Tuesday, July 27, 2010

MENUNTUT ILMU




Dalam pencarian Ilmu mengenal Tuhan, mengenal Diri banyak dugaan yang akan kita

hadapi,banyak juga guru-guru yang bakal kita temui, banyak pandangan mereka, banyak

amalan mereka, banyak pegangan mereka ...


Maka perhatikanlah sebenar-benarnya apa yang di ajar oleh mereka, mereka memang

sebenarnya hebat, tinggi ilmunya, banyak kelebihannya, setakat kebal, kasyaf ,

berjalan atas air , tukar daun jadi emas , tukar kertas jadi duit , keluarkan batu

dari mulut , keluarkan harta karun.....dan banyak lagi kelebihan-kelebihan guru...


Banyak yang aku jumpa guru, tewas dengan dugaan DUIT dan KUASA

Dan akhirnya guru sebenar-benar guru yang aku jumpa, langsung tiada apa , tiada

kelebihan yang boleh ditunjukkan , tiada keajaiban y, tak mampu berjalan atas air,

tidak kebal , bekerja seharian untuk mencari nafkah....dan akhirnya aku kembali

belajar darinya , belajar mengenal tuhan , belajar mengenal diri ....


Aku merantau sana - sini berjumpa guru yang handal2 , akhirnya aku tetap kembali

berjumpa guru yang 1, untuk bertanya semua ke ilmuan yang aku pelajari , maka ada

yang aku buang , ada yang aku terima , ada yang aku terus amalkan , tapi inilah

guruku 1 yang langsung tiada kelebihan , berpegang teguh pada Al-Quran dan

Sunnah...setiap kali berbicara pasti disusuli Al-Quran dan Hadis..


Aku cuma ingin berkongsi pengalaman ku, belajar kepada sesiapa pun yang anda ingin

belajar, dengarlah apa sahaja yang di ajarkan oleh guru-guru anda, tapi TEGUHKAN

diri kita dengan perkara-perkara berikut, walaupun Guru anda yang terhandal, yang

kasyaf , yang kebal berkata sebaliknya...


Tetap berpegang teguh pada RUKUN ISLAM


Mengucap dua kalimah syahadat

Syadah yang bermaksud "Aku naik saksi tiada tuhan di sembah melainkan Allah, Dan aku

naik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"....buang semua maksud yang di ajar

guru selain dari maksud di atas..


Sembahyang lima waktu..

Kekallah anda mengerjakan Solat 5 waktu,TETAPKAN solat ini..buang kaedah solat lain,

solat Makrifat , solat Niat, atau memendekkan waktu solat, atau memendekkan rakkaat

solat, atau pesan GURU yang KASYAF "apabila kita mengenal tuhan, kita sentiasa

berSolat, putus Solat 5 waktu" Pesanan Jahanam..


Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan

Kekal berpuasa, WAJIB berpuasa penuh di bulan RAMADHAN,jgn sesekali ubah cuma puasa

6 hari di bulan-bulan lain, puasa niat , puasa batin, batin berpuasa jasad tak wajib

berpuasa. Tetapkan pegangan kia


Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)

Tetap menunaikan HAJI..Wajib bagi kita walaupun sudah mengenal RAHSIA DIRI


Menunaikan zakat

HARAM duit yang kita makan sekiranya tidak mengeluarkan ZAKAT...INGAT ada HAK orang

miskin bagi setiap pendapatan kita yang layak berzakat

Jangan sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata GURU kita yang HEBAT sekiranya

lari dari Rukun-rukun ISLAM...


Setelah teguh kita berpegang pada 5 rukun ini, maka merantaula kita mencari ILMU

bagi mengisi dada-dada yang kosong

21 comments:

Anonymous said...

Salam Tok ,

ada dua org kawan saya ni ada problem sikit,

tok boleh tlg tgk tak? perlu apa? etc ; gambar ke, nama ke, tarikh lahir ke

BrO said...

time ksh tok.... akan sy pegang pesan tok... sy pon nk blaja... tp tkut tersalah jumpe org...

Tok Said said...

suruh kawan sendiri call saya

Tok Said said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

boleh berubat cara jauh ja ka? kalau boleh, saya nk sruh dia call.

