Monday, November 18, 2013

Air Rukyah VS Air Jin

Assalamulaikum pada semua pembaca...

Lama dah den tak update blog, alhamdulillah, baru selesai tunaikan Haji, moga-moga mendapat haji yg mabrur kepada semua jemaah haji tahun ni...

- Saja nak kongsi ilmu tentang air rukyah....

-ada sesorang tanya pada aku, 'apa kelebihan air rukyah' , tapi ayat dia bukan la air rukyah, ayat dia air jampi..nak terangkan pakai mulut susah, aku suh dia buat xperimen sendiri..

-Air rukyah ni air yang di doakan oleh perawat kepada sesiapa saja, tak semestinya kepada pesakit, kepada budak menangis, org nak besalin, nak exam, pagar rumah, dan bermacam-macam lagi..

-ada lagi orang yang percaya air rukyahn ni...tapiiiii banyak yang dah tak percaya..kenapa takpercaya? tak nampak kelebihan air, so mcm mana nak percaya..

-so bebalik kepada soalan org tu pada aku tadi..aku katakan pada dia, ambil 2 gelas air kosong, satu gelas aku rukyahkan dgn ayatul qursi , dan satu lagi aku suruh dia pakai hp dia ,buka lagu britney spears then dengarkan lagu tu pada air yang satu lagi

- so air A adalah air rukyah
- air B adalah air lagu britney spears ( ada paham ka geng? )

-experimen ni korang boleh je buat kat umah, cuma masa baca air kat gelas tu, korang baca kuat dan jelas, n baca 3 kali pada air A tu ayat qursi

-yang air B tu, korang bukak besar2 lagu britney spears (lagu apa-apa pun boleh, cuma lagi rock kapak, lagi la power air aura hitam tu jadi)

-setelah selesai air A aku bacakan ayat qursi tadi, aku suh dia tanggalkan cincin dia ,ikatkan pada benang dlm panjang ukuran lengan dia, kemudia aku suruh dia julurkan cincin yang di ikatkan pada benang tu ke permukaan air yang di rukyahkan ( cincin jgn smpai terkena permukaan )...

-tangan jangan bergerak, statik je. then aku suruh dia niat dalam hati, supaya cincin tu bergerak mengikut gelombang air yang di baca..so cincin yang diikat pada benang tadi pelahan-lahan begerak..makin lama makin laju cincin tu begerak,sebab di tolak oleh aura air yang di rukyah tadi...cuma masa kali pertama dia buat cincin tu gerak pelahan je..so bermaksud air yg aku rukyah tadi tak kuat cahayanya or aura nya, so aku amik air tu balik, aku rukyah lagi, then aku suh dia buat lagi, aku ckp kali ni biar dia begerak smpai kena dinding gelas...selepas dlm 30 saat ,cincin tu begerak laju sampai berbunyi gelas yang mengandungi air rukyah tadi...

-aku suh dia perhatikan, arah mana cincin tu begerak ( cincin tu begerak berpusing)..so orang ni pun ckp, cincin begerak arah pusingan kaabah...aku pun angguk

-kemudian aku suruh dia alihkan cincin tu pada gelas B ,(gelas Britney Spears tadi )..dia pun letakkan cincin tadi permukaan  gelas..cincin tu mula bputar...makin lama makin laju..aku ckp perhatikan putaran cincin tu, so dia pun ckp putaran kali ni mengikut arah jam ( yakni bertentangan dengan putaran tawaf Kaabah )..

so , korang semua boleh test, kalu kurang power putaran cincin, bacakan Yassin pada Air...

-so kesimpulannya ada apa air yang di rukyah dgn ayat Allah , dan ada apa air yang di dengarkan pada Muzik..

air yang berpusing mengikut arah kaabah, adalah air yang aura nya bercahaya-cahaya kesan dari Rukyah, sebab tu tawaf di kaabah mendatangkan cahaya yang gilang gemilang pada kita, sementara air yang berpusing sebaliknya ,adalah air yang tidak elok,air yang di gemari oleh JIN dan syaitan kerana mengadungi aura hitam kesan dari nyanyian atau muzik..boleh korang fikirkan apa jadi pada aura badan kita kalu duk menyanyi n selalu pegi konsert????

