Saturday, September 16, 2023

Mandi bunga/amalan/doa untuk Aura

 Satu perjalanan untuk membetulkan dan menaikkan aura insan.. ada yg faham apa itu aura, ada yang sekadar cakap , “ wah dasyat la aura dia” , ada yang langsung tak faham..

Aura sebenarnya berkait rapat dengan amalan seseorang.. orang sedekah dasyat auranya, org alim sejuk mata memandang, org kaki gemgster gerun auranya , orang yang amal doa khusus cthnya supaya org suka mekar auranya , orang meniaga auranya menarik , orang politik auranya pemimpin , itu lah contoh aura -aura setiap manusia.. semua ni ada pilihan, dan amalan.. mana yang kita nak?

Sunday, October 6, 2019

Perjanjian Syaitan

Satu lagi kes budak tahfiz, di tipu oleh syaitan menyerupai wajah perempuan cantik, dan ajak berkawan... dgn hati yang suci murni, pelajar ni stuju buat perjanjian berkawan sehingga mati, tanp menyedari , kawan alam ghaibnya sebenarnya syaitan...Jadikan la ini sebagai pedoman supya ibu bapa sentiasa jadikan anak anak seperti kawan supaya semuanya dikongai oleh anak...

Wednesday, August 28, 2019

Kehebatan Solat Hajat Jemaah

Solat Hajat dan Yassin malam jumaat  bukan sekadar budaya

Selalu kita dengar , masjid/surau mengadakan solat hajat dan bacaan yassin mlm jumaat untuk pelbagai hajat. Ada yang mengangap ianya hanya budaya turun temurun dan cukup sekadar buat sbagai aktiviti masjid/surau.
Ada satu kisah menarik yang berlaku di mekah pada tahun ini. Di mana seorang sahabat sy di uji di mekah ketika menunaikan fardhu Haji. Beliau merupakan seorang pensyarah di Univ tanah air
Saya panggil Prof , 3-4 hari sbelum hari wukuf, Prof di uji dengan kesakitan yang amat sangat pada pinggangnya (slip disc ) , sehingga tidak boleh berdiri, dan sakit ketika duduk. Berhari2 prof menahan kesakitan, mengambil pain killer, sehingga sampai satu tahap, tangannya utk menyuap pain killer pun tidak mampu. Malah pain killer di tangannya terjatuh, dan Prof dlm keadaan duduk , untuk mengambil ubatnya di lantai pun tak terdaya.Sehingga bergenang2 air matanya menahan kesakitan yg amat sgt di pinggangnya. Begitula keadaan prof 3-4 hari sebelum hari wukuf.
Isterinya rasa amat bimbang , berdoa terus berdoa sehingga buntu apa yg perlu di buat.Andai kata tiba hari arafah, keadaan Prof masih begitu, sukar utk beliau melakukan  ibadah haji. Hatta bergerak sedikit pun, kesakitan yg terasa sampai menitik air mata.
Tepat pada malam jumaat, isterinya menghantar msg kepada jemaah surau/masjid di mana Prof adalah Setiausaha   surau/masjid kawasanya itu. Isterinya mohon supaya jemaah di kampung membuat solat hajat dan bacaan yassin khas untuk suaminya. Memang rezki, kerana surau/masjid tempat mereka memang sentiasa membaca yassin secara jemaah di setiap malam jumaat. Maka malam itu, jemaah mereka buat khas solat hajat dan yassin khas utk kesihatan Prof.
Alangkah ajaibnya , tepat selesai waktu maghrib di malaysia. Prof terus boleh bangun terus sihat tanpa bantuan Ubat di mekah.Ajaib!!!!!!!!!ketika sy jumpanya di mekah, beliau dan isteri sedang ber ihram, untuk membuat umrah kali ke 6..
Subhanallah, ajaib sungguh solat hajat jemaah dan doa dlm bacaan yassin di malam Jumaat. Sungguh penuh keberkatan dalam jemaah.Allah tunjukkan cash. Zaman sekarang, orang muda mula lupakan amalan mulia tok nenek kita. Jawapan paling senang kenapa tak buat. bidaah!!!

Tok Said
Jemaah Haji
Makkah mukaramah ,
22 ogos 2019
14.32

Monday, February 1, 2016

Penunggu Harta Karun

asslamualaikum..

lama dah tak cerita ceriti kat dlm ni..

teringat satu kisah dulu masa den follow diorng main2 tarik harta karun, barang mistik, keris , batu dan sebagainya..amik or tarik barang2 lama peninggalan org zaman dulu.

Dalam masa duk main2 benda ni la , aku berkenalan dgn bunian Tok Parot, Tok panglima Hitam..Tok hijau, tok Panglima belang dan bermacam2 tok lagi la..

dan dari perkenalan ni smua, bermacam ilmu lagi la yg aku dpt pelajari dari diorng semua,, kisah diorang di alam sana, bagaimna diorang tinggal..tunggangan diorng..

kiranya mcm ni la, sapa punya tunggangan yang lagi hebat nbesar pada diorng, diorng la terhebat dan gagah di alam sana, sbb dpt menundukkan binatang hebat..

geng aku yg tok panglima hitam wat masa ni terhebat dlm pandangan aku..tp tok panglima hitam hanya la gelaran di sana, mcm manusia, ada dato2 ,dato sri dan sebagainya..

Tok hitam geng aku, tungganganya buaya puteh besar (itupun aku yg bagi, aku buang saka bini aku dulu, buaya putih keemasan, bapak punya besar, bukan main happy tok hitam dapat hadiah buaya puteh golden lagi :)...itu tunggan dia di ayer, di darat harimau , dan di udara burung ( burung ni pun aku gak hadiah, burung ni aku dpt dr kayangan, tp aku bukan boleh naik,jd aku hadiahkan la kat tok itam ..mcm crita dongeng pun ada..malas nak cerita sgt sbenarnya,,tp sbb ni blog aku, aku letak je la,takut ni cerita2 aku smua terlupa..cerita yg terlalu MISTEri ,biar la rahsia kan...

balik balik pada kes harta karon..nak dijadikan cerita, aku dulu ada ladang sawit 100ekar yg akuusahaka, kawasan tu dulu kawasan komunis..di area n.9 , mmg situ terkenal kubu kuat komunis..

jadi, dah ada la ,suara2 kata kat ladang aku tu ada bepuluh puluh jongkong emas..

jadi masa tu aku pun bukan power sgt, aku jumpa la satu makcik ni, yg handal dgr ceritanya..boleh keluarkan emas bjongkong2..