Tok Said said...

berubat cara jauh payahla,lagipun setiap mlmm den ramai yang datang rumah,itu pun tak telayan...takkan nak rawat org yang malas berubat..syok2 duk kat umah,den pulak terkial-kial susah-susah dari jauh

BrO said...

bawak je jumpo... tok ok punyo...

cool...

Anonymous said...

Nak main jauh2 ni call Tok Belagak dia boleh makrifatkan dari jauh utk buang segala2nya....

Yg penting bank in... jgn lak pakai duit makrifat....

Tp kalau dgn Tok Said ni, seikhlas hati je...dia nak tolong org je. Moga Allah murahkan rezeki dia drp sumber lain....amin....

Eh betul ke tok, ikhlas aje, kang aku memandai2 je.

b0s said...

salam.t0k.sy minta pencerahan tentang puasa batin.macam mana tu t0k.bleh hurai detail tentang puasa batin untuk manfaat kpd kami yg nk blaja.

Tok Said said...

tq, iya bro, den malas ubat secara jauhni..leceh la,kita tak tau dah habis semuanya ke belum..JIN mungkin dah habis, tapi sisa-sisa sihir, bisa-bisa, ludah-ludah jin , taik-taik jin,apa ingat jin duk kat dlm badan kita tu tak berak n kencing ke..ish goli denn,baik mai berdepan

Tok Said said...

ada yang puasa batin, puasa tak tido sama je ngn pompuan, makan tetap makan, puasa niat, pagi2 buka piuk,tapi batin dah niat nak puasa,kira ok la tu,susah belajar hakikat ni, banyak benar hakikat IBLIS...aku bantu je tolong org, insyAllah, Allah bagi aku rezki dari pelbagai sumber..tapi masalahnya bila sorang dah datang jumpa den,dia perangkut satu kampung dengan family kampung sekali dtg jumpa den,boleh pitam den dalam 1 mlm tu

b0s said...

maksud t0k ni.puasa batin tu b0leh mkn le cuma batin dgn mini je kita jaga.tahan nafsu shawat.amacam,macam tu ke t0k.fuh..susah gk jadi perawat ni,k0n0 taik,ludah.isk,isk.ksian.tahan jugak t0k melayan kerenahnya ya.

Tok Said said...

puasa mesti zahir dan batin..yang amalkan puasa batin je,tu dah kira terpesong

Anonymous said...

Terima kasih krn pencerahan kaedah yg benar dlm pencarian ilmu. Tapi nak tanya satu aje.

Ada perawat yg saya jumpa, memang dia ok maksudnya tak de lah nampak benda2 yg meragukan dlm kaedah perubatannya.

Namun bila tengok pd keluarganya, tak nampak pula kesungguhan dlm mengamalkan ajaran Islam.

Sbg contoh org di bawah tanggungannya:

(isteri/anak perempuan/anak lelaki) tak menutup aurat sebagaimana syariat, isteri mencukur kening yg mana dilarang dlm Islam dan pakaian menampakkan susuk tubuh walaupun di rumah sbb pesakit yg bukan mahram datang ke rumah.

Perkara ni membuat saya sangsi apakah ilmu yg diperolehi benar2 atas landasan syariat, jika ya kenapa benda2 basic ni (menutup aurat) masih menjadi masalah bg sesetengah org di bwh tanggungan perawat.

Saya bertanya ini adalah kerana kita sedia maklum bhw TIPUDAYA IBLIS AMATLAH LICIK. Takut nanti jika ada yg sembuh berubat, mereka kata isteri perawat tak tutup aurat pun Allah swt bantu dia, so tak de masalah kalau kita pun tiru mcm isteri perawat.....

Harap dpt pencerahan drp tok. Saya insyaallah dlm bulan ni nak jumpa tok untuk berubat, masalahnya saya org utara..so agak jauh.....

Terima kasih tok.

Tok Said said...

salam..
panjang betul soalan ni..saya cuba bagi pencerahan bagi kemusykilan ni...

dalam kes ni ada situasi

1- Ilmu perubatan
2- Hukum syariat

ilmu perubatan..
Ilmu perubatan tradisional atau mengunakan ayat quran adalah 1 jenis ilmu yang bila sapa2 saja yang menuntut dan beramal dan mempraktikan pasti mampu membantu pesakit2 yang disihir..insyAllah..sama juga halnya dengan doktor moden..mereka juga mampiu merawat org setelah menuntut dan mempraktikan ilmu....kita semua mestilah ingat,bahawa perawat islam tidak semestinya alim dan sempurna sifatnya, ada yang terlalu handal tapi meninggalkan solat,mereka mahir dalam ilmu rahsia diri.ilmu menggunakan khadam..ilmu menjazam ayat quran..
jadi kita semua mesti faham,ini adalah ilmu,dan tidak semestinya mereka menjaga hukum syariat...tapi ramai yang saya jumpa seperti anak murid Harun Din menjaga syariat

Hukum Syariat
ini adalah undang2 hidup di muka bumi, jadi ada perbezaan..undang-undang dan ilmu...

semoga pencerahan saya mudah difahami

Anonymous said...

