Monday, February 28, 2011

Pintu Rezki 4 Penjuru 2 (untuk Kedai)


Ni sambungan bagi Pintu Rezki 4 Penjuru

InsyAllah...

Bagi mereka yang mengamalkan amalan Pintu Rezki 4 penjuru ,amalan ini khas bagi mereka yang berniaga, tak kira jenis perniagaan apa,asalkan ada kedai or pejabat

1-Solat Hajat 2 or 4 rakaat pada setiap malam selama 40 hari

2-Istiqomah wiridkan ayat seribu Dinar( wamayattakillah....) 40 kali sejurus selepas solat hajat

3-Masukkan Doa Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Ya Karim..aku bermohon bukalah pintu rezki ku dari pelbagai penjuru..


Amalan di atas dibuat setiap hari

Bagi mereka yang mempunyai kedai makan dan sebagainya, cari gambar Kaabah dan gantung di tempat yang mudah dilihat orang..

Kemudian setiap kali masuk kedalam kedai terus pandang ke gambar tersebut dan amalannya seperti ini

1-Hadiahkan fatihah dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W
2-Hadiahkan fatihah kepada para-para Wali Allah serta guru-guru
3-Selawat nabi 11 kali
4-DOa
" Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Karim...aku bermohon,sebagaimana terbukanya hati orang mukmin berkunjung kerumahmu,begitula juga aku bermohon ko bukakan hati orang mukmin datang berkunjung ke kedaiku "

1 comment:

Zafir said...

yg ni sy boleh amal kan tok?

Related Posts with Thumbnails