sampai tarikhnya, kau pun bwk makcik ni pg ke ladang, mkcik ni mmg handal, barang hilang ke, org hilang ke , dia boleh tau kat mana..kalu org kena sihir, dia boleh keluarkna barang dari rumah pesakit yg di tanam.

jadi ,makcik tu pun sampi la tempat tersebut, kami pun sampi..buat la upacara eh , ngn bunga 7 warna..garam la ..so bila da smpi je tempt tu, makcik tu pun campak la barang2 tu..tungu punya tunggu, punya tunggu..habuk pun tak kuar..siut la makcikni..dah la habuk pun tak kuar, duit upah dia nak jugak..kang tak bayar kesian pulak..bg l ajugak upahnya

hantar la dia balik ,terbang rm600 kat dia,siut tul, moral of the story, kalu nak kaya ,kita pg cari duit sdiri, no shortcut..

aku pun mlm tu frust sgt la.,nak test ilmu, nak tgk betul ke kat situ ada emas ber jongkong2..dah 2x kena kencing ngn dukun n bomoh konon boleh tarik..

so mm tu, sblum aku tido, aku dah baca2 ayat utk kuarkan "jiwa" aku, pg tgk tempat tu secara alam  roh (nak test je,jadi tak jadi balakng kira) , sebenarnya ilmu ni merbahya, dan bukan smua org boleh kuasai..

dulu ada sorng org tua yg power, dia sakit gigi, jumpa doktor nak cabut, tak payah pakai bius, masa doktor nak cabut, dia kuar dari sarung badan,pg jenjalan, doktor dh habis baru dia masuk xdo la dia rasa sakit.

so bebalik crito den tadi, den pun dah mula la upacara nak kuarkan jiwa den, bukan senang tau, susah nak wat benda ni, banyak tak jadi dari jadi...tp yg paling best ,masa malam den dah ready nak kuar tu, dlm antara sedar tak sedar ,jiwa den belum sempat melayang pegi ke tempat harta karun tu, PENUGGU harta karon tu da smpi dulu...

siut tul penunggu ni..den belum sempat terbang, baru je dlm rumah lg, member da standby dtg 2-3 ekor dlm umah..rambut pnjng kerinting(puntianak rebonding kan) , baju putih labuh comot, tinggi sampai ke syiling umah...dia sudah cekek aku dulu la bro..tersemput aku dia buatnya..

masa tu aku di tingkat atas , di tingkat bawah , mak mertua aku masa tu ada umah, dia pun nampak mahkluk yg sama..sudahhhh..aku baru je nak scan, diorng dah dtg serang umah aku ni...

ada rezki sambung yoooo

Sunday, January 31, 2016

Mohonlah Pertolongan Daripada Allah.... Jaga Allah....



Tajuk yang harus den nak syer untuk tatapan dan kongsi-kongsi bersama.................

Bukan apo.... kadang-kadang den rasa terkesima dengan kenyataan yang dicakapkan oleh pesakit mahupun keluarga ehh.... sodih plak bilo mano den konangkan.... mano tidak eh, solat xjago, abih tu,, kalau kito ni xjaga Allah mcm mano Allah nak jago kito,,,,,

den syer skit la,



Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ  beliau berkata:
“Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: “Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
  • Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
  • Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
  • Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.


Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

“Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.”

Surah Al-Ghafir, ayat ke 60,Dan Allah berfirman, 

“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”

den berpesan kepada semuo dan diri den yang hina nie jugak.... ingat firman Allah dalam Surah al Dzariyat ayat 56 “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu.” 

tengok balik dan kaji balik apo tujuan Allah turunkan surah al dzariyat 56, tujuan eh cumo satu, manusio nie diberi peluang tuk hidup kat bumi Allah ni bukan tuk makan minum, rilex, tido dan lain2, tp satu je tujuan eh,,, matlamat eh iaitu menyembah Allah, tuhan yang Maha Esa...

sonang cakap, kito nie jauhkan la diri dari semua yang bertentangan dan dimurkai Allah (amar ma'ruf nahi munkar, dan jangan la kito beribadah selain ALLAH.


ittaqullah !!!





Tuesday, January 12, 2016

Cara Mudah Nak Kesan Jin @ Gangguan Ketika Solat (Basic sangat)

 

Arini den nak kongsikan cara yang paling mudah, speaking skit "basic" untuk kito sama-sama tengok dan perhatikan cara nak kesan Jin atau Gangguan pada diri kito atau orang lain, tanpa perlu menggunakan kuasa power rangers dan seangkatan dengannya.

Cara eh macam ni.

- Bila kito start nak solat dalam keadaan Qiam. (maso baca iftitah @ bacaan2 lain)
- Badan dah mulo terhuyung hayang xtontu pasal.
- Bilo kito togakkan balik balik badan,, jap laei jadi balik,,,,,,,
- Maknonya ado la yang menumpang badan kito tu 

tu la tando2 yang paling basic untuk nak kenalpasti gangguan pado diri kito.

kalau xpon... kito boleh tengok kat orang lain maso sembahyang...... berayun tak badan eh...


Nanti tanyo plak macam mano nak buang gangguan.....

So, den sarankan gi la berubat dengan kadar segera..........

Ganggu jo amalan kito nanti dengan Allah..... (tapi ramai dengan peratikan buat xtau je)

Nak datang berubah, Insyaallah boleh usaha datang ke Klinik Ruhaniah, 

No 27, Taman Komersial Senawang Seremban N.Sembilan

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No 27, Taman Komersial Senawang Seremban N.Sembilan

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
o 27, Taman Komersial Senawang Seremban N.Sembilan waktu Rawatan lepas isyak setiap malam kecuali ahad malam.... (Belakang Pasaraya Giant Senawang,Pusat Rawatan bersebelahan klinik Waqaf an-Nur di atas kedai Tupperware)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Alamat Pusat Rawatan Ruhaniah No 27, Taman Komersial Senawang Seremban N.Sembilan waktu Rawatan lepas isyak setiap malam kecuali ahad malam.... (Belakang Pasaraya Giant Senawang,Pusat Rawatan bersebelahan klinik Waqaf an-Nur di atas kedai Tupperware)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


Tuesday, January 5, 2016

Kisah di sihir dan Ilmu sesat........ (Video)

 

Kisah terbaru…. Dalam banyak2 kes yang berlaku sekarang ni, banyak jugak yang menguji tahap power rangers aku… baru2 ni datanglah sebuah keluarga yang menghadapi masalah dan perlukan rawatan.
Kisah bermula begini….. jeng….jeng….jeng…

