Monday, July 12, 2010

Perjanjian Syaitan- Erica (2)

Setelah puas aku memujuk Tok Merah mengambil semua hak-haknya,at last dia pun

setuju..dengan muka yang bengis bercampur-campur sedih dia memanggil Harimau-

harimaunya pulang.Aku pun tengok satu persatu keluarga Jamal,nak pastikan

betul-betul Tok Merah tak memungkiri janji.Alhamdulillah selesai,semua ahli keluarga

dah kosong,gilo jugak Tok Merah ni,ada ke budak umur 3 tahun pun dia sumbat Harimau

sekor,betul la otak Harimau,main redahhh je...Tok Merah besuara sambil terketar-

ketar..aku akan tetap menjaga keluarga aku ,tegasnya Tok Merah,aku pun cakap boleh

nak jaga,tapi dengan syarat jangan letakkan harimau dalam badan,duk luar je,kalau

ada jin-jin ganggu ,suh Harimau tu makan..Tok Merah setuju..Dia pesan

lagi,BERHATI-HATI selepas ini pesannya pada Jamal...aku pun

cakap,iya,InsyAllah,Allah ada untuk jaga keluarga ini..aku pun suspen jugak,apa

maksud dia berhati-hati tu..ada yang nak datang mengganggu ke....

Selang beberapa hari selepas aku pulang dari Jakarta,keluarga Jamal datang

kembali...Di sini lah bermulanya kisah Erica..roh budak kristian berumur 7 tahun

yang berkawan rapat dengan Shaz anak Jamal yang belajar Tahfiz Al-Quran..Shaz telah

berjaya menghafal 7 juzuk Al-Quran..bayangkanlah..kito nak menghafal surah Yassin

pun bercintaaa..


Jamal mengadu pada aku,adakalanya anaknya tidak mengaku ISLAM,malah mendakwa dia

KRISTIAN bernama Erica yang MATI akibat dibunuh...Erica adakalanya mengambil alih

tubuh Shaz,bercerita,bersembang perihal dunia ghaib,dan rapat dengan adik-adik

Shaz tanpa pengetahuan ayahnya..


Baru aku ingat,patutlah si Tok Merah pesan pada aku berhati-hati selepas

ni..rupa-rupanya ada gangguan dari roh orang kristian mati..

Aku pun mulakan rawatan,tengok apa2 yg boleh aku bantu..aku scan dalam badan

Shaz,takda roh,cuma berbagai-bagai jenis Jin menghuni tubuh dia.aku keluarkan sekor

demi sekor,aku mula pelik,kenapa ada banyak Jin yang lain-lain jenis,selalunya kalau

satu bangsa jin,jin lain takkan masuk lagi,ini ada jenis Jembalang,jin

tanah,penunggu..aik...aku mula pelik,tapi aku terus buangkan jugak sekor demi

sekor..akhirnya Shaz mula berubah suara,dia mengamuk menjerit-jerit kerasukan,marah2

dan menengking-nengking ayahnya dan aku..4 -5 lelaki bantu aku pegang,berat kes kali

ni...aku cuba ajak berbincang macam selalu..tanya apa dia nak?apa syarat nak

keluar?dan macam2 lagi,kali ni betul aku tercabar,si Erica langsung tak nak

berbincang,dia tetap tidak berganjak dengan keputusanya..aku mula bekeras,aku bakar

Erica dengan ayat-ayat suci al-quran,dia menjerit-jerit kepanasan,tapi tenaganya

tetap tidak berkurang,malahan bertambah,dari 3 orang yang memegang,tambah 2-3 orang

lagi,dia meronta-ronta ingin lari dari rumahku....aku lihat selain dari Erica ada

lagi yang menghuni sama tubuh gadis Tahfiz ni..aku tarik keluar,dapat 1,namanya

mazni,roh kanak-kanak,umur mati ketika 11 tahun..aku tarik lagi..yang ke2 namanya

mary,roh budak kristian mati ketika umur 9 tahun,aku tarik lagi,no 3 namanya

mariam,roh budak kristian jugak..so ada 4 roh kanak2 mati menghuni tubuh

Shaz..peluhku mula menitik,ini kali pertama pengalaman aku berdepan dengan roh kanak-

kanak...susah apabila berdepan dengan roh,tak sama berdepan dengan jin,roh bukan

mudah..roh tak terbakar kalau kita bacakan ayat suci..aku mula termenung,mana pulak

aku nak pindahkan roh ni,kalu jin tau la aku mana nak hantar.



