Friday, May 25, 2012

Gila Isim

Salam...
kita di momok-momok kan yang mana ambil zikir tanpa sanad, tanpa guru , or zikir banyak2 , belajar ilmu tanpa guru akan mendapat natijah gila isim...
biar bonar yop..
ada banyak orang yang takut benda-benda ni, malah ada jugak ustaz yang ckp jgn zikir tanpa guru , nanti ISIM
ada jugak yang kata , kalu amik zikir ni panas la, itu la ,ini la...
Meh aku terangkan menurut pandangan ilmu aku yang cetek ni..
Menurut Abah den (salah sorang yang ajar den ilmu Hakikat) selagi mana ilmu or ayat-ayat yang kita amalkan ,or doa dan zikir yang kita amalkan datangnya dari al-quran dan sumber dari hadis-hadis yang sahih, makanya tak perlu nak kena ijazah or bersanad, kerana ilmu dari al quran dan hadis sanadnya pasti sampai kepada Nabi Muhammad saw.. kerana menurut Nabi, ibadah yang bukan dari cara Nabi adalah bidaah, dan bidaah itu adalah ibadah yang ditolak.Aku taknak kupas soal bidaah..panjang lebar nanti, cukup la sikit je..
jadi abah den cakap , di akhir2 ni je , orang mengatakan nak amal ayat ni, or zikir itu ini mesti kene berguru, sebenarnya takda masalah pun..
problemnyo adolah..
Napo Zikir tu jadi Panas ?
Mano tak panas, Hentam zikir sampai bepuluh ribu, Jin dalam badan tak buang, tak panas ke badan kita jadinya, yang jin ni pun selagi mana mampu dia bertahan,dia akan bertahan, dah tak tahan dia cabut la, tapi kita pulak yang tak tahan dulu, terasa panas je ,terus malas amal zikir..so panas la jadinya...sebenarnya bukanla kalimat zikir tu yang panas...Jin dalam badan tu yang panas...otomatik kita pun jadi panas...yang amik ijazah dari aku takdo pun kata panas..rilex dan bertambah cool adalah..ya la, masa aku ijazatkan tu, aku dah tarik or campak keluar jin-jin yang menempel tu, so takdo la isu panas lagi...
masakan zikir yang memuji Allah tu mendatangkan mudarat pada kita,sedangkan zikir pelindung kita, bukan merosakkan kita..
Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r. a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:” Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda:”Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia.”
Nabi pun suruh kita sentiasa basahkan lidah dengan berzikir..
Napa Jadi Isim..
MAna tak isim bro..ko amalkan ayat-ayat quran yang fadhilat nya menghentam jin, kemudian jin yang ada dalam badan kito tak buang, tak meong jadinya Jin dalam badan tu..bila Jin dah meong, kito pun samo la ikut jadi miong...
dan adakalanya bagi mereka yang belajar tanpa guru ni, akan ada gangguan yang datang untuk menguji, so diorang ni pulak takdo tepat nak mengadu, tu yang last-last mengaku jadi Imam Mahdi tu...tak ke meong....
kesimpulanya, memang bukan salah pun kita amalkan zikir or ayat quran tanpa guru, semuanya ilmu yang benar, cuma perlunya kita mencari guru yang mursyid agar membimbing rohani kita agar tidak diganggu oleh jin-jin yang menumpang dalam tubuh kita ni..so sebenarnya tujuan guru mursyid ni hanya la melihat apa permasalahan murid diorang, apa yang mengganggu diorang..tentang zikir dan amalan ayat bukan la faktor yang menjadikan tubuh kita panas or isim...sebonarnya jin dalam badan yang dah jadi biul..
bagi mereka yang badan line clear, zikir la tanpa guru pun, selagi mana zikir tu dari Hadis Confirm no problemo punyo..
wallah hu alam

12 comments:

saprol said...

Boleh tok komen berkenaan wali songo. Ada yg kata memang benar wali songo itu wali. Ada yg kata wali songo ini tewas di akhir hayatnya dan membawa ajaran yang salah(Kerja si Syaitan yg membisik secara halus).

Pada fikiran saya pulak, wali songo memanglah alim, cuma bila makhluk halus datang berjumpa manusia dengan niat utk menyesatkan, selalu mengaku dirinnya salah seorang wali songo, wallahualam.

P.R.Ruhaniah said...

wali songo kebanyakan nya adalah dari ahlul bait nabi..insyallah dapat pengakhiran baik

Anonymous said...

tuan

saya nak kepastian je la takde niat apa

tuan cakap ayat alquran berkhasiat menghentam jin. tapi bukanke dalam quran sendiri Allah cakap "alquran itu tidak lain hanyalah peringatan buat manusia?"..al an'am ayat 90.

bukan ayat yg menghentam jin tapi Allah lah yang berkehendak.

Cik Nurfasihah said...

assalamualaikum tok. macam mana ea nak kontek tok melalui email ? saya ada masalah mengenai jin dalam badan. tolong saya. terima kasih :)

P.R.Ruhaniah said...

bentengjiwa@yahoo.com boleh

P.R.Ruhaniah said...

ya ,Allah yang berkhendak, segala-gala atas kehendak Allah

said baraka al - attas said...

Salam tok. Saya ingin bertanya pada tok. Sekiranya saya mengambil satu amalan zikir daripada tok guru saya..sepatutnya zikir yg saya ambil ini kika hendak ijazahkan perlu kebenaran dari tok guru kerana bersanad.tetapi bile tok kate tak perlu kerana nas dtgbya dri quran maka bolehke saya ijazahkn zikir itu kepada org lain tanpa diijazahkan oleh tuan punya ilmu itu.

P.R.Ruhaniah said...

ya, ajarkan aje, nabi bersbdam mahfumnya ,sampaikan dariku sekalipun satu ayat...so sebarkan aje apa yang baik...amalakan ratib al attas

abunaim said...

Assalamu'alaikum,

Terima kasih diatas pencerahan tuan. Bagaimana pula apabila berzikir terasa ada suatu arus getaran kuat dalam tubuh badan sehingga terasa elektrik mengalir dari jari-jemari dan telapak tangan dan kaki....itu pun kira sebab ada jin dlm badan juga ke? Terima Kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum tok,,,tok nak tnya,sy ada pelajari dan telah diijazahkan dgn amalan zikir,selepas tempoh amalan cukup (44hari xsilap sy) apa yg berlaku pd sy jika sy pergi ke sesuatu tmpt yg sy tidak pernah pergi,,,atau tempat awam yg ramai org kadang2 telinga sy jadi panas smpi merah mcm kena pulas...kadang2 sebelah je,,tapi ada juga terjadi sampai kedua2 belah telinga jadi panas.sy pernah hadir satu kursus yang melibatkan jabatan tempat sy bekerja.dan sewaktu berada di dalam dewan yang dipenuhi peserta kursus tu telinga sy tiba2 je jadi panas sehingga ada yg menegur sy kenapa telinga sy menjadi merah...pertanyaan sy,,apa yang berlaku sebenarnya pada diri sy tok.sblm sy terima zikir tu xpernah pulak jd mcmtu.sy juga ada diberikan amalan oleh guru sy iaitu mengamalkan ayat bismillah 6.harap tok boleh bg jawapan dan bantu sy.

Jalan menuju allah said...

assalamualaikum w.b.t....penerangan yang bagus tapi nak komen sikit....tiada ayat al-quran pun yang menghentam jin dalam badan.....malah zaman rasullullah s.a.w. pun dipedengarkan al-quran kepada para jin..malah al-quran itu kitabul mukjizat yang paling murni dan menimbulkan kasih sayang...dan ramai jua jin yang telah islam...tidak ada satu dalil pun yang mengatakan ayat al-quran itu menghentam jin...yang menimbukan isim bukanlah zikir ayat al-quran itu...tetapi dibuat oleh pengemal..kerananiatnya bukan kerana Allah tapi kerana mendatangkan benda lain seperti kuat , gagah dan lain-lain maka hadirlah benda-benda begini menjadi kan kita celaru dan isim...ingatlah sumpah iblis yang menyesatkan anak-anak adam...sepatutnya zikir-zkir yang iktikadnya kerana allah swmata akan mendapat perlindungan Allah s.w.t....itu lah yang menjadi pendinding kepada kita dari segala kejahatan ini...iblis hanya ingin mengelirukan dan menakut-nakutkan manusia...dari menyebut-nyebut kalimat -kalimat al-quran dan zikir...jadi betulkan iktikad hanya semata-mata Allah s.w.t.....itu sahaja... wassalam...

Anonymous said...

Masyallah...sy xtau la bnda ape y kt bdn sy..dgr2 ckp dr atok ktrunan wali songo..ada pnjaga..arghh..xboleh tahan rse nya..sy xtau nk caya ke x..xlarat bwk bnda ni dr umur 2thun..;(

Related Posts with Thumbnails