Friday, June 27, 2014

Ramadhan - Jin turut ditangkap ?

Bismillah..asssalamulaikum

1. Ahlan wahsahlan ya Ramadhan,

Alhamdulilah , segala puji Allah yg telah mendatangkan Ramadhan sekali lagi pada kita,mudah-mudahan kita perolehi sifat taqwa yang tinggi, pahala yang berlipat ganda, amal-amal yang baik, puasa zahir dan batin yang diterima. Terlalu besar manfaat yang berada di dalam bulan ini, semua yang berada di langit dan di bumi yang beriman kepada Nabi saw sangat menanti-nantikan masa ini.Masa di mana pintu syurga di buka seluas-luasnya, pintu neraka di tutup serapat-rapatnya

 Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.


Marila begembira wahai orang yang mengetahui, jgn la berduka org yang tidak mengetahui..jgn la kita asyik memikarkan keletihan, lapar dan dahaga, malas, dan macam2 perasaan yang tidak menggembirakan kerana malas melakukan ibadah puasa.


Kepada yang tidak berpuasa, yang berpuasa kadang2, pantang dapat alasan berbuka terus berbuka, Allah maha mengetahui setiap isi hati makhluknya..alasan atau malas .



Marilah kita berpuasa di siang hari dengan iman yang tinggi, menentang segala syahwat kita, syahwat mata, syahwat shoping, syahwat makan, syahwat membazir, buang segala apa yang kita suka, dan buat apa yang berat disisi kita dan dipandang tinggi di sisi Allah. Marilah menangis duhai mata di malam ramdhan, mengenang setiap dosa --dosa kita , sejak dari baligh hingga detik ini, Merenung dosa-dosa kita, dan mengaku kepada Allah Yang Maha Pemaaf bahawa sebenar-benarnya kita telah berdosa.
“Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke awan langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, niscaya Aku datangkan utukmu ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. At-Tirmidzi, ia berkata: hadits ini hasan).


- Persoalan yang sering di tanya oleh ramai orang awam.. kalu syaitan semua dah kena ikat dan rantai, tapi kenapa tetap ada orang yang kena sihir, ada jugak yang kena rasuk, ada jugak yang nmpak hantu ?

-Kita kena paham perbezaan antara syaitan , hantu , Jin , Iblis

-Syaitan yang di maksudkan diikat adalah syaitan yang dari kalangan Jin Kafir yang Sangat JAHAT dan berilmu TINGGI. Jin ini di kategorikan sebagai Syaitan. Jenis ini tidak lagi mendengar ckp manusia, tidak lagi bertuan kepada manusia, kerja mereka adalah taat kepada perintah IBLIS dan Dajjal. bagi mereka Dajjal dan Iblis la tuhan mereka. Mengikut pengalaman aku , syaitan ni bersifat sangat halus, dan adakalanya kehadiran dia langsung tak boleh nak scan , ada jenis syaitan kecil seperti kuman, syaitan yang bersayap (ni aku leh scan lg) ,ifrit yang badannya seperti api (selalu skudeng aku kat umah)..dan terlalu banyak lagi yang aku langsung tak tahu.

-teringat dulu aku, anak aku sendiri terkena sakit yang teruk hampir 3 bulan, habis ikhtiar aku, habis segala ilmu yang aku tahu, cara-cara nak merawat, baik dari segi rawatan ruhaniah,mauhupu rawatan zahir, tetap jugak anak aku masih tak sembuh2. Akhirnya aku mohon pertolongan dengan seorang Wali Allah. Wali Allah ini lah yang mengajar aku, cara-cara merawat anak aku, katanya anak aku di serang syaitan-syaitan kecil yang banyak jumlahnya, memenuhi ruang paru-paru anak aku. Sangat berat serangan ni katanya. Setelah diberitahu yang syaitan kecil mengganggu anak aku, maka aku pun cuba utk scan syaitan kecil ni, cukup nak merasai kehadiranya, tapi aku ttp gagal nak scan. Jadi aku hanya ikut terus apa yang di ajar oleh Wali Allah ni cara mengubatnya. Anak aku di asingkan dari anak-anak yang lain. Makanan anak aku di jaga sepenuhnya.Air hanya air zam-zam dan susu kambing sahaja. Nasi dicampur kurma dan kismis, madu jadi minuman wajib baginya.setelah hampir 2 bulan lebih kurang, anak aku dah beransur pulih dari sakit, Tapi  Wali Allah itu tetap melarang anak aku bercampur dan keluar dari rumah. katanya masih ada sedikit syaitan kecil di paru-paru belah kirinya " kalau engkau enggak percaya , pergi engkau jumpa doktor dan scan dadanya' dengan loghat indonnya.
aku pun memang tak percaya jugak, aku pun pergi terus petang tu jugak jumpa doktor, buat scan, memang tepat kata sang Wali, paru-paru kiri anak aku hitam seperti terkena jangkitan kuman, doktor terus arahkan aku pergi ke hospital besar untuk rawatan lebih lanjut. Heh ...takda masa aku nak bwk hospital, bwk balik rumah, n kena ikut la cara perubatan Wali Allah tadi..Berkenaa dgn Wali ni, biar lah aku rahsiakan sahaja siapa dia.

Maka syaitan-syaitan jenis ini lah yang akan ditangkap, di rantai..

