kalu email di bentengjiwa or sms or call or ruangan comment aku tak layan..bukan apo,poning la nak susun...
Related Posts with Thumbnails