Cerita Sedih nak start dah...
Last week minggu pertama Ramadhan ada jemaah dari kedah datang ke rumah....
Seorang Profesor dari UPSI,dan seorang tahfiz...
kedua-duanya datang dengan masalah masing2, bagi aku masalah Prof tu biasa
aje,kena santau...masalah si Tahfiz ni sangat menyayat hati....
Aku tak pandai nak karang cerita ni, kisah dia terlalu panjang..
Begini kisahnya...
Dalam 2-3 bulan lepas, ada 1 keluarga dtg kerumah ku, 1 keluarga sakit hampir 20
tahun, pegi berubat 1 Malaysia, pantang kenal je orang yang boleh merawat pasti
mereka terpacul di sana....antara yang paling teruk dalam 1 keluarga ni ialah mak
mereka.....pada setiap 3 bulan darah badan nya mesti ditambah kerana bekurangan., .
Pada malam tu la ,aku betul2 teruji, aku bertempur dengan Jin bangsa Ifrit,dan
Pocong ....
Malam tu betul2 ngeri, satu rumah aku bergoncang, hampir 3-5 orang histeria
serentak..Si Ifrit warning aku, jgn masuk campur...dia nak nyawa mak keluarga ni,
selepas tu dia berjanji lepaskan keluarga ni......
Tiba-tiba aku rasa hening....seram...seriau....jantung aku berdegup kencang....kalau
korang nak tahu bagaimana perasaan yang aku alami masa tu,korang pergi kubur dalam
12 tgh malam,duduk situ sorang2...perasaan itu la yang aku alami..
Dalam hati aku berbisik,dah lama aku tak diserang aura tekanan yang mcm ni punya
dashat...bangsa apa yang mampu menekan aku kali ni....dah lama takda bangsa Jin
mampu menekan aku
Tiba-tiba ,anak perempuan salah sorang dari anak keluarga berkenaan menjerit,
melompat, dan bertukar suara lelaki dan bercakap loghat JAWA kepada ku
'kau ni sapa nak, mampu ke ko tolong keluarga ni, ilmu perempuan sihir ni tinggi nak, dia
puja roh suaminya yang mati, aku yang gagah masa hidup ini pun mati,ini kan pula kau
BUDAK lagi nak...aku la yang bantu suami nya yang mati hidup balik selepas suaminya
dikafankan,ketika orang kampung baca yasin,suaminya hidup balik nakkk...aku
dipanggil untuk membantu maaatikaann suaminya balik...selepas 3 hari aku mati nak,
ilmu aku tak mampu kalahkan JIN ini nakkk..aku mati nak..aku mati nak..aku mati
nak...aku yang GAGAH inipun MATI, bagaimana ko yang BUDAK boleh membantu nak.....aku
terseksa nak,roh aku tak tenteram,aku dah matipun dia masih ganggu aku'
Aku termenung dengar amaran dari roh dukun tadi, hati aku diselebungi perasaan gerun
yang amat sangat, di mata aku memang terbayang jelas bangsa Jin dan Pocong yang
datang menyerang rumah ku malam ni..inila kali pertama aku rasa aku tak mampu
menolong...
"Kawan aku yang aku bantu hidup balik ni tinggi ilmunya nakkkk, dia kena bunuh ramai
orang untuk dapatkan jin ni nakkk,jin ni tak mudah tunduk pada manusia nakkk, ada
banyak syarat untuk dapatkanya nak, antaranya membunuh orang...manala dia amik ilmu
ni, jin aku pun kalah berlawan dengan jin dia...."
Setelah habis dia cakap, suara perempuan tadi bertukar menjadi suara lelaki biasa,
tiada lagi loghat JAWA, yang ada suara lelaki lembut, menangis-nangis dan merayu
pada aku..
" nak ,tolong cakap kat isteri aku nak, jangan puja roh aku lagi, aku menderita nak,
roh aku tak tenteram, isteri aku puja roh aku...aku tak mampu nakkk....mayat aku la
yang bangun balik tu......"
