Sunday, December 4, 2011

Minyak Pengasih

Salam Muharram...

Tajuk yang ditunggu -tunggu..

Apa tu minyak pengasih...

Boleh ke guna minyak pengasih ni?

Dalam pengetahuan ilmu aku, miyak pengasih terbahagi dari 3 kategori

1- Minyak yang diisikan dengan Nur ayat-ayat quran
2- Minyak yang diisi dengan puteri Bunian ( selalunya islam )
3- Minyak Pengasih Syaitan ( ilmu hitam )

Bagi yang meggunakan minyak yang diisi secara doa takda masalah..pakailah, apa nak buat, doa ngn Allah malas, paling shortcut suh ustaz2 doakan..

Minyak no 2 dan no 3 ada masalah..

Yang no 2 ni kaedah dia lebih pada memberi kadam kepada minyak tu..

Jadi sesapa yang akad setuju mengambil minyak tu, otomatik la dapat 'saka'...

maka si kadam minyak akan membuat keje, membuat si wanita2 jelita jatuh cinta pada si pemakai minyak...salah ke betul kaedah ni ? tepuk dada tanya iman...

yag pasti, selalunya minyak yang jenis kadam, apabila di calit pada perempuan yag dituju, ataupun tenung mata wanita yang diinginkan, si kadam akan memasukkan geng2 dia kedalam tubuh wanita itu , bagi tujuan menghasut wanita itu dari dalam tubuh wanita itu sendiri...so sebenarnya bukanla wanita tu yang syok kat pemakai , tetapi si bunian dalam badan tu yang punya angkara...

Minyak no 3 ..terus jatuh syirik...selalunya menggunakan jin2 kafir or kalau jenis minyak dagu pakai semangat orang mati..

sapa yang mengamalkan minyak syaitan ni WAJIB bertaubat...sapa yang kawin dengan perempuan menggunakan minyak syaitan ni, jatuh HUKUM HARAM...ingat, niat yang baik tidak menghalalkan cara...

bayangkan, perempuan yang jatuh cinta kepada pemkai minyak pengasih,bukanla dia rela ,tapi dipukau...didalam badan mereka penuh jin2 minyak or semangat org mati kesan dari terkene sihir minyak...ini juga jatuh kepada HUKUM SIHIR...

Apakah kesannya kepada keluarga....bayangkan anda bersetubuh dengan isteri anda, dan didalam badan isteri anda penuh dengan jin2 pengasih or semangat orang mati...anda berasa nikmat, yang didalam tubuh anda dan isteri anda turut berasa nikmat...

Jadi ,sesiapa yang terbaca ,dan menggunakan minyak syaitan ni or yang bersangkut paut dengan khadam, wajibla bertaubat nasuha...dan lupakan la niat kita nak perempuan cantik, tapi memakai minyak syiatan or yang berkhadam...

adakalanya tok kiyai ni sesuka je cakap minyak ni pakai ayat quran, padahal kiyai tu pun tak tau, badan dia penuh bersarang jin2 ilmu dia..

paling mudah , mohon pada Allah..mintak pada Allah, AlLah kan bersifat ar rahman ,ar rahim pada hambanya...

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

4 comments:

azam said...

Dashyat2 thanks sifu info pasal minyak pengasih ni..ada bacaan n amalan jgk ke untuk ni ? :)

Anonymous said...

salam..lamo tak komen...ruponyo ado cito baghu laei yo... :) tq

Anonymous said...

salam.

bila nak sambung tulisan tuan? tak sabar nak kutip pengalaman orang..... sedekah sikit2 ilmu allah pada hamba yang kosong ni.

tq.

panglima kuning said...

Slm tuan.. Sy dr dulu sgt minat bljr ilmu... Malah sudah berguru banyak... Adakah badan sy ada jin yg tak bagus... Dan satu sy ada dibagi ilmu seru 4panglima.. Salah satu dr nama panglima itu adalah panglima hitam..pernah sy cuba untk seru ttpi hanya sekali saja dan ianya gagal atas sbb2 tertentu.. Apakh panglima hitam sahabat tuan tu sm dgn yg sy seru...

Related Posts with Thumbnails