Di ceritakan kepada ku pengalaman dari salah sorang member RUHANIAH..
Suatu Hari ,sebenarnya ahli2 Ruhaniah apabila diijazahkan saja ilmu-ilmu perubatan
or amalan pendinding diri akan mengalamai pelbagai pengalaman mistik or mendapat
alamat2 di dalam mimpi..
Ini bergantung kepada siapa dan apa yg Allah ingin tunjukkan...
Kali ni saja je aku nak ceritakan pengalaman salah sorang mengenai selawat kepada
Nabi SAW..sesuai dengan hari jumaat..
Salah satu amalan harian ahli Ruhaniah adalah selawat kepada Junjungan Nabi SAW,
paling minumum pun 500kali sehari..banyak kelebihan yang ada di dalam selawat
nabi..malah ada diantara ulama yg menjatuhkan HUKUM WAJIB terhadap selawat,
sekurang2nya sekali seumur hidup, tapi yang dalam solat hukumnya pastilah WAJIB....
Dari dulu, setiap kali kalau kita jumpa ustaz2, minta air doa, or apa2 pun, mesti
ustaz tu pesan, baca bismillah ,selawat 3 kali, kemudian minum ya...begitula la
selalunya yg di pesan oleh tok2 kiyai, para2 wali Allah, para2 ustaz...
persoalanya adalah kenapa mesti minum dan di pesan SELAWAT kepada NABI SAW...
firman Allah (mafhumnya), "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang
yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)
Begitu juga Hadis Nabi SAW mafhumnya
Nabi saw. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari
Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat
kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (HR Baihaqi)
Perkataan dari Nabi tidak ada 1 pun yang tidak benar, setiap perkataanya dari Allah..
Ramai yang tahu tentang hadis di atas, hampir setiap solat Jumaat dibaca firman
Allah dan Hadis berkenaan...tapi adakah diantara kita yang beramal dengan Ayat Allah
dan hadis Baginda...
1 kali selawat , kita perolehi rahmat Allah sebanyak 10 kali, maka apabila kita
berselawat dan minum air, rahmat Allah datang kepada kita bagi yang YAKIN..maka
dengan izinNya, apa saja yang kita hajati akan Di rahmati ALLAH...
Sehingga pada satu tahap,para sahabat meriwayatkan
Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata, "Doa
hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam
doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa tersebut. Dan sesiapa yang
menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-
malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka
selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya
salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam.
Kita selalu pergi jumpa para2 ustaz meminta Doa dari mereka, sibuk kesana kesini
mencari orang2 berilmu utk mendapatkan doa, mencari wali2 Allah utk doa
mereka,sedangkan dengan jelas, dengan selawat saja, kita perolehi rahmat ALLAH,
dengan selawat kita mendapat Doa dari para2 malaikat...apakah perlu doa dari manusia
seandainya Allah telah memberi Rahmat kepada kita, malaikat pula mendoakan kita?
Berbalik kisah Ahli Ruhaniah tadi..
Suatu malam , dlm mimpinya datang seorang tua berjubah bercahaya2 dtg kedalam
mimpinya...dari perwatakan orang tua arab berjubah itu, yg garang dan tegas, rasanya
aku tau siapa sheikh yang datang melawat ahli ruhaniah berkenaan...memang bagi ahli2
ruhaniah yang ikhlas belajar dan tekun serta Yakin dgn ilmunya akan didatangai
orang2 tua berjubah yang berserban, dan bercahaya-cahaya tubuhnya...
Maka org tua tersebut mengajaknya pergi berjalan-jalan ke alam Barzakh (Alam Kubur)..
Di bawa ahli ruhaniah tersebut ke beberapa kubur untuk melihat apa yang ada didalam
kubur..
aku cuma ingin menceritakan 2 kubur saja...
Maka ditunjukkan satu kubur yang kusam, hampa, daif, yang tidak bercahaya dan tidak
cantik...katanya..inilah Kubur bagi mereka yang solat tetapi tidak langsung Selawat
kepada Nabi SAW....
Di bawa lagi kepada 1 kubur yang cantik, hamparannya berbaldu, bercahaya2, penuh
dengan perhiasan..
Dikatakan padanya, inilah kubur bagi mereka yang berselawat ke atas NABI SAW..maka
ko jangan hentikan selawat ko kepada Nabi SAW...
Kubur bagi mereka yang tidak solat tak payahlah cerita kat sini...
wallahualam..
Ini sekadar perkongsian pengalaman..boleh kita ambil jadi iktibar ataupun pedulikkan sahaja..
Tapi memang dari dulu, semua ahli ruhaniah di suruh terus menerus membaca selawat ke
atas Nabi SAW minimum 500 kali sehari, dan pada mlm Jumaat digandakan selawat itu
menjadi ribuan kali..
Bukanla aku nak suruh duduk di tikar sembahyang berjam-jam lamanya untuk melakukan
selawat ni...
mudah saja..sambil memandu selawat, sambil menaip selawat, sambil menonton tv
selawat, sambil minum dan berbual hati terus berselawat...
Mudah je bagi mereka yang Allah mudahkan..dan teramat sukar pada mereka yang Allah
sukarkan..marilah kita berdoa semoga Allah permudahkan bagi saya dan permudahkan
bagi pembaca-pembaca sekali..
Assalamualaikum warahmatullah...
9 comments:
akhirnya..post baru..mcm kenal je sape yg mimpi tu ~
yo zam..tau pun
salam tok said...
selawat 500kali tu nak kena jazam atau buat sahaja seikhlas hati?
alhamdulillah..sronok dgr pengalaman teman2..
ilmu utk peringatan Alhamdulillah..
orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42; yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."
Ayat al-Quran lain ada menyebut,"Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut
tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia. Waallahu'alam.
Assalamualaikum. Saya yang daif ni nak bertanya sikit, bagaimana nak balancekan dengan zikir yang lain pula, sekiranya setiap masa berselawat nabi. minta tunjuk ajar. terima kasih.
Salam Naghu yg bertanye, salam juga pd sifu, izinkn sy bg pndpt, sbnrnye peringkat awal mmg agak sukar utk balance kn dgn zikir2 yg lain. InsyaAllah kekuatan dan dipermudahkan olh Allah bila kita azam utk selawat 5oox setiap kali bangun pagi. Bila dah biasa, mudah utk tambahkn dgn zikir2 yg lain n istighfar 1000x sehari. Malah utk selawat 1000x, zikir2 yg lain n istighfar Allah akan permudahkn bg kita. InsyaAllah.
assalamualaikum w.b.t, sy pnah mimpi dibawa ke makam sheikh saad katanya orang yang bawak sy dalam mmpi tu..kuburnya cantik...dihamparkan kain sejadah warna hijau..diciumnya makam tersebut oleh orang yang bawak sy tu...then die ader tunjukkan beberapa pintu, setiap pintu ade benda2 berlainan..last pintu, sy bukak ade najis berulat.....erm..mohon tafsir..
Post a Comment