Aku terus terjelupuk...kes apa malam ni yang datang,betul2 giler....inila kali
pertama roh datang merayu pada aku dan yang satu lagi memberi amaran pada aku yang
aku masih BUDAK lagi...di mana dia pun tewas dan mati selepas 3 hari menolong...
Aku pergi ke belakang, menung dan berbincang dengan kawan-kawan ku yang turut sama
ada di situ...
"den tak risau kalau den mati tolong orang ni,yang den risau dia serang anak n wife
den"
Kawan-kawan aku semua diam, tak berani nak komen apa, mereka cuma mampu melihat...
Aku pergi berjumpa dengan ketua keluarga ni...aku rasa aku tak mampu tolong dah..
kalu korang nak tau, ketua keluarga ni juga seorang ahli perubatan, ramai yang
datang meminta tolong padanya, anak murid pada Haron Din...umur dalam lingkungan 60
an...
Melalui pakcik tu,aku baru tahu,keluarga dia ada ketika mayat tu hidup...keluarga
mereka saksi kepada kejadian tu,sebab tu keluarga mereka diganggu...dia kata dah
banyak orang yang cuba tolong dia..ini la kali pertama roh dukun tu datang,cara
percakapan tadi itu la wak.......,itu la dia yang tolong matikan balik mayat
tu,lepas 3 hari wak tu mati...hari ni baru pakcik tau wak tu mati sebab toloong
matikan mayat yang hidup ni....
"tolongla pakcik nak,pakcik tak mampu dah,dalam rumah pakcik ada pocong ( sambil
tunjuk gambar dlm hp yang cucu dia tangkap) ,ada bau kemiyan la,bau itu la...kalau
pakcik baca Yasin,5 anak pakcik akan menjerit-jerit histeria,pakcik tak mampu dah
nak, pakcik rasa roh ni datang mlm ni,tanda nak bagi tua yang anak mampu tolong
selesaikan kes ni"
aku diam....
"aku cakap aku tak mampu nak buat, roh tadi dah bagi amaran, aku dah mula gerun
dengar amaranya,memang aku pernah dengar kehandalan dukun ni dulu,masa tu aku kecik
lagi,dalam kawasan 20 km persegi,dukun ni diiktiraf yang dukun yang paling handal
dikawasan tu...dulu rumah kampung bertiang,dan boleh dipindah-pindahkan...seratus
orang cuba alihkan rumah tu dan tak mampu..malam tu dukun tu pindahkan rumah tu
sorang2 ....nama dukun ni cukup tersohor masa hidupnya....dia datang memberi amaran
pada ku,masakan aku nak mencuba-cuba lagi...
Aku cakap aku tak mampu pada keluarga tu...mereka taknak balik....tetap mengharap..
Aku tak pedulikan mereka, aku sambung rawatan pada tetamu lain dulu...
Dalam aku merawat tetamu2 lain...aku mula bengang dan marah, Jin-jin dan pocong
keluarga tadi ganggu habis semua orang dalam rumah aku,yang tak terlibat pun dia
kacau...dia betul2 mencabar aku malam ni...walaupun aku da cakap aku tarik diri dari
membantu,dia tetap mencabar-cabar aku..aku diam lagi...sorang2 tetamu aku dia
ganggu.,..aku dah mula geram...kesian orang lain...
aku cakap pada salah satu Ifrit yang menggangu..apa yang ko nak ? soal aku...aku nak
kooooo.....tuan aku suruh datang sini..,ko pergi kat tuan ko, cakap kat dia nanti
aku beperang ngn korang,......aku tungguuuuuuuu sahut si ifrit bangsat
mmmm,terus hilang semua gangguan....habis aku rawat tetamu lain,aku berdepan balik
dengan keluarga yang diganggu ifrit di..
Malam ni, mati-mati la..aku tak pedulik dah ....biar la aku bertempur secara ghaib
dan batin...kalu aku tewas malam ni...habis la riwayat aku, tapi kalu aku menang,
memang aku hentam dukun yang terlibat dalam kes ni...dukun yang terlibat ialah dukun
perempuan yang mengambil semua ilmu suami dia setelah suami dia mati..suami dialah
mayat yang hidup balik tu...
Malam ni memang mencabar..3 dukun mati dalam kes ni...aku cuma berserah pada Allah..
