Tuesday, August 19, 2014

Mengenal Allah, Mengenal Diri , Mengenal Syaitan , Mengenal Jin

Bismillah,

Kalu melihat pada tajuk yang aku nak kongsikan ni, memang takkan mampu nak ulas dlm blog ni.
silap-silap 10 jilid buku pun tak habis.

Sesungghunya , ni lah ilmu tertinggi yang aku dapat dlm pengajian sepanjang10 tahun dalam dunia kerohanian. Tetapi ilmu yang ada tidak diasah tak berguna juga. Sekadar tahu dan tanpa amal tidak membawa makna apa2. BUkan la aku nak mengatakan ketinggian ilmu aku, cuma aku memberi contoh, ilmu solat yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita, kalu tidak di amalkan, bukan saja berdosa, malah di humban ke API NERAKA. Nauzubillah..

Bukan la mudah nak mengenal Allah, .........................subhanallah, aku pun hanya seciput yang dpt...

Banyak ungkapan dari orang2 ilmu hakikat, man arofa nafsuhu, faqad arafa rabbah, 'barang siapa kenal dirinya , maka kenal tuhanya '

..nampak ungkapan ayat tu begitu mudah, tapi aku mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahami ayat yg pendek tu..berdoalah byk2 semoga kita di berikan ilmu dr Allah yg maha Besar untuk mengenal Zat Allah...ada yang diberi secara anugerah, ada yang diberi setelah umur 60 ,70, 80 dan seterusnya.

Mengenal diri...pun tak abis jugak, doktor nak belajar fizikal manusia aje mengambil masa 6-8 tahun, barulah dapat tahap Doktor pakar, apatah lagi sekiranya kita ingin mengenal diri kita secara kerohanian.Kita sedia maklum Sheikh Abd Qadir Jailani, menjalani hidup suri selama hampir 20 tahun hidup dipadang pasir kemudian baru la balik ke kampung halaman dan mengajar murid-muridnya.

.Cuti raya ni baru ni, aku lepak-lepak ngn sorang murid aku, yang aku kongsikan ilmu aku serba sedikit padanya..

.Dia tanya pada aku, 'bolehke ke kalu dia pagar umah , pagar anak2 dia ,isteri semua pakai ayat qursi je..sebab dia lancar ayat2 lazim je, rukyah-rukyah semua tak lancar.

ye la, kalu kita tgk perubatan-perubatan syifa ni, kena lancar banyak ayat..aku pun ckp padanya, tentula boleh.

Tapi apa beza kalu ko baca ,aku baca , dan orang biasa baca..mesti ada byk perbezaan..amik satu contoh org histeria, panggil orang biasa baca ayat qursi, jin tu siap boleh ikut lagi kita baca, tapi cuba panggil org yang ada ilmu dan orang yang kenal Tuhannya baca, terbakar rentung jin tu kalu cuba ikutnya, persoalanya kenapa? dia pun baca ayat qursi, aku pun baca ayat qursi, tapi kenapa kesan yang berbeza.

Mudah saja jawapan, amik raket badminton, bg kat lee chong wei 1, bg kat aku 1, lawan , tentu aku kena 15 -0..jawpan sgt mudah, lee chong wei ada ilmunya.Bagi orang yang dah tahu rahsia permainan dan cukup latihan, memang bukan tandingan kita. Cuma bezanya ilmu badminton ni, hanya boleh dipakai didunia, tapi ilmu Al quran, dipakai keselamatan dunia, keselamatan di Alam Barzakh, dan keselamatan di Hari perjumpaan dengan Raabnya.

Bebalik kepada murid aku tadi, kata aku' hai si pulan, bagi orang yang dah kenal Tuhannya, jgn kata ayat qursi, cukup dengan lafaz Bismillaah ,insyallah leburlah Jin, dan tak tahan si Syaitan..