-Wallahualam

-sesungguhnya muzik dan nyanyian adalah zikir kepada Iblis laknatullah..sesuai hadis Nabi

Firman Allah SWT: (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepada-Nya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan. (Yasin: 69)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman menyatakan tentang Nabi-Nya Muhammad SAW bahawa Dia tidak mengajar syair kepada baginda."


-

SOAL JAWAB IBLIS DENGAN ALLAH S.W.T
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).

8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."
-



14 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..Hj tok said la skrg..moga pjg umur di berkati Allah..-farhana

Anonymous said...

Assalam

Tuan Haji Tok Said, saya pembaca baru.
Banyak yang saya baru tahu dari blog ni, dan banyak benda yang saya tak tahu, semuanya dari Allah. Saya pernah diuji oleh Allah dan alhmdulillah sentiasa dilindungi dan juga pernah dirawat oleh karkun, maklumlah kerja di mahkamah hampir 18 tahun.

Mohon izin untuk belajar dan amal dari entri-entri Tuan. Tolong doakan saya.

Crying Fella

Anonymous said...

Salam 'Alaykum
Tuan Haji aka Tuan Guru Tok Said, semoga dirahmati Allah dan keluarga semoga terjamin kebaikan atas tuan dan keluarga, rezeki melimpah ruah, semoga dapat bersua kembali.

(yang dahagakan bimbingan)

Tok Said said...

trima kasih bagi yg mendoakan pada sy, salah satu doa yg mustajab adalah doa utk sahabat kita, dan malaikat akan mendoakan kepada allah kebaikan apa yg didoa pada kita

Unknown said...

assalamualaikum.....sy pembaca baru yg kurang ilmu....sy betul2 berminat mendalami ilmu Allah...terlalu byk persoalan sy tntg ilmu2 ini...boleh tak sy berguru dgn tok... abas 0196728770

Unknown said...

asssalamualaikum....boleh tak sy berguru dgn haji tok siad....

ajobegs said...

Saya pun nak berguru dengan tok..brapa lama ye masa diperuntukan? saya dari kuching,swk dan bekerja sepenuh masa. kalo diperkenankan insyALlah saya nak amik cuti seminggu berguru dgn tok. Ni no hp saya 0129269200.

ajobegs said...

Saya pun nak berguru dengan tok..
Berapa lama ye masa dan bayaran diperlukan? saya dari kuching,swk dan bekerja sepenuh masa.

Dan kalau diperkenankan insyALlah saya nak amik cuti seminggu berguru dgn tok. Ni no hp saya 0129269200.

Unknown said...

As salam tok
Boleh sy belajar dgn tok
amzarizzuddin@gmail.com

Unknown said...

as salam tok boleh x sy nk belajar dgn tok??

amzarizzuddin@gmail.com

kayzix said...

assalamualaikum. Abang dan adik saya ada belajar ruqyah. Ayat ruqyah 24 jam play kat rumah. Depa ni selalu bertarung dgn jin. Jin ni pun macam2. Depa ada bgtau nak buka hijab utk saya. Tapi saya xnak. Saya macam susah nak percaya dgn depa. Depa boleh ja potong2 jin and buang ntah kat mana. Saya takut nak belaja ilmu dgn depa ni. Ada jin islam ni selalu tolong abang untuk halau jin kat rumah. (Depa kata la) Sebab depa ni brlajar ilmu ni.saya nak sangat tengok depa ni betul ke dak. So saya nak sgt belajar dari Haji Tok Said ilmu yang boleh membantu saya membetulkan mereka. Saya nak sangat jadi anak murid Hj.Tok said. azmeer14@yahoo.com

Nur said...

Salam Tok Haji Said... terima kasih coz sentiasa berkongsi ilmu pada semua, sy merupakan pembaca setia blog dari dulu lagi... Semoga Tok dan keluarga diberi limpah kurnia rahmat dan sentiasa dlm lindungan Allah SWT... Amin

Anonymous said...

Salam Tok,
Boleh Tok scan tengok MH370.
Banyak sangat rumusan dibuat olen pelbagai manausia....Jazzakallah.

islam said...

Assalamu'alaikum..saya hamba faqir yang jauh sesat ilmu agama telah banyak ditinggalkan..jika diberi kesempatan kepada saya..saya nak berkerja dengan tuan guru sambil mendalami ilmu agama dari tuan guru..Nama saya Azra Safuan Bin .ayah Azman/bin mak fatimah..014-9734312,.Assalamu'alaikum..

Related Posts with Thumbnails