Monday, November 18, 2013

Air Rukyah VS Air Jin

Assalamulaikum pada semua pembaca...

Lama dah den tak update blog, alhamdulillah, baru selesai tunaikan Haji, moga-moga mendapat haji yg mabrur kepada semua jemaah haji tahun ni...

- Saja nak kongsi ilmu tentang air rukyah....

-ada sesorang tanya pada aku, 'apa kelebihan air rukyah' , tapi ayat dia bukan la air rukyah, ayat dia air jampi..nak terangkan pakai mulut susah, aku suh dia buat xperimen sendiri..

-Air rukyah ni air yang di doakan oleh perawat kepada sesiapa saja, tak semestinya kepada pesakit, kepada budak menangis, org nak besalin, nak exam, pagar rumah, dan bermacam-macam lagi..

-ada lagi orang yang percaya air rukyahn ni...tapiiiii banyak yang dah tak percaya..kenapa takpercaya? tak nampak kelebihan air, so mcm mana nak percaya..

-so bebalik kepada soalan org tu pada aku tadi..aku katakan pada dia, ambil 2 gelas air kosong, satu gelas aku rukyahkan dgn ayatul qursi , dan satu lagi aku suruh dia pakai hp dia ,buka lagu britney spears then dengarkan lagu tu pada air yang satu lagi

- so air A adalah air rukyah
- air B adalah air lagu britney spears ( ada paham ka geng? )

-experimen ni korang boleh je buat kat umah, cuma masa baca air kat gelas tu, korang baca kuat dan jelas, n baca 3 kali pada air A tu ayat qursi

-yang air B tu, korang bukak besar2 lagu britney spears (lagu apa-apa pun boleh, cuma lagi rock kapak, lagi la power air aura hitam tu jadi)

-setelah selesai air A aku bacakan ayat qursi tadi, aku suh dia tanggalkan cincin dia ,ikatkan pada benang dlm panjang ukuran lengan dia, kemudia aku suruh dia julurkan cincin yang di ikatkan pada benang tu ke permukaan air yang di rukyahkan ( cincin jgn smpai terkena permukaan )...

-tangan jangan bergerak, statik je. then aku suruh dia niat dalam hati, supaya cincin tu bergerak mengikut gelombang air yang di baca..so cincin yang diikat pada benang tadi pelahan-lahan begerak..makin lama makin laju cincin tu begerak,sebab di tolak oleh aura air yang di rukyah tadi...cuma masa kali pertama dia buat cincin tu gerak pelahan je..so bermaksud air yg aku rukyah tadi tak kuat cahayanya or aura nya, so aku amik air tu balik, aku rukyah lagi, then aku suh dia buat lagi, aku ckp kali ni biar dia begerak smpai kena dinding gelas...selepas dlm 30 saat ,cincin tu begerak laju sampai berbunyi gelas yang mengandungi air rukyah tadi...

-aku suh dia perhatikan, arah mana cincin tu begerak ( cincin tu begerak berpusing)..so orang ni pun ckp, cincin begerak arah pusingan kaabah...aku pun angguk

-kemudian aku suruh dia alihkan cincin tu pada gelas B ,(gelas Britney Spears tadi )..dia pun letakkan cincin tadi permukaan  gelas..cincin tu mula bputar...makin lama makin laju..aku ckp perhatikan putaran cincin tu, so dia pun ckp putaran kali ni mengikut arah jam ( yakni bertentangan dengan putaran tawaf Kaabah )..

so , korang semua boleh test, kalu kurang power putaran cincin, bacakan Yassin pada Air...

-so kesimpulannya ada apa air yang di rukyah dgn ayat Allah , dan ada apa air yang di dengarkan pada Muzik..

air yang berpusing mengikut arah kaabah, adalah air yang aura nya bercahaya-cahaya kesan dari Rukyah, sebab tu tawaf di kaabah mendatangkan cahaya yang gilang gemilang pada kita, sementara air yang berpusing sebaliknya ,adalah air yang tidak elok,air yang di gemari oleh JIN dan syaitan kerana mengadungi aura hitam kesan dari nyanyian atau muzik..boleh korang fikirkan apa jadi pada aura badan kita kalu duk menyanyi n selalu pegi konsert????

-Wallahualam

-sesungguhnya muzik dan nyanyian adalah zikir kepada Iblis laknatullah..sesuai hadis Nabi

Firman Allah SWT: (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepada-Nya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan. (Yasin: 69)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman menyatakan tentang Nabi-Nya Muhammad SAW bahawa Dia tidak mengajar syair kepada baginda."


-

SOAL JAWAB IBLIS DENGAN ALLAH S.W.T
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).

