Thursday, December 27, 2012

Asas Ilmu Perubatan-Rahsia Doa Makbul

Bismillahhirrahmannirahim...
Sedih betul aku mendengar ceramah dari Habib Ali ni...memang susah nak jumpa orang yang daapat menceritakan kisah Nabi Muhammad saw kalau bukan dari ahli keluarga nya sendiri...


Ya..ramai orang yang berdoa tetapi tidak tahu rahsianya.aku pun sama tak tau, aku tau sikit2 je..yang sikit ni la aku nak kongsi...
Sebenarnya ada banyak la syarat-syarat untuk mendapat kemakbulan dalam berdoa ni , tapi di sini bagi tujuan asas ilmu perubatan..
Aku nak kongsikan ilmu aku ni je..nak pakai,pakaila..nak buang ke tong sampah pun terpulang la...
Daripada Umar al-khattab, Nabi saw bersabda: " Bahawa doa itu terhenti di antra langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atasku" - HR al-tirmizi
INILaH rahsia besarnya...tidak ada doa yang akan diangkat sekiranya tidak ada selawat dan salam kepada Nabi Kita Muhamaad SAW...sebab tu kalu perasan stiap doa yang disusun oleh ulamak mesti ada selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW..
Adakah cukup dengan tambahan pada setiap kali berdoa sahaja?...mana cukup beb..
Daripada Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا Terjemahan: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 16/198, no. 10287. al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/224, no. 645. Muslim, 2/376, no. 616. Abu Daud, 4/324, no. 1307. An-Nasa’i, 5/74, no. 1279)
sebenarnya ramai yang tak faham apa maksud selawat ni...selawat ni maksudnya mendoakan kebaikan kepada Nabi SAW
“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna: “Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”: Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)
Jadi jelaslah apa maksudnya selawat...ni yang paling ringkas "allahumma solli ala muhamad, wa'ala ali muhammad"...
Selawat adalah doa kita untuk nabi kita SAW...1 kali kita mendoakan Nabi (selawat) maka Allah swt akan mendoakan kita 10 kali....
bagi ahli2 ruhaniah..memang amalan yg UTAMA dalam proses pembelajaran mengubati diri dan pesakit adalah banyak berselawat...
Aku sendiri berselawat seribu kali satu hari insyallah..selagi Allah izinkan,aku teruskan selawat kepada Nabi SAW...
Dengan banyaknya kita berselawat,lebih dekat kita kepada Nabi SAW,lebih banyak Allah dan para Malaikat berselawat pada kita..maka mudahlah doa kita di angkat naik ke atas..
Nampak mcm banyak je seribu tu kan, tapi sebenarnya sedikit je...ada satu sheikh tariqat yang aku kenal...memerintahkan murid-muridnya berselawat sebanyak 5 juta kali seumur hidup...huhhhhh..kita rasa kita dah banyak, ada lagi orang yang lebih banyak....lebih dekat pada Nabi, lebih dekat pada Allah..
Tak susah kalu kita nak memulakan selawat ni...tak semestinya atas tikar sejadah...sambil drive...sambil berjalan, sambil buat keje..sentiasa saja hati kita selawat kepada Nabi saw...jadi setakat seribu satu hari tu...tak sampai 1 jam dah settle...

klik..kewafatan nabi saw..
klik..roses-for-the-prophet-saw

14 comments:

Azam said...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

InsyaAllah..bnyk manfaatnya..

NUN ADIKARA said...

Terima kasih atas info ini

Saprol said...

Salam tok said, sy dan isteri selalu di Fitnah bila jin Saka masuk dlm sarung(badan perawat). Sy tahu kata2/nasihat jin tuh tak boleh di pakai sbb dia da hidup beratus tahun, dah lali dgn soalan2 manusia nih. Tp masalahnya, org lain yg berada di tmpt rawatan tuh, sedikit sebanyak terpecaya jugak fitnah si jin nih. Fitnah yg di buat lebih kpd cerita yg di tokok tambah dr citer ori, citer ori 10% jer kot, selbihnya semer mainan jin utk pecah belah kan keluarga sy dan isteri. Sy nak tanya kalau ada amalan/tektik supaya jin tuh tak boleh menipu.

