Sunday, October 16, 2011

Puntianak

Mcm best je tajuk ni kan......

Mcm mengerikan puntianak ni...

Tempat kesukaan dia....ntahhhh...dia ni suka merayau2....selalu kalu anjing mengilai tu nampak dia la...serem siut...meh aku cerita pengalaman aku pasal puntianak ni...

long time go...aku langsung blur pasal ilmu ghaib,rawatan,batin,jurus n semua la....aku lepak umah membe aku....adik akupun dtg sekali umah membe aku

Adik aku ada belaja ilmu gerak kilat...power ilmu ni...so dia ni berkawan ngn panglima hitam...dia boleh besembang2 ngn tok itam ( bukan tok itam geng aku tau ,cuma gelaran je sama ) ..so masa dia lepak kat situ tok itam dia dtg sbbb byk anjing menyalak...ada signal bahaya la kan...

Aku masa tu dah kecut perut....
.
Tok itam datang ngn anak buah dia, gelaran dia tak silap pendekar 3 beradik.....

Dia ckp tempat ni keras..laluan puntianak....puntianak ni bukan sebarangan..selalu selak tingkap n langsir umah orang...dia suka ganggu umah2 org...

Bedegup kencang jantung aku...aduhhhh , semua kat situ da mula meremang2 ..aku bedegup laju...masing2 perhati n focus mata kat tingkap..

So tok itam kata dia nak tolong tangkap puntianak ni...

Maka begerakla tok itam ngn pendekar 3 beradik memburu puntianak yg suka mengacau tu..

Selang sejam tok itam dtg balik...dia ckp dia dah ikat puntianak tu kat penjuru pokok sana...tapi tak tahu la berapa lama puntianak ni boelh lepaskan diri...

Begitula kisah silam aku...

Itu dulu...long time ago...

Sekarang syarat pertama murid aku yang nak berdepan dengan makhluk alam ghaib mestilah belajar tangkap puntianak....

Ngeri kan...kesian cik pon ni, jadi mangsa latihan budak2 aku...ada sekali tu tgh berdiskusi ilmu, puntianak lalu depan rumah sambil mengilai...aku pun suruh depa2 ni tangkap...semua org dgr puntianak tu mengilai...yg takda ilmu pun dengar, itu tandAya puntianak tu agak tinggi ilmunya.....lepas kene tangkap kitorang main2kan dia,tanya apasal ko lalu sini la...apasal menilai...dia kata ada org hantar nak uji ilmu...aku pun lepaskan n cakap kalu nak uji antar la puntianak baju hitam,power sikit,ko baru baju putih lagi,belum cukp kene puja.....Puntianak ni kurang ckp,ngilai je pandainya...ckp apa pun sambil mengilai

Ada seorang murid aku dari Jambi,guru sekolah pondok....First ujian dia kene tangkap puntianak masukkan dlm botol....berpeluh2 dia masa puntianak tu smpai....malangnya dia first time tangkap terus nampak muka puntianak tu...so bepeluh-peluh la dan terketar2 tangan dia nak sumbat puntianak tu dlm botol...malangnya tangan dia telepas....lepas tu dia tak nak tangkap dah...

Guru pondok ni nak belajar sebab kat jambi ramai org kampung dia mintak air tawar sbb dia guru pondok....

Ada jugak puntianak - puntianak tu dtg marah aku sbbb jadikan dia mangsa ujian

Kisahnya ada 3 murid, masa tu ujian tangkap gunakan jurus...

So aku pun arahkan diorang tangkap puntianak kat simpang jalan tu..suka gangggu org aku ckp...

Aku pun tak tau, dari yg 3 org tu ntah sapa tertarik puntianak yg kuat....sedankan aku dah ckp lepas tangkap kene buang jauh2 , kalu tak nanti dia dtg rumah masing2.....

Masa tu aku tgk je, langsng tak masuk campur...

Ntah mcm maana aku balik rumah, aku yg jadi magsa kene marah kat puntianak tu..haram jadah betul la budak2 ni, ni adalah yg buang dekat2 je ni...
Masa aku balik nak mandi, aku pusing ke belakang nak masuk bilik air salah satu puntianak tu menjelma depan aku....

Terperanjat beruk la aku...gila korang..dengan rambut rebonding dia, baju kurung penganti labuh ...mata merah tersembul marah jeglkan mata tgk aku....

Aduhhhh.....terus aku tanpa dirancang dgn tindakan riflek terus ketuk kepala dia..toiii...masuk ke dalam tanah.....
Puhhhh...legaaaaa

Masa aku belajar dulu lagi nakal...main2 tangkap puntinak then lepas tangkap bukannya kitorang buang...kitorang ikatkan kat rumah org...aduh kesian bekas2 bos aku dulu...aduh tu la sapa suruh tengking2 aku, tak pasal2 tiang umah ko aku ikatkan dgn puntianak...

Tapi tu dulu, masa muda ....skrang aku tak bgurau mcm tu lagi dah...sekarang aku n the team tolong buangkan puntianak dlm umah orang,
Pagarkan rumah n sbagainya la...

Ada lagi sebenarnya pengalaman aku ngn puntianak ni..tapi tu la, dah letih tangan...


Geng- geng semua aku ada hajat...

Aku sebenarnya berhajat nak pg Haji musim ni, tapi Visa tak dapat lagi...geng2 semua tolomg la Doa kan aku ye, supaya Allah pilih aku jadi tetamuNya tahun ni yeee...