8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."
-



Monday, August 26, 2013

Scan Gangguan

lecehkan scan pakai email

now teknologi dah maju

whatsapp je kat numbo ni 013 6665135

sy tolong scan, gambar seluruh family tidak dilayan ( mampuih den nak belek sorang2 dalam pic tu )

bagi pic sorang je serta nama..

kalu call sy tak angkat tu, sila msg, insyallah sy akan reply..( tak larat nak angkat phone dah)

Gangguan Jin Ular

Assalamualaikum

Di alam jin, bukan saja ada jenis jin seperti kita, yang be "syariat" ,berkahwin ,beranak pinak seperti kita, malahan mereka juga ada belaan masing-masing.

Ada jenis kelawar, harimau, ular , kala jengking , lipan dan pelbagai jenis lagi, malah ada yang pelik yang tak dapat di gambarkan seperti binatang apa.

Aku nak kongsikan sedikit cerita berkenaan Gangguan jenis Jin Ular, Tapi cerita jin jenis buaya putih pun best, tapi hari ni Ular la dulu...

Ada satu minah ni , dtg la klinik aku,

so minah pun tanya la kat aku maksud "mimpi" dia, dia tengah mengandung, so ayah dia risaukan dia (ayah dia banyak ilmu, cuma tak tau nak pakai,aku tgk badan ayah dia terang becahaya,stiap kali aku scan ayah dia,mesti aku kata, takyah la scan pakcik,cahaya pakcik terang ni,kuat pulak..nanti dia start la cerita apa amalan dia dari pagi sampai ke malam..amalan yang dia buat tu,aku pun tak mampu nak buat..

Anak dia cerita la, yang satu malam tu anak dia mimpi ular datang menjalar ke arah dia...aku pun angguk-angguk..geleng-geleng..tanda aku mendengar kisah takutnya dia melihat ular tu dlm mimpi tu..aku pun dgr sampai la dah habis dia cerita.."ustaz cuba scan saya tgk apa maksud mimpi tu"....tu last skali yang dia ckp...sebenarnya tu la ayat aku nak dengar , aku bukan nak dengar sangat cerita kisah mimpi "syakila " dia tu, aku senang je ,aku pegang kepala ,suh pesakit tarik nafas, tahan,zikir allah..allah..allahh...nanti tau la aku mimpi tu cuma mainan tidoq or memang alamat...

kalu bukak tafsir mimpi, mimpi ular..ada orang nak minang la, ada sihir la, ada itu la..alamat tak baik la..mcm2 kan...tafsir mimpi tu memang boleh pakai, cuma setiap orang yang bermimpi..lain maksudnya...

contohnya, bagi ahli ilmu tasauf..mimpi binatang memang ditunggu-tunggu bagi mereka, kerana mimpi tu menunjukkan kesan kepada amalan tasauf yang di amalkan, contoh..andaikata ahli tasauf mimpi Ular, itu bermaksud ,jiwanya belum bersih lagi,sebab ular melambangkan mematuk dan membelit..jadi ahli tasauf ni .mungkin kata-katanya selalu menggguris hati manusia sekitarnya.so ,ahli tasauf ni kene terus zikir dan mendapat alamat-alamat yang lain...

berbeza bagi kita orang biasa, mimpi ular selalunya melibatkan gangguan jin, sihir dan sebagainya...

so , aku pun mula memegang kepalanya, nak lihat or scan apa maksud ular yang di mimpi...aku diam kejap, kusyukkan diri...aku tanya pesaki tu " ular sawa batik warna kuning ke ?" tanya aku..

A'ahh ustaz, sy mimpi dia datang kat saya, menjalar dari depan rumah..

"Ular ni ada kat badan awak. tengah melengkar dari kepala sampai ke bawah".....

Monday, July 8, 2013

Peringkat Gangguan SYAITAN

Bismillah....

1-Aku kongsikan Peringkat-peringkat gangguan yang mesti dihadapi oleh ahli-ahli kerohanian, ahli-ahli sufi, orang-orang awam...

Peringkat ni aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku sepanjang 10 tahun dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu kerohanian, hakikat, makrifat dan aku gunakan bagi tujuan perubatan

-Bagi orang-orang awam, yang langsung tak mempelajari apa sahaja ilmu-ilmu kerohanian ,ilmu tareqat, tidak mengamalkan apa-apa zikir , sekadar menjaga solat fardhu sahaja...95% aku scan pasti ada gangguan dari jin, jin tau bukan syaitan..ni baru peringkat jin...(syaitan tu terdiri dari kalangan jin dan manusia yang dah naik tahap)....Gangguan bermaksud ada sesuatu yang menumpang dia di dalam badan, sama ada bagi tujuan saka , sihir , Jin liar , puaka , pengasih , guna tangkal , percaya kepada senjata-senjata lama...dan sebagainya

-Bagi sesiapa yang solat pun tak jaga..tak yah cerita lah, sapa nak tolong kita dari semua gangguan ni

-Bagi ustaz-ustaz yang belajar syariah islam, yang memberi ceramah di mana-mana surau or masjid, pensyarah dan sebagainya dan tidak mengamalkan apa-apa zikir harian, tidak menjaga solat sunat, tidak ada belajar tareqat...jawapan dia tetap sama...jin masih mampu masuk ke dalam badan anda senang-senang..apa yang anda belajar itu ,ialah undang-undang islam ,or kita panggil istilah org putihnya boleh jadi "lawyer"

Aku ada banyak pengalaman mengubat orang yang tinggi-tinggi ilmu undang-undang islam ni, fasih berbahasa arab, fasih hadis ..

