Friday, February 25, 2011

Mantera

Ada email masuk berkenaan mantera,rasanya kali ke berapa entah orang tanya aku pasal mantera ni..aku terangkan sikit apa yang aku tahu dari pengetahuan ku yang sedikit..

Mantera adakalanya menggunakan perkataan berkat laillahaillahmuhammadrasulah...di akhir kata..adakalanya ucapan bismillah dipermulaan dan di ikuti dengan bacaan mantera..contohnya

1) Bismillah
Makni namanya engkau nurmani terlalu limpah insan didalam insan....berkat laillahaillahmuhammadrasulah

2) ataupun
bismillah..
kuci manik,kuci manik,bulan terang tengah malam...berkat...

3) ataupun
BISMILLAH...
KUN KATA ALLAH
PAYAKUN KATA MUHAMMAD
ROBBIKUN KATA MALAIKAT JIBRIL
HAK HU KATA ALLAH
DENGAN BERKAT KEMULIANYA KALIMAH
LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD ROSULUllah

4) or

Di Langit ats..

Nenek Asal Guru Yang Mula

Nenek Tersenang Di Tanah Suci

Guru Tersandar Di Tiang Dua

Di Kubur Keramat

perhatikan setiap mentera diatas...

Ada diantara mantera diatas melibatkan khadam atau jin2 pendamping...
Ada juga diantara mantera diatas langsung tidak melibatkan Jin..ini dinamakan ilmu ASAL USUL...

Ilmu ASAL USUL ni aku baru belajar dalam 1-2 tahun ni..dulu aku ingatkan bahawa semua ayat yang bukan ayat Quran pasti melibatkan Jin..tetapi setelah aku belajar ilmu asal usul barula aku sedar ilmu ALLAH MAHA luas...

tetapi bagi mereka yang tidak mempelajari ilmu ASAL USUL + ilmu HAKIKAT (kerana ilmu asal usul ni berkait rapat dgn jalan Hakikat) aku nasihatkan jangan mengamalkan sebarang mantera...

Ini kerana walaupun sesuatu mantere itu tidak melibatkan JIN or Khadam.sekiranya mereka yang tidak mengetahui ilmu asal usul,pasti JIN akan datang berdamping dengan nya...apatah lagi mantera yang melibatkan Jin..

Tetapi sekiranya ayat yang diajar diambil dari Al-quran,jangan la tuan-tuan risau,takda satu saka pun yang tuan-tuan akan dapat..so bagi sesiapa yang risau akan dapat saka dari ayat quran yang aku suh amalkan ,jgn risau langsung takda saka untuk tuan..kerana ayat itu bersanda pada ALLAH semata-mata..

Ramai yang aku buang SAKA puncanya dari amalan ayat yg berdasarkan dari mentera,dan ramai juga yang dapat Jin angkara amalkan mentere dari buku or sekarang dari internet..

Hati-hati ok..semua ni sekadar nasihat...

1 comment:

Muhamad Rais Bin Abd Halim said...

Assalamulaikum,

Nak tanya nih.. Kalau banyak2 kat atas tu mungkin Sedara boleh bagitau no. berapa yang ada pendamping dan no berapa tak..?

Related Posts with Thumbnails