Monday, August 26, 2013

Gangguan Jin Ular

Assalamualaikum

Di alam jin, bukan saja ada jenis jin seperti kita, yang be "syariat" ,berkahwin ,beranak pinak seperti kita, malahan mereka juga ada belaan masing-masing.

Ada jenis kelawar, harimau, ular , kala jengking , lipan dan pelbagai jenis lagi, malah ada yang pelik yang tak dapat di gambarkan seperti binatang apa.

Aku nak kongsikan sedikit cerita berkenaan Gangguan jenis Jin Ular, Tapi cerita jin jenis buaya putih pun best, tapi hari ni Ular la dulu...

Ada satu minah ni , dtg la klinik aku,

so minah pun tanya la kat aku maksud "mimpi" dia, dia tengah mengandung, so ayah dia risaukan dia (ayah dia banyak ilmu, cuma tak tau nak pakai,aku tgk badan ayah dia terang becahaya,stiap kali aku scan ayah dia,mesti aku kata, takyah la scan pakcik,cahaya pakcik terang ni,kuat pulak..nanti dia start la cerita apa amalan dia dari pagi sampai ke malam..amalan yang dia buat tu,aku pun tak mampu nak buat..

Anak dia cerita la, yang satu malam tu anak dia mimpi ular datang menjalar ke arah dia...aku pun angguk-angguk..geleng-geleng..tanda aku mendengar kisah takutnya dia melihat ular tu dlm mimpi tu..aku pun dgr sampai la dah habis dia cerita.."ustaz cuba scan saya tgk apa maksud mimpi tu"....tu last skali yang dia ckp...sebenarnya tu la ayat aku nak dengar , aku bukan nak dengar sangat cerita kisah mimpi "syakila " dia tu, aku senang je ,aku pegang kepala ,suh pesakit tarik nafas, tahan,zikir allah..allah..allahh...nanti tau la aku mimpi tu cuma mainan tidoq or memang alamat...

kalu bukak tafsir mimpi, mimpi ular..ada orang nak minang la, ada sihir la, ada itu la..alamat tak baik la..mcm2 kan...tafsir mimpi tu memang boleh pakai, cuma setiap orang yang bermimpi..lain maksudnya...

contohnya, bagi ahli ilmu tasauf..mimpi binatang memang ditunggu-tunggu bagi mereka, kerana mimpi tu menunjukkan kesan kepada amalan tasauf yang di amalkan, contoh..andaikata ahli tasauf mimpi Ular, itu bermaksud ,jiwanya belum bersih lagi,sebab ular melambangkan mematuk dan membelit..jadi ahli tasauf ni .mungkin kata-katanya selalu menggguris hati manusia sekitarnya.so ,ahli tasauf ni kene terus zikir dan mendapat alamat-alamat yang lain...

berbeza bagi kita orang biasa, mimpi ular selalunya melibatkan gangguan jin, sihir dan sebagainya...

so , aku pun mula memegang kepalanya, nak lihat or scan apa maksud ular yang di mimpi...aku diam kejap, kusyukkan diri...aku tanya pesaki tu " ular sawa batik warna kuning ke ?" tanya aku..

A'ahh ustaz, sy mimpi dia datang kat saya, menjalar dari depan rumah..

"Ular ni ada kat badan awak. tengah melengkar dari kepala sampai ke bawah".....

3 comments:

daniasyazleen said...

Salam tok
Mohon smbungan nyer tok ye

Unknown said...

Saya sudah 3kali berturut-2 mimpi diekori seekor ular sawa batik besar menjalar dalam air mengikut kemana saja

Unknown said...

Saya sudah 3kali berturut-2 mimpi diekori seekor ular sawa batik besar menjalar dalam air mengikut kemana saja

Related Posts with Thumbnails