Sunday, January 31, 2016

Mohonlah Pertolongan Daripada Allah.... Jaga Allah....



Tajuk yang harus den nak syer untuk tatapan dan kongsi-kongsi bersama.................

Bukan apo.... kadang-kadang den rasa terkesima dengan kenyataan yang dicakapkan oleh pesakit mahupun keluarga ehh.... sodih plak bilo mano den konangkan.... mano tidak eh, solat xjago, abih tu,, kalau kito ni xjaga Allah mcm mano Allah nak jago kito,,,,,

den syer skit la,



Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ  beliau berkata:
“Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: “Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
  • Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
  • Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
  • Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.


Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

“Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.”

Surah Al-Ghafir, ayat ke 60,Dan Allah berfirman, 

“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”

den berpesan kepada semuo dan diri den yang hina nie jugak.... ingat firman Allah dalam Surah al Dzariyat ayat 56 “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu.” 

tengok balik dan kaji balik apo tujuan Allah turunkan surah al dzariyat 56, tujuan eh cumo satu, manusio nie diberi peluang tuk hidup kat bumi Allah ni bukan tuk makan minum, rilex, tido dan lain2, tp satu je tujuan eh,,, matlamat eh iaitu menyembah Allah, tuhan yang Maha Esa...

sonang cakap, kito nie jauhkan la diri dari semua yang bertentangan dan dimurkai Allah (amar ma'ruf nahi munkar, dan jangan la kito beribadah selain ALLAH.


ittaqullah !!!





No comments:

Related Posts with Thumbnails