Sunday, January 30, 2011

Pusat Rawatan Ruhaniah

Alamat pusat rawatan RUHANIAH no 27, tmn komersial Senawang,seremban ,N.Sembilan Belakang Giant Senawang kalu dari highway,keluar exit senawang,lepas tol terus saja sampai jumpa giant,masuk trafic light giant, RUHANIAH ada belakang Giant,tingkat atas kedai Tupperware apa soalan berkenaan scaning email ke bentengjiwa@yahoo.com , or sms 013 6665135 Dek sobabkan umah aku setiap malam macam kenduri dek ramainya orang sakit datang,tu tak termasuk yang datang nak belajar ilmu kebatinan dan perubatan lagi..so nak tak nak aku kenala buka pusat rawatan yang di namakan PUSAT RAWATAN RUHANIAH...

sapa pakai WAZE ; Tupperware senawang ( klinik di atas Tupperware )


Ramai anak buah aku yang membantu sekali kat pusat rawatan ni..insyAllah,niat yang baik pasti mendapat Bantuan Allah

Barula tenang jiran aku agaknya..rumah diorang tak penuh keta lagi...n yang paling penting tak lagi mendengar jeritan Kerasukan di tengah malam lagi...

InsyAllah...Doakan la Aku,keluarga aku serta rakan-rakan dalam perubatan selamat dalam menghadapi tentangan dari Jin2,syaitan dan dukun2 hitam

Wednesday, January 26, 2011

Bantuan Rawatan

Assalamualaikum...

Ramai yg call n email sy dari jauh2..luar dari negeri 9 yang inginkan bantuan rawatan..

InsyAllah aku tolong la apa2 yang mampu..kerja menyembuh ni kerja Allah..
aku cuma buat berdasarkan ilmu Allah yang aku pelajari..buat pengetahuan semua takda satu pun dari ilmu aku, semuanya ilmu Allah...


bak kata madah berhelah..kita hanya merancang dan tuhan menentukan..tak perlu
dikisahkan...hehhe


sedih dan kesian aku tgk ramai yg sakit bertahun-tahun dan ada yang puluhan tahun..


Tapi nasihat aku...


Sabar dan bertawakal lahh...renung diri balik mana yg silap, sekiranya tiada yg silap,maka ketahuilah itu semua adalah dugaan Allah tanda kasih dan sayang pada hambanya..


Dengan datangnya ujian ni baru la kita sentiasa mengingati Allah...Dengan adanya ujian ni,barula kita mendekati Allah..mengenal Allah. dan melihat kekuasaan Allah..


Setelah ribuan pesakit yang aku jumpa...maka aku buat kesimpulan kes yang berat banyak yg datang dari..

1-Penangan Tok Batin ( orang asli )

yang banyak kena org asli datangnya dari Perak,Johor,N.9, k.l, selangor

2-Dukun Siam

banyak orang kelantan kena

3-Tok Cha ( sami buddha )

ini yang paling terbaik, 2 dukun kat atas ni pun tak leh lawan Tok Cha ni, yang selalu kena..kelantan, kedah, perak, pinang..sihir yang lain2 or sakit lain..mcm..gangguan jin,puntianak ke,jembalang ke,jerangkung ke,pocong ke,santau ke, tersampuk ke, kembung perut, angin pasang, or yang tak melibatkan 3 di atas mudah dgn izin Allah untuk dipulihkAN


berbanding 3 dari jenis sihir di atas..tetapi berbeza pula sekiranya penyakit itu datang atas dosa kita sendiri...itu susah den nak tolong..

contohnya:

1-Zina (paling dilaknat dgn isteri jiran,kemudian dgn bini org )
2-Pelacuran
3-Hisap dadah
4-Arak

Ni beberapa contoh BALA dah standby kat depan kalu kita buat..dan bala tu pasti datang...kalu BALA ni yang datang, pepandaila bertaubat dulu..aku sendiri pun banyak dosa, macm mana nak tolong hapuskan BALA atas dosa orang..

Jadi aku nasihatkan sesiapa yang ingin dapatkan rawatan yang sakit bertahun2 dan dtg dari jauh..sewala hotel kat area seremban dlm 3 hari, sebab aku akan buat rawatan 3 kali bagi sakit yang telah dihidap bertahun2

Mana la logik sakit bertahun berubat sekali terus sembuh..aku bukanya Wali Allah..
Kenala usaha lebih sikit..

Anything email je kat tokbelang or bentengjiwa,semua direct masuk hp Blackberry

den,kironya mcm aku dapat sms je, aku boleh reply time tu jugak...

Sunday, January 23, 2011

Pocong

Pocong ni buat aku konpiusss la...menda apa n ekkk
]
salah sorang anak buah aku yg belajar perubatan kena menda ni..

datang mengadu setelah byk kali buat kat umah tak dpt settle..

aku pun scan la bini dia..lepas aku pegang je kepala bini dia..aku mula rasa pelik..

menda apa ni...nak kata jin bukan, nak kata roh bukan, nak kata setan bukan, apa

kebendanya ni....

masuk punya masuk ..last2 aku terkeluar ckp poconggggg ni...

pocong ni tak leh ckp..oh eh oh eh oeh eh..itu je la bunyi dia...

bila ugut nak pukul dia, takut pulak dia...oh eh ohe hhh,sambil geleng2...tau pulak

takut...

Ni mesti kes mayat kena puja ni....

Sunday, January 9, 2011

Minyak Setan

Masatu kira-kira kul 2 pagi, orang yang sakit dah habis balik semua..then ada org call dari pusat rawatan lain nak dtg sebab tak leh settlekan satu masalah gangguan JIN dalam badan...

Aku pun cakp la,bawakla dtg, tgk apa yg boleh kita tolong...

lepas setengah jam 2-3 biji keta pun sampai rumah aku....

dekat 8-10 org yg dtg malam tu, tapi yg sakit sorang je...yanglain semua sanak

keluarga...

Anak manja ni...kalu pompuan takpa, tapi anak jantan..takkan smpai sanak pinak duk

perangkut, lantak la haiiii..

Aku pun mula, tgk apa masalah mamat ni, kejap2 dia mendengus mcm ghimau, kejap kang dia ckp roh dia tersangkut , aku pun duk pelik,roh apa tersangkut..ahhhhh..malas aku nak layan apa mamat ni cakap, aku guna ilmu aku je la nak tgk apa yg ganggu...

Lepas kusyuk dalam beberapa saat, aku pun dah nmpak apa yg ganggu, satu saka, satu dari ilmu dia sendiri...ilmu yang dia gunakan berdamping dengan Jin Jenis Panglima...yang aku malas nak layan, Jin panglima ni duk dlm badan..so dlm masa yg sama mamat ni ada saka..so ada 2 in 1 la ni..dah ada saka, then dia amik pulak ilmu yang berdamping...

Patut la badan dia jadi hura hara...ada 2 jenis duk bergelut nak kuasai tubuh dia..aparaaa mamat ni, kesian aku, nak jadi hebat,tapi duk berdamping wat pa..Manusia ni tak cukup hebat ke sampai nak kena berdamping-damping ni..

Aku pun mula bertindak, tanpa berlengah-lengah lagi aku pun tarik keluar 2-2 mangkuk hayun ni...

Yang Jin Saka kapir ni aku suh pilih antara 1, ko nak masuk islam ke or masuk penjara...dia ckp 2-2 pun xnak..ahhhh wrong answer beb...sorry la Bro Jin, kalu aku lepaskan ko,nanti ko masuk balik badan mamat ni..so aku terpaksa la panggil POlIS alam ghaib amik ko..heheh sory bro JIN..mujur aku tak putuskan kepala ko, sebabkan ko bukan JIN sihir tapi jenis JIN saka, maka aku pun lepas kan ko pada yang bertanggungjawab..masuk Penjara la bro..bila nak lepas, aku pun tak tahu..

Maka si jenis Jin panglima ni ,aku suh berpisah dari budak ni, Jin Islam..so kasi lepas la, nama diapun GANAS beb..PANGLIMA SAKTI...hehe,lu boleh Berangkat la Panglima Sakti..pegi kawinke, jgn duk dalam badan manusia lagi yo...

