Friday, April 22, 2011

Berdepan Jin Ifrit 2

ini Bangsa Ifrit..uhhhhh

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dgn penuh kehinaan”

Bangsa jin ni bersongkol dengan iblis, sentiasa menggangu anak adam membantu syaitan...
Ifrit bukanla Jin yang boleh ditundukkan oleh tok-tok dukun or bomoh bagi mengenakan manusia, tapi misi Ifrit adalah bersama Iblis dan dajal, merosakkan anak-anak adam...pandangan mereka lebih jauh lagi, kekuatan mereka beratus kali ganda berbanding jin-jin yang lain...

Sesak dada aku ketika ini...mungkin ini bangsa Ifrit yang lemah berbanding yang berani menggangu Nabi SAW...inipun dah boleh membuatkan aku sesak nafas..dan si ifrit ini mampu duduk didalam badan seorang maulana....

Bagi mereka yang mampu scan..Ifrit boleh menganggu scan kita dengan sesenangnya,Ifrit boleh membuat gambaran dilayaran kita tentang bermacam-macam..dia boleh mencipta gambaran syurga, mencipta gambaran neraka, mencipta gambaran Rasullalalh dan bermacam-macam cara...hidup mereka telah ribuan tahun, hampir semua ilmu manusia biasa ada didalam koceknya...

Bermula dari kejadian ini la aku diganggu dengan bangsa Ifrit seterusnya..inila permulaan kisah aku bersama Ifrit....

Berbalik kisah maulana tadi...disebabkan ramai yang ada disekitar aku ketika itu yang ingin melihat bagaimana ifrit ini dibuang,maka aku pun suruh salah seorang dari muridku bersedia bagi memindahkan Ifrit ini dari tubuh maulana dan sarung ketubuhnya..(kaedah ini kena belajar selama beberapa bulan dahulu barulah apa saja yg disarung ketubuh boleh berkomunikasi,ini dipanggil kaedah resap,kaedah ini berbeza seperti org yang histeria,histeria jin memasuki tubuh,manakala resap kita sarungkan jin pada tubuh kita,umpama kita memakai baju) maka apabila disarung saja secara automatik kita boleh berkomunikasi dengan Ifrit ini...

Apabila dipindahkan saja si Ifrit ketubuh muridku,dia terus menjerit sekuat-kuat hati...

maka aku pun bertanya kepada si ifrit...

siapa yang hantar ko ?

aaazzzaaazilllll...menggeletar suara ifrit menjawab soalan aku...inilah kali pertama aku bertanya pada jin sapa yang hantar dan jawapannya terus kepada nama si ketua laknat Iblis

apa yang ko diperintahkan?

aku diperintahkan mengganguu budak ni, jangan smpai tamat pelajaranya..kerana dia bakal menyyusahkan kerja-kerja kami...

3-4 orang murid2 ku tiba2 naik sheikh...terus menyerang si ifrit yang didepan mereka..menggunakan senjata-senjata ghaib dan bacaan-bacaan al-quran..

dalam masa yang sama , maulana tadi terus sihat tubuhnya, lehernya yang keras tidak boleh menoleh kanan dan kiri sudah sembuh sepenuhnya...

tapi kelihatan muka maulana kerunsingan kerana ini kali pertama dia berdepan dengan situasi begini

dalam masa anak-anak murid ku menyerang si ifrit, maulana pula dengan keras membaca surah al-jin dengan lancarnya...dari mula hingga awal...terkedu aku melihat kefasihan bacaaan maulana...

ketika kejadian itu aku cuma memerhatikan aje situasi yang berlaku ..ingin melihat apa yang bakal berlaku pada si Ifrit..

serangan dari beberapa orang murid,dan juga bacaan jkeras surah jin dari maulana...

tapi si ifrit laknat..tergelak berdekah-dekah......

hah hah ahha..hahhhahahahha..mari kamu semua...bergabung serang aku...Kau yang hebat, kau yang paling pandai, kau yang gagah , kau yang paling tinggi ilmunya....mari semua serang aku serentak...hahahhah....dalam diam si ifrit memujimuji kami semua disitu bagi menimbulkan sifat tinggi diri, riak dan angkuh...cepat2 kami beristifar...

