Tuesday, May 17, 2011

Amalan Yasin

Banyak sungguh kelebihan tentang surah yasin...

hampir setiap hari selepas solat sunat sebelum tidur aku jadikan amalan membaca Yasin bagi berbagai - bagai hajat...bukanla tujuan hendak bermegah dgn amalan(amalan dah la ciput,kalu bermegah buat malu ngn Allah je),cuma ramai yg tanya amalan apa yg hendak diamalkan supaya selamat menjalani kehidupan sehari-harian...inilah salah satu amalan nya..

Suka aku kalau sesiapa ingin amalkan..

amalkan yasin selepas solat hajat (walaupun tiada hajat-hajat yang besar,istiqomahkan solat hajat setiap hari bagi mendapatkan kemakbulan setiap doa,tentula semua perawat perlu pada makbulnya doa)

tawasul pada Nabi

Hadiahkan fatihah pada Nabi SAW al fatihah
Kepada Para2 sahabat dan Para2 wali Allah serta guru2 al fatihah
Kemudian niat..
Yang Allah aku bermohon dengan berkat yasin ni.....berilah aku doa yg makbul,ilmu yg bermanfaat,permudahkan la urusan ku,keluarkanlah apa sahaja yang tidak baik yang ada ditubuhku, masukkanla cahaya yasin ni ketubuhku, menjadi pendidingku,serta berilah aku taufik dan hidayah selamat dunia akhirat

ini adalah contoh niat sebelum mula membaca yasin,boleh tambah apa sahaja niat kita..

bagi tujuan kemakbulan hajat,amalkan 100hari tanpa tinggal,andai kata tinggal sehari,gantikan hari selanjutnya dengan membaca 2 kali...

sesuai kelebihan yasin ni dgnn hadis nabi saw

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan", yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al- Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah enuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah
Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua
Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wednesday, May 4, 2011

Kisah Iblis

RAHSIA TIPU MUSLIHAT IBLIS

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) –
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis,dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 –
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datang lah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 –
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 –
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 –
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 –
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 –
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 –
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 –
"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.
Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"
Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 –
"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti bersambung hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat perjudian dan perempuan pelacur"

Soalan Nabi ke 11 -
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 -
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 -
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 –
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
engkau?"

Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 –
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 -
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 -
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 -
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 -
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 -
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "

Soalan Nabi ke 21 -
"Hai Iblis! Apakah yang merantai engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berjual beli dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya"

Soalan Nabi ke 22 -
"Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Apabila bertemu dua Islam di tengah perjalanan memberi salam serta dijawab oleh yang lain, maka rasa pecah dada hamba dan hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun sehingga keduanya berpisah"

Soalan Nabi ke 23 -
"Hai Iblis! Siapa pula yang hampir kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meminum arak, tuak, penghisap candu, ganja kerana bahaya zahirnya membawa kepada pecah-belah, perkelahian, penceraian dan pembunuhan"

Soalan Nabi ke 24 –
"Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, hamba akan duduk pada leher perempuan itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik. Apabila dipandang dari belakang nampak lehernya yang halus, pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang mana membangkitkan nafsu. Dari hadapan pula hamba hiaskan dadanya dengan buah dada yang melekap. Lalu hamba panah pada jantung hati salah seorang atau keduanya hingga bergerak nafsu syahwatnya. Orang yang tidak memelihara hatinya tidaklah terpelihara farajnya atau kemaluannya. Oleh itu tidaklah terpelihara imannya."

Soalan Nabi ke 25 –
"Hai Iblis! Di mana engkau diam?"

Jawab Iblis - "Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila mereka menyembah, hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah yakin pada kerja syiriknya itu. Sudah banyak umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu walaupun sekadar melawat, menunjukkan sangat tipis imannya"

Soalan Nabi ke 26 -
"Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"

Jawab Iblis - "Setiap rumah wayang, tempat joget dan seumpamanya yang bercampur pemuda dan pemudi"

Soalan Nabi ke 27 –
"Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai di dalam masjid. Apa yg engkau hendak buat?"

Jawab Iblis - "Hamba hendak mengacau dan merosakkan sembahyang orang di situ, tetapi hamba takutkan seorang yang tidur di situ" Nabi bertanya, "Mengapa engkau tidak takut kepada orang yang sembahyang itu, padahal dia bermunajat kepada Allah. Kenapa pula engkau takut pada orang yang tidur itu padahal dia lalai dan tidak memandang satu apa pun?" Jawab Iblis, "Orang yg sembahyang itu jahil dan amat mudah hamba goda, tetapi orang yang tidur itu alim. Jika hamba goda juga, hamba takut orang yang tidur itu bangun lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu"

Soalan Nabi ke 28 -
"Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang menyanyi, berpantun, berpantun-seloka dan sebagainya kecuali orang yang bernazam, berlagu-lagu, bernasyid memuji Allah serta selawatkan Nabi"

Soalan Nabi ke 29 -
"Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang menipu harta orang, memakan harta anak yatim dan memakan riba' "

Soalan Nabi ke 30 -
"Hai Iblis! Engkau gelapkan hati manusia kerana apa?"

Jawab Iblis - "Sebab mereka makan minum pencarian haram kerana mereka sudah gelap mata untuk mencari rezeki yang halal. Juga mereka yang tidur meninggi hari hingga tertinggal sembahyang subuh serