

Ada ramai yang mengadu ngn aku di zalimi oleh pelbagai cara..
zalim ni banyak kategori, sapa yang kena dia je la faham..
Salah satu doa yang sangat di makbulkan Allah, adalah doa-doa orang yang di zalimi..
Diantara Allah dan orang yang di zalimi tidak ada dinding..
Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu’adh bin Jabal ketika baginda mengutusnya ke Yaman
yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:
“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang
dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.” (Bukhari).
Hari ni aku kongsikan/ijazahkan tatacara membalas perilaku orang zalim terhadap kita.
Kaedah ini boleh digunakan juga untuk si pencuri, bomoh jahat, pengupah bomoh,
pengamal ilmu2 hitam..dan apa juga yang kita fikirkan bagi penzalim...
Gambar kat atas tu, gambar duit yang aku tangkap yg dipulang balik setelah aku buat
amalan "Bakar Bata"...aku duk sibuk ubat2 orang, duit aku kena rembat dlm umah,
entah sapa rembat aku pun tak tau...kali pertama duit aku hilang, aku redha
je..anggap bukan rezki, tapi bila kali kedua..hahhaa ko siap ko, berani betul ko
amik duit kat rumah aku...lepas je proses bakar bata, tak sampai setengah jam duit
bertarabur kat peti surat umah aku...dia dah panas n pulangkan balik...sebenarnya
banyak lagi kes2 orang curi motor ,motor hantar balik..or kes2 lain yang tak payah
la aku ceritakan kat sini..aku cerita ni pun sebab nak bagi keyakinan bagi pengamal
ilmu ni yang bahawasanya amalan ini dgn izin Allah memang betul2 mujarab..
Boleh juga nak menghantam dukun2 power..dukun yang bersongkol dgn Iblis dan Syaitan
Kaedah Bakar Bata
1-Sediakan Bata dari tanah liat tu,bata simen tak main k..nama pun bata tanah liat,
kita pun dari tanah...
2-Paku sebatang
3-Baca Surah Yasin
Sebelum baca Yasin ..hadiakan fathah pada
1-Nabi Muhammad Saw dan keluarga serta sahabat
2-Pada wali-wali Allah
3-Pada Guru-guru dan guru yang mengijazahkan amalan ni
Dan lafaz niat dengan jelas
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Karim,Ya hayyu, Ya Qayyum
Aku bermohon, orang ini telah menzalimi aku, dengan berkat Yassin ini aku mohon
dipindahkan semangat,jasad,roh,jantung orang yg menzalimi aku ini (masukkan nama
kalu tahu,muka sebagainya,or kalu tak tahu hanya niat sesiapa yg melakukan) ke BATA
ini, dan apa yg terjadi pada BATA ni, terjadilah pada orang tersebut
Lalu kita selawat Nabi 11 kali, Ayat Qursi sekali dan mula membaca Yasin
Pegang paku tadi...setiap kali lafaz satu ayat gariskan bata tadi pakai paku
tersebut,jadi dimuka bata mesti ada 83 garisan sesuai dgn 83 ayat Yasin..
Bagi orang yang kali pertama buat, mesti buat 2 kali bacaan yasin,2 kali niat dan 2
kali garisan..maksudnya bata di garis depan dan belakang..makrifatkan bata itu
adalah jasad si penzalim..
Bagi pengamal perubatan yang ingin menghantam bomoh, atas sebab kes2 sihir yang duk
berulang, selain dari Bata kena sediakan limau nipis 3 biji..
Limau nipis ini bertujuan mengambil semua ilmu2 pendinding bomoh dan dukun2 yang
zalim, yang berulang-ulang mensihir org yang diubatkan...
Letakkan Limau nipis dihadapan kita....
Tambahkan niat lagi , Ya Allah, dengan berkat Yasin ini, aku pindahkan semua
Jin2,sihir2 dan ilmu si tukang sihir ini kedalam limau ini..dengan Izinmu Ya Allah...
Andaikata kita tak nak menggunakan limau ini, boleh juga, cuma keberkesanan untuk
menghantam bomoh kurang, sebab si bomoh kuat dengan ilmu setannya dan dibantu pulak
khadam2 dari kalangan bangsa jin dan syaitan...
Selepas habis upacara menggaris, baca doa yasin, kemudian ambil BATA tadi kita
salaikan kat dapur gas,paku yg digunakan letakkan di atas BATA tadi..dengan lafaz
Bismillah dan selawat kita berniat..Ya Allah,ini bukan Bata yang aku bakar, ini
adalah jasad si ........, bagaimana panasnya BATA ini,begitulah panasnya
jasadnya..dengan berkat kalimah Laillahaillahmuhammadrasullahlah...
Syarat...solat jgn tinggal,andai tertinggal qoda..perbanyakkan solat sunat