Maka selesailah kes malam tu...aku suh diorang balik dulu sebab diorang tak bawa limau ngn air,so tak leh nak bersihkan badan dia habis...


Keesokanharinya...mamat tu dtg lagi, nampak brutal mamat ni, tapi dtg mesti seluruh family..hehhee

Dia dah takda kena rasuk dah dia ckp, cuma dia rasa semput...

Aku pun scan dia ikut firasat hati aku, tgk ada apa2 lagi tak yang ganggu..owh iklan jap..bagi murid2 aku yg sibuk duk tanya mcm mana nak dapat firasat yg tepat tu..hangpa semua kena zikir laillah haillallah 70ribu n selawat nabi 70 ribu ,zikir bukan sebab nak dpt ilmu,tapi ikhlas semata-mata kerana Allah dan selawat tu tanda cinta pada Nabi..InsyAllah, firasat kita datangnya dari Allah...dan zikir tu tak boleh putus setiap hari hinggalah cecah 70ribu...sama juga dengan selawat...Bukan senang nak buat tu..tapi kalu kita ada azam kuat InsyaAllah berhasil...

Berbalik kes tadi...aku pun mula scan hati..aku tgk dia ni ada simpan barang...barang-barang dia ada yg pakai JIN...

Aku tanya dia, ada amik barang or ilmu apa2 tak? dia geleng..aku tanya lagi? dia geleng lagi..ehhh mamat ni, setiap kali aku tanya mesti dia jawab takda..betul2 takda ke..aku la salah scan ni agaknya..

Aku pun cakap kat dia..ok kalu gitu aku nak tawar limau ngn air ni..mana2 barang yang ada jin2 kafir aku tarik semua...Jin Islam je aku lepaskan..aku cakap pada dia..dia pun tunduk diam..

Aku pun mula..puji-pujian pada Allah..selawat dan salam pada Nabi...mula fokus dan makrifat...

Tiba-tiba mamat ni meraung..mendengus2, mulut ternganga-nganga, kepala mendongak keatas..ish budak ni..aku baru je smpai ayatul qursi..dia da mula buat ragam...badan mamat ni membengkok..nafas kuat turun naik..

aku tgk mak bapak dia dah mula gelisah..adik beradik yg lain dah mengesot kebelakang..owhhrupanya mamat ni kalu jadi mcm ni dia memukul-mukul..smpai bapak dia pun takut ngn dia..bapak dia pun dia tibai..apa punya olang la ini..bapak dia ckp ngn aku,kalu mak dia mengaji dia marah mak dia suh berhenti mengaji, dia cakap ayat tu buat badan dia panas..

Owh gitu ...aku panggil sorang murid aku yang boleh meresap..nak pinjam bdan dia kejap, nak suh mamat ni berdialog ngn Jin dia ni..biar dia tau,jgn suka2 pakai barang2 ada sangkut paut jin ni..kalu ada ilmu lain ceritala..ini ilmu takda,bergantung pada benda ni sebagai pendiding..dah lupa Allah Yang Berkuasa,Makhluk tak Berkuasa..semuanya atas Izinya...

Aku pun mula..murid aku pun sedia..tengah dia meraung-raung tu kitorang tarik BENDA yang ada dalam badan tu pindahkan kedalam badan murid aku...pindah je benda tu, mamat ni terus jadi normal..murid aku yang dah kerasukan BENDA tu meraung-raung kuat..aku pun tgk ...ehhh ni SYAITAN ,bukan lagi JIN..ni SYAITAN Budhha..badan dia kemerahan api..setiap kali dia mendengus dia keluarkan bisa dari nafas dia , bisa tu merecik seluruh rumah aku..setan betul.rosak rumah aku mcm ni..bisatu melekat2 kat dinding,kat badan2 orang yang ada sekitar tu... Syaitan tu terus meraung..aku suh murid aku ikat tekak dia, biar dia tercekik jgn menjerit2..dia tetap meronta-ronta tanpa suara,,aku tengking dia suruh diam...

"hei setan,ko boleh duk diam2 tak..aku nak berbincang je bukan nak lawan ko, duk situ diam2, aku nak bincang ngn tuan ko",, lepas je aku ckp nak berbincang, dia terus tenang..

Aku pun ckp ngn mamat ni..ni dtg sebab ko ada barang, barang apa yg ko ada..dia diam, dia masih tak mengaku, dia ckp takda pun...

Aku mula marah..ni SETAN budhha,..ko ada pegi siam amik benda ni ke..dia geleng..

Aku Marah dia..ko jgn main2, benda ni bukan sebarangan,ni jin ni orang kafir je pakai..inila tuhan diorang...

Lepas kena tengking aku...baru la dia ckp..nak tahu apa dia ckp

"INI HAK AKU"

Giler mamat ni,aku dah ckp ini syaitan pun dia masih nak lagi..

aku tanya dia..ko nak ni syaitan ni..dia mengangguk..aku istifar..

akutanya lagi..dia angguk lagi...astagfirullah..

mak bapak dia dah menangis...merayu-rayupada anak dia minta buang...dia geleng dan tunduk..dia still nak...

Ko sesat nak. ni syirik..dia diam...

maka terjadilah adengan yang menyedihkan hati..1 family memujuk suruh buang Syaitan ni..dia tetap menggeleng kepala..

Dia ckp ni hak aku,aku amik dari Sami Budhha...ada sami budha bagi dia minyak..dia keluarkan 1 minyak dari porchbeg dia..dia tunjuk kat kami semua..ni minyak tu..dia hulur pada aku..aku taknak sentuh..ish takut aku sentuh..

Minyak ni utk pengasih, penggerun,bwk niaga...jelas dia pada aku..

Aku ckpla,ko nak ke smua ilmu ni,aku boleh bagi..ilmu benar,ilmu Allah,bukan minta dari syaitan..dia tunduk..

Aku dakwah dia lagi..ini setan,setan ni orang kafir je guna..pada setan ni la diorang mintak,ko still nak ke...dia Angguk...Subhanllahhhh...

Aku dah marah. bila dia ckp je dia nak lagi..syaitan yang tengah duk dlam murid aku tu terus terlepas dan masuk dalam badan dia balik....aku pun bangun...tinggalkan diorang anak beranak..

aku ckp aku tak leh tolong,selalunya aku buang kalu org setuju, kalu orang sdiri tak nak buang, malas aku nak buangkan..

Bapak dia merayu pada aku..tolong la ustaz...(ustaz pulak dia panggil aku,mana aku layak) tolong la buang..aku ckp buat apa aku buang,akidah dia dah sesat..dia tahu tu syaitan,tapi dia nak jugak,kalu buangpun syaitan baru mesti smpai punya..dah tentu tu tugas syaitan..berazam nak sesatkan semua anak adam..\

Abang dia dtang merayu pulak..aku tetap tak nak..

Tiba2 aku dgr mamat tu mengamuk...tengok dia tgh mengamuk ngn family dia, aku tengking dia..heiii DIAMMMM ,ko jgn nak mengamuk kat rumah aku ,terus diam setan tu...

Bapak dia terus merayu..aku mula panas hati..aku tak boleh tolong..buat apa aku nak menyusahkan diri aku buang benda ni, ingat buang setan ni dia tak melawan, ingat tak sakit ke berlawan ngn benda ni...kalu aku buang pun shahadat dia dah sesat..sia2...benda ni duk umah aku lama2pun dah sial..benda ni bawak sial...pakcik kena bawak anak pakcik balik umah..pujuk dia kat umah, jgn pujuk kat sini..

Tadi saya dah keluarkan benda tu daari badan dia,dia nak jugak benda tu, ni kan pulak sekarang setan tu dah ada dalam badan dia balik,dah pegang hati dia,lagi lah dia taknak buang...

1 cara je nak tolong anak pakcik..solat hajat banyak2..mohon pada Allah..semoga anak diberi taufik dan Hidayah...

Semalam aku suh mamat ni solat hajat mintak pulih,langsung dia xnak..parahhhhhhhhhhhhhhhh

Akhirnya family dia pasrahhhhh...anak dia tetap berdegil xnak buang syaitan tu...aku pulak desak suh pujuk kat umah, jgn pujuk kat umah aku...suwey rumah aku...

Dah la syaitan tu dah kotorkan umah aku ngn aura2 jahat dia,bisa2 nafas dia..lepas ni kenala aku bersihkan..ish...betul2 buang karanla mamat ni...

maka dipendekkan cerita..pulangla mamat tu....

Sampai skrang aku dgr dia masih pakai lagi..n kalu nak tahu, kawan dia sorang lagi yang pakai barang mcm dia,dah mati accident...kereta meletup terbakar hangus...jasad dia tinggal rangka...dekat dunia Allah dah dah bakar dia...dan mlm tu tukang panggali lubur arwah cerita kat kami..roh arwah dtg dalam mimpi mintak tolong..MasyaAlllahhh....subhanallah..sama2la kita juahkan perkara2yang syirik mcm ni,jgn sesekali menyukutukan Allah....

Monday, January 3, 2011

Pintu Rezki 4 Penjuru

Aku bincang pasal pintu rezki 4 penjuru je dulu...

Bagi mereka yang kasyaf mudah melihat 4penjuru rezki...bagi yang tidak kasyaf pun masih takda masalah..just belajar n fahamkan aje apa maksudnya...

Aku belajar ilmu ni pun setelah aku scan orang2 kaya dalam Malaysia..tgk apa yg ada sekeliling diorang..cahaya diorang..aura diorang..amalan diorang..

Banyak amalan bagi tujuan membuka 4 pintu Rezki 4 penjuru ni...


Pantang Amalan ni..

1-Menipu dalam jual beli or duit ..

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.


2-Meminjam dan sengaja melewat2kan bayar, ada duit buat2 xnak byr

" Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214


3-Bakhil

surah al – Imran ayat 180, tafsirnya :

"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya yang menyangka bahawa keadaan bakhilan itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan yakni diseksa dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada Hari Kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan isi langit dan bumi. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.”

4-Membayar zakat

Maksudnya : “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (yakni berzakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Pada hari itu emas dan perak (serta harta benda yang dimilikinya) akan dibakar di dalam api neraka lalu diselar ke dahi mereka, rusuk mereka dan di belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah harta benda mu yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu rasakanlah azab-Ku yang amat pedih akibat dari apa yang kamu simpan.



ini adalah PANTANG bagi amalan ini...

Kebanyakan ramai yang gagal disebabkan adanya melanggar perkara2 diatas...zakat paling ramai yang tak bayar..semua ingat wajib bayar zakat fitrah time raya je,padahal bagi orang yg bergaji bersih seribu pun WAJIB bayar zakat...refer la pusat zakat..

Ingatlah..kalu kita kedekut,Allah pun tak pandang Doa kita...


Setelah aku kaji dan scan..bagi sesiapa yang rajin sedekah hatta RM 1 pun (itu je dia mampu kan) maka ada 1 cahaja halus or aura yang datang melekat di tubuh kita..dan cahaya tu akan bertambah terang sekiranya seseorang tu memperbanyakkan sedekah ( banyak disini bukan bermaksud ribu2 or apa,sesuai dgn kemampuan kita,kalu gaji kita 1000,RM 10 tu dah dikira banyak )

sesuai Hadis Nabi

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)

Bagi tujuan Amalan ini bacalah Doa ni

Wa barik lanallah humma fi jam"e qasbina, wa halli ,uqudal usri ya yuhhu ar mahad..

(setiap kali lepas solat sekali,kecuali subuh 3x )

kemudia disambut dengan bacaan doa

Allahumma ya ghoni yu ya hamid, Ya mubdi u ya Muid, ya Fa'alul lima yurid, Ya rahimu

ya wadud, Aghnini bihalalika, an Haramika, wa bito'atika an maqsiatika, wa bi

fodlika, an'ma siwak

InsyAllah...sekiranya amalkan dan tak melanggar pantang..rezki akan datang

mencurah-curah..


Ramai yang duk tanya aku dari dulu amalan ni..hari ni aku kongsikan pada semua...

aku ijazahkan juga pada semua umat Muhammad yang berminat..Aminnnnn
Related Posts with Thumbnails