P.R Ruhaniah said...

saprul,berubat di mana

saprol said...

Sy berubat dgn pacik sy di parit sulung, bt pahat. Biasanya Mak atau Adik akan sakit badan, lenguh atau rasa berat. Ditambah lg dgn adek yg nampak bende tuh. Bila symptom mcm nih berlaku maknanya ada Saka dr keluarga cabang jauh(cabang dekat dah byk setel) nak mintak selesai masalah dia. Biasanya masalah selesai lepas kami pacik bergabung dgn Adek dan Seorang lg mak Saudara Saya. Mak Saudara sy biasanya akan jd sarung utk bende tuh. Masalah sy Setakat nih 2,3 kali jugak saka dr belah isteri dtg kacau family sy, kemudian bila dia masuk dlm sarung, mulalah dia cerita yg bukan bukan pasal mak mertua., isteri dan Sy. Seolah olah saka tuh tak suka perkawinan kami. Sy cuma boleh sabar jer bila bende tu buat fitnah. Sj nk tanya tok kalau tok ada tips nak kasik satu jurus biar bende tuh tak bleh tipu, kalau tipu jer badan bende tuh Terbakar ker.

ahmad ewan said...

salam tok,nak tanya...saya berminat untuk menuntut ilmu hikmah dari tok...boleh ke saya menuntut secara jarak jauh?...bagaimana ya tok?

Anonymous said...

nak tanya. x pe ke kalo x mau berubat n berusaha utk elak gangguan jin. kira pakai serah diri saja . kalau Tuhan nak uji kita dgn jin kita redha. nak uji kita dgn penyakit kita redha. nak uji kita dgn perempuan kita terima tapi bukan buat maksiat laks. cuma elak n kawal diri nafsu sahaja tapi x sengaja lari n menjauhkan diri. maknanya kita redha dgn segala ketentuan ujian kerana x bergerak kalau x d izin. lagi pun suma tuh kan kerja Tuhan . ok ke tok perangai buruk mcm nie?

P.R Ruhaniah said...

bila kita dah sampai makam yang tertentu, boleh je pasrah dgn semua dugaan yang dtg,umpamanya makam Nabi Ayob..tapi dgn syarat,walaupun sakit mcm mana,solat ,dan segala yg wajib tetap kene buat...tak boleh bg alasan sakit, then baru kita ckp pasal pasrahhhh je

makcik said...

salam mauliidur rasul

man said...

salam tuan, nk tanya.
kiranya selawat dalam hati tu sama ke selawat dgn lisan?
ada beza apa tak?
mintak pencerahan.
terima kasih.

Saprol said...

Salam tok said nak tanya, boleh tak recycle bata yg kita pernah goris dan bakar utk kaedah bakar bata. Mcm leceh jer nk cari bata lain, pakai bata yg sama buleh tak?

Saprol said...

Salam tok said, satu lagi soalan. Keluarga sy nih sejak beberapa tahun berubat, kira dah clear dgn masalah saka. Tp yg hairannya, sekarang nih, kenapa masalah saka dr cabang keluarga lain duk sebok nak masuk dlm mak dan adek saya. Kami jugaklah yg menanggung susah sakit badan , nak beroperasi lg utk putuskan kontrak. Kenapa tak si saka nih menyusahkan anak cucu keluarga diorang mcm kami susah dulu. La nih ada sekor kat blakang umah mak, kene ikat dkat kelapa sawit. Tuh Pak Long sy punya tu, cuber tok said cek kejap.

Anonymous said...

ahmad said:
Assalamualaikum tok said.Terima kasih atas information paling berguna dunia dan akhirat.
Minta Izin copy ya.tk

EZ MiND said...

Tok..blh tak tok huraikan skit selain bramal krn Allah apa kegunaan amalan bismillah 6 srta khasiat2nya

Related Posts with Thumbnails