Wednesday, December 28, 2011

Tangkap Jin

Tibalah masanya aku nak kongsikan bagaimana kisahnya, caranya mau menangkap Jin...Amacam? Ada berani ka mau main dengan ini makhluk...
ini bukan sebarangan makhluk, cucu cicit iblis lakhnatullah....tentera2 dajjal...menjadi sembahan banyak agama, ( bodoh betul pg sembah jin ni kan)....tapi jin kafir je la,yg islam baik
Tapi kita wajib syukur Atas nikmat kita dilahirkan sebagai Islam....kalu Allah pilih kita jadi orang kafir...sungguh malang nasib kita...atas asbab ni lah kita wajib solat malam Dan menangis tanda syukur Dan takut kepada Allah....
suatu kisah Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Berbalik kisah menangkap Jin tadi yoooo.....aku hairan la napa orang sembah Jin, org Islam berubat pakai Jin...sedangkan Jin ni taraf dia lagi rendah pada kita..tak percaya ke apa quran ckp....
kepala aku dah penning la...ni mesti pasal Jin kelawar pahang yang aku tangkap tadi ...sempat pulak dia serang aku...badigul so'od betulla...nanti kau ye...tunggula pembalasan super saiya....
nanti la yo..bila kepala tak pening aku ajar cara tangkap Jin, tapi mau Kena ijazah la yo, sapo2 nak, email namo, nanti aku set one session khas untuk peminat seni tanah air....
mari kita tambahkan keyakinan kita pada Allah....cukup 50 org email,aku buka kelas
asik-asik diorang cari makan ajar kursus asas perawat, kursus asas perawat...ask asas je bila nak tukar jadi Gaban Z kan...setakat bagi ayat untuk amal...lepas tu balik rumah..baik kita baca Internet je..kasi la demo skali tangkap Jin ni kan,baru la Powerrrr....Ada umphhhhh...nantilah do a banyak2 smog Allah buka kan hati aku turunkan ilmuNya