hahhaha...dia terus gelak terdekah-dekah...mana keyakinan kamu kepada tuhanmu...mana keyakiinan kamu pada ayat-ayat tuhan mu...kamu semua tidak yakin pada tuhan mu, kamu tidak taat pada tuhan mu, maka hari ini tuhanmu tidak akan menolong kamu....mari semua...semua...semua terus bergabung menyerang aku...

maka aku perhatikan riak muka muridku satu persatu..HILANG keyakinan mereka untuk menyerang lagi..tidak ada kesan langsung pada si Ifrit walaupun dengan serangan gabungan mcm tu jin sihir lain dah meletup jasadnya...

maulana terus terkumat - kamit membaca surah-surah dari al-quran...

aku diam memerhatikan mereka dari suatu sudut...

hai..murid-muridku ni pun satu...aku belum keluarkan perintah serang, diorang bantai serang buat apa...dah aku jangka akan jadi mcm ni..ini bukan sebarangan musuh..masa aku pegang kepalanya tadi pun dah aku agak takkan semudah itu nak menyerang si ifrit..

keadaan menjadi agak tegang...murid-murid ku dah mula hilang keyakinan..serangan demi serangan hanya di sambut dengan gelak berdekah-dekah....

Sambila ketawa berdekah dekah si ifrit pun berkata-kata..

Selagi perempuan tidak kau pandang seperti batang kayu, selagi dinar kau tidak pandang seperti pasir..selagi itulah aku dan rakan-rakan ku boleh berjalan kedalam setiap tubuhmu...

kamu semua mengaku taat pada tuhanmu..tapi dalam diam kamu ingkar suruhannya, aku adalah orang yang paling taat pada TUAN ku..aku mengikut apa saja perintah TUAN ku, aku yakin pada TUAN ku,...kamu semua masih tidak YAKIN pada Tuhan Mu..maka marilah ikut aku..ikutlah aku bersama TUAN ku..hahhahhaha

Maka aku pun memperkemaskan langkahku...murid-murid ku berganjak ketepi..
BErani kau mempersendakan keyakinan aku pada Allah...mana mungkin..

sedangkan aku tahu siapa Tuhan yang aku sembah..aku tahu tuhan apa yang orang India sembah, aku tahu juga tuhan mana orang cina sembah, aku tahu juga tuhan apa orang kristien sembah, aku tahu juga tuhan mana yang yahudi sembah...aku tahu juga ilmu apa yang dipakai oleh sami budhha, aku tahu tuhan apa yang sami budhaa sembah..aku tahu kekuatan mana yang menyokong tok-tok sami, aku tahu tuhan apa yang disembah oleh tok-tok batin..

Mereka yang menyembah selain Allah juga mempunyai kekuatan untuk memberi mudarat dan kesembuhan kepada manusia....mereka menggunakan kekuatan dan pertolongan dari makhluk Allah juga...bukanlah dari TUHAN yang mereka sangka..tetapi setiap apa yang berlaku atas izin Allah jua...

biarlah mereka dengan agama mereka...tapi aku minta jgnlah orang islam pergi berjumpa dengan orang yang bukan islam bagi tujuan kesembuhan,bagi tujuan pelaris, bagi tujuan rezki, bagi tujuan mendapatkan zuriat..itu Syirik namanya, kerana kita percaya TUHAN mereka boleh memberi kebaikan kepada kita..janganla guna istilah darurat bagi tujuan perubatan berjumpa dengan orang kafir....

si ifrit ini pula cuba mempertikaikan keyakinan kami disitu kepada Allah pula...mana bisa pak

Maka aku pun diam,kusyuk dan tawajuh..lupakan keadaan sekeliling..masuk kedalam diri batin ku..hening seketika...putih aje pandangan ku ketika itu..aku menghadap wajah ku ke ka'abah..tersergam indah kaabah didepan ku..aku mohon pada Allah untuk menyedut cahaya kaabah,terus aku menyedut cahaya ka'abah masuk kedalam tubuh ku....dengan cahaya itu aku salirkan pada tangan kanan ku..tangan kanan ku menyentuh tubuh si Ifrit....

si ifrit mula terdiam...merintih kesakitan....ahhhh merintih..

si ifrit badanya warna merah membara umpama api...sebab tu kalau baca ruqyah or makrifa api kurang memberi kesan,umpama api bergabung menjadi api..makin marak...

dalam keadaan merintih..si ifrit berkata..kauuu banyakkk membantu oorang-orang yang sakit kerana itulah Tuhan mu menolong kau hari ni...

aku terus diam...ku terus alirkan cahaya kebadan si ifrit sambil mulut ku turkumat kamit membaca ayat-ayat suci al quran...

Tuan punya badan yang digunakan Ifrit tadi perlahan-lahan jatuh rebah kelantai..dari berdiri teguh gagah perkasa jatuh terbaring...

Badan muridku yang digunakan ifrit tadi kekejangan..tangan lurus kejang..kaki mengeras umpama mengalami sakratul maut..aku mula panik..aku dengar si ifrit berbisik kepada murid ku

hari ini kau akan mati ditangan Guru kau,bisik si Ifrit...aku panik..Ifrit ingin membawa murid ku mati bersama-samanya...bibir muridku kebiruan,air liur meleleh sedikit..dadanya bernafas laju..seluruh badan menjadi kejang..

tanpa lengahkan masa aku terus menyentap ifrit keluar dari menyarung badan murid ku..

selepas saja aku menyentap, muridku terus bernafas lega...pernafasanya normal kembali, si Ifrit pula hilang entah kemana...

Murid ku terus ajukan soalan "sifu mcm tu ke agaknya rasa sakratul maut' nafas saya umpama terhenti'...aku diam..

badann aku terasa menggigil...semangat aku rasa bagaikan hilang pergi bersama ifrit..

aku termenung 2-3 jam selepas kejadian itu, entah apa yang aku menungkan aku pun tak tahu, cuma rasa bagaikan semangat hilang..

selama 3hari aku berada dalam situasi begitu..

masuk hari keempat.. aku didatangai oleh 7 Jin ,7 jin yang tembus masuk kedalam tubuh ku...

maka akupun mula scan ingin mengetahui apa yang datang dan mampu menembus pendidingku

dalam keadaan tubuh ku lemah berdepan dengan ifrit yang lepas...tiba-tiba scan ku memberi jawapan yang menyeramkan...IFRIT..kali ni 7 yang datang..........

11 comments:

Ramli said...

Salam Tok, menarik ni ... ada sambungan lagi ke?

Anonymous said...

Selagi perempuan tidak kau pandang seperti batang kayu, selagi dinar kau tidak pandang seperti pasir

terasanya hinanya aku.

Bluepanda said...

tok.. saya ada soalan.. mcm mna untuk seorang wanita melindungi diri mereka dari gguan makhluk halus, sihir dan sebagainya sewaktu kedatangan haid?.. maksud saya disini.. jika mereka tidak uzur mereka boleh membaca ayat2 Al quran bg melindungi diri mereka.. tp bagai mana jika mereka dalam keadaan haid? .. mohon tunjuk ajar dari tok..

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullah.. Ifrit bercakap benar.. Hanya dengan keimanan (percaya) kepada Allah dan dengan izinNyalah ifrit dapat ditundukkan.. Ingatlah firman Allah Subhanahu wa ta'ala yang mafhumnya " Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya (langit dan bumi), dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar ". Semoga Allah membantumu dan sentiasa didalam jagaanNya. Amin..

Hamba Daif said...

sian sifu... dtg plak 7.. hurm...

ini macam susah kalu...

moga sifu dan sahabat2 dilindungi Allah swt... Amin..

P.R.Ruhaniah said...

Ada smbungn nyaa lag iii,kena tnggu..

P.R.Ruhaniah said...

Bg yg dtg Haid,bc ayat sucii Tampa lafaz,baca hanya dihatii

Nur said...

dtg mcm2 ye Tok...Sya doakan semoga Tok Said, keluarga dan kawan2 dilindungi Allah SWT dari sebarang bahaya, ancaman dan dari perkara yg tak di ingini... Amin...

Bluepanda said...

assalamualaikum.. tok .. bleh saya tahu apa patut dibuat atau ayat-ayat yang boleh dibaca jika terserempak atau terjumpa dengan makhluk gaib.. mcm pocong, jin, dan sebagainya?

Anonymous said...

selagi kau memandang selain drpd Allah s.w.t

Anonymous said...

kalau uzur baca di mulut kumat-kamit tanpa suara pun boleh tak tok? baca dlm hati sambil semak kat quran dgn berlapik boleh?

Related Posts with Thumbnails