Monday, February 28, 2011

Pintu Rezki 4 Penjuru 2 (untuk Kedai)


Ni sambungan bagi Pintu Rezki 4 Penjuru

InsyAllah...

Bagi mereka yang mengamalkan amalan Pintu Rezki 4 penjuru ,amalan ini khas bagi mereka yang berniaga, tak kira jenis perniagaan apa,asalkan ada kedai or pejabat

1-Solat Hajat 2 or 4 rakaat pada setiap malam selama 40 hari

2-Istiqomah wiridkan ayat seribu Dinar( wamayattakillah....) 40 kali sejurus selepas solat hajat

3-Masukkan Doa Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Ya Karim..aku bermohon bukalah pintu rezki ku dari pelbagai penjuru..


Amalan di atas dibuat setiap hari

Bagi mereka yang mempunyai kedai makan dan sebagainya, cari gambar Kaabah dan gantung di tempat yang mudah dilihat orang..

Kemudian setiap kali masuk kedalam kedai terus pandang ke gambar tersebut dan amalannya seperti ini

1-Hadiahkan fatihah dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W
2-Hadiahkan fatihah kepada para-para Wali Allah serta guru-guru
3-Selawat nabi 11 kali
4-DOa
" Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Karim...aku bermohon,sebagaimana terbukanya hati orang mukmin berkunjung kerumahmu,begitula juga aku bermohon ko bukakan hati orang mukmin datang berkunjung ke kedaiku "

Friday, February 25, 2011

Terima Kasih

1-Asmk ust.Slepas kak cal ust tadi,bila sampai umah n saat ini wlaupun belom baca Yasin keadan perut kak amat selesa skali.Kak yakin ust tentu ada buat sesuatu pada kak walaupun tanpa kak suruh kerana benar2 terlupa dek menahan sakit bagai ditumbok dari dlm.T/kseh banyak ust.S mga Allah smtiasa merahmati ust,famly n jamaah.Diharap jgn jemu membri pertolongn pda kak n family dri jauh.Tima kaseh bnyk ye ust.Slm kak pada jamaah yg mengenali kak.ASMK


2-ASMK UST.SYUKUR SANGT PDA ALLAH YANA LPAS TIPON DIA DAH PULIH DARI SERANGAN SYAITAN LAKNATULLAH.X TRBALAS BUDI BAIK UST.WLAUPUN DARI JAUH SUDI MELAYAN DAN MMBERI BNTUAN KPD ANK KAK .KAK MMANG X MAMPU NAK MMBALAS HANYA MAMPU STIAP LPAS SEMBHYANG 5 WAKTU MASEH KEKAL MENSEDEKAHKN FATIHA UTK UST SKUAGA N SAHABT2.SMUGA ALLAH TRUS MRAHMATI UST,FAMLY N SAHBT2NYA.AMEEN,AMEEN AMEEN.ASMK

PR.Ruhaniah: kadang-kadang bila kita dpt email or sms berterima kasih dari pesakit terharu jugak hati,ada juga yang mengingati jasa yang kita lakukan..insyAllah sama-samala berdoa agar semua yang terlibat dalam P.R.Ruhaniah sentiasa berada dalam ikhlas semata-mata kerana ALLAh...

Mantera

Ada email masuk berkenaan mantera,rasanya kali ke berapa entah orang tanya aku pasal mantera ni..aku terangkan sikit apa yang aku tahu dari pengetahuan ku yang sedikit..

Mantera adakalanya menggunakan perkataan berkat laillahaillahmuhammadrasulah...di akhir kata..adakalanya ucapan bismillah dipermulaan dan di ikuti dengan bacaan mantera..contohnya

1) Bismillah
Makni namanya engkau nurmani terlalu limpah insan didalam insan....berkat laillahaillahmuhammadrasulah

2) ataupun
bismillah..
kuci manik,kuci manik,bulan terang tengah malam...berkat...

3) ataupun
BISMILLAH...
KUN KATA ALLAH
PAYAKUN KATA MUHAMMAD
ROBBIKUN KATA MALAIKAT JIBRIL
HAK HU KATA ALLAH
DENGAN BERKAT KEMULIANYA KALIMAH
LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD ROSULUllah

4) or

Di Langit ats..

Nenek Asal Guru Yang Mula

Nenek Tersenang Di Tanah Suci

Guru Tersandar Di Tiang Dua

Di Kubur Keramat

perhatikan setiap mentera diatas...