Seorg budak lelaki ni balik ke rumah mak mentua dia...Masuk je waktu maghrib mak mentua dia mintak tlg azankan. Iyelah…. Menantu xkan nak menolak plak permintaan mertua…

Baru azan 'allahuakbar 2x' tetiba budak laki tu jatuh xsedar..Pastu muntah keluar mcm2.. Bini dia pun meracau jugak.. Kes dirujuk ke 'ruhaniah' ghosthunter dept dan mendapati pasangan kena belasah ngan sihir org asli.. aikkk….. banyak jugak kes sihir orang asli sekarang ni.. (kata hatiku yang kesepian)

Masalah tu ditambah plak bila didapati berlarutan, rupanya tu budak lelaki..ada pakai ilmu jin jugak tp jin dia xmampu nk lawan power org asli tu.. Baru laa rahsia tebongkar.. Pak mentua dia ..ipar dia semua x pecaya Aku suruh balik je kalau x ngaku.. Bapak dia boleh kencing..daie sakti dia jgn nk kencing zasssssssssss

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Yunus: 106)

Puas laa ipar dia pujuk,, pujuk punya pujuk menggunakan kata2 serta tatabahasa yang terbaik akhirnya dia mengaku jugak ada ambik ilmu mcm2.. subhanallah……………..

Aku biarkan keluarga tu betokak sama sendiri selsaikan masalah diorang.. Budak tu cakap itu ilmu utk jaga mak dia, adik beradik dia...asalkan dia jaga sembahyang... Cehh..ini semua syirik..! tahap sakti halilintarku xsabar nak zasssssss die ni…… kenapa orang sekarang tidak percaya pada kekuasan ALLAH…. Hanya ALLAH yang patut disembah dan meminta pertolongan….

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik kepada-Nya dan Dia akan mengampuni dosa lainnya yang berada di bawah tingkatannya bagi siapa saja yang dikehendaki oleh-Nya.” (QS. An Nisaa’: 116)

Ingatkan dah settle, tp budak lelaki ini tetap xnak buang ilmu tu walaupun dah ditarbiah banyak kali,.,… pusing punya pusing,,,, simpang punya simpang…. Die tetap xnak lepaskan…
Pendekatan yang terbaik….. keluarga die paksa utk buang ilmu tu jugak walaupun die tidak merelakan pemergiannya…… cehhhh dah mcm lagu plak.
Bila dah setuju,,,,  maka bermulalah proses pembuangan ilmu karut tu,,,,,, Tepaksa juga dia melepaskan ilmu dia ambik tu..

إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
“Sesungguhnya barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sesungguhnya Allah telah mengharamkan surga baginya dan tempat kembalinya adalah neraka, dan tiada seorang penolongpun bagi orang-orang zhalim tersebut.” (QS. Al Maa’idah: 72)

Belanja sikit video……….

Friday, December 25, 2015

Mereka Sedang Menunggu Giliran....

Doa. Usaha. Ikhtiar & Tawakal


Semoga Allah permudahkan segalanya......


Monday, November 2, 2015

Anak Menangis Malam



Huhh, lama betul dah den tak menulis ni..entah mengapa tepanggil untuk catat sikit2 lagi

Anak kecil yg bersih lagi suci , boleh melihat terus alam yg tak mampu dilihat kita, dan bg bayi yang kecil ni, mereka hanya mampu menangis bagi isyarat yg mereka diganggu , ketakutan,kesakitan, atau kelaparan.

Selalunya punca budak nangis mlm <

1 - Diganggu puntianak
2- Rumah ada gangguan
3- Pergi kawasan2 keras
4- Bawak anak keluar mlm ( mmg benda suka mengikut )
5- Saka nak turun
6- LApar susu hihi, ni standard la

Maksud den, susu dah bagi, smua dah settle, menangis je tak abis2, penah skali member den baru balik daari kampung, anak dia slalu tak menangis malam, kali ni menangis tak bhenti2 smpi keletihan tertido, bangun je mata nangis balik...

mengadu ngn den, den pun tgk , aada benda yang mgikut, den suh sediakan 3 biji limau, letak kat satu sudut, den baca dr jauh, den amik limau tu, potong, masukan dlm air..renjis la keliling budak tu..insylahhh senyop terus

Napa rukyah pada limau...sonang, sobab benda2 ni smua goyang habis ngn limau n garam..so sonang sikit kojo kit..contoheh ..ular takut ngn belerang..nghimau takut ngn kayu tas..mcm tu laaaaa


Bagi anak yang menangis mlm ni, kalu setakat gangguan "tersampuk or kena ikut dek puntianak ni or jin jin liar sonang je kita nak settle..tp problem kalu anak ni dah kena "aim" ngn jin saka ..ni agak payah nak settle...saka mula membuat tapak utk future development dikalangan diorng..maksud eh "peganti tubuh baru mereka'.....


Friday, January 23, 2015

Serangan Ular siluman

Salam semua, semoga semuanya ada dlm lindungan Allah, byk betul benda berlaku kebelakangan, tanda2 akhir zaman : )

1- Entah kenapa sejak 6 bulan kebelakangan ni , banyak betul pesakit yang dtg ke pusat rawatan di serang oleh ular-ular hitam yang melingkar di badan dan kepala pesakit.
Bukan saja pesakit2 yg kena, murid den pun jln tehengkut-hengkut dan bila tgk je apa yg serang, tetap jugak ular hitam...aku pun pelik kenapa jadi mcm ni...

Sampai bila ada pesakit yg sama berulang-ulang kena serangan ular ni, aku diam je taknak jawab dah, bukan aku tak nak jawab, kang bayk soal, "asik ular je ustaz"..abis takkan aku nak tipu kata org kayang datang syok kat 'hang' : ) , jadi lebih baik den diam jo..jgn ckp apa2..ponek nak becakap byk2..org tak paha,.. den pun tak paham, persoalan eh, mano dtg ularrrrr ni semua..

Dulu ada kes, member den , kene hentam kaw kaw ngn ular, dia ni leh berubat gak la, mula  jinak2 blajar ..so satu hari tu dia kena simptom mcm keracunan makanan, berak muntah, tak boleh makan nasik, sampai dalam masa seminggu berat turun sampai 3-5 kg..tapi dia just syak keracunan makknan, so bila klnik dah pg, ubat dah makan still tak sembuh, dia pun dtg jumpa den..

Den pun mcm biaso la, mengaktifkan super sonic scanner cap ayam den..nak tinjau2 apo yang ganggu..den tgk sihir takdo..saka takda..puaka takda..jin takda..dlm badan takda ...hantu takda..superman takda..batman takda..apa ya!!!! dlm bdan clear je pulak.....

