Tuesday, May 17, 2011

Amalan Yasin

Banyak sungguh kelebihan tentang surah yasin...

hampir setiap hari selepas solat sunat sebelum tidur aku jadikan amalan membaca Yasin bagi berbagai - bagai hajat...bukanla tujuan hendak bermegah dgn amalan(amalan dah la ciput,kalu bermegah buat malu ngn Allah je),cuma ramai yg tanya amalan apa yg hendak diamalkan supaya selamat menjalani kehidupan sehari-harian...inilah salah satu amalan nya..

Suka aku kalau sesiapa ingin amalkan..

amalkan yasin selepas solat hajat (walaupun tiada hajat-hajat yang besar,istiqomahkan solat hajat setiap hari bagi mendapatkan kemakbulan setiap doa,tentula semua perawat perlu pada makbulnya doa)

tawasul pada Nabi

Hadiahkan fatihah pada Nabi SAW al fatihah
Kepada Para2 sahabat dan Para2 wali Allah serta guru2 al fatihah
Kemudian niat..
Yang Allah aku bermohon dengan berkat yasin ni.....berilah aku doa yg makbul,ilmu yg bermanfaat,permudahkan la urusan ku,keluarkanlah apa sahaja yang tidak baik yang ada ditubuhku, masukkanla cahaya yasin ni ketubuhku, menjadi pendidingku,serta berilah aku taufik dan hidayah selamat dunia akhirat

ini adalah contoh niat sebelum mula membaca yasin,boleh tambah apa sahaja niat kita..

bagi tujuan kemakbulan hajat,amalkan 100hari tanpa tinggal,andai kata tinggal sehari,gantikan hari selanjutnya dengan membaca 2 kali...

sesuai kelebihan yasin ni dgnn hadis nabi saw

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan", yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah enuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah
Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua
Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

6 comments:

Anonymous said...

bagaimana wanita yang tidak boleh solat tok said?

Anonymous said...

Bagaimana wanita yang tidak boleh solat tok said?

Anonymous said...

Salam,
Benar sekali apa yang dikatakan. Saya ingin bertanya, apa beza nyata khafiat cara bacaan yasin antara yasin 7 mubin dan yasin fadhilat.
terima kasih

Hasrol said...

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian tok akan amalan Yasin ini.. Mudah2an ada berkatnya.. Saya mohon izin utk diamalkan.. Terima kasih.

Anonymous said...

subhanallah. besar yasiin ni. sama-samalah kita amalkan selagi mampu

Anonymous said...

Bolehkah membaca yasin dan diniatkan untuk dituju kepada dua org yg telah meninggal dunia hanya dengan membaca sekali sahaja surah tersebut??

terima kasih.

Related Posts with Thumbnails