Ada diantara mantera diatas melibatkan khadam atau jin2 pendamping...
Ada juga diantara mantera diatas langsung tidak melibatkan Jin..ini dinamakan ilmu ASAL USUL...

Ilmu ASAL USUL ni aku baru belajar dalam 1-2 tahun ni..dulu aku ingatkan bahawa semua ayat yang bukan ayat Quran pasti melibatkan Jin..tetapi setelah aku belajar ilmu asal usul barula aku sedar ilmu ALLAH MAHA luas...

tetapi bagi mereka yang tidak mempelajari ilmu ASAL USUL + ilmu HAKIKAT (kerana ilmu asal usul ni berkait rapat dgn jalan Hakikat) aku nasihatkan jangan mengamalkan sebarang mantera...

Ini kerana walaupun sesuatu mantere itu tidak melibatkan JIN or Khadam.sekiranya mereka yang tidak mengetahui ilmu asal usul,pasti JIN akan datang berdamping dengan nya...apatah lagi mantera yang melibatkan Jin..

Tetapi sekiranya ayat yang diajar diambil dari Al-quran,jangan la tuan-tuan risau,takda satu saka pun yang tuan-tuan akan dapat..so bagi sesiapa yang risau akan dapat saka dari ayat quran yang aku suh amalkan ,jgn risau langsung takda saka untuk tuan..kerana ayat itu bersanda pada ALLAH semata-mata..

Ramai yang aku buang SAKA puncanya dari amalan ayat yg berdasarkan dari mentera,dan ramai juga yang dapat Jin angkara amalkan mentere dari buku or sekarang dari internet..

Hati-hati ok..semua ni sekadar nasihat...

Friday, February 18, 2011

Ilmu Pernafasan

Salah satu cabang ilmu Ghaib adalah ilmu pernafasan..ada banyak Kaedah ilmu pernafasan..

Ilmu pernafasan Qigong,Budi suci,tapa diri,Nasrul Haq, Yoga dan sebagainya...

Aku kupas Ilmu pernafasan ni ok..

Ilmu pernafasan ni didakwa boleh memukul org dari jaarak jauh..sekiranya ada niat zalim,dan juga pada sesiapa yang berniat zalim terhadap pengamal ilmu ni maka orang yang zalim itu akan tercampak...

Mana logiknya Gitu....memang logik,ada ramai yang mendakwa ilmu pernafasan ni menggunakan kekuatan jin untuk mencampak org yang zalim...biasalah orang islam ni,nampak terer sikit,ajaib sikit semuanya Jin n semuanya sesat...manusia langsung tak terel,yang terel semua jin..yang boleh buat keajaiban semuanya jin...SILAP besar tu...Manusia adalah makhluk yang paling Sempurna dan Indah sehinggakan Jin cemburukan kehidupan Manusia..Hatta para Malaikat diperintahkan Sujud Hormat Pada Moyang kita ADAM...masalahnya kenapa?kenapa malaikat yang begitu tinggi dan hampir pada Allah diperintahkan sujud pada Manusia yakni Adam...Bukankah tinggi darjat kita disisi Allah dan Hebatnya kejadian Manusia ni...jadi kenapa kita duk pikir Jin yang hebat, kenapa kita duk perlukan bantuan Jin, n kenapa kita perlu tunduk dan penuhi permintaan jin? dan kenapa sikit2 jin aje yang beri keajaiban pada manusia?

Berbalik kepada Ilmu pernafasan tadi..Hakikatnya bukan dari pertolongan jin..hakikatnya ilmu pernafasan beraura positif,cahaya putih, dan bagi mereka yang mempunyai niat zalim akan mengeluarkan aura negativ dan cahaya syaitan yakni cahaya merah...maka dengan automatiknya si penzalim akan tercampak apabila berdepan dengan pengamal ilmu pernafasan ni...

contoh ilmu pernafasan ini,yang mempunyai gerak jurus...seperti budi suci,tapa diri,qigong, nasrul haq...ilmu ni bagi aku ok..

Tapi ada ilmu pernafasan yang merbahaya...iaitu ilmu yang jenis menarik kuasa alam dan menarik aura2 bewarna..menarik 7 jenis cahaya aura..aura cahaya merah,aura orange,kuning,hijau,biru,indigo,putih...

caranya umpama Yoga duduk bermeditasi dan mula makrifat cahaya2 tersebut masuk kedalam tubuh mengikut 7 pintu cakra......ini tetap ilmu Allah,tapi resikonya besar..