Sekali ado ular la duk belit dia baik punya, kat bahagian perut eh..scan den ni scan tahap bangang, tak leh tgk  mcm pakai mata zahir..kalu ada org yg bg kelebihan tu senangla..sekali tgk je terus nampak semua, den masih lomah..

lepas tu den pun ckp samo eh, ada ular duk belit..dia pun ckp la mmg dlm sedar tak sedar dia nampak ular besar hitam tinggi sampi ke bumbung umah eh jelir pandang dia mcm marah nak serang dia..dia baca la ayat rukyah, lepastu tersedar..

Den ckp apa ko buat dia marah, dia kata , dia rasa dia pecahkan tempat sembayang ni, dia beli umah baru, so umah tu dulu duduk non muslim, kat laman eh ada tempat sembahyang, dia pecahkan la ...

owhhh..patut la kena serang, situ tempat pemujaan la ,mesti la ada yang buat port..

---tapi kes mcm ni biasa aku jumpa, kalu kita duk kacau tempat smayang org, mesti kena hantam..ingat !!!! kalu tak kuat or ada ilmu jgn cuba2 kacau tempat2 pemujaan n tempat smayang diorang..

-ada satu kes , anak murid den yang rawat satu kes, ada budak remaja duk tendang tak silap tempat smayang diorng, kadang2 benda tu ada tepi jalan, lepas dia dah tendang,budak tu ckp, "ni mesti ALlah suka aku wat mcm ni" lebih kurang cerita mcm tu...sejak dia tendang tu, balik dia terus monyok . lepas tu histeria ..tak makan tak minum 2-3 hari...anak murid den gagal sembuhkan"sembuh ajal maut milik allah' kita cuma usaha..selapas balik je dari berubat mlm tu, pagi esok ,budak remaja tu meninggal ..innalillah...

kes ni leh jadikan peringat supaya tak menggangu tempat pemujaan or smayang non muslim..dan Nabi pun larang kita mennganggu tempat smayang mereka..selagi mana mereka duduk dan taat pada pemerintahan islam

-berbalik kes , kebelakangan ni ,serangan ular menjadi-jadi..aku pun hairan, kerana ular ni bukan la dtg kerana sihir, dihantar, or tepijak sarang dia ke, kacau tempat port dia ke, tapi aku pelik kenapa ada dekat ramai org..sampai lm seminggu tu bepuluh kes yg dtg pasal kes ular..

ular jin ni masalah dia adalah biantang, kalu kita takda ilmu ,sekadar rukyah je ,dia mmg takda kesan..sebab dia binatang..kalu baca ayat2 quran , yang panas ni jenis jin yg mcm kita ,bersyariat , jin kapir, taknak peluk islam,ular takda syariat...so mmg org yg kuat mengaji ke apa ke , smua ada potensi utk kena belit ngn jin ular ni,..

cara rawatan dia lain, kalu nak blaja ngn den kenala nyanyi lagu 'tunjuk ajar ku sifuuu' : )

simpotom jin ular ni

1-mcm gastrik,
2-perut memulas mcm kena belit (memang kena belit pun)
3-bahu sakit
4-dada pun
5 migrain ..
6-bisa badan kalu dia patuk

--------------------------------------------------------------

aku hairan mana dtg ular ni..aku syak ada komplot "uncle Sam' untuk melemahkan umat islam, sbb badan kita jadi lemah bila kena hentam mcm ni..n masalah besar kalu kita rukyah dia wat ttak port, simptom mcm perawat selalu ckp, ada rasa panas tak..(panas kalu jin tu duk dlm badan) ni dia belit kat luar,, ada rasa pegerakan tak..smua perasssan ni takda, yang ada cuma rasa mcm atas tu la

ni mesti komplot orang n makhluk alam sana...aku confirm, mana mungkin leh dtg byk gilerrrr ular ni

ni dah akhir zaman..diorng ni smua jadi sakit, ni mesti konspirasi sihir secara besar-besaran, caranya ialah lepaskan ular sebanyak-banyak eh utk belit seramai-ramai org

mana diorang amik ular ni aku tak tau, tapi yg aku tau melalui ilmu aku, "uncle sam" mmg ada bela ular, dan ular dia bermaata satu, aku tau pun sebab ular tu ada dtg umah aku satu masa dulu..

dulu aku ingat lagi , aku mimpi..dlm mimpi aku setakat lawan ngn syaiitan n jin ni biasa, maklumlah kau ubat org, ko aspek diorang tak balas dendam ke..selalunya aku mesti lawan la dlm mimpi tu..

tapi kali ni dlm mimpi tu aku lari setakut-takutnya...mana tak lari, ada ular besar gunung keja aku..dlm mimpi tu aku kecik macm tikus je, lari dari nak kena makan ngn ular besar gunung angsi...fuhhhh mnengucap aku...

menakutkan sungguh..bini den pun mimpi raksasa laut mata satu keluar nak serang..kisah eh mcm ni....

aduhhhh...nak azan..wa cau dulu

Tuesday, August 19, 2014

Mengenal Allah, Mengenal Diri , Mengenal Syaitan , Mengenal Jin

Bismillah,

Kalu melihat pada tajuk yang aku nak kongsikan ni, memang takkan mampu nak ulas dlm blog ni.
silap-silap 10 jilid buku pun tak habis.

Sesungghunya , ni lah ilmu tertinggi yang aku dapat dlm pengajian sepanjang10 tahun dalam dunia kerohanian. Tetapi ilmu yang ada tidak diasah tak berguna juga. Sekadar tahu dan tanpa amal tidak membawa makna apa2. BUkan la aku nak mengatakan ketinggian ilmu aku, cuma aku memberi contoh, ilmu solat yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita, kalu tidak di amalkan, bukan saja berdosa, malah di humban ke API NERAKA. Nauzubillah..

Bukan la mudah nak mengenal Allah, .........................subhanallah, aku pun hanya seciput yang dpt...

Banyak ungkapan dari orang2 ilmu hakikat, man arofa nafsuhu, faqad arafa rabbah, 'barang siapa kenal dirinya , maka kenal tuhanya '

..nampak ungkapan ayat tu begitu mudah, tapi aku mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahami ayat yg pendek tu..berdoalah byk2 semoga kita di berikan ilmu dr Allah yg maha Besar untuk mengenal Zat Allah...ada yang diberi secara anugerah, ada yang diberi setelah umur 60 ,70, 80 dan seterusnya.