Aku pun terang padanya, dalam perubatan, aku membaca rukyah dihadapan pesakit, adalah tujuan dakwah aku kepada umat Muhamad SAW..aku memberi contoh dgn membaca ayat Allah, syaitan dan Jin lari lintang pukang, malah ada yang kena tangkap, terbakar, mati , merintih kesakitan tidak tahan dgn kalimah-kalimah Allah yang dibacakan. Kebanyakan manusia sekarang, telah tidak yakin dengan kebesaran Ayat Allah, melupakan Ayat-ayat Allah, tidak beramal dgn Ayat-ayat Allah, malah pergi mengambil tangkal sebagai pengasih, sebagai pelindung, sebagai penolong, sebagai penjaga rumah..

Satu hari ada satu makcik yang telah tua di bawa anak-anaknya dtg ke klnik aku..anak2 mereka ingin memaksa emaknya membuang saka yang ada pada emaknya. Anak-anaknya mendakwa ibunya tidak pernah meninggalkan solat, cukup setiap waktu..Alhamdulillah...

aku pun tanya pada makcik tu,'makcik, makcik sedia tak nak buang saka pendamping ni"? soal aku, apabila makcik tu dgr je soalan aku, makcik tu terus ,menangis teresak2...'makcik taknak buang saka ni nak. kalu buang nanti , sapa nak jaga makcik, sapa nak jaga anak2 makcik,dah lama makcik dgn dia, byk dia tolong makcik' lebih kurang kalu tak ingat aku ayat makcik tu..subhanallah, seorang yang solat, tapi tidak yakin pada Allah, apa lah makna solat tu kalu iktikad kita pada saka yang berdamping dengan kita.

Ini lah contoh, masyarakat yg jauh dari Allah, hilang yakin kepada Allah,berharap pada Jin, seolah-olah jin yang berkuasa memberi bantuan kepadanya.

Jadi aku terangkan pada murid ku, ini lah antara sebabnya aku membaca ayat-ayat Allah di hadapn pesakit-pesakit aku, supaya mereka yakin, yang menyembuhkan adalah Allah, aku membesarkan Allah, memberi keyakinan kembali kepada mereka bahwa Allah  la yang mengusai segala sesuatu.

Andaikata untuk diri aku sendiri, cukup la aku lafazkan Bismillah, maka nescaya jin2 tidak akan mampu bertahan, pernah aku berdialog dgn Jin sihir Asli yg cukup kuat, mengajak aku fight satu lawan satu,Jin asli ni telah berjaya menyihir seorang hafiz quran sehingga sakit separuh mati, maka dia berasa bangga dan yakin boleh menewaskan aku..'aku kata padanya, sebelum ko nak bertempur dengan aku, cuba ko lafaz perkataan "Allah.' Allah' Allah..kalu ko mampu lafaz, maka aku setuju lawan dgn ko...ternyata jin asli tadi tak mampu melafazkan..' aku pun mengejeknya, lafaz allah pun ko tak mampu sebut, berani ajak bertarung..aku pun lafazkan bismillah, dengan nama allah, dengan kebesaran Allah, aku menyebatnya sehingga mati..itu pun setelah aku dakwah peluk agama islam, tetapi dia menolaknya.

Begitulah aku terang kan serba sedikt kepada murid aku, 'bagi mereka yang telah mengenal Allah, cukup dgn lafaz bismillah, tidak ada yg mampu menahannya...tetapi pesan aku..setiap patah ayat allah akan di anugerah kan pahala, akan diberikan cahaya . maka cahaya itu akan melingkar pada tuduh kita melindungi kita dari ancaman bahaya.

Selang beberapa hari, aku jumpa murid aku balik, dia cerita, satu malam dia balik lewat kerumah.selalunya kalu di balik lewat mesti ada benda ikut, dia akan duk diluar rumah baca ayat qursi, supaya benda-benda yang ikut lari tak ikut masuk umah.So malam tu, dia sengaja tak baca, dia nak uji ilmu dia,dia terus masuk umah. Masuk je umah, baby dia yg baru usia 2 bulan menangis (makluman,baby boleh nmpak jin) ,  murid aku terus diam, penuh kusyuk seperti yang aku ajar, then dia lafaz bismillah...dia begitu teperanjat, baby dia terus berhenti dari menangis. makin dia memahami Tuhanya.Dulu katanya, kalu baby menangis siap kena baca yassin baca.

Kata aku.. ini la bezanya bagi yang mengenal tuhan, dan masih tidak mengenal lagi.



Related Posts with Thumbnails