Dulu aku ingat orang kayangan ni Jin,tapi diorang pun tak mengaku diorang
Jin...diorang cakap diorang manusia la..manusia yang ghaib...aku pun enggak mengerti
dong, tapi bila terjumpa kes yang datang jumpa aku, anak ghaib dalam kandungan masa
kandungan berusia 6 bulan la, 7 bulan la, aku pun mula faham..
Mereka ni la manusia yang duduk di alam ghaib...
Banyak kes macam ni yang aku jummpa, dan doktor sendiri tak mampu untuk beri jawapan
pada kes2 yang begini..jasad bayi lenyap terus dalam kandungan...
Jadi jangan la salah sangka orang kayangan tu tetap Jin..ada jugak manusia yang
telah dighaibkan...
Begini al-kisahnya...
Satu orang kayangan datang hasil dari mentera yang aku baca..mentara ni aku dapat
dari orang yang dah arwah dah...untuk aku uji ilmu ni sama ada memakai khadam yang
baik or tidak,islam or kafir aku pun mula membaca mentera tersebut..aku kusyuk kan
fikiran, masuk dalam alam batin...dengar suara bising kedengaran berbual-bual dengan
aku,tapi perbualan tu aku langsung tak ingat kalau aku dah sedar, ni adalah perkara
normal bagi orang yang nak masuk ke alam batin...selepas berjaya lalui peringkat ni,
baru la ,baru la dapat keluarkan roh kita masuk ke alam sana tu..kalu dah masuk
macam2 ada...hehhehe...
terbabas kisah lain pulak..mcm ni,lepas je mentera di baca,turun la seorang
perempuan yang cantik paras rupanya, jelitanya..tapi menggelarkan dirinya Bonda
Fatimah...sapa2 yang boleh scan di jemput panggil ya,Bonda Fatimah namanya..tapi aku
nak pesan kat korang yang boleh panggil Bonda ni,jgn minta PELARIS dari
dia,malang,dia ni nak pengeras..kalu dia dah sebut pengeras dia nak,dia tetap akan
amik duit tu..yang bestnya pengeras dia bapak punya mahal, ada sekali tu dia nak paw
aku 4 ribu, aku saja je nak test ilmu pelaris dia handal ke tak, memang la
handal,tapi dia nak 4ribu..aku xnak kasi,aku cakap kat dia takkan la alam ghaib
pakai duit..mengarut je, aku sedekah fatihah dah la..dia xnak..dia ckp dia suka
shopping..pelik la aku...betul2 perangai mcm orang kat dunia..
aku tetap xnak bagi duit tu,yang best,selang beberapa hari lepas dia buat pelaris
untuk aku..duit collection cafe aku setiap hari hilang, walaupun masuk dalam peti
besi tetap hilang 50-100, selalunya collection cafe lebih kurang 3-5 ribu sehari,so
memang tak perasan la kalau hilang RM50 ke RM100 tu...tapi wife aku la perasan,sebab
bisnes cafe ni aku bagi dia jaga, dia mengeluh ngn aku duit collection manjang
hilang setiap hari lepas closing...
Yang best,duit perubatan yang orang bagi kat aku, dia langsung xnak usik, aku letak
dalam satu beg khas,(bulan2 dekat 7-8 ribu jugak beb duit perubatan ni,so sapa2 nak
buat full time jadi perawat aku sangat galakkan,kiranya jadi Doktor Sakit Jin la),
cukup bulan wife aku amik duit orang berubat ni bagi sedekah pada anak-anak
yatim,ada jugak yang aku bagi kat murid2 yang bantu aku berubat tu..duit ni xnak
pulak dia usik...,
So lepas aku scan ,usha2 sapa yang duk merembat duit dalam peti besi
ni,..tangggg,....rupa-rupanya si Bonda..ni aku mula nak marah ni...
Aku pun panggil Tok Itam, aku mintak dia pergi naik kayangan (kayangan ni kat atas
sikit tu la,kat area2 langit tu) panggil si Bonda Fatimah ni turun,sebab aku panggil
dia xnak datang...
Lepas beberapa minit Tok Itam turun, muka ada sikit lebam la..aku tanya kenapa..dia
cakap dia malas nak balas..bonda tu perempaun....Bonda xnak datang...ntah sapa lipat
muka dia,dia pun tak perasan kata Tok Itam..yang dia tau ada benda besar datang
sekelip mata hentam dia..
Bonda ni ada kerajaan dia..kiranya kerabat la,banyak bodyguard dia kata tok
itam...ooo,ko ada bodyguard yerr...
Aku panggil Sheikh Ibrahim pulak,sheikh Ibrahim ni duk Makkah,kira tak selalula aku
panggil,dia jauhkan.... hehhe,banyak kenalan aku dlam alam Ghaib ni tau..berkawan
tak salahkan,jgn sembah diorang cukup,tiada daya kekuatan selain dari Allah tau,kita
ni semua makhluk ,jgn terpesong sudah... tu je..lagipun diorang ni semua telah
diarahkan oleh 'seseorang' untuk ikut perintah aku....
Sampai je Sheikh Ibrahim,aku terus mintak dia pegi bawak Bonda Fatimah datang jumpa
aku...sokojap jo sampai si Bonda dengan keadaan marah-marah...sapa suh ko buat hal
ngn aku kan,jangan la marah geng..dah la buat pelaris sikit je,nak charge aku smpai
4 ribu..bila xnak bagi,amik senyap2 pulak...mana boleh...aku mana tau,aku ingat masa
dia mintak 4 ribu tu dia gurau2 je,rupanya dia memang betul2 nak pakai la,n dia
betul2 boleh ghaib kan duit aku la.....
