Friday, December 25, 2015

Mereka Sedang Menunggu Giliran....

Doa. Usaha. Ikhtiar & Tawakal


Semoga Allah permudahkan segalanya......


Tuesday, December 1, 2015

#Madu Lebah Tualang

Madu Makanan Sunnah Rasulullah S.A.W

 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
 
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.” (QS. An-Nahl, 16:68)

Lebah merupakan salah satu jenis hewan istimewa yang dijadikan nama surat di dalam Al-Qur’an (surat An-Nahl).
Banyak keajaiban, hikmah, manfaat, dan rahasia dalam penciptaan lebah yang dapat dipelajari dan dijadikan contoh bagi kehidupan manusia.

 

  • Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
  • Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
  • Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.
  • Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)

Related Posts with Thumbnails