Setelah dibantu oleh ketua keluarga yang terlibat,semua Ifrit dan pocong yang sapa2
je ada kat situ pun boleh nampak aku buang,hilang la semua gangguan...semua rasa
lega....aku tak puas lagi, aku telah dicabar oleh dukun perempuan tu habis-habisan
tadi,smpai dia nak nyawa aku...malam ni dia mesti kena..aku pun mulakan upacara
pertempuran aku..wanita tukang sihir ni mesti diajar,kalau tak keluarga ni takkan
pulih sampai bila2..dia dah menderita hampir 20 tahun....
selesai....
Habis rasanya..pertarungan ghaib antara aku,ifrit dan wanita memuja tu,daashat
sungguh apa yang aku lalui malam ni..selalunya kalau dukun lelaki,orang asli pun aku
langsung tak gentar..mlm ni dia buat aku smpai nak tarik diri la...dashat penaangan
wanita sihir..sesuai firman Allah....
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman : Katakanlah, Aku berlindung kepada Rabb Yang
menguasai Shubuh, dari kejahatan mahluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah
gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus
buhul-buhul dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia dengki.
Al-Qurthubi mengemukakan: "Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang
menghembus pada buhul-buhul, yakni tukang-tukang sihir wanita yang menghembuskan
pada buhul-buhul pada saat membaca mantra". Al-Hafizh Ibnu Katsir, mengatakan, Dan
dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Mujahid,
Ikrimah, al-Hasan, dan adh-Dhahhak mengemukakan, yakni, para tukang sihi
perhatikan ayat diatasa...kenapa Allah menekankan tukang sihir wanita...bukan umum
sama ada laki ataupun perempuan....
sekarang aku dah dapat alami sendiri...subhanalllahhh
selepas mlm kejadian tu,aku tak boleh keluar malam selama seminggu......ada yang
mengganggu aku sentiasa...terasa sesuatu yang dilaknat Allah mendekati aku,aura
laknat tu Allah je yang tahu...sampai aku tengah solat pun dia datang tunjukkan
diri..Ya Allah..tuhan je yang tahu ngerinya mcm mana...
sekarang,aku dengar wanita sihir tu,terlantar dirumah tak boleh bangun,setiap hari
ada je yang datang melawat..dulu dia selalu keluar rumah siram bunga jam 10-11
malam..sekarang dari cerita keluar tu,si pompuan sihir tu terlantar ajee....
tapi kisah ni,bukanla klimak pada tajuk dia atas.....
dari kisah ni la,jemaah yaang dari kedah tu datang
ada sambungannyaa.....
9 comments:
perghhh...dasyhat sungguh ni....tak sabar nak tunggu kesimpulannya....
salam tok....
tukang sihir pompuan? ada gak perasan ayat tu...
alhamdulillah tok selamat...
moga Allah melindungi tok sekeluarga...
sampai ifrit pon ado ek?
isk3x...
kalau den ado maso tu, mesti dok diam membisu... takut...
salam tok...
hhmmm,memang ngeri tok...
bab tukang sihir perempuan ni saya setuju dgn tok,memang org pompuan kalau jadi tukang sihir,dasyat...dendamnya tu kadang2 di luar batas akal kita...
isteri saya menderita dah lebih 10 tahun pun gara2 tukang sihir perempuan...pun melalui cara puja org mati...
selalunya org bersuluk dlm pengajian tarekat akan didatangi ruh2 org alim,ikut rezki la...
kalu nak sendiri rasa,sapo yg tak cayo pegila ikut tarekat dan bersuluk
dalam surah al-falaq ayat 4 ada menerangkan tentang tukang sihir pompuan......
bahaya gak kan... hmm...
apa2 pon tok, time kasih kerana sudi berkongsi...
suluk tu apa ya...boleh bg pencerahan pd saya yg jahil ini.
perh....bleh tahan ceritanya
nampak sangat ramai yg perlu jd spt tok,
nk belahar ambil berapa tahun la nie:)
sambung lg tok....
Erkkk... x phm lh cite nih... ayat x tersusun. Pening aq bce...
Post a Comment