Mengenal diri...pun tak abis jugak, doktor nak belajar fizikal manusia aje mengambil masa 6-8 tahun, barulah dapat tahap Doktor pakar, apatah lagi sekiranya kita ingin mengenal diri kita secara kerohanian.Kita sedia maklum Sheikh Abd Qadir Jailani, menjalani hidup suri selama hampir 20 tahun hidup dipadang pasir kemudian baru la balik ke kampung halaman dan mengajar murid-muridnya.

.Cuti raya ni baru ni, aku lepak-lepak ngn sorang murid aku, yang aku kongsikan ilmu aku serba sedikit padanya..

.Dia tanya pada aku, 'bolehke ke kalu dia pagar umah , pagar anak2 dia ,isteri semua pakai ayat qursi je..sebab dia lancar ayat2 lazim je, rukyah-rukyah semua tak lancar.

ye la, kalu kita tgk perubatan-perubatan syifa ni, kena lancar banyak ayat..aku pun ckp padanya, tentula boleh.

Tapi apa beza kalu ko baca ,aku baca , dan orang biasa baca..mesti ada byk perbezaan..amik satu contoh org histeria, panggil orang biasa baca ayat qursi, jin tu siap boleh ikut lagi kita baca, tapi cuba panggil org yang ada ilmu dan orang yang kenal Tuhannya baca, terbakar rentung jin tu kalu cuba ikutnya, persoalanya kenapa? dia pun baca ayat qursi, aku pun baca ayat qursi, tapi kenapa kesan yang berbeza.

Mudah saja jawapan, amik raket badminton, bg kat lee chong wei 1, bg kat aku 1, lawan , tentu aku kena 15 -0..jawpan sgt mudah, lee chong wei ada ilmunya.Bagi orang yang dah tahu rahsia permainan dan cukup latihan, memang bukan tandingan kita. Cuma bezanya ilmu badminton ni, hanya boleh dipakai didunia, tapi ilmu Al quran, dipakai keselamatan dunia, keselamatan di Alam Barzakh, dan keselamatan di Hari perjumpaan dengan Raabnya.

Bebalik kepada murid aku tadi, kata aku' hai si pulan, bagi orang yang dah kenal Tuhannya, jgn kata ayat qursi, cukup dengan lafaz Bismillaah ,insyallah leburlah Jin, dan tak tahan si Syaitan..

Aku pun terang padanya, dalam perubatan, aku membaca rukyah dihadapan pesakit, adalah tujuan dakwah aku kepada umat Muhamad SAW..aku memberi contoh dgn membaca ayat Allah, syaitan dan Jin lari lintang pukang, malah ada yang kena tangkap, terbakar, mati , merintih kesakitan tidak tahan dgn kalimah-kalimah Allah yang dibacakan. Kebanyakan manusia sekarang, telah tidak yakin dengan kebesaran Ayat Allah, melupakan Ayat-ayat Allah, tidak beramal dgn Ayat-ayat Allah, malah pergi mengambil tangkal sebagai pengasih, sebagai pelindung, sebagai penolong, sebagai penjaga rumah..

Satu hari ada satu makcik yang telah tua di bawa anak-anaknya dtg ke klnik aku..anak2 mereka ingin memaksa emaknya membuang saka yang ada pada emaknya. Anak-anaknya mendakwa ibunya tidak pernah meninggalkan solat, cukup setiap waktu..Alhamdulillah...

aku pun tanya pada makcik tu,'makcik, makcik sedia tak nak buang saka pendamping ni"? soal aku, apabila makcik tu dgr je soalan aku, makcik tu terus ,menangis teresak2...'makcik taknak buang saka ni nak. kalu buang nanti , sapa nak jaga makcik, sapa nak jaga anak2 makcik,dah lama makcik dgn dia, byk dia tolong makcik' lebih kurang kalu tak ingat aku ayat makcik tu..subhanallah, seorang yang solat, tapi tidak yakin pada Allah, apa lah makna solat tu kalu iktikad kita pada saka yang berdamping dengan kita.

Ini lah contoh, masyarakat yg jauh dari Allah, hilang yakin kepada Allah,berharap pada Jin, seolah-olah jin yang berkuasa memberi bantuan kepadanya.

Jadi aku terangkan pada murid ku, ini lah antara sebabnya aku membaca ayat-ayat Allah di hadapn pesakit-pesakit aku, supaya mereka yakin, yang menyembuhkan adalah Allah, aku membesarkan Allah, memberi keyakinan kembali kepada mereka bahwa Allah  la yang mengusai segala sesuatu.

Andaikata untuk diri aku sendiri, cukup la aku lafazkan Bismillah, maka nescaya jin2 tidak akan mampu bertahan, pernah aku berdialog dgn Jin sihir Asli yg cukup kuat, mengajak aku fight satu lawan satu,Jin asli ni telah berjaya menyihir seorang hafiz quran sehingga sakit separuh mati, maka dia berasa bangga dan yakin boleh menewaskan aku..'aku kata padanya, sebelum ko nak bertempur dengan aku, cuba ko lafaz perkataan "Allah.' Allah' Allah..kalu ko mampu lafaz, maka aku setuju lawan dgn ko...ternyata jin asli tadi tak mampu melafazkan..' aku pun mengejeknya, lafaz allah pun ko tak mampu sebut, berani ajak bertarung..aku pun lafazkan bismillah, dengan nama allah, dengan kebesaran Allah, aku menyebatnya sehingga mati..itu pun setelah aku dakwah peluk agama islam, tetapi dia menolaknya.

Begitulah aku terang kan serba sedikt kepada murid aku, 'bagi mereka yang telah mengenal Allah, cukup dgn lafaz bismillah, tidak ada yg mampu menahannya...tetapi pesan aku..setiap patah ayat allah akan di anugerah kan pahala, akan diberikan cahaya . maka cahaya itu akan melingkar pada tuduh kita melindungi kita dari ancaman bahaya.

Selang beberapa hari, aku jumpa murid aku balik, dia cerita, satu malam dia balik lewat kerumah.selalunya kalu di balik lewat mesti ada benda ikut, dia akan duk diluar rumah baca ayat qursi, supaya benda-benda yang ikut lari tak ikut masuk umah.So malam tu, dia sengaja tak baca, dia nak uji ilmu dia,dia terus masuk umah. Masuk je umah, baby dia yg baru usia 2 bulan menangis (makluman,baby boleh nmpak jin) ,  murid aku terus diam, penuh kusyuk seperti yang aku ajar, then dia lafaz bismillah...dia begitu teperanjat, baby dia terus berhenti dari menangis. makin dia memahami Tuhanya.Dulu katanya, kalu baby menangis siap kena baca yassin baca.