Aku pun soal dia...duit ni ko nak wat pa bonda...dia pun jawab..................
24 comments:
salam tok....
selalu dgr anak hilang mesti igt bunian...
ada gak ye kayangan ni tok....
sambung tok, tak habis lagi tu.. hu3x...
tok buat suspen lagi..huuu
Hebat lagi tok belagak sebab dia siap boleh serang dan hapuskan terus kerajaan kayangan n siap boleh campak tempayan emas ke bumi, satu dia kata dicampak ke negeri sembilan, may be rumah tok said kot....itu akak baca dlm blog darulsaka....betul tak betul tu wallahualam....tapi dia siap suruh murid2 dia yg terror scan tu scan time dia berperang dgn kerajaan dewa kayangan langit ke brp akak tak ingat.
apa pendapat tok?
Boleh caya ke diorang ni, takkan kita boleh terus percaya kalau dia kata yg dia bukan jin tapi org kayangan?
Harap dapat pencerahan.
orang kayangan ni mirip bunian, tapi xmengaku bunian dan xmengaku jin...bunian pulak tak mengaku jin...diorng pun sama mcm manusia gak,ada yg menipu ada yg jujur...
tapi memang hakikat yang sebenarnya Manusia la makhluk yang paling sempurna
diorang nak tipu lantaklah haii...
Allah lg hebat...
Jin pon ada lam... Hehehe...
takdo pulak saya nampak tempayan emas mana-mana,dah kena curi ngn raja bunian kut tempayan emas tu..diorng boleh buat shoping
apo lah akak72..dah nama pun blagak..unsur riak dah compom..jgn provok2 kak..tok blagak xkn layan blog dan berubat2 ni klu dah dpt emas byk tu..dia nak kawin dengan akak72 pun blh..hehe...nti leh jd akakpoyo lak hehe...
teruskan ushe tok..
sy di belakang folow tok.
senyum sokmo kang sek kiterrr
semoge berjaye tok....
asalamualaikum...seronok jugak baca blog atok ni...banyak yang saya tahu,alhamdulilah..terima khasih tok.
salam..
betul ke benda nie ada? mcm x caye ja.. blh x tgkkn secara live kat saya.. saya pernah gak dgr cite org kayangan nie..
teringin gak nak tengok..
Mesti bonda tu jawab nak shopping. Hehehe..
boleh search di google atau di youtube tentang Perbualan Puteri Sara, Raja segala Raja-raja Bunian seluruh dunia yang bercakap melalui cucundanya manusia kacukan Bunian mengenai siapa Bunian, bila golongan Bunian dicipta, apa tugas Bunian, benarkah Bunian adalah golongan jin. Semuanya akan terjawab dengan pendedahan Raja Bunian itu sendiri. Wallahualam..
Saya suka dengan statement saudara "bunian pulak tak mengaku jin...".=)
Saudara boleh melawat blog Bentara Tujuh atau mendengar "Perbualan Terakhir dengan Puteri Sari" di youtube. Mudah-mudahan ia menjawab kekeliruan yang timbul mengenai kaum Bunian sejak dari dahulu lagi menerusi Raja segala raja-raja Bunian seluruh dunia itu sendiri.Wallahu'alam.
salam, kalau Tok kelapangan bolehlah mendengar "Perbualan terakhir Puteri Sari" di youtube dan boleh search blog Bentara Tujuh di google. Ia berkaitan salah faham asal usul kaum Bunian selama ini bertepatan kenyaatan Tok di atas "...bunian pulak tak mengaku jin". Lebih menarik lagi pendedahan ini dibuat menerusi jasad cucu Raja bunian itu sendiri, satu-satunya manusia kacukan Bunian dan dikatakan ramai ustaz-ustaz kanan dan ulama Darusyifa' di Bangi mengetahui keadaan ini dan berterima kasih kepada mereka. Sekadar berkongsi info.
Salam
Salm
Askum
Percaya sngt benda karut kayangan lh apetah... semua tu jin golongan jin.. kerajaan konon tu kerajaan jin.. tukang sihir dn jin. Sedangkn langit ke7 tu pun jin xleh tembus apetahlh lg manusia.. hanya malaikat je yg boleh naik ke langit ke7. Dari percaya benda karut semua tu baik baca alquran tmbh pengetahuan agama islam tu.
Memang byk alam2 yg kita tidak ketahui lg. Memang btl bunian dgn jin xsama..tpulang nk pcaya ke taknak
Ak selalu kena bwK prgi negara dia org dgn naik burung yg besar. Dn ak ada kwn prmpuan. Nma dia noren. Dia sllu bwk ak jalan2 kt sna. Perkampungan yg cantik. Ak jln2 kt kmpung dia. Sgah kruma jiran dia. Tpi jiran dia tu setan. Setan pon ada anak. Fmly bertaring. Huhu pnjg klu ak nk cite. Nnti org kata aku meleyweh atau gila atau srik.xada perjanjian apa2 cuma dia org ska ak.tpi sjak2 ni meren x dtg. 😢 mkin dia cmburu sbb ak nk kwin.
Ak selalu kena bwK prgi negara dia org dgn naik burung yg besar. Dn ak ada kwn prmpuan. Nma dia noren. Dia sllu bwk ak jalan2 kt sna. Perkampungan yg cantik. Ak jln2 kt kmpung dia. Sgah kruma jiran dia. Tpi jiran dia tu setan. Setan pon ada anak. Fmly bertaring. Huhu pnjg klu ak nk cite. Nnti org kata aku meleyweh atau gila atau srik.xada perjanjian apa2 cuma dia org ska ak.tpi sjak2 ni meren x dtg. �� mkin dia cmburu sbb ak nk kwin.
Itu dewa lah kot, kehkeh
Post a Comment