Showing posts with label Tangkap Jin. Show all posts
Showing posts with label Tangkap Jin. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Tangkap Jin 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.... Kita sambung ya..mana la tahu kut2 aku mati waktu terdekat ni..kurang-kurang ilmu yang ada sikit-sikit ni aku dah nukilan kan kat blog ni..
Ramai jugak yang email mintak izin nak print out simpan dan amalkan..bagi aku ok la ..sekurang-kurangnya dapat jugak pengetahuan sikit-sikit...
7-8 tahun yang lalu ,aku jugak macam kamu semua jugak..mencari kesini-kesana...baca buku, baca internet, pantang dengar ada orang yang pandai aku terus pergi berjumpa..tak kisah la orang tu di utara ke..selatan ke..timur ke..semata-mata tujuan mencari ilmu...tapi cuma dalam Malaysia je la..iman masih lemah, tak seperti imam2 besar dulu yang merantau seluruh pelusuk dunia semata2 mencari dan menggali ilmu-ilmu Allah..
BAcala kisah2 imam Ghazali, imam bukhari, imam shafie bagaimana mereka merantau seluruh tanah arab...susah kan utk dapatkan ilmu ni kan..tapi orang zaman la ni..nak short cut..hehehe..amal pakai dalam internet je..waduh2 senang sangat ya pakkk...
Akhirnya setelah aku berpusing sana sini ,tahu la aku ,sebenarnya apa yang kita carikan..ilmu yang dikejar semuanya menuju ALLAH swt jugak...
Hadis Nabi Saw. yang artinya: "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri cina?"
sesuai dengan Hadis Nabi saw...memang ilmu ni wajib di cari... Amalan atau ilmu menangkap Jin ni ada banyak caranya...ada cara memakai jurus, memakai tenaga Batin cth amalan Lam, memakai ilmu makrifah..memakai rukyah...
Menangkap Jin di luar badan manusia mudah berbanding Jin yang telah bersarang dalam tubuh manusia..kerana mereka boleh menyuruk sedalam-dalamnya dan mampu mengalir di dalam darah..
7-8 tahun yang lepas aku terlalu ghairah melihat orang menangkap jin..minat aku begitu mendalam melihat kali pertama...sekarang aku rasa dah mampu ijazahkan pada sapa2 yang berminat..
Jangan salah sangka ya pada yang email aku yang berniat untuk belajar...bukan mudah jugak untuk tangkap jin ni..bukanla semudah menangkap ikan, beli pancing,umpan n terus dapat..no no...Jin ni jugak berilmu, dia boleh melawan balik, mereka jugak bekeluarga, mereka juga berdendam...so tidak semudah yg disangka tau..bukan mudah nak jadi super saiya yo..
Mereka mempunyai rakan2, keluarga yang akan membalas dendam terhadap jin yang kita tangkap..dan yang paling aku kurang berkenan dia ganggu family kita pulak sebabkan tak dapat sentuh kita...tapi itu pun tak perlu risau..kita cuma tangkap Jin yang mengganggu..so Dio yang salah..jadi sesuai la dengan keyakinan kita, selagi kita berpihak yang benar, ALLAH bersama kita..so apo mau takut yo..
Selalunya sebelum aku menurunkan ilmu Tangkap ni..mestila aku kene turunkan amalan pertahankan diri..mesti mau kuat, hubungan dengan Allah wajib jaga. kerana bantuan hanya datang dari Allah..asbab makhluk-mahkluknya..
Untuk menjadi Ghost-busters yang terbaik..kurang2 amik masa 6 bulan - 1 tahun yo...dalam masa proses pembelajaran ni ada zikir yang perlu diamalkan..ada ayat-ayat dan doa yang perlu dilancarkan, dan banyak penerangan yang perlu dijelaskan...susahkan..senang jo..yang penting MINAT....
dan aku jugak nak beberapa orang yang minat untuk buka cawangan Ruhaniah...kesian aku tgk yang datang dari jauh2 tu...terengganu cth..kelantan..pinang..sian kan..
Bagi proses ilmu tangkap Jin ni..aku akan mengajar beberapa amalan seperti amalan kerohanian, kebatinan, doa-doa syifa, jenis2 selawat yang kita pakai, ayat-ayat quran yang wajib dihafalkan, scan jin dan penyakit (sama ada scan secara nampak or gerak n firasat),zikir yang wajib di wiridkan dan seterusnya makrifah.Bukan senangkan? Scan ni pulak bergantung kepada individu yo..ada yang memang berbakat terus dapat, ada yang susah..aku sendiri terdiri dari orang yang susah dan bukan orang yang berbakat..so jangan risau kalau kita rasa kita tak berbakat..sesungguhnya Allah itu adil..
Manusia mempunyai kelebihan masing-masing...tetapi dengan usaha semua kelemahan mengatasi kelebihan..
Pastilah ada yurannya kan..nama pun belajar..yuran dikenakan RM 250/sebulan,perjumpan dicadangkan akan dibuat 2 kali dalam sebulan,dan mungkin proses pembelajaran mengambil masa ke setahun..baru la tamat ilmu menangkap jin ni... bagi proses penerangan dan pengijazahan semua amalan..kelas akan dibuat sama ada di seremban or alorgajah Melaka..tengok mana yang sesuai...sekiranya anda berjaya dalam proses dan ilmuan ni, automatik anda dah boleh jadi perawat dan bukan sekadar menangkap Jin sahaja...dan yang paling penting,keyakinan dengan Allah semakin tinggi..
bulan ke 6 baru la di ajar cara-cara dan kaedah menangkap jin yo..bukan kali pertama kelas..saya tak nak bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi pada anda kalau terus pertemuan pertama ajar ilmu tangkap jin..so jangan ghairah sangat nak dapat ilmu tu, bukan mudah kan..samala proses kita amik degree kat universiti kan,yang susah - susah masa tahun akhir..ini ilmu tangkap jin, lagi la susah n BAHAYA...
so renung-renungkan la ya...kalu rasa sanggup boleh la daftar nama, kalu tak sanggup jangan la paksa diri..Allah jua yang memberi taufik dan hidayah pada hamba-hambanya..
di sebabkan aku pening sebab ada yang email,ada yang call, ada yang sms,langsung tak tau berapa orang dah jumlahnya..ada jugak yg daftar kat ruangan comment.. so email hanya pada tokbelang@gmail.com ..di sini saja, kalu email di bentengjiwa or sms or call or ruangan comment aku tak layan..bukan apo,poning la nak susun...