Kata aku.. ini la bezanya bagi yang mengenal tuhan, dan masih tidak mengenal lagi.



Friday, June 27, 2014

Ramadhan - Jin turut ditangkap ?

Bismillah..asssalamulaikum

1. Ahlan wahsahlan ya Ramadhan,

Alhamdulilah , segala puji Allah yg telah mendatangkan Ramadhan sekali lagi pada kita,mudah-mudahan kita perolehi sifat taqwa yang tinggi, pahala yang berlipat ganda, amal-amal yang baik, puasa zahir dan batin yang diterima. Terlalu besar manfaat yang berada di dalam bulan ini, semua yang berada di langit dan di bumi yang beriman kepada Nabi saw sangat menanti-nantikan masa ini.Masa di mana pintu syurga di buka seluas-luasnya, pintu neraka di tutup serapat-rapatnya

 Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.


Marila begembira wahai orang yang mengetahui, jgn la berduka org yang tidak mengetahui..jgn la kita asyik memikarkan keletihan, lapar dan dahaga, malas, dan macam2 perasaan yang tidak menggembirakan kerana malas melakukan ibadah puasa.


Kepada yang tidak berpuasa, yang berpuasa kadang2, pantang dapat alasan berbuka terus berbuka, Allah maha mengetahui setiap isi hati makhluknya..alasan atau malas .



Marilah kita berpuasa di siang hari dengan iman yang tinggi, menentang segala syahwat kita, syahwat mata, syahwat shoping, syahwat makan, syahwat membazir, buang segala apa yang kita suka, dan buat apa yang berat disisi kita dan dipandang tinggi di sisi Allah. Marilah menangis duhai mata di malam ramdhan, mengenang setiap dosa --dosa kita , sejak dari baligh hingga detik ini, Merenung dosa-dosa kita, dan mengaku kepada Allah Yang Maha Pemaaf bahawa sebenar-benarnya kita telah berdosa.
“Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke awan langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, niscaya Aku datangkan utukmu ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. At-Tirmidzi, ia berkata: hadits ini hasan).


- Persoalan yang sering di tanya oleh ramai orang awam.. kalu syaitan semua dah kena ikat dan rantai, tapi kenapa tetap ada orang yang kena sihir, ada jugak yang kena rasuk, ada jugak yang nmpak hantu ?

-Kita kena paham perbezaan antara syaitan , hantu , Jin , Iblis

-Syaitan yang di maksudkan diikat adalah syaitan yang dari kalangan Jin Kafir yang Sangat JAHAT dan berilmu TINGGI. Jin ini di kategorikan sebagai Syaitan. Jenis ini tidak lagi mendengar ckp manusia, tidak lagi bertuan kepada manusia, kerja mereka adalah taat kepada perintah IBLIS dan Dajjal. bagi mereka Dajjal dan Iblis la tuhan mereka. Mengikut pengalaman aku , syaitan ni bersifat sangat halus, dan adakalanya kehadiran dia langsung tak boleh nak scan , ada jenis syaitan kecil seperti kuman, syaitan yang bersayap (ni aku leh scan lg) ,ifrit yang badannya seperti api (selalu skudeng aku kat umah)..dan terlalu banyak lagi yang aku langsung tak tahu.

-teringat dulu aku, anak aku sendiri terkena sakit yang teruk hampir 3 bulan, habis ikhtiar aku, habis segala ilmu yang aku tahu, cara-cara nak merawat, baik dari segi rawatan ruhaniah,mauhupu rawatan zahir, tetap jugak anak aku masih tak sembuh2. Akhirnya aku mohon pertolongan dengan seorang Wali Allah. Wali Allah ini lah yang mengajar aku, cara-cara merawat anak aku, katanya anak aku di serang syaitan-syaitan kecil yang banyak jumlahnya, memenuhi ruang paru-paru anak aku. Sangat berat serangan ni katanya. Setelah diberitahu yang syaitan kecil mengganggu anak aku, maka aku pun cuba utk scan syaitan kecil ni, cukup nak merasai kehadiranya, tapi aku ttp gagal nak scan. Jadi aku hanya ikut terus apa yang di ajar oleh Wali Allah ni cara mengubatnya. Anak aku di asingkan dari anak-anak yang lain. Makanan anak aku di jaga sepenuhnya.Air hanya air zam-zam dan susu kambing sahaja. Nasi dicampur kurma dan kismis, madu jadi minuman wajib baginya.setelah hampir 2 bulan lebih kurang, anak aku dah beransur pulih dari sakit, Tapi  Wali Allah itu tetap melarang anak aku bercampur dan keluar dari rumah. katanya masih ada sedikit syaitan kecil di paru-paru belah kirinya " kalau engkau enggak percaya , pergi engkau jumpa doktor dan scan dadanya' dengan loghat indonnya.
aku pun memang tak percaya jugak, aku pun pergi terus petang tu jugak jumpa doktor, buat scan, memang tepat kata sang Wali, paru-paru kiri anak aku hitam seperti terkena jangkitan kuman, doktor terus arahkan aku pergi ke hospital besar untuk rawatan lebih lanjut. Heh ...takda masa aku nak bwk hospital, bwk balik rumah, n kena ikut la cara perubatan Wali Allah tadi..Berkenaa dgn Wali ni, biar lah aku rahsiakan sahaja siapa dia.

Maka syaitan-syaitan jenis ini lah yang akan ditangkap, di rantai..

Jin pulak ,mcm kita , yang jin kafir biasa-biasa yang tidak mencapai taraf syaitan, akan berjalan seperti biasa , puaka pokok tetap ada, puaka sungai tetap ada, siapa yang ada saka tetap ada..mereka bukan di kategorikan sebagai syaitan.. sebab tu dulu masa aku kecik2, aku duk confius, mula2 confident je kuar mlm2. duk main-main mercun serang rumah org, smpaila ada orang dtg brubat umah ayah aku, org tu kene histeria, aku pun duk hilang keberanian balik nak keluar mlm2, skrang baru la aku paham mana satu yang kena gari.

