Thursday, September 22, 2011

Syafaat Nabi

dipetik dr blog kisah2 nabi

Syafaat nabi sesudah wafat
ADA dakwaan sesetengah orang bahawa meminta syafaat atau istighozah (memohon pertolongan) daripada nabi SAW hanya dibolehkan ketika baginda hidup maka kita menjawab: Sesungguhnya beristighozah dan bertawassul; jika keharusannya dikaitkan dengan hidupnya pihak yang diminta pertolongan, maka ketahuilah, bahawa para nabi dan hamba-hamba Allah yang diredai itu tetap hidup di alam kubur mereka.

Jika tiada dalil lain untuk membenarkan keharusan bertawassul dan beristighozah dengan Rasulullah SAW setelah wafat, kecuali dengan menggunakan qias atau analogi terhadap tawassul dan istighozah dengan Baginda SAW ketika masih hidup, maka itupun sudah cukup, kerana kita meyakini bahawa Rasulullah SAW tetap hidup di alam barzakh.

Baginda SAW selalu memerhatikan umatnya. Dengan izin Allah SWT, nabi SAW menguruskan keadaan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan. Selawat yang mereka ucapkan diperlihatkan kepada baginda SAW. Salam yang mereka berikan juga sampai kepada baginda SAW, meskipun mereka sangat ramai.

Orang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang keadaan roh dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Terutamanya terhadap roh yang mempunyai kedudukan yang tinggi, iaitu roh para rasul dan nabi, hatinya akan terbuka untuk mempercayai dan mengimani perihal kehidupan para roh.

Lebih-lebih lagi, terhadap induk segala roh, dan cahaya yang menyinari segala cahaya, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Jika memohon syafaat, istighozah atau bertawassul dengan Rasulullah SAW itu dinilai sebagai syirik dan kufur sebagaimana yang disangkakan, adalah tidak wajar ia diharuskan pada satu keadaan sahaja, semasa hayat Baginda SAW tidak pada keadaan yang lain. Sebabnya, perbuatan syirik itu menjadi kemurkaan Allah dalam semua keadaan.

Dakwaan bahawa orang yang sudah mati tidak mampu melakukan apa-apa, adalah dakwaan yang batil. Jika dakwaan tersebut didasarkan kepada kepercayaan mereka bahawa mayat itu menjadi tanah, jelas itu merupakan suatu kebodohan dan kejahilan. Mereka jahil tentang hadis-hadis yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Bahkan, mereka juga jahil tentang firman Allah SWT yang menegaskan bahawa roh-roh itu tetap hidup dan kekal setelah terpisah daripada jasad. Mereka juga jahil tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang pernah menyeru mayat yang ada di dalam kubur ketika Perang Badar.

Rasulullah SAW juga pernah mengucapkan salam kepada ahli kubur, dan menyeru mereka dengan sabdanya: "Semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kalian, wahai penghuni perkampungan (kubur) ini!"

Dalil yang lain adalah tentang azab dan nikmat kubur bagi penghuni kubur, nas-nas yang menceritakan tentang roh-roh yang selalu datang dan pergi kepada roh-roh yang lain. Banyak lagi dalil yang ditetapkan oleh Islam dan diakui oleh para ilmuwan, dulu dan kini.

Bagaimanapun, kami membataskan perbicaraan hanya mengikut soalan berikut: Apakah mereka percaya atau tidak bahawa orang yang mati syahid itu hidup di sisi Tuhannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Quran?

Jika mereka tidak mempercayainya, kami tidak berminat berbincang dengan mereka, kerana mereka telah membohongi al-Quran yang mengatakan: Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang yang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Jika mereka mempercayainya, maka kami katakan pula kepada mereka: Sesungguhnya para nabi dan kebanyakan orang soleh lain; yang tidak mati syahid; seperti sesetengah para sahabat besar r.a, adalah lebih mulia daripada orang-orang yang mati syahid tanpa diragui lagi.

Jika jelas diakui bahawa para syuhada itu hidup di dalam kuburnya, maka menetapkan bahawa hidupnya orang yang lebih mulia daripada golongan syuhada adalah lebih patut dan lebih layak. Lebih-lebih lagi, hidupnya para nabi itu disebut secara jelas dalam hadis-hadis sahih.

Wednesday, September 14, 2011

Rintihan Ruh kerana Haji

haji merupakan rukun islam yg ke 5.....Wajib bagi mereka yang mampu dari segi zahir dan batin

Musim haji bakal tiba...berduyun - duyun umat islam seluruh pelusuk dunia bersedia zahir dan batin bagi menyahut seruan Allah dan rasul bagi menunaikan dan melengkapkan Rukun Islam yang ke lima ini

Kata ulama..bukan senang Allah nak pilih hambanya menjadi tetamu nya...kena banyak doa dan tawajuh...kita boleh lihat ada yang orang kaya raya tapi Allah masih tak pilih menjadi tetamunya, jgnngan kata tunaikan haji, tunaikan Umrah pun belum tentu Allah pilih

Suatu kisah..

Datang seorang balu kematian suami...ustz sejak suami saya meninggal , saya selalu terasa kehadiran suami saya di rumah..adakalanya sy dgr suara dia panggil sy...sy betul2 pasti ustz itu suara suami saya..saya dgr dia panggil2 nama saya...

Begitula lebih kurang dia mengadu kat aku...masa dia cerita kat aku..aku terbayang sorang laki pakai baju pagoda rambut putih...aku tanya dia makcik punya suami rambut beruban n suka pakai baju pagoda ke...jawab dia..ya ustaz , tu la suami saya..dia ada sebelah makcik tu, sy cakap kat dia...

sy pun rasa dia sebelah saya ustz...tolong la ustz..apa suami sy nak ustz..tolong la ustz....

aku mula buat upacara...komunkasi dgn roh si suami...apa pakcik nak?

tolong la saya, suh isteri saya bayarkan hutang saya...sy tanya makcik tu..ada hutang ke tak bayar..ada ustaz,makcik tu pun cerita hutang ubahsuai rumah tak bayar dalam 1600 lebih kurang...

dalam hati aku mula takut, mula pikir hutang aku...ada tak hutang kat orang selain dari hutang2 bank aku...aduh ya Allah jgn la aku mati esok aku tergantung macam ni..

Pakcik tu ckp lagi..tolong buat kan HAJI aku ...

Aku tanya, suami belum buat haji lagi ke..belum ustz..sy pun ckpla dia mintak buatkan haji..baik ustz sy akan tanya semua anak2 dia...kumpulkan duit

Banyak rupanya anak dia, dekat 10 org jugak...tapi semua anak tak pedulik hal ayah tak tunaikan haji n hutang ayah ketika hidup...penat ayah kita sara sampai dewasa..tapi kita langsung tak pedulikkan mak ayah ..aduhhhhh

Cuba kita renung2 kan kisah ni (bagi yg percaya la)...adakah mak ayah kita dah selesai urusan Agama yang rukun ini...kalu yg hidup kongsi la duit hantar mak ayah kita ke sana..kalu yang dah pergi buat la Badal Haji bagi arwah

InsyAllah ada beberapa Jemaah saya akan menunaikan Haji tahun ni...dan ada diantara jemaah saya pakar melaksanakan Badal Haji ni..jadi bagi sesiapa yang berhasrat ingin menggunakan hikmat jemaah kami untuk menunaikan Badal haji email kepada saya
nama arwah...insyAllah kami cuma boleh buat untuk 5 orang saja...sapa yang email dulu, maka dia lah yang kami utamakan...

Tuesday, September 13, 2011

Darah tinggi dan Jantung Berdebar

Bismillah hirr rahhmannnir rohimmm

Ini adalah keadaan yang selalu di alami oleh ramai oarang..jantung berdebar-debar secara tiba2...

Adakalanya mlm resah ketika nak tido...selalu berdebar-debar tak tentu arah...

Jum kito buat kaji selidik kes macam ni

1- Orang dulu duk kata kalu berdebar tu tanda alamat tak baik, ada benda tak baik nak berlaku..betul ke? ada kematian la, itu la ,ini la
2- Jumpa doktor then doktor akan ckp tekanan darah tingg...kadang2 reading smpai 200

ramainya orang yang dah dibuang jin oleh pusat rawatan ruhaniah then tekanan darah tinggi terus jatuh ke paras normal...

sampai ada doktor yang mintak no phone kami sebab nak refer pesakit2 diorang yang darah tinggi tak turun2..mcm mano nak turun kalu jin kek dalam badan tu tak yo dibuang...

suatu kisah anak buah aku pergi melawat mak mertuanya yg hampir koma di hospital...sampai sana machine tekanan darah tu tunjukkan angka ke 200, maka anak buah aku pun mula merukyah untuk buang Jin yang ada dalam badan mak mertuanya...setelah 15 minit berlalu ,bacaan darah tinggi nya turun perlahan-lahan ke angka 160...apa yang anak buah aku tu rukyah kan? dia ckp ngn aku masa dia datang n scan dia tgk ada jin saka dlam badan, so dia kaut semua buang...doktor siap tanya , ustaz ni dari mana n belaja kat mana... dia pun jawab saya ni bukan ustaz ,cikgu sekolah ...belajar kat pusat ruhaniah senawang...mengikut pengalaman doktor, andai kata bacaan mencecah 200 adalah sangat bahaya dan boleh mengakibatkan koma..
tapi sebaliknya berlaku, raya hari tu aku jumpa mak mertuanya..bukan main sihat lagi..Alhamdulillah



Ini semua jin punya pasal...diorang yang kasi badan kita dapat penyakit macam..

Janganla percaya penyakit genetik la ( saka turun ke anak cucu,dapatla penyakit genetik kan) ,cancer tu sebab keturunan, kencing manis keturunan..semuanya keturunan..

Allah dah mencipta kita sebaik-baik kejadian..tapi tangan2 kita manusia la yang merosak semuanya...

Sebenarnya semuanya simple aje, Hampir semua jenis penyakit adalah di sebabkan jin..darah tinggi n jantung selalu berdebar..buang je jin tu,inSyaallah selesai ...cancer terjadi angkara jin duduk dalam badan n merosakkan tisu2 kita,,so membengkak..semut api gigit kat luar pun boleh bengkak,ni kan jin gigit dari dalam..biarkan je memang bertambah parah la kan...

dan macam-macam lagi yang berpunca dari jin..

Macam mana nak elakkan dari jin bermaharajelela di tubuh kita

Senang je ...Dekatkan Diri pada Allah..tunaikan segala Hak Allah...dan amalkan la yassin setiap hari ..insyAllah semoga Allah membantu kita

Thursday, September 8, 2011

Salam Hari Rayo

salam...selamat hari raya maaf zahir dan batin

aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki bagi semua pembaca andai kata terbaca dan tersentuh pulak hati-hati para pembaca ...mintak maaf jugak andai kata aku dengan tidak sengaja ter riak , ujub , dan terkasar bahasa dalam aku mencoret pengalaman-pengalaman aku dalam dunia perubatan..

semakin kita mendalami ilmu Allah maka semakin rendah dan tawaduk kita pada Tuhan semeste Alam..itu la sifat yang harus di bawa kemana- mana..

Tapi andai kata semakin angkuh dan riak kita memandang rendah pada Hamba-hamba yang lain...maka sedarlah itu bukanlah sifat manusia yang berilmu . itu sifat syaitan laknatullah...

tapi kenelah kita bersangka baik sesama kita..MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Marila sama-sama kita berjuang melakukan ibdah sunat puasa 6 di bulan shawal ni

Dari nabi Saw

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jum kita Berjuang.....semoga Allah menerima semua ibdah dan doa kita disamping mengampunkan dosa-dosa kita yang sebanyak buih di lautan...
Related Posts with Thumbnails