kebelakangan ni banyak yang dtg berubat, or kemana - mana pun kita jumpa masalah jodoh bagi kaum hawa. Apa nak buatkan , zaman sekarang dan akan mendatang wanita lebih banyak lagi dari kaum lelaki.
-Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."
(H.R. Bukhari Muslim)
-Dan kita tak boleh nafikan dunia kita adalah dunia penghujung, saat yang dinantikan hampir tiba..
-tanda-tanda besar kiamat kelihatan satu persatu
-Sesuai dgn hadis Nabi SAW, lelaki makin sedikit dari kaum wanita, jadi ,masalah jodoh bagi kaum wanita tidak boleh di elakkan langsung
-andaikata zaman ni dikatakan zaman 1 laki 50 wanita, maka akan ada 49 wanita yang hidup membujang sehingga ke tua.
-Tapi kalu semua sokong lelaki kawin lebih dari 1, mungkin jumlah tu bolehla dikurangkan, tapi zaman ni, lelaki banyak yang kecut perut nak kawin lebih, jgn kata nak kawin, baru nak ada niat dalam hati pun dah kecut perut..perempuan pulak akan bermati-matian menolak poligami, ya lah , kalu semua perempuan sokong poligami, susah pulak syaitan nak buat keje, zina makin bekurangan,
-Pernah satu ketika ada seorang tua yang pakai jubah dan kopiah nasihat aku, (dia tak tau aku sapa pun)..
katanya ' kalu susu boleh beli kat kedai, nak buat apa susah2 kita bela lembu'... macamtu la takutnya seorang lelaki nak berkahwin lebih, lebih takutkan isteri dari takutkan ALLAH..
-Tujuan aku tulis amalan jodoh ni, bukan apa, sekadar membantu wanita2 yang belum bertemu jodoh, mudah2dahn dengan amalan yg sedikit ni dapat membantu cepatnya jodoh kita.
Ni doa dia..Insyallah..
Caranya..
1- Amik limau purut 3 biji(limau nipis pun ok), 1 baldi air, bacakan Yassin pada air dan limau
2- Lafazkan niat, Ya ALLAh , dengan kemulian dan keberkatan Yassin ini, aku mohon, buangkan la apa saja apa yang tidak baik yang berada di tubuhku (kalu nak rawat anak,lafazkan la apa yg tak baik yang ada di tubuh anak ku) , yang menghalang jodoh ku, sekiranya lambat ,percepatkanlah, sekiranya tidak ada, maka adakanla. \
3- Selawat 11 kali (apa selawat pun)
kemudian baca yassin sehingg selesai
4- potong limau rendamkan dalam air., then kita mandi air tu, niat bersihkan tubuh badan zahir dan batin
5-Baca doa di atas setiap kali lepas solat fardhu
6-lakukan solat hajat setiap malam 2 rakat minimum selama 40 mlm (tak susahpun,5minit dah selesai solat hajat tu )lagi byk solat lagi bagus( lepas period smbung balik solat hajat,cukupkan 40mlm)
7-lafazkan doa di atas sebanyak 40 kali selepas solat hajat, kalu malas 7 kali..40kali tu dlm 15mnt je
8-Bacakan doa diatas setiap kali pakai bedak, cuci muka atau setiap kali memandang cermin
Fahamkan maksud doa tu , kerana doa tanpa maksud, kurang sgt manfaatnya, mcm burung kakak tua 'say hello'...
insyallah, setiap mata yang memandang akan senang dan kasih dengan kita, kalu lelaki nak amalkan tambah lafaz doa selepas mukminin tu 'wal mukminat '
- Lebih banyak kita lafazkan doa, mudah-mudahan lebih cepat Allah makbulkan..Allah suka hambanya merayu-rayu dalam meminta.
4 comments:
Assalam
Masyallah...ana ada (2) orang anak dara. Jazakallah Tuan Haji mohon izin untuk diamal bila masanya.
CF
ASSALAMUALAIKUM TUAN...
MOHON PENCERAHAN, MANDI TERSEBUT KENA BUAT 40 HARI JUGA KE.
SEKIAN
qobiltu
Saya mohon mengamalkan..tuan. terima kasih
Post a Comment