Teringat dulu ketika aku di universiti,ayahku jugak berdepan kes begini,tapi hanya

melibatkan 1 roh,roh kanak-kanak kristian berumur 11 tahun,feriziona

namanya..feriziona asalnya dari UK ikut masuk kedalam tubuh seorang perempuan

bernama zaiton,sejak Zaiton pulang dr UK,dia terus sakit,cakap london jemanjang,xnak

ckp melayu...aku imbas kembali kes

Feriziona ni..baru aku teringat,kerana Feriziona ni kanak-kanak yang mati sebelum

baligh,maka rohnya suci,dia masih terlindung dari dosa-dosa..maka dilarang kita

menyiksa roh kanak-kanak ni...lama juga si Feriziona ni berdamping dengan zaiton

sampai akhirnya dia di jemput oleh orang-orang ATAS untuk duduk di tempat yang

sepatutnya..Feriziona di pindahkan ke satu tempat yang di bawah jagaan Nabi

Ibrahim,Nabi Ibrahim adalah Nabi yang menjaga kanak-kanak yang meninggal sebelum

Baligh....



Berdasarkan pengalaman ayah aku,aku pun pujuk kempat-empat roh kanak-kanak tadi..dlm

masa yg sama aku pun hairan,kenapa empat-empat roh ni menghuni tubuh yang sama..tapi

aku masih tak dapat jawapan..Mary,Mazni dan Mariam setuju untuk dipindahkan,hanya

Erica yang masih berdegil...berat tugas aku kali ni,macam mana aku nak hantar

kanak-kanak ni ke tempat Nabi Ibrahim,ilmu aku tak sampai kesitu lagi..aku pun duk

menung...


Aku rasa takda cara lain lagi,terpaksala aku panggil atuk aku yg duk kat alam sana,

aku rasa dia je yang boleh tolong aku...aku bukan berani panggil-panggil atuk aku ni

sangat, bukan level aku nak panggil diorang lagi..tapi kadang-kadang kalau terdesak

terpaksola aku panggil,apa nak buek namo pun cucu kan.....

aku pun kusyukan diri, tarik nafas 3 kali, turun saja nafas aku di pusat ,aku

masukan diri ku dalam diri terus aku panggil atok ku yang tersayang..heheh..turun

jugak atok ku ni walaupun bz di atas sana,aku pun tak pasti sangat atuk aku yang

mana satu yang datang,turun diorang beserta cahaya yang silau...kalau yang garang tu

turun,mesti aku kena sekolah,kalau yang lembut tu...senyum je....disebabkan itu

bukan masa untuk berbual aku terus sampaikan hajat aku,selain Erica semuanya di bawa

pergi,hanya Erica saja tertinggal kerana dia lari ketika atok aku sampai.....


Aku pun rasa dah selesai kes malam ni,Erica pun da cabut lari,3 roh kanak-kanak dah

dibawa pergi....aku pun pagar tubuh Shaz..insyallah selesailah kes ni bisik hati

ku...

Keesokan harinya Jamal call aku kembali,anaknya meracau lagi,katanya nenek kepada

ketiga-tiga roh kanak2 smalam mengamuk cari cucu-cucu dia,aku

pulak ketika itu outstation,so kena tunggu 2-3 hari baru la boleh jumpa aku....

16 comments:

Anonymous said...

salam..
ish tak paham la bro...
bukan ke kalau meninggal roh akan pergi ke alam barzakh...
tapi ni camna la plak bleh merayau2 kat dunia lagi?
minta pencerahan bro...tq

lebai slamb3r said...

kan ilmu Allah ini luas beb!!..Akal rasional maner leh kaji...lain ler dgn matahati..Apa betul ke tok habib..hehe..

Tok Said said...

hantu tu roh la,roh yang tak dtrima langit dan bumi,jin tu makhluk yang berjasad lagi,betul tu lebai

Tok Said said...

hantu tu roh la,roh yang tak dtrima langit dan bumi,jin tu makhluk yang berjasad lagi,betul tu lebai

Anonymous said...

kenapa sesuatu roh itu tak diterima langit dan bumi?
apo punco eh?

Tok Said said...

kalau nak tau kenapa roh tak diterima langit dan bumi,pegi jenguk kubur-kubur orang kapir mlm2,besepah diorang kat situ,tu semua roh la...kaki nya terapung2 anatara langit dan bumi

hafiz. said...

" Anonymous said...
kenapa sesuatu roh itu tak diterima langit dan bumi?
apo punco eh?"

cuba tgk firaun,

Anonymous said...

ilmu Allah swt mmg luas dan roh itu sendiri pun bukan dr akal rasional, kita diajar utk menerima sesuatu yg tak rasional bersandarkan Al-Quran dan Hadith, ijma' sahabah dan Qias. Bukan sembrono shj berdasarkan pengalaman scan atau pengalaman rohani kita sendiri. Harap Maklum.

Tok Said said...

Puntianak itu sendiri adalah Roh,cuba buka alquran dan hadis berkenaa dengan puntianak,langsuir,gundurowo...wujud atau tidak ?kalu tak jumpa pasal puntianak,jgn percaya lagi pasal puntianak ni,so jgn takut pegi rumah2 kosong ,or kubur2 lama,takda dalam alquran,buat apa nak pecaya..puntianak senang ajo nak tau,pegi duduk bawah pokok pisang malam2,kalau sapa yang nak nafikan pasal roh yang berkeliaran,aku bawak korang tgk sendiri,tapi aku cabut dulula,ngeriiiii...pocong pun boleh kalau nak tgk..ini semua adalah roh atau orang panggil hantu

Anonymous said...

Saya rasa inilah caranya iblis menyesatkan anak adam drp jalan Islam yg haq.

Menurut Islam, apabila mati anak adam mereka akan ke alam barzakh dan tidak lagi mengambil apa2 bahagian dalam aktiviti kehidupan di dunia samada merasuk, membantu dsb.

Cuba cari kisah dlm hadith tentang manusia bertemu roh sesiapa yg dah meninggal dunia. Kita tak kan jumpa.

Tp dlm kristian dalam Bible ada, St Paul jumpa Jesus.....nampak tak macamana cara iblis sesatkan manusia, St Paul jumpa Jesus (may be Iblis) dan lahirlah agama Kristian versi St Paul spt sekarang...

Dalam dunia ini hanya ada 2 jenis hidupan shj yg terkena taklif syara' iaitu jin dan manusia dan kedua2nya beraqal. sedang haiwan tiada taklif syara'dan tidak beraqal.

selain drp manusia adalah jin termasuklah bunian, hantu, ifrit, syaitan, iblis, pocong dsb.

sedangkan malaikat pula adalah makhluk Allah swt yg beraqal tanpa bernafsu dan sentiasa mematuhi segala perintah Allah swt...tiada taklif syara' kpd malaikat.

taklif syara' tu maknanya kena solat, puasa, ada dosa dan pahala dan sebagainya.

pontianak, gundurowo, langsuir, vampire versi mat salleh, atau versi cina, pocong, hantu dsb adalah jin atau jelmaan jin....demi menyesatkan pandangan setengah2 org.

Ni lah masalah org melayu, terlalu banyak takutnya. Takut rumah kosong la, takut kubur la. Kita kan Khalifah Allah di muka bumi ini. Takkan kita nak takut pada pocong, hantu...

Kita kadang tu lebih takut hantu drp tuhan. Buktinya suruhan tuhan kita langsung tak endahkan. Ini peringatan utk diri saya sendiri sebenarnya. kadang tu kita buat dosa time org tak nampak, sedang kita tahu Allah swt nampak. kadang solat kita kurang jaga, rezeki halal haram kita redah, aurat pun kadang tu kita tak jaga tak kiralah diri kita, anak isteri atau family kita.

Anonymous said...

Kita jgn pandang pd pakaian utk menentukan ilmu/ketaqwaan seseorang, takkan kalau karkun pakai jubah atau isteri berpurdah kita rasa mereka lebih ilmu atau lebih taqwa drp seorang lelaki yg pakai jeans. Yg penting dlm Islam adalah menutup aurat. Tiada masalah antara wanita yg berpurdah dgn wanita yg bertudung menutup rambut dan dada. Yg bermasalah jika wanita yg berseluar jeans menampakkan lekuk tubuh/punggung atau yg bertudung nampak dada atau yg di luar bertudung tp di rumah tak bertudung walaupun ada lelaki bukan muhrim bersama spt abg ipar, sepupu dsb, dan yg lebih bermasalah adalah wanita yg freehair terus.

Pada pendapat saya yg serba jahil ini, tak kira apa pun bendanya, ia adalah dr kalangan jin samada ia digelar hantu, pocong, ifrit, bunian, gundorowo, pontianak, vampire, toyol dsb.

Sedang roh org yg mati samada kafir atau islam telah kembali kepadaNya spt maksud ayat INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN = sesungguhnya kita daripada Allah dan kepadanyalah kita dikembalikan.

Roh org mati tidak akan dikembalikan ke dunia, apatah lagi untuk mencukupkan amal sebelum kembali ke alam barzakh...samalah dengan seorang bayi yg tidak akan kembali masuk ke dalam perut ibunya.

HARAP SAUDARA TIDAK TERTIPU DENGAN TIPUDAYA SYAITAN YG LICIK SERTA HALUS DAN MENJADI TOK BELAGAK KE 2.

Saudara bagus krn sudi mendengar dan menerima pendapat yg berbeza tidak spt belagak.

Blog ini baik utk saudara
www.junied-rahsianampakjin.blogspot.com

sekian
wassalam

Tok Said said...

Salam,
Panjang komen dr tuan...
Ilmu terbahagi kepada 4,...
1.ilmu syariat
2.ilmu tarikat
3.ilmu hakikat
4.ilmu makrifat

Setiap pecahan ilmu diatas memang sangat berbeza Dan selalu terdapat percanggahan ....Dan saya tak kan debatkan masing2 punya pegangan..yang penTing kita masih duduk dibawah ajaran Islam

Tuntulah apa pun ilmu...kerana semuanya dari Allah..percaya apa pun kita nak percaya tap berpegang teguh pd rukun Islam..selagi ini yg kita pegang...inshAllah selamanya kita dibawah naungan Allah..

Anonymous said...

Kan saya dah kata, saudara bagus krn boleh menerima pendapat dan boleh dibawa berbincang tanpa terus menghukum...insyaallah org macam saudara boleh pergi lebih jauh dan akan sentiasa dikasihi Allah swt insyaallah.

Kita hidup di dunia ni saling lengkap melengkapi, tiada siapa yg sempurna melainkan Allah swt.

Harap dpt kita berbincang secara sihat....

Saya ingin bertanya apakah ilmu selain ilmu syariat tidak tertakluk dlm nas2 alquran/hadith/ijma' sahabat dan qias?

pada pendapat saya yg serba jahil ini, tak kira apa tingkatan ilmu agama sekalipun haruslah bersandar kpd dalil drp al-quran, hadith, ijma' sahabat dan qias.

tanpa sandaran ini maka kita dgn mudah akan ditipu oleh Iblis dengan keyakinan yg entah apa2 spt percaya kpd roh yg merasuk, dewa-dewi dsb.

kita nampak benda ni enteng/ringan tapi ini melibatkan aqidah. aqidah itu adalah keyakinan/kepercayaan.

Ingatlah Iblis tidak dpt menyesatkan kita dlm perkara2 yg nyata dan besar namun Iblis sedaya upaya akan menyesatkan kita dlm perkara kecil spt ini.

Kita mungkin masih ingat tentang mandi safar, buang ancak, jamu pulut kuning, "tok nenek cucu tumpang lalu"....apakah dlm zaman ini,kita tak percaya Allah dan rasul? Kita tak solat, puasa, zakat atau haji. Kita buat segala2nya namun iman kita cacat kpd Allah swt.

Itu yg kita tak mahu, iman/aqidah/kayakinan/kepercayaan kita dicacatkan dengan keyakinan yg ingin ditanamkan oleh Iblis secara licik.

Jgn saudara rasa saudara punya Ilmu, tak kan tertipu dgn Iblis. Sedang Barsisa yg berilmu dan beramal tinggi pun akhirnya kecundang dengan Iblis.

Sama2lah kita ambil pengajaran.

Tok Said said...

Susah nak cakap..payah nak terangkan...kes syaitan erica ni..alhamdulilah budak ni da sembuh,4bulan dia berhenti kelas tahfiz,skrang da masuk kelas balik..
Selama waktu aku merawat dia,ini la perkara yg berlaku..

Kalu ini semua tipu daya syaitan,biarala aku kena tipu,yang Paling utama budak tahfiz ni da meneruskan pengajian diorang..da sembuh..

Anonymous said...

Katakanlah:` Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.

Dan, jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): `Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin`.


surah sajdah ayat 11-12

Ini adalah ayat menempelak org2 yg dah mati, yg dah lihat dan dengar tentang segala kebenaran yg dikhabarkan kpd mereka tentang nikmat dan azab sengsara kubur, maka mereka minta dikembalikan untuk melakukan segala amalan soleh krn mereka telah benar2 yakin.

Sekiranya kita yakin dengan Al-Quran iaitu salah satu rukun iman (percaya kpd kitab2), mana mungkin pengalaman peribadi/scan/pandangan ghaib/ilmu tarikat/hakikat/makrifat boleh menyalahi fakta yg diketengahkan oleh sumber utama rujukan kita umat islam iaitu al-quran.

Anonymous said...

Saya faham krn saudara yg mengalaminya....cuba baca www.junied-rahsianampakjin.blogspot mmg mcm2 perkara yg diketengahkan namun so far so good maksud saya tidak menyalahi aqidah.

Kita boleh berbeza pendapat pd perkara yg fizikal yg boleh dibuktikan dgn pancaindera/peralatan yg mana mereka yg ada ilmu/tiada ilmu dpt mengindera benda tersebut contohnya bakteria/virus.

Namun utk berbeza pendapat pd perkara yg dah qat'ie (telah diyakini kebenarannya melalui sumber2 quran/hadith).....inilah yg dinamakan tipudaya syaitan/iblis.

Mungkin iblis tak dpt menyesatkan kita dlm shahadah, solat, puasa, zakat, haji...dalam keyakinan kita kpd Allah, tp disesatkan kita dlm perkara2 lain.

Harap saudara kajilah Al-Quran dan isi kandungannya......bukan semata2 dibaca utk membakar jin dsb. Kajilah maknanya....

Related Posts with Thumbnails