Jin pulak ,mcm kita , yang jin kafir biasa-biasa yang tidak mencapai taraf syaitan, akan berjalan seperti biasa , puaka pokok tetap ada, puaka sungai tetap ada, siapa yang ada saka tetap ada..mereka bukan di kategorikan sebagai syaitan.. sebab tu dulu masa aku kecik2, aku duk confius, mula2 confident je kuar mlm2. duk main-main mercun serang rumah org, smpaila ada orang dtg brubat umah ayah aku, org tu kene histeria, aku pun duk hilang keberanian balik nak keluar mlm2, skrang baru la aku paham mana satu yang kena gari.

-Hantu.. hantu tetap ada, kalu tak percaya pg lepak kat kubur mlm2, jgn la pg ramai2, pg la sorang2, mesti korang dpt tgk, busuk-busuk pun ko mesti nampak pompuan pakai kebaya outih rambut rebonding. Sampai skrng aku tak leh jawab, napa rambut diorng mesti rebonding...hantu ada lah 'jiwa' aka semangat aka roh idhofi aka nafsin, orang yang telah mati . banyak istilah bagi hantu, cuma kenapa gelaran dia hantu, sebab wajah mereka jadi hodoh dan bsuk dan hitam, kerana maksiat mereka pada Allah semasa hidupnya. Tetapi andaikata kita hidup dalam keadaan taat, patuh pada Nabi saw dan Perintah ALLAH swt, maka kita di panggil "jiwa yang tenang ' aka nafsin mutmainah aka wali allah aka roh beriman.









penerangan lebih jelas sekirannya kita belajar dan duduk di makam hakikat. tetapi bagi golongan syariat, hantu adalah syaitan or jin yang ingin mengelirukan kita.


Dulu, ada sahabat aku, di malam ramadhan anak dia diganggu, menangis malam tak henti-henti, telepon aku mintak tolong,(dia ni leh berubat skit) , dia kata apa yg buat nangis anak aku ni, ni kan ramadhan, aku ckp ngn dia, meh sini gambar. , aku dpt gambar, aku scan, or ada gangguan dari puaka air, aku smpaikan pada dia, dia kata bini eh baru bwk anak balik putrajaya, kat situ mmg byk tasek..aku ckp ko buang la, dia kata dah byk kali buat dah, tak jalan, then ok la, sbb geng samo geng aku tolong la, aku pun amik puaka tu dari pusat rawatan aku, saja nak dera-dera puaka tu sikit, await nakal sgt ganggu budak2...mau makan darah ka???siap u yaaa...


-mlm tadi mlm jumaat mcm biasa, ada kelas utk budak2 ruhaniah, tak leh  nak panggil budak patutnya, ada yg cikgu, ada doktor, ada profesor, ada bidang teknikal, mcm2 la, tp bila masuk bab mistik ni,'aku budak baru blaja la kan' ..so aku ajar diorng mcm mana nak tangkap jin guna tangan dan jurus pulak...aku buat demo...korang smua tgk dan lihat...

-aku cari kat luar mana-mana jin liar, ok...da dapat satu..meh sini, zapppp..jin tu ada dlm tgn aku, meh sini sapa nak rasa pegang jin...hati2 tau...first aku pas kat tangan doktor..aku ckp ready...ready 1 to go..genggam..jin tu berubah tgn ..tgn doktor mula begegar2......

..mcm biaso la ya..bersambung..wasalam

5 comments:

gazza said...

Assalaamu 'alaikum Dan Selamat Berpuasa Tok. Teringin saya nak menuntut ilmu dengan Tok.. Mudah2an Allah SWT menemukan kita dan Tok dapat menerima saya Allaahumma Aamiin.

zizu said...

zizu said..
Assalamualaikum tok said..salam ramadhan,sy pembaca baru tok.moga allah akan pertemukan kita dan mengizinkan saya untuk berkongsi ilmu dengan tok said..doakan sy tok said,sy dlm kesusahan.tk..

zizu said...

zizu said..
salam tok said..Maaf tok said,sy amat mengharapkan agar blog PRR ini dapat tok update kan setiap hari atau paling lama 2,3 hari sekali..28 mei dgn 27 jun.jarak terlalu lama tok.banyak ilmu yg dpt sy cedok dan sy sampaikan pada org lain,pembaca diluar sana tertunggu maklumat terkini berkenaan dgn kemahiran ilmu tok.Tok dapat pahala banyak,sebagai aset,duit dan harta kita diakhirat..t kasih tok

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Sy nk mntak tok tlg scan sy bleh ke . Sy rasa sy ada saka. Umo sy 25 thn. Tp sy rasa sy ada mcm2 pnyakit. Kdg2 sy suka lwn ibu bapa sy. Sy rasa rndah diri sbb sy rasa org benci bila tgk muka sy. Kwn sy pn tak ramai.kawan lelaki lg la sy mmg tak de lsung. Sy tak pernah ada teman lelaki. Sy rasa mmg tak confident nk kwn ngan lelaki. Hrap tok bleh tlong scan sy.Sy akn emel gmbr pd tok. Ni emel sy: ju.work89@gmail.com

shahrilsabtu said...

Assalamualaikum Tok..tok dok area mane eh..nk blaja ngn tok boleh..

Related Posts with Thumbnails