Risikonya.....

Hehhe nak tahu apa risikonya...disebabkan kita bermeditasi menarik aura-aura cahaya masuk kedalam tubuh maka ketika inilah jin2 berlumba-lumba memasuki jasad kita mengikut cakhra yang kita makrifatkan..contohnya kita makrifat aura masuk melalui cakra yang terletak dijantung,maka sang Kelembai pun sama-sama masuk bersama aura yang kita tarik...

Bagi mereka yang mempunyai pendiding seperti pendidng ayat Quran,pendinding Lam dan sebagainya,Jin-jin ini tetap dapat masuk...nak tahu kenapa?

Sobab eh,ketika kita menyedut cahaya aura tadi masuk,secara automatinya kita buka semua pendiding tubuh kita...sobab tu la aku nasihatkan jangan amalkan ilmu meditasi ni,kecuali kita dah tahu kehadiran Jin didalam badan,dan kita tahu bagaimana nak keluarkanya....

Dan ilmu pernafasan ni mempunyai 2 pantang...kalu langgar 2 pantang ni,hilangla kehebatanya...

Pantanya 1-Tak yakin dan yang ke2..kita Putus Nafas,yakni matiiiiiii..maka hilanglah kehebatan ilmu ni..berbanding dengan ilmu yang menggunakan ayat Quran...ilmu yang menggunakan Hafalan ayat..akan membawa sehingga ke mati..buktinya surah al mulk..

ni kisahnya...para sahabat terdengar Roh mengaji..
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Adakalanya kita dapat mendengar roh merintih meminta tolong,adakalanya kita mendengar Roh yang beriman mengaji...rezki masing2 dapat dengar yang mana...

Berbalik pada ilmu pernafasan tadi..ilmu ni hanya untuk didunia sahaja,,dan tiada kehebatanya setelah mati....

sebenarnya di dalam Al quran telah merangkumi semua ilmu,termasukla ilmu pernafasan...sebab tu adakalanya zikir dan ayat Quran yang kita amalkan dapat mengelak dari diserang..contoh ilmu pernafasan didalam Al Quran adalah permulaan membaca..iaitu mempelajari makraj atau sebutan huruf..contohnya huruf to..sebutan to yang sebetulnya perlu di hembuskan angin dari mulut dan kedudukan lidah kehadapan dibawah gigi atas...huruf ho pulak dari saluran tekak, huruf ha pulak hembusan angin dari tekak..maka bagi sesiap yang mampu scan..cukup mempelajari basic al quran ni,maka cahaya mula mengelilingi badan...AJAIB kan..

Maka bagi sesiapa yang membaca Alquran dengan sebutan yang betul dan jelas secara automatiknya menguasai ilmu pernafasan yang tinggi..

Subhanallah,Maha Suci Allah...

Pusat Rawatan Ruhaniah (kesan memakai tangkal)


budak pompuan tu pelajar dan memakai tangkal tanpa pengetahuan ayahnya...makhluk didalam tubuhnya membaca mantera dalam bahasa yang tidak difahami...apabila mantera dibaca hampir 50 ekor Jin datang membantu BOSnya yang sedang dalam kesusahan...
Setelah beberapa perawat gagal merawat budak ni barulah ayahnya membawa ke pusat rawatan Ruhaniah...ada 3 makhluk yang menjaga dan duduk didalam badan pelajar ni..setelah dipindahkan kedalam tubuh salah seorang perawat, barulah keadaan pelajar tersebut normal kembali...
Rupa-rupanya pelajar2 disekolah tu ramai yg memakai tangkal...dan ramai histeria akibat perbuatan mereka sendiri..so guru besar sekolah meminta pertolongan ahli Ruhaniah bagi menyelesaikan kes histeria beramai-ramai..nanti aku uploadkan surat penghargaan dari sekolah terhadap ahli Ruhaniah..InsyAllah

Kaedah Pengubatan Di Negara Arab

Monday, February 14, 2011

JIN Kafir LAKHNAT


Ini ada 1 kisah menarik ..saja aku bagi tajuk Jin lakhnat..setan punya Jin kafir..bagi sesapa yang takut ngn jin, or seram ngn jin, or tunduk ngn jin..korang renung2 la cerita aku ni...