-Hantu.. hantu tetap ada, kalu tak percaya pg lepak kat kubur mlm2, jgn la pg ramai2, pg la sorang2, mesti korang dpt tgk, busuk-busuk pun ko mesti nampak pompuan pakai kebaya outih rambut rebonding. Sampai skrng aku tak leh jawab, napa rambut diorng mesti rebonding...hantu ada lah 'jiwa' aka semangat aka roh idhofi aka nafsin, orang yang telah mati . banyak istilah bagi hantu, cuma kenapa gelaran dia hantu, sebab wajah mereka jadi hodoh dan bsuk dan hitam, kerana maksiat mereka pada Allah semasa hidupnya. Tetapi andaikata kita hidup dalam keadaan taat, patuh pada Nabi saw dan Perintah ALLAH swt, maka kita di panggil "jiwa yang tenang ' aka nafsin mutmainah aka wali allah aka roh beriman.









penerangan lebih jelas sekirannya kita belajar dan duduk di makam hakikat. tetapi bagi golongan syariat, hantu adalah syaitan or jin yang ingin mengelirukan kita.


Dulu, ada sahabat aku, di malam ramadhan anak dia diganggu, menangis malam tak henti-henti, telepon aku mintak tolong,(dia ni leh berubat skit) , dia kata apa yg buat nangis anak aku ni, ni kan ramadhan, aku ckp ngn dia, meh sini gambar. , aku dpt gambar, aku scan, or ada gangguan dari puaka air, aku smpaikan pada dia, dia kata bini eh baru bwk anak balik putrajaya, kat situ mmg byk tasek..aku ckp ko buang la, dia kata dah byk kali buat dah, tak jalan, then ok la, sbb geng samo geng aku tolong la, aku pun amik puaka tu dari pusat rawatan aku, saja nak dera-dera puaka tu sikit, await nakal sgt ganggu budak2...mau makan darah ka???siap u yaaa...


-mlm tadi mlm jumaat mcm biasa, ada kelas utk budak2 ruhaniah, tak leh  nak panggil budak patutnya, ada yg cikgu, ada doktor, ada profesor, ada bidang teknikal, mcm2 la, tp bila masuk bab mistik ni,'aku budak baru blaja la kan' ..so aku ajar diorng mcm mana nak tangkap jin guna tangan dan jurus pulak...aku buat demo...korang smua tgk dan lihat...

-aku cari kat luar mana-mana jin liar, ok...da dapat satu..meh sini, zapppp..jin tu ada dlm tgn aku, meh sini sapa nak rasa pegang jin...hati2 tau...first aku pas kat tangan doktor..aku ckp ready...ready 1 to go..genggam..jin tu berubah tgn ..tgn doktor mula begegar2......

..mcm biaso la ya..bersambung..wasalam

Wednesday, May 28, 2014

Jin Masuk Botol


Bismillah

assalamualaikum..

aritu kumpul2 ngn team2 ruhaniah, sembang- sembang pasal ilmu, perkongsian dan sebagainya...

so den pun kongsikan la hantu2 or jin2 mcm mano caronya nak disumbatkan kedalam botol..ye la banyak benar org yg ckp2 mana leh masukkan jin ke dalam botol..apo lak tak leh, udara pun kita leh sumbat dalam belon, udara ada jisim, apatah lagi jin, syaratnya botol tu mesti kedap udara..

Dulu masa aku mula2 belajar tangkap jin dlm botol, aku test masukkan jin tu dlam botol mineral, sbb masatu botol; minerel je yg ada kat situ..

masa tu ada org histeria, kena sihir, aku pun tarik jin tu dari dlam badan org tu, terus aku transfer ke botol  minerel. aku kunci dlm tu..

pesakit tu pun sedar, aku pun sembang2 ngn pesakit, masa tu aku muda lagi, dlm 20an je umur aku..dalam duk sembang2 tu, dia kerasukan lagi...jin yg masuk dlm badan dia tu terus menjerit kat aku  " apsal ko sumbat aku dlm tu tadi ha"...huhhhh...dia ckp dah la menjerit2, korang bayangkan tiba2 je menjerit2, nasib jantung aku tak tercabut...

Sejak dari tu la,. aku buat kesimpulan, botol minerel tak leh, jin leh telepas, mayb ada ruang udara...

-bagi sapa2 nak blaja tangkp jin, marila belajar..jgn ajak aku tangkap Raja Iblis dah la...mampuih aku,iblis pun nak tangkap..jadi SuperSAIYA pun lum mampu berdepan dgn iblis..
jgn cuba2 lawan IBLIS..

Allah minta kita berlindung dari allah dari Iblis, bukan belawan..auzubillahhiminasyaitan ni rajim (aku berlidung dgn Allah,dari syaitan yg di rejam) sbb  kita mmg tak mampu lawan dgn Iblis, Allah telah kurniakan Iblis dgn kejahatan dan ilmu yg cukup tinggi..nasihat aku,,,jgn cuba2 lawan Iblis...berlindunglah dgn Allah

Friday, March 14, 2014

Amalan Jodoh



kebelakangan ni banyak yang dtg berubat, or kemana - mana pun kita jumpa masalah jodoh bagi kaum hawa. Apa nak buatkan , zaman sekarang dan akan mendatang wanita lebih banyak lagi dari kaum lelaki.

-Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

(H.R. Bukhari Muslim)



-Dan kita tak boleh nafikan dunia kita adalah dunia penghujung, saat yang dinantikan hampir tiba..
-tanda-tanda besar kiamat kelihatan satu persatu
-Sesuai dgn hadis Nabi SAW, lelaki makin sedikit dari kaum wanita, jadi ,masalah jodoh bagi kaum wanita tidak boleh di elakkan langsung
-andaikata zaman ni dikatakan zaman 1 laki 50 wanita, maka akan ada 49 wanita yang hidup membujang sehingga ke tua.
-Tapi kalu semua sokong lelaki kawin lebih dari 1, mungkin jumlah tu bolehla dikurangkan, tapi zaman ni, lelaki banyak yang kecut perut nak kawin lebih, jgn kata nak kawin, baru nak ada niat dalam hati pun dah kecut perut..perempuan pulak akan bermati-matian menolak poligami, ya lah , kalu semua perempuan sokong poligami, susah pulak syaitan nak buat keje, zina makin bekurangan,

-Pernah satu ketika ada seorang tua yang pakai jubah dan kopiah nasihat aku, (dia tak tau aku sapa pun)..
katanya ' kalu susu boleh beli kat kedai, nak buat apa susah2 kita bela lembu'... macamtu la takutnya seorang lelaki nak berkahwin lebih, lebih takutkan isteri dari takutkan ALLAH..
-Tujuan aku tulis amalan jodoh ni, bukan apa, sekadar membantu wanita2 yang belum bertemu jodoh, mudah2dahn dengan amalan yg sedikit ni dapat membantu cepatnya jodoh kita.






Ni doa dia..Insyallah..