Wednesday, December 28, 2011

Tangkap Jin

Tibalah masanya aku nak kongsikan bagaimana kisahnya, caranya mau menangkap Jin...Amacam? Ada berani ka mau main dengan ini makhluk...
ini bukan sebarangan makhluk, cucu cicit iblis lakhnatullah....tentera2 dajjal...menjadi sembahan banyak agama, ( bodoh betul pg sembah jin ni kan)....tapi jin kafir je la,yg islam baik
Tapi kita wajib syukur Atas nikmat kita dilahirkan sebagai Islam....kalu Allah pilih kita jadi orang kafir...sungguh malang nasib kita...atas asbab ni lah kita wajib solat malam Dan menangis tanda syukur Dan takut kepada Allah....
suatu kisah Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Berbalik kisah menangkap Jin tadi yoooo.....aku hairan la napa orang sembah Jin, org Islam berubat pakai Jin...sedangkan Jin ni taraf dia lagi rendah pada kita..tak percaya ke apa quran ckp....
kepala aku dah penning la...ni mesti pasal Jin kelawar pahang yang aku tangkap tadi ...sempat pulak dia serang aku...badigul so'od betulla...nanti kau ye...tunggula pembalasan super saiya....
nanti la yo..bila kepala tak pening aku ajar cara tangkap Jin, tapi mau Kena ijazah la yo, sapo2 nak, email namo, nanti aku set one session khas untuk peminat seni tanah air....
mari kita tambahkan keyakinan kita pada Allah....cukup 50 org email,aku buka kelas
asik-asik diorang cari makan ajar kursus asas perawat, kursus asas perawat...ask asas je bila nak tukar jadi Gaban Z kan...setakat bagi ayat untuk amal...lepas tu balik rumah..baik kita baca Internet je..kasi la demo skali tangkap Jin ni kan,baru la Powerrrr....Ada umphhhhh...nantilah do a banyak2 smog Allah buka kan hati aku turunkan ilmuNya
Related Posts with Thumbnails