Friday, December 23, 2011

Rumah berhantu

Bagi aku standard la kalau dalam rumah ni ada jin or hantu..cuma kita je yang tak tau mereka ni ada Ramai yang bila dengar jin or hantu takut sampai terkancing gigi, kadang2 smpai tgk cerita hantu pun takut.. Realitinya hampir dalam setiap rumah orang yang tidak ada 'NUR" didalamnya berpotensi mendapat penumpang tidak diundang Hantu betul JIN ni , dah la masuk rumah kita, makan minum tidur kat rumah kita, yang paling aku marah tak bayar SEWA pulak tu...hish hish ...ada ka patut...
Ada satu kes..ehheh,jgn marah ya makcik ,saya tumpang cerita sekali...makcik msg kat aku , dia tanya apa ada dalam bilik tu ...makcik dengar suara menyanyi lagu " we wish u a merry chrismas '3 x beturut...ada hantu kristian ke? tanya makcik tu...saya kata adala tu, apa lagi, kasi hantam la hantu tu...makcik tu pun tanya, masuk bilik tu baca yasin boleh tak?
nanti dia tak serang ke...? aku pun jawab la , kalu dia serang kasi fire la balik...lepas 2-3 jam makcik tu msg aku balik, dah bakar dah semua hantu tu,sempat diorang pulas tangan kiri makcik..mengantuk terus,KO la jugak...hehehe, gitu la kisah dia lebih kurang...
nak tau umah makcik tu kat mana? ini bukan cerita rumah jauh pendalaman dalam hutan..ni tengah BANDAR KEY ELL
SO ,anda2 yang berada di KEY ELL..hati2 yooo, jgn ingat yang berpenunggu tu hanya di pendalaman... SOalanya ada lah ....Bagaimanakah kita ingin mengetahui di dalam rumah kita ada JIN or HANTU... jeng jeng...ini KISAH BENAR ye... di bumbung rumah selalu dengar bende jalan mcm mengesot...seramnya..hantu dia muka macm JO ON.... Tangga selalu berbunyi orang melangkah...teringat kisah silam aku ketika kanak-kanak ribena..masa tu kecik lagi ,sekolah menengah lagi...ayah aku ni ustaz, siang mengajar di UKM , mlm orang datang mengubat...so tau2 je la kan, , nama pun mengubat..mestilah orang yg dtg berubat tu bawak hantu kan kan kan..ayah aku memang la terel tak kene kacau ngn jin2 or hantu orang tu, tapi yang jadi mangsa kami adik beradik la...setiap mlm kene usik..aku masa tu duk bilik tingkat atas..tangga tu jenis kayu...hampir seetiap malam aku akan dengar bunyi tangga tu di pijak orang..ek uk euuk ek uk,bunyi tangga tu..makin lama, makin meninggi bunyi tu ( maksudnya lembaga tu nak smpai tingkat atas la tu ) ..lepas tu bunyi tu hilang....lepas 2-3 jam berbunyi ek uk ek uk balik...korang bayangkan la bertapa bedegup jantung ku (mcm lirik lagu la pulak )..maka keesokan hari tu aku kira berapa anak tangga kat rumah aku tu...ada 20 anak tangga...esok aku kira bunyi tapak kaki tu balik...hampir setiap malam aku dengar bunyi tapak kaki tu...aku pun kira ..1..2...3....4...5...6...7...8...9...senyap.....fuh..selamat , tak smpai naik atas lagi....eh berbunyi lagi la..10...11...12...mampush aku ni..dah nak dekat ni...nak lari mana ni? kalu nak turun bawah kene lalu tangga tu jugak......last2 masuk dlam selimut....SEKARANG bila aku dah jadi Super Saiya, baru la aku tau, jin tu warna hijau, badan gemuk besar, patut la tangga aku berbunyi..aiyoooo JIN, pegila SEWA umah lain... Bilik selalu terbuka sendiri tu or tingkap buka sendiri tu, standard la kan, orang bodoh je kata takda hantu kalau umah dah kene smpai mcm tu sekali kan...tu tanda dia buka pintu nak masuk la..ada 2 cara kalu nak tau jenis jin or hantu yang boleh buka pintu ni..1 kalu dia buka slow je..ha tu tanda dia nak mengacau orang dlam bilik or dalam rumah...yang kedua dia buka laju2..tu tanda dia tak tahan nak masuk toilet..hehehhe tanda2 biasa ialah bila kita pegi satu2 kawasan dalam rumah kita tu, kita rasa meremang semacam je...perasaan seram tu datang kat kita..tu pun takda dia ada lahhh... selalu tidur kene tidih..itu pun tanda adalah,,selalunya yang suka menindih ni HANTU RAYA..ish serammmm, BADAN dia dia bebulu hitam..macam siamang tu la..tapi lagi besar..selalu kalau dia kacau aku, aku bakar bulu dia..kasi dia NAKEEDD ...tapi kalu dia himpit aku masa aku tidur , mmg aku cincang terus...teringat balik memori daun pisang aku masa mengubat kawan aku yang kena santau...masa tu aku baru super saiya tahap 1 je...maksudnya masa tu rambut aku belum panjang sampai ke punggung la bila jadi saiya tu...selepas aku bergelut dengan HANTU2 RAYA yang berkumpulan tu, dan selepas kedatngan NGAUMAN SILUMAN HARIMAU di luar rumah..real ckp lu..BUNYI ngimau mengaum...semua orang dengar..smpai aku baca doa pun suara aku jadi mengggeletar... Maka selepas settle mengubat, aku pun balik rumah, lepak dalam bilik sorang2, sebab masa tu wife aku balik kampung...tengah2 baring mengereng ke kanan, aku mula rasa lain mcm...aku pun ngereng ke kiri..mak oiiii.besarnya hantu raya tengah baring sebelah aku sekali...kaki dia terlebih dari katil aku sampai ke dinding bilik,tangan dia panjang berbulu..tak sempat aku nak menjerit dia terus peluk aku n nak smack down aku...sesak nafas aku dia buat nya...nak menjerit pun suara tak keluar...ngeri betul bila ingat balik..bukan apa ,ketiak dia busuk..heheh..gurau je... dia mmg nak kasi aku KO..tapi nasib baik la Allah tolong...selamat juugak la..kalu tak takda la korang semua dapat baca coreten TOK said lagi... Tanda2 yang lain ada di rumah, ialah suami isteri selalu bergaduh, anak tak suka duk dalam rrumah...bayi suka menangus tengah malam...selalu ternampak kelibat...nampak benda melayang warna putih (puntianak la tu)... so, nasihat aku, kalau ada benda2 ni semua, tanda2 mengerikan baik halau la semua, panggil la orang yang pandai datang pagar dan buang...jangan sayangkan duit...sayangkanla anak isteri..yang penting banyak kkan la NUR di dalam rumah... Banyakkan NUR bukan maksud kawin dengan nur elya ke,kawin ngn Nursuhaila ke..kang balik rumah cerita ngn isteri, tok said suh tambah nur la..abg ingat abg nak tambah Nursalmah janda jiran hujung tu la..bukan apa, nak halau Jin dalam rumah...eh eh eh..lain pulak poinyo..den suruh banyakkkan solat n zikir n mengaji la....