Caranya..




1- Amik limau purut 3 biji(limau nipis pun ok), 1 baldi air, bacakan Yassin pada air dan limau

2- Lafazkan niat, Ya ALLAh , dengan kemulian dan keberkatan Yassin ini, aku mohon, buangkan la apa saja apa yang tidak baik yang berada di tubuhku (kalu nak rawat anak,lafazkan la apa yg tak baik yang ada di tubuh anak ku) , yang menghalang jodoh ku, sekiranya lambat ,percepatkanlah, sekiranya tidak ada, maka adakanla. \

3- Selawat 11 kali (apa selawat pun)

kemudian baca yassin sehingg selesai

4- potong limau rendamkan dalam air., then kita mandi air tu, niat bersihkan tubuh badan zahir dan batin

5-Baca doa di atas setiap kali lepas solat fardhu

6-lakukan solat hajat setiap malam 2 rakat minimum selama 40 mlm (tak susahpun,5minit dah selesai solat hajat tu )lagi byk solat lagi bagus( lepas period smbung balik solat hajat,cukupkan 40mlm)

7-lafazkan doa di atas sebanyak 40 kali selepas solat hajat, kalu malas 7 kali..40kali tu dlm 15mnt je

8-Bacakan doa diatas setiap kali pakai bedak, cuci muka atau setiap kali memandang cermin

Fahamkan maksud doa tu , kerana doa tanpa maksud, kurang sgt manfaatnya, mcm burung kakak tua 'say hello'...

insyallah, setiap mata yang memandang akan senang dan kasih dengan kita, kalu lelaki nak amalkan tambah lafaz doa selepas mukminin tu 'wal mukminat '

- Lebih banyak kita lafazkan doa, mudah-mudahan lebih cepat Allah makbulkan..Allah suka hambanya merayu-rayu dalam meminta.

Monday, November 18, 2013

Air Rukyah VS Air Jin

Assalamulaikum pada semua pembaca...

Lama dah den tak update blog, alhamdulillah, baru selesai tunaikan Haji, moga-moga mendapat haji yg mabrur kepada semua jemaah haji tahun ni...

- Saja nak kongsi ilmu tentang air rukyah....

-ada sesorang tanya pada aku, 'apa kelebihan air rukyah' , tapi ayat dia bukan la air rukyah, ayat dia air jampi..nak terangkan pakai mulut susah, aku suh dia buat xperimen sendiri..

-Air rukyah ni air yang di doakan oleh perawat kepada sesiapa saja, tak semestinya kepada pesakit, kepada budak menangis, org nak besalin, nak exam, pagar rumah, dan bermacam-macam lagi..

-ada lagi orang yang percaya air rukyahn ni...tapiiiii banyak yang dah tak percaya..kenapa takpercaya? tak nampak kelebihan air, so mcm mana nak percaya..

-so bebalik kepada soalan org tu pada aku tadi..aku katakan pada dia, ambil 2 gelas air kosong, satu gelas aku rukyahkan dgn ayatul qursi , dan satu lagi aku suruh dia pakai hp dia ,buka lagu britney spears then dengarkan lagu tu pada air yang satu lagi

- so air A adalah air rukyah
- air B adalah air lagu britney spears ( ada paham ka geng? )

-experimen ni korang boleh je buat kat umah, cuma masa baca air kat gelas tu, korang baca kuat dan jelas, n baca 3 kali pada air A tu ayat qursi

-yang air B tu, korang bukak besar2 lagu britney spears (lagu apa-apa pun boleh, cuma lagi rock kapak, lagi la power air aura hitam tu jadi)

-setelah selesai air A aku bacakan ayat qursi tadi, aku suh dia tanggalkan cincin dia ,ikatkan pada benang dlm panjang ukuran lengan dia, kemudia aku suruh dia julurkan cincin yang di ikatkan pada benang tu ke permukaan air yang di rukyahkan ( cincin jgn smpai terkena permukaan )...

-tangan jangan bergerak, statik je. then aku suruh dia niat dalam hati, supaya cincin tu bergerak mengikut gelombang air yang di baca..so cincin yang diikat pada benang tadi pelahan-lahan begerak..makin lama makin laju cincin tu begerak,sebab di tolak oleh aura air yang di rukyah tadi...cuma masa kali pertama dia buat cincin tu gerak pelahan je..so bermaksud air yg aku rukyah tadi tak kuat cahayanya or aura nya, so aku amik air tu balik, aku rukyah lagi, then aku suh dia buat lagi, aku ckp kali ni biar dia begerak smpai kena dinding gelas...selepas dlm 30 saat ,cincin tu begerak laju sampai berbunyi gelas yang mengandungi air rukyah tadi...

-aku suh dia perhatikan, arah mana cincin tu begerak ( cincin tu begerak berpusing)..so orang ni pun ckp, cincin begerak arah pusingan kaabah...aku pun angguk

-kemudian aku suruh dia alihkan cincin tu pada gelas B ,(gelas Britney Spears tadi )..dia pun letakkan cincin tadi permukaan  gelas..cincin tu mula bputar...makin lama makin laju..aku ckp perhatikan putaran cincin tu, so dia pun ckp putaran kali ni mengikut arah jam ( yakni bertentangan dengan putaran tawaf Kaabah )..

so , korang semua boleh test, kalu kurang power putaran cincin, bacakan Yassin pada Air...

-so kesimpulannya ada apa air yang di rukyah dgn ayat Allah , dan ada apa air yang di dengarkan pada Muzik..

air yang berpusing mengikut arah kaabah, adalah air yang aura nya bercahaya-cahaya kesan dari Rukyah, sebab tu tawaf di kaabah mendatangkan cahaya yang gilang gemilang pada kita, sementara air yang berpusing sebaliknya ,adalah air yang tidak elok,air yang di gemari oleh JIN dan syaitan kerana mengadungi aura hitam kesan dari nyanyian atau muzik..boleh korang fikirkan apa jadi pada aura badan kita kalu duk menyanyi n selalu pegi konsert????

-Wallahualam

-sesungguhnya muzik dan nyanyian adalah zikir kepada Iblis laknatullah..sesuai hadis Nabi

Firman Allah SWT: (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepada-Nya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan. (Yasin: 69)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman menyatakan tentang Nabi-Nya Muhammad SAW bahawa Dia tidak mengajar syair kepada baginda."


-

SOAL JAWAB IBLIS DENGAN ALLAH S.W.T
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu, puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yng berkaitan dengannya)".


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi: "Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).

8. kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku? "Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."
-



Related Posts with Thumbnails