Monday, July 8, 2013

Peringkat Gangguan SYAITAN

Bismillah....

1-Aku kongsikan Peringkat-peringkat gangguan yang mesti dihadapi oleh ahli-ahli kerohanian, ahli-ahli sufi, orang-orang awam...

Peringkat ni aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku sepanjang 10 tahun dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu kerohanian, hakikat, makrifat dan aku gunakan bagi tujuan perubatan

-Bagi orang-orang awam, yang langsung tak mempelajari apa sahaja ilmu-ilmu kerohanian ,ilmu tareqat, tidak mengamalkan apa-apa zikir , sekadar menjaga solat fardhu sahaja...95% aku scan pasti ada gangguan dari jin, jin tau bukan syaitan..ni baru peringkat jin...(syaitan tu terdiri dari kalangan jin dan manusia yang dah naik tahap)....Gangguan bermaksud ada sesuatu yang menumpang dia di dalam badan, sama ada bagi tujuan saka , sihir , Jin liar , puaka , pengasih , guna tangkal , percaya kepada senjata-senjata lama...dan sebagainya

-Bagi sesiapa yang solat pun tak jaga..tak yah cerita lah, sapa nak tolong kita dari semua gangguan ni

-Bagi ustaz-ustaz yang belajar syariah islam, yang memberi ceramah di mana-mana surau or masjid, pensyarah dan sebagainya dan tidak mengamalkan apa-apa zikir harian, tidak menjaga solat sunat, tidak ada belajar tareqat...jawapan dia tetap sama...jin masih mampu masuk ke dalam badan anda senang-senang..apa yang anda belajar itu ,ialah undang-undang islam ,or kita panggil istilah org putihnya boleh jadi "lawyer"

Aku ada banyak pengalaman mengubat orang yang tinggi-tinggi ilmu undang-undang islam ni, fasih berbahasa arab, fasih hadis ..

-Satu hari ada org call aku kata anaknya sakit teruk, kena balik dari Mesir, terkena gangguan, anak lelaki, so aku kata datang la, aku tengok mana-mana yang mampu

-Datangla satu ustaz muda, wajah bersih bersiri, muka pun dah mcm arab, ustaz ni duduk di tanah arab sejak umur 16 tahun, di sebabkan kecerdikan ustaz ni, ada Orang kaya sponsor dia belajar dari 16 tahun lagi untuk mempelajari agama.Alhamdulillah, niat yang baik ,semoga Allah menambah rezki hamba-hambanya yang pemurah..

-masa dia  jumpa aku umur dia dah 25 tahun, dia seorang Hafiz Quran, hafiz Hadiz, belajar di Jordan, kemudian di Yaman (tak silap), dan terakhir di Mesir ( al Azhar)...

-"ustaz saya dah berubat merata 1 malaysia, cakap aja sapa saya tak jumpa, tapi takda sapa mampu buang jin yang ganggu saya , tolong la ustaz " aku pun diam je pandang, selalunya bila orang sakit minta tolong kita dengar je luahan perasaan dia, sian ..diorang sakit....

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari). 


-Lihat Hadis Nabi tentang sakit ni,jadi bagi mereka yang sakit, janganlah putus asa or berasa sedih, sebab ini adalah tanda Allah sayangkan kita, Allah nak hapuskan dosa-dosa kita..


"ustaz ,selalunya jin ni kalu saya pergi berubat or jumpa sapa-sapa, dia mesti lari ,bila saya keluar je dari mana-mana pusat rawatan, dia datang balik masuk dalam badan saya ustaz...saya dulu duduk dekat sebulan kat sebuah pusat rawatan di kuala lumpur, semua ayat-ayat dan doa yang diorang pakai semuanya saya hapal ustaz....kadang2 saya yang merawat orang sakiit kat situ...tapi bila saya keluar je balik kampung saya kena balik, masa kat sana langsung tak kena apa-apa" ustaz muda ni  terus becerita kisah dia dalam proses nak memulihkan dirinya tu.


"ustaz tolong la tangkap jin ni ustaz, selalunya dia dah lari kalu sy jumpa orang mcm ustaz"

-Saya pun diam...pikir dalam-dalam jap.."insyallah la saya cuba, kalu jin yang ganggu awak, mlm ni gak sy tangkap jin tu, biar la dia lari hujung dunia pun,sy tetap kejar dia smpai dapat "..kata saya bagi meyakinkan pada ustaz ni yang dia akan sembuh insyallah..tapi kalu Syaitan, sy tak dapat nak bantu, awak je kena tolong diri sendiri.. kerana Syaitan ni lain, dia bangsa Jin yang dah naik taraf sebab kejahatan dia, ketinggian ilmu dia, dia lebih halus dari Jin..dan mereka dan kelompok mereka berjanji akan menyesatkan manusia sehingga nyawa yang terakhir.terang aku..

teringat aku suatu masa ketika aku tgh duduk bezikir dalam keadaan gelap seorang diri, hanya aku dan Allah ,bersendiri mengingati dosa-dosa lampau, memohon ampun dari Tuhan ku..dalam aku asyik berzikir, tiba-tiba badan aku tertarik ke kiri, leher aku terpusing sendiri mcm di pulas sesuatu...ish, gumam aku, apa yang datang ganggu ni..aku zikir dlm hati pelahan-lahan, kut-kut bole nmpak apa yang ganggu..ada satu syaitan baik punya..masuk pelahan-lahan je dalam badan aku...kepala dia bulat je, telinga panjang lebar.....ish-ish ,sedap je ko masuk badan aku padahal pedinding aku dah kuat ni,, dah pasang baik punya..tapi nama pun syaitan, Wali Allah pun dia tetap ganggu, ni kan pulak aku yang orang biasa ni....

-masa tu dia masuk kedalam badan belum sempat habis, cepat-cepat aku tangkap telinga dia..."pap" haa..aku tarik dia keluar dari badan aku, aku niatkan "Ya Allah , dari mana dia dtg,disitu aku kembalikan"....

-bersambung jappp...member aku masuk ofis aku pulak

klik..infaq untuk syria..
klik...infaq untuk mesir...

6 comments:

Anonymous said...

alamak tok, potong btul la ada sambungan2 ni...
sambung lagi cerita tok..
heheh

Anonymous said...

Alhamdulillah..update pun.selamat berpuasa ustaz -farhana

nam said...

tok..bleh x scan gambar saya?? mcm mna nak hantar kat tok?

Anonymous said...

Mohon smbung critanya tok. Dah lama tunggu update blog tok ni - nurul

Shahwalnizam Minhat said...

Menunggu sambungannya...

Anonymous said...

Ustaz kalau saya nak g berjmpa ustaz blh tak?
Lepas rasa open x pusat rawatan..
Kena wat appoinment ke?

Related Posts with Thumbnails