Kalu aku dapat pg Haji, baliknya dari Haji n selepas istikharah kat sana dan Allah bagi petunjuk bagi izin...aku akan coretkan pengalaman aku yg bisa menggemparkan dunia....tapi semuanya bergantung pada izin Allah dari petunjuknya...

Kalu tanpa izinya , aku pendamkan je la kisah tu....geng2 semua dengan tulus hati aku minta tolong la doa kan aku supaya di pilih Allah
yaaaaaa

Aku pun dengan rendah Diri Mohon ampun dan Maaf sekiranya coretan aku dlm blog ni mengandungi unsur2 berlagak...meninggi diri or menyentuh hati ilmuan-ilmuan di luar sana...aku takda niat, cuma niat masukkan pengalaman supaya murid n geng2 sekalian dapat manfaat dari pengalaman aku dgn alam ghaib...

                        Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. membenci tiga macam orang tetapi benciNya kepada tiga orang dari mereka lebih berat iaitu:

Membenci orang fasiq tetapi lebih benci kepada orang tua yang fasiq

Orang yang kikir (kedekut) tetapi lebih benci terhadap orang kaya yang kikir

Membenci orang yang sombong tetapi lebih benci kepada orang miskin yang sombong

Dan Allah s.w.t. cinta kepada tiga macam orang dan kepada yang tiga dari mereka lebih cinta iaitu:

Allah s.w.t. kasih kepada orang yang bertaqwa dan kepada pemuda yang taqwa lebih kasih

Allah s.w.t. kasih kepada orang miskin yang loman lebih cinta

Allah s.w.t. kasih kepada orang yang tawadhuk (merendahkan diri) dan kepada orang kaya yang tawadhuk lebih kasih

                        Habib bin Ali Tsabit dari Yahya bin Ju'lah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga siapa yang didalam hatinya ada seberat zarrah dari kesombongan. Seorang bertanya: "Ya Rasulullah, saya senang jika pakaianku bersih, juga kasut dan tali pecutku, apakah itu termasuk sombong?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah s.w.t. itu indah dan suka kepada keindahan dan suka bila memberi nikmat kepada hambaNya supaya tampak bekas nikmat itu pada hambaNya dan Allah s.w.t. membenci kemelaratan dan berlagak melarat tetapi sombong itu ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang."

                        Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat menjahit kasutnya dan menampak bajunya dan sujud wajahnya ditanah kerana Allah s.w.t., maka telah bebas dari sombong."

                        Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang dapat memakai baju bulu (shuf) dan memakai kasut yang dibetulkan dan mengenderai himar dan memerahkan kambingnya dan makan bersama anak keluarganya dan duduk bersama orang miskin, maka Allah s.w.t. telah menghapuskan dari jiwanya sifat sombong."


Semoga aku tidak tergolong dlm sifat2 yang dibenci ni...amin

11 comments:

justme said...

menarik sungguh cerita ni.. terima kasih kerana sudi kongsikan.. sy doa kn semoga tuan guru dapat menunaikan haji pada tahun ni.. amin ya rabbal alamin.. nanti jgn lupa update status ya .. tq

P.R.Ruhaniah said...

tq,terima kasih doakan

razak said...

Slm ustaz....smoga dpt ketanah suci tahun nie...aminnnn

Anonymous said...

Insyaallah tok said...

Doa saya bersama kamu...

Anonymous said...

saya doakan tuan dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini. InsyaAllah.

Zaiton Idris

Anonymous said...

Saya doakan hasrat tok said untuk mengerjakan haji & menziarahi tanah haram diperkenankan Allah...

albab said...

Ya Allah Ya Tuhan kami, terimalah doa kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Allah Tuhan sekalian alam, Wahai Sebaik-Baik Penolong, sesungguhnya kami bermohon agar sahabat kami Tok Said dapat mengerjakan ibadah haji dan umarah dan bermusafir ke Mekah dan Madinah Al-Munawarah. Maka kami memohon dan merendah diri padaMu Ya Allah dan kami pohon padaMu Ya Allah agar musafir mereka dalam kebaikan dan takwa serta amalan-amalan yang mendapat keredhaanMu.

P.R.Ruhaniah said...

tq semua,visa masih belum keluar,so belum ada jawapan lagi,tarikh haji makin dekat..hatti dah tak keruan

Anonymous said...

..terkadang apa yg dijangka tak seperti yg disangka...semoga ada khabar baik utk tok said yea....

Anonymous said...

Salam tok said. Saya pernah makrifat ikat semangat org kat sebuah kuil sbb ganggu isteri saya. Niat saya semoga Allah bg pengajaran jgn kacau bini org.

Malam esok bini saya mimpi ikut dia kt tmpat ramai org india dan dia jd rimas...

Lepas tu..mamat ni langsung dh x kacau bini saya, kalau dia nampak bini saya, dia dh cabut dulu dah...

Masalahnya...salah ke perbuatan saya ni?

Siti Norhajah Hashim Hashim said...

Cerita menarik, sya tk thu la nak kta pontianak ke apa, tapi pernah jumpa dia pakai baju putih rmbut putih lurus..duduk dekat saya. Malas nk lyan dia sya smbng tidur je..bila tgok dh tk ada yg dgr bunyi hilaian panjang...hihihiiiiiiiii,,hihihiiiiiiiiii....then pernah jupe dia tarik2 sya jatuh katil...tunjuk muka dia yg cantik tu...pernah mimpi dekat dgn umah nenek saudara pontianak bnyk sgt atas pokok.cuma macam2 kaler...merah, putih hitam...

Related Posts with Thumbnails