-Satu hari ada org call aku kata anaknya sakit teruk, kena balik dari Mesir, terkena gangguan, anak lelaki, so aku kata datang la, aku tengok mana-mana yang mampu

-Datangla satu ustaz muda, wajah bersih bersiri, muka pun dah mcm arab, ustaz ni duduk di tanah arab sejak umur 16 tahun, di sebabkan kecerdikan ustaz ni, ada Orang kaya sponsor dia belajar dari 16 tahun lagi untuk mempelajari agama.Alhamdulillah, niat yang baik ,semoga Allah menambah rezki hamba-hambanya yang pemurah..

-masa dia  jumpa aku umur dia dah 25 tahun, dia seorang Hafiz Quran, hafiz Hadiz, belajar di Jordan, kemudian di Yaman (tak silap), dan terakhir di Mesir ( al Azhar)...

-"ustaz saya dah berubat merata 1 malaysia, cakap aja sapa saya tak jumpa, tapi takda sapa mampu buang jin yang ganggu saya , tolong la ustaz " aku pun diam je pandang, selalunya bila orang sakit minta tolong kita dengar je luahan perasaan dia, sian ..diorang sakit....

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari). 


-Lihat Hadis Nabi tentang sakit ni,jadi bagi mereka yang sakit, janganlah putus asa or berasa sedih, sebab ini adalah tanda Allah sayangkan kita, Allah nak hapuskan dosa-dosa kita..


"ustaz ,selalunya jin ni kalu saya pergi berubat or jumpa sapa-sapa, dia mesti lari ,bila saya keluar je dari mana-mana pusat rawatan, dia datang balik masuk dalam badan saya ustaz...saya dulu duduk dekat sebulan kat sebuah pusat rawatan di kuala lumpur, semua ayat-ayat dan doa yang diorang pakai semuanya saya hapal ustaz....kadang2 saya yang merawat orang sakiit kat situ...tapi bila saya keluar je balik kampung saya kena balik, masa kat sana langsung tak kena apa-apa" ustaz muda ni  terus becerita kisah dia dalam proses nak memulihkan dirinya tu.


"ustaz tolong la tangkap jin ni ustaz, selalunya dia dah lari kalu sy jumpa orang mcm ustaz"

-Saya pun diam...pikir dalam-dalam jap.."insyallah la saya cuba, kalu jin yang ganggu awak, mlm ni gak sy tangkap jin tu, biar la dia lari hujung dunia pun,sy tetap kejar dia smpai dapat "..kata saya bagi meyakinkan pada ustaz ni yang dia akan sembuh insyallah..tapi kalu Syaitan, sy tak dapat nak bantu, awak je kena tolong diri sendiri.. kerana Syaitan ni lain, dia bangsa Jin yang dah naik taraf sebab kejahatan dia, ketinggian ilmu dia, dia lebih halus dari Jin..dan mereka dan kelompok mereka berjanji akan menyesatkan manusia sehingga nyawa yang terakhir.terang aku..

teringat aku suatu masa ketika aku tgh duduk bezikir dalam keadaan gelap seorang diri, hanya aku dan Allah ,bersendiri mengingati dosa-dosa lampau, memohon ampun dari Tuhan ku..dalam aku asyik berzikir, tiba-tiba badan aku tertarik ke kiri, leher aku terpusing sendiri mcm di pulas sesuatu...ish, gumam aku, apa yang datang ganggu ni..aku zikir dlm hati pelahan-lahan, kut-kut bole nmpak apa yang ganggu..ada satu syaitan baik punya..masuk pelahan-lahan je dalam badan aku...kepala dia bulat je, telinga panjang lebar.....ish-ish ,sedap je ko masuk badan aku padahal pedinding aku dah kuat ni,, dah pasang baik punya..tapi nama pun syaitan, Wali Allah pun dia tetap ganggu, ni kan pulak aku yang orang biasa ni....

-masa tu dia masuk kedalam badan belum sempat habis, cepat-cepat aku tangkap telinga dia..."pap" haa..aku tarik dia keluar dari badan aku, aku niatkan "Ya Allah , dari mana dia dtg,disitu aku kembalikan"....