Sunday, December 4, 2011

Minyak Pengasih

Salam Muharram...

Tajuk yang ditunggu -tunggu..

Apa tu minyak pengasih...

Boleh ke guna minyak pengasih ni?

Dalam pengetahuan ilmu aku, miyak pengasih terbahagi dari 3 kategori

1- Minyak yang diisikan dengan Nur ayat-ayat quran
2- Minyak yang diisi dengan puteri Bunian ( selalunya islam )
3- Minyak Pengasih Syaitan ( ilmu hitam )

Bagi yang meggunakan minyak yang diisi secara doa takda masalah..pakailah, apa nak buat, doa ngn Allah malas, paling shortcut suh ustaz2 doakan..

Minyak no 2 dan no 3 ada masalah..

Yang no 2 ni kaedah dia lebih pada memberi kadam kepada minyak tu..

Jadi sesapa yang akad setuju mengambil minyak tu, otomatik la dapat 'saka'...

maka si kadam minyak akan membuat keje, membuat si wanita2 jelita jatuh cinta pada si pemakai minyak...salah ke betul kaedah ni ? tepuk dada tanya iman...

yag pasti, selalunya minyak yang jenis kadam, apabila di calit pada perempuan yag dituju, ataupun tenung mata wanita yang diinginkan, si kadam akan memasukkan geng2 dia kedalam tubuh wanita itu , bagi tujuan menghasut wanita itu dari dalam tubuh wanita itu sendiri...so sebenarnya bukanla wanita tu yang syok kat pemakai , tetapi si bunian dalam badan tu yang punya angkara...

Minyak no 3 ..terus jatuh syirik...selalunya menggunakan jin2 kafir or kalau jenis minyak dagu pakai semangat orang mati..

sapa yang mengamalkan minyak syaitan ni WAJIB bertaubat...sapa yang kawin dengan perempuan menggunakan minyak syaitan ni, jatuh HUKUM HARAM...ingat, niat yang baik tidak menghalalkan cara...

bayangkan, perempuan yang jatuh cinta kepada pemkai minyak pengasih,bukanla dia rela ,tapi dipukau...didalam badan mereka penuh jin2 minyak or semangat org mati kesan dari terkene sihir minyak...ini juga jatuh kepada HUKUM SIHIR...

Apakah kesannya kepada keluarga....bayangkan anda bersetubuh dengan isteri anda, dan didalam badan isteri anda penuh dengan jin2 pengasih or semangat orang mati...anda berasa nikmat, yang didalam tubuh anda dan isteri anda turut berasa nikmat...

Jadi ,sesiapa yang terbaca ,dan menggunakan minyak syaitan ni or yang bersangkut paut dengan khadam, wajibla bertaubat nasuha...dan lupakan la niat kita nak perempuan cantik, tapi memakai minyak syiatan or yang berkhadam...

adakalanya tok kiyai ni sesuka je cakap minyak ni pakai ayat quran, padahal kiyai tu pun tak tau, badan dia penuh bersarang jin2 ilmu dia..

paling mudah , mohon pada Allah..mintak pada Allah, AlLah kan bersifat ar rahman ,ar rahim pada hambanya...

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.
Related Posts with Thumbnails