Ada 1 family datang berjumpa aku, entah sapa yang rekemen dia jumpa aku entah...lantaklah la ai,aku pun tak pernah tahu..keluarga ni semua keluarga orang alim,kuat agama,taat perintah Allah..yang isteri berjilbab..yang lelaki mengamalkan sunnah...adiknya Guru Tahfiz...

Cerito ni panjang...den malas botol nak menulis ni, tapi takpolah..bagi tujuan renunagn dan manfaat sesama islam den toruskan jugak walaupun jari2 den sakit semula..

Al kisah..ceritanya bermula sebelum mereka kahwin..skrang dah 4-5 anak..kes yang tak pernah2 settle walaupun telah bertapa di gunung Jerai (heheh lawok ajo tu )

Setiap malam si isteri akan dirogol oleh Jin Lakhnat ni...kalu tido mengiring dia akan masukkan ikut jalan belakang ( sebenarnya ini bukanlah kes pertama aku jumpa isteri orang kena rogol ngn jin,banyak kali dah)..Hampir setiap malam dia akan kena rogol..dan kadang2 dia mimpi di susukan anak dia yang hitam mcm hantu, kadang2 dia nampak budak2 kecik datang pada dia dgn rambut panjang mengurai dtg mcm anak dtg kat mak...kesiannnn pompuan ni..

Jadi suami dia ni dapat satu risalah,iklanla ni,sorang ustazah yang pandai berubat..boleh berkomunikasi dgn bangsa jin..so di jadikan cerita mereka pun pg jumpa ustazah ni...

lantas si ustazah berkomunikasi secara batin dgn Jin Lakhnat...memujuk jangan menganggu keluarga ni lagi, jangn la rogol pompuan ni lagi...tapi si anjing Jin ni bg syarat. bukan nak kkan darah, or semelih kambing , or pulut kuning (sesapa yang dah buat benda ni semua atas kehendak jin aku mintak korang bertaubatla,ini dah kes syirik,aku pernah jumpa sorang mamat yang bangga dengan keris nya..keris dia boleh terapungkan dia dari tanah...nak tau apa dia bagi, dia semelih merpati putih...tujuan buat korban,ddaging merpati dia makan..BANGANG nak mampos..itu syirik besar..KORBAN hanya untuk ALLAH..si BANGANG ni pg korban untuk Jin..orang ISLAM pulak tu, pg tunduk ngn Jin buat apa )

Jadi bersambung balik dgn kisah Jin Lakhnat ni..syaratnya adalah kena Khatam Al quran 11 kali, or pg Haji 3 kali ,or apatah..aku pun lupa...

so si ustazah ni dgn bersungguh-sungguh suruh tunaikan salah satu..terlalu berat lah si syarat JIN lakhnat ni...MUNGKIN GAGAH PERKASA JIN NI...

Maka disebabkan si pesakit ni mengandung 7bulan,ustzah tu suruh bersabar kerana ketika keadaan ni,tak boleh nak ubatkan,cuma kena bagi minum air je ..air yang di baca Yasssin 99kali..so setiap kali bagi je pesakit ni minum,Jin Lakhnat ni yg duk dlm badan pompuan ni akan meronta-ronta..histeria...tapi berita baiknya Jin tetap ada lagi...

Maka semua kisah ni dikabarkan pada aku..berdenyut-denyutlah darah aku ni..membuak-buak kemarahan aku...otak aku pun berpusing...
satu yang aku marah sebab sedap2 je dia main ngn bini orang setiap malam
2 nya--aku marah ngn ustazah sengal tu..apa punya bangang..apa nak buang sekor Jin kena khatam 11 kali quran ke..bahlul...

Al quran tu diturunkan utk 7petala langit dan 7 petala bumi,palnet -planet, isi alam...sial punya Jin,bodoh punya ustazah..kalu kita turutkan Jin tu punya syarat kena baca 11kali khatam kan ke tiggi darjat Jin tu...dan tak semena-mena kita merendahkan Alquran serendah-rendahnya...ini yg buat aku marah....

Terus aku jadi marah..aku cakap kat bapak pesakit tu(masa tu pesakit belum dtg,bapak dia je dtg) bawak anak abang jumpa saya (yang kena rogol tu la) ,bukan 11 kali khatam,1 ayat quran pun sy taknak guna,sy nak hina Jin kafir lakhnat ni abis2an...jangan kata 11kali khatam..hatta Bismillah pun Jin ni tak mampu tanggung tegas aku..ustazah tu pulak suruh dia luncut gelran ustazah tu..sia2...buat malu nama ustazah

Aku nak tibai Jin ni cukup2 cakap aku,,,aku taknak pakai ayat Allah,aku nak lipat dia cukup2,sebab bagi aku,ayat Allah tinggi tak terkata hebatnya..sebenarnya mmg aku selalu ngubat pakat ayat...dapat pahala serta meniggikan darjat dan tunaikan hak Alquran..kerana menurut ulamak Hak alquran tu ...sekurang-kurangnya satu hari kita kena baca 100 ayat.....Guru tahfiz yang datang mlm tu pun mengangguk-nganguk..dia ckp sebab tu la dia cari ustaz lain,dia kata takkan la nak baca alquran semata-mata kerana jin...11kali pulak tu...bila aku dgr guru tahfiz bercakap aku pun tunduk dah rendahkan suara sikit..ye la ..ni dah pasti Ahli Syurga..seluruh ISI al quran dalam hatinya..boleh pilih 10orang masuk ke dalam syurga lagi...setinggi-tinggi drjat manusia ni...Tahfiz..hanya yang Allah pilih je dapat jadi Tahfiz ni...

aku cakap lagi bawak je pesakit tu nanti..kalu dia histeria depan aku, mmg dia mendapat la pukulan maut Gaban Malam tu...

So hari yang ditunggu pun tiba...ayah pesakit datang dengan seluruh keluarganya....

Jasbah Perang aku pun naik..siap ko Jin Lakhnat...aku pun mula scan..risik-risik dalam badan setiap orang...mak aiiii..banyaknya Jin kat diorang ni..cakap sekor je..ni dah kira berpuak-puak ni...satu clan yag turun...takpa...aku nak cari king dia kejap..king yang bertanggung jawab terhadap semua ni..mano ko ye..mano kau yang nak 11kali khatam tu..bedebah betul....cari punya cari..haaaa....ni kau......

SAKA 7 keturunan

Ramai yang berjumpa aku Tak tahu langsung yang dia ada SAKA...

Selalunya bila aku cakap dia ada SAKA dia duk ccakap tak pernah terima SAKA la, tak setuju la. tak tahu la. takda tanda SAKA pun la..Dah buang la (tapi aku tgk ado jo lagi) ni mesti kes Rawatan jarak jauh ni hehehe, Takda sakit apa pun la (saka memangla tak menyakitkan,dia menjagO tuan badan )..

Tanda-tanda yang mudah utk mengetahui SAKA adalah

1- MIMPI budak
tak kisahlah menyusukan budak ke,mandi ke,main2 ngn budak ke..

2- Panas Baran

3- Malas Solat

4- Sapa-sapa yang menyakitkan hati dia akan kena tulahan (macam kes daulat la ni)

5- Berdebar bila jumpa perawat islam or bercakap ngn perawat

6- Paling mudah tgk atok2 or mak ayah kita meninggal mcvm mana, susah ke senang,kalu susah umur smpai 70-90 thn terbaring je tak pergi2 itu tanda semua anak cucu dia dah ada la tu

So pepandai la renung2 diri sendiri sapa2 yang ada SAKA ni...oh lupa bagi pengamal2 ilmu pernafasan seperti duduk tafakur sambil menyedut kuasa alam la,kuasa air la,tarik aura la..copek2 buang dan bertaubat..banyak jin berjaya korang sedut masuk badan tu...ilmu ini juga bahaya bagi yang tak tahu kehadiran jin didalam tubuh

Ada 1 kisah..seorang imam masjid, setiap hari menjadi imam dan ajar budak mengaji..kalu dah jadi imam tu korang tahu je la kan dia punya ilmu SYARIAt ni mcm mana, mesti la tinggi..fekahnya,tauhidnya,hukumnya tajwidnya semuanya mantap insyAllah...tapi malangnya dia ada keluarkan statement kat keluarga dia lebih kurang gini...jangan kau usik saka-saka tu,kang dia megamuk susah....
Akhirnya mati dia dlm keadaan yang menyedihkan..mata terbuntang..mulut terngangaa...nauzubillah..minta kita dijauhkan...

Bulan Pertama

Alhamdulillah..

Bulan pertama pusat rawatan ruhaniah berjalan lancar...

Rekod kedatangan pesakit seramai hampir 400 orang pesakit, belum termasuk pesakit yang membawa seluruh keluarga bagi tujuan membuang SAKA....
Related Posts with Thumbnails