Sunday, October 6, 2019

Perjanjian Syaitan

Satu lagi kes budak tahfiz, di tipu oleh syaitan menyerupai wajah perempuan cantik, dan ajak berkawan... dgn hati yang suci murni, pelajar ni stuju buat perjanjian berkawan sehingga mati, tanp menyedari , kawan alam ghaibnya sebenarnya syaitan...Jadikan la ini sebagai pedoman supya ibu bapa sentiasa jadikan anak anak seperti kawan supaya semuanya dikongai oleh anak...

Wednesday, August 28, 2019

Kehebatan Solat Hajat Jemaah

Solat Hajat dan Yassin malam jumaat  bukan sekadar budaya

Selalu kita dengar , masjid/surau mengadakan solat hajat dan bacaan yassin mlm jumaat untuk pelbagai hajat. Ada yang mengangap ianya hanya budaya turun temurun dan cukup sekadar buat sbagai aktiviti masjid/surau.
Ada satu kisah menarik yang berlaku di mekah pada tahun ini. Di mana seorang sahabat sy di uji di mekah ketika menunaikan fardhu Haji. Beliau merupakan seorang pensyarah di Univ tanah air
Saya panggil Prof , 3-4 hari sbelum hari wukuf, Prof di uji dengan kesakitan yang amat sangat pada pinggangnya (slip disc ) , sehingga tidak boleh berdiri, dan sakit ketika duduk. Berhari2 prof menahan kesakitan, mengambil pain killer, sehingga sampai satu tahap, tangannya utk menyuap pain killer pun tidak mampu. Malah pain killer di tangannya terjatuh, dan Prof dlm keadaan duduk , untuk mengambil ubatnya di lantai pun tak terdaya.Sehingga bergenang2 air matanya menahan kesakitan yg amat sgt di pinggangnya. Begitula keadaan prof 3-4 hari sebelum hari wukuf.
Isterinya rasa amat bimbang , berdoa terus berdoa sehingga buntu apa yg perlu di buat.Andai kata tiba hari arafah, keadaan Prof masih begitu, sukar utk beliau melakukan  ibadah haji. Hatta bergerak sedikit pun, kesakitan yg terasa sampai menitik air mata.
Tepat pada malam jumaat, isterinya menghantar msg kepada jemaah surau/masjid di mana Prof adalah Setiausaha   surau/masjid kawasanya itu. Isterinya mohon supaya jemaah di kampung membuat solat hajat dan bacaan yassin khas untuk suaminya. Memang rezki, kerana surau/masjid tempat mereka memang sentiasa membaca yassin secara jemaah di setiap malam jumaat. Maka malam itu, jemaah mereka buat khas solat hajat dan yassin khas utk kesihatan Prof.
Alangkah ajaibnya , tepat selesai waktu maghrib di malaysia. Prof terus boleh bangun terus sihat tanpa bantuan Ubat di mekah.Ajaib!!!!!!!!!ketika sy jumpanya di mekah, beliau dan isteri sedang ber ihram, untuk membuat umrah kali ke 6..
Subhanallah, ajaib sungguh solat hajat jemaah dan doa dlm bacaan yassin di malam Jumaat. Sungguh penuh keberkatan dalam jemaah.Allah tunjukkan cash. Zaman sekarang, orang muda mula lupakan amalan mulia tok nenek kita. Jawapan paling senang kenapa tak buat. bidaah!!!

Tok Said
Jemaah Haji
Makkah mukaramah ,
22 ogos 2019
14.32
Related Posts with Thumbnails