Thursday, July 22, 2010

Air Selusuh ? Suatu Kisah......

Saja aku berkongsi pengalaman aku di sini, seperti biasa aku ulang,bukanla tujuan

ingin menunjuk-nunjuk, riak ,ujub dan sebagainya..hanya semata-mata berkongsi

pengalaman agar dijadikan pengajaran kepada kita semua...

Di jadikan cerita, kawan satu Universiti aku dulu telepon aku, wife dia baru

bersalin, anak ke 3, lelaki jugak,dapat semua hero..terbaik, aku je sorang

Heroin,entah bila nak dapat rezki lagi Allah sahaja yang tahu…


“Na…wife aku baru bersalinla, dia bleeding tak behenti-henti lagi, dah masuk hari

ke 2 , ko boleh tengokkan tak bilik dia bersalin tu, sebelum ni pun sebelum wife

aku ada orang kena mcm tu, bleeding tak berhenti..ada makcik tu nampak lembaga hitam

kat bilik tu “


Aku pun tengok kejap, aku cakap kat dia “ buat apa nak tengok dalam bilik tu, dekat

wife ko pun ada dekat 5 ekor tengah baik hisap darah wife ko” terang aku pada dia..


Member aku ni pun gelabah, aku tanya dia lagi “ ko tak buat AIR SELUSUH kenapa” ,dia

terdiam di corong telepon tu,suara dia mula gelabah…mungkin dia pikir mana aku tau

dia tak buat air selusuh,aku pun mana tau,aku cuma tengok takda apa pendiding kat

wife dia,kalu takda mestila tak bagi Air Selusuh..


“Aku tak sempat buat Air Selusuh, kelam kabut, tiba2 je dah nak bersalin, apa aku

nak buat skarang na….”


Aku pun suruh dia datang jumpa aku secepat mungkin, bukan apa darah masih keluar,

risau pulak aku kalau wife dia hilang darah lebih banyak..” bawak limau 10 biji, Air

Mineral sebotol dgn gambar wife ko skali“,pesan aku



Lepas 15 minit dia sampai ofis aku, muka dia Nampak muram…dlm hati aku si bapak

gengstar pun jadi gelabah pasal wife ke,ye la sapa tak sayang bini


Member aku pun cerita kat aku, lepas 2-3 hari darah tak behenti, doctor terpaksa

buat operation, buang Rahim wife dia,sebab takut kena cancer

rahim..Subhanallahh..kesian dia…dah takda harapan nak dapat anak lagi,kecuali pasang

satu lagi la..


Tapi setelah habis operation, darah still tak berhenti lagi..wife dia makin lemah,

ayah dia ada jugak datang bacakan ayat – ayat suci, tapi darah masih keluar tak

behenti


Selepas aku dengar semua masalah dia, aku pun mula la upacara , aku tengok apa

jenis Jin kat wife dia..ni bangsa Jembalang la ni..dalam badan ada, duk kat kemaluan

wife dia pun ada,tengah duk sedut darah nifas…yumiiiii sedap kut darah nifas ni..


Aku amik limau, letak atas gambar wife dia, dari ofis aku tarik semua jembalang yang

tengah syok hisap darah wife dia kat hospital tu..aku mula buat “permohonan” ,

dalam proses “permohonan “ tu semua jin-jin yang terlibat aku tangkap dan pindahkan

ke dalam limau yang dibawa..dalam 5 minit habis permohonan, ok selesai

rasanya,InsyAllah…



Aku marah member aku,apasal tak pegi buat air selusuh, wife ko mengandung 9 bulan

sengsara zahir batin,ko nak pergi mintak orang buatkan air selusuh pun susah ke…aku

tanya dia anak no 1 dan no 2 ko buat air selusuh tak? Ada katanya, Cuma yang no 3 ni

dia tak sempat buat..aku cakap kat dia lagi, apa ko ingat Air Selusuh ni untuk

mudahkan bersalin je ke? Selain dari permudahkan bersalin, Air ni akan jadi BENTENG

dari gangguan-gangguan Jin-Jin macam ni, ni satu air Doa pun ko tak bagi… dahla

besalin kat Hospital Swasta, CINA pulak yang sambut anak ko..ko bayangkan la,anak ko

pertama kali jejak ke Dunia di sambut oleh tangan orang KAFIR ..hilang KEMULIAAN

orang Islam, dah takda ke doctor Islam yang boleh sambut,kan ko pergi bersalin

Private, doctor pun boleh pilih,pilih la yang islam…


Dalam Hal ni ko yang bersalah, sepatutnya sebagai suami ko buat persediaan untuk dia

bersalin, ko kena fikirkan kebaikan dia…..ko yang bertanggungjawab sampai rahim wife

ko kena buang,wife ko umur tak smpai pun 30 lagi marah aku..



Aku tak puas hati lagi, aku nak tiaw dia lagi, tapi tak jadi, aku tengok air mata

kawan aku dah meleleh..dia da mula cakap teresak-esak..air mata jantan pun

mengalir..rasa menyesal tak sudah tergambar di mukanya..aku pun diam,tak jadi nak

marah lagi..aku pun cakap..sudahla, Ini semua Takdir Allah..


Aku suruh dia balik cepat, bagi wife dia minum air yang aku dah bacakan ayat suci,

aku ajarkan dia cara pagarkan badan wife dia,supaya takda gangguan yang lain

datang,maklumlah..darah nifas ni banyak Jembalang yang suka..aku rasa masa tu dalam

pukul 2 petang,aku ckp ngn dia, kalu petang ni darah masih tak berhenti,call aku

,aku turun hospital terus..aku nak mengadap wife dia depan-depan..


Dalam Jam 5 petang dia call aku,Na terima kasih, darah Wife aku dah berhenti,mlm ni

aku datang umah ko ,katanya pada aku..Alhamdulillah da selesai…



Dalam hati aku berkata,kalaula dia buatkan Air Selusuh,InsyAllah tak terjadi

benda-benda mcm ni..

Malam tu dia lepak umah aku sampai pagi,muka sedih seribu satu penyesalan..apa nak

buat,inilah dikatakan Takdir..dan takdir boleh diubah dengan DOA…InsyAllah

5 comments:

Anonymous said...

Salam.. sedih plak sy bc post tok kali ni, rasa kesian pun ade.. pepun trm kasih ats perkongsian pengalaman tok, boleh dijadikan pengajaran.. tok xnak kongsi ke ilmu kaifiat air selusuh ni?..

maduku said...

salam tok..
den baru tau ttg air selusuh ni,maklumla xb'bini lagi,hihi..
kalo x keberatan,boleh tok ajar cara nk buatnya,bacaannya,pantang larangnya,sume la..b'dasarkan pada cite tok tu,mmg penting air ni..tp pape pn sume tu kembali kpd Allah jugak,kan..hrp tok dpt bantu ye..
trima kasih..

Nur said...

Salam Tok...

Kesian pula bila sya baca kisah nie, sya pernah terdengar kisah yg dtg haid sampai 16-23 hari... Itu tu jadi pasal dihisap jembalang juga ke atau ketidakstabilan hormon?

Terima kasih di atas pencerahan...

Tok Said said...

ada sakit fizikal, n ada jugak sakit gangguan nor..bergantung pada keadaan, jadi setiap pesakit yang dtg kita kena tgk dulu sama ada benar2 sakit gangguan atau pg jumpa doktor terus

lebaisufi said...

Assalamua`laikum Tok,

nk tanya klau nk buat air selusuh senridi nk kena bca pa bleh tolong ajaq...

Related Posts with Thumbnails