-bersambung jappp...member aku masuk ofis aku pulak

klik..infaq untuk syria..
klik...infaq untuk mesir...

Thursday, July 4, 2013

Gangguan Jin

Bismillah..

Salam semua pembaca,, berbulan lamanya aku tak update blog ni..

Aku duk renung hari-hari setiap manusia yang aku jumpa , aku kenal. ssaudara mara..anak-anak kecil, budak dewasa...Ya Allah semuanya mesti ada yang sesuatu didalam badan mereka, ada jin saka, ada jin sihir, ada jembalang, ada hantu raya, ada semangat org mati, ada badi mayat....MasyaAllah...

-Dalam 10 yang aku renung atau scan, cuma dlm 1-2 orang yang badan bersih dari gangguan-gangguan jin ni...jangan ingat kita tak sakit kita takda jin..jin ada banyak peranan, ada yang duk tumpang makan je, ada yang duk dalam badan sebagai penjaga, ada yang sebagai pemanis muka, ada yang sebagai penggerun, ada yang sebagai pedinding, ada yang sebagai pelaris , ada yang sebagai pengasih , seribu satu macam ada...

-kita duk pikir bila sakit je nak pg buang jin, abis jin yang datang dgn tujuan lain, adakah patut kita terima?


Ada satu kisah or banyak kisah sebenarnya, yang datang ke klnik Jin aku, orang dah tua uzur dah ,sakit dah, anak-anak paksa datang ingin buang saka..

-makcik tu tak nak buang, makcik tu solat cukup 5 waktu, tapi makcik tu ckp "kalu buang nanti, sapo nak jaga anak cucu kita nanti, sapa nak tolong kalu kena aniyai orang nanti "

-Terkesima kita dengar keluhan makcik tu, "sapa nak jaga" , bukan kah Allah yang jaga kita, sapakah yang jaga kita di dalam kandungan ibu? sapakah yang bagi kita makan ketika di dalam kandungan ibu? sapa kah yang bagi kita nafas tanpa udara di dalam kandungan ibu? siapakah yang membesarkan kita di dalam kandungan ibu ? Bukan kah itu semua af'al ALLAH? atau ayat lebih jelas, bukankah itu semua Allah...

-Ya ada jawapan dalam sains..sains cuma menceritakan bagaimana Allah menjalankan proses itu...tapi yang membuatkan proses didalam kandungan itu berlaku adalah ALLAH...

- Kenapa ,masa kita bodoh dan jahil, masa kita tidak ada akal, tidak berupaya, ketika kita didalam kandungan kita serahkan segala-galanya kepada ALlah...kalu Allah lupa nak bagi kita makan dlm kandungan mati la kita...

- Tetapi bila kita dewasa, kita ada akal, kita ada tenaga, kita berupaya...kita lupakan Allah tuah semesta Alam...kita tidak lagi yakin Allah membantu kita, kita tak yakin Allah yang bagi kita rezki..kita mengarut mintak pada Jin, minta pelaris, sanggup pakai minyak syaitan, minyak dagu...Allahhhhhh

-Hati aku sedih , memandang pada mereka yang banyak melakukan syirik..tidak yakin pada KEBESARAN ALLAH, KEKUASAAN ALLAH..apa ada pada kekuasaan Jin??????  Marilah kita sedar...

'Anas r.a. berkata, ketika Nabi ditanya tentang dosa-dosa besar, beliau menjawab: “Syirik (mempersekutukan Allah), durhaka terhadap kedua ayah-bunda, membunuh jiwa manusia, dan saksi palsu.” 

' Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, Dan Dia mengampuni dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. [An Nisaa : 116]'


Adakah kita solat,puasa,dan menunaikan haji, kemudian meminta perlindungan dari JIN ,supaya jaga dari marabahaya, menjaga dari sihir,ancaman ,meminta pelaris, meminta gagah, meminta cantik atau apa sahaja terlepas dari perbuatan Syirik...TIDAK..jelas dan nyata ini adalah SYIRIK...sama saja kita pg ke kuil..kerana di kuil itu pun minta pertolongan dari JIN..apa beza kita dengan orang yang meminta di kuil..


-Faham lah kita lebih kurang maksud Hadis Nabi "

“Abu Bakar mengungguli kamu semua bukan kerana banyaknya sembahyang dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Imam Ghazali di Ihya’ Ulumuddîn)..


Ya , hati yang yakin pada Allah, beserah pada Allah..yakin bahawa tidak ada daya upaya kekuatan selain dari Allah...solatlah banyak mana pun, tapi sekiranya masih meminta-minta pada tok bomoh, minta pada penunggu bukit, bakar kemayan..hancur la kita...

Semoga Ramdhan yang bakal mendatang ,mensucikan Jiwa, membersihkan hati, memperbanyakan amal
Related Posts with Thumbnails