Maaf tok mencelah. Ilmu moden dan ilmu perubatan tradisional atau guna ayat quran ni amat berbeda.

Ilmu moden boleh ada logiknya dan boleh dikaji, sedangkan ilmu guna ayat quran ni, adalah ilmu yg mana kita menyerahkan bulat2 pd Allah swt. Ia lebih bersifat tawakkal. Ilmu moden lebih bersifat usaha.

Pada pendapat saya yg cetek ilmu ni, jika ilmu dr jazam ayat dsb diperolehi oleh org yg dgn bahasa mudahnya FASIQ spt meninggalkan solat dsb, ia boleh dikategorikan sbg Ilmu drp Syaitan, cuma syaitan tidak menyuruh kpd perkara pelik shj. Jika drp Allah swt, mungkin boleh dikategorikan sbg istidraj.

Cuba bayangkan org yg tinggal solat (dosa besar tu) boleh mengubat ramai pesakit dgn kaedah Al-Quran...agak2 siapakah yg membantu dia? Siapa yg suka dgn org yg tinggalkan solat melainkan syaitan. Ini berbeda dgn seorang doktor kafir yg mmg tak solat langsung, kaedah yg digunakan lebih bersifat fizikal, bukan rohani.

Harap tok boleh jelaskan lagi. tq.

Tok Said said...

Allah telah meletakkan sesuatu yang terlalu istimewa dan sangat berkuasa,sangat hebat didalam tubuh manusia..sesiapa yang telah menjumpainya,syaitan pun lari..dalam perubatan ada 4 cara perubatan yang tidak melibatkan ilmu syaitan atau khadam

1-Rawatan menggunakan Roh
2-Rawatan menggunakan tenaga dalaman
3-Rawatan menggunakan tenaga batin
4-Rawatan menggunakan al-quran

Ini ilmu yang dalam pengetahuan saya,mungkin ada banyak lagi yang saya tak tahu tapi boleh digunakan untuk merawat..antara 4 diatas,hanya menggunakan al-quran sahaja yang diperlukan menjaga amalan,solat dan sebagainya...yang 3 lagi ilmu,tak perlu solat,tapi tetap mampu melakukan rawatan..banyak peguruan diluar yang mengajar ilmu2 tenaga batin dan dalaman ni,mengenai ilmu menggunakan Roh sangat sedikit yang tahu

BrO said...

tok... kasi cerah lagi tok...

rizal said...

salam tok maaf ada kemusykilan dalam perantauan di dunia asing nih
berkenaan prubatan ruh tersabut adakah ia melibatkan ruh idhofi,ruh al hak , ruh al qudus dan ruh ab khoti bulehkah tuk menjelaskannya dengan lebih lg kerana saya kekurangan bab ini apa lagi dalam bab mengenal diri perlu bg saya mengenali hal ini dan bagaimanakah dapat kita mengenal diri kita yg sebenar benar diri bulehkah tok turunkan amalan amaln atau sedikit tunjuk ajar mengenainya teerima kasih

rizal said...

salam tok maaf ada kemusykilan dalam perantauan di dunia asing nih
berkenaan prubatan ruh tersabut adakah ia melibatkan ruh idhofi,ruh al hak , ruh al qudus dan ruh ab khoti bulehkah tuk menjelaskannya dengan lebih lg kerana saya kekurangan bab ini apa lagi dalam bab mengenal diri perlu bg saya mengenali hal ini dan bagaimanakah dapat kita mengenal diri kita yg sebenar benar diri bulehkah tok turunkan amalan amaln atau sedikit tunjuk ajar mengenainya teerima kasih

Anonymous said...

salam tok...camne saya nak jumpe tok?...tq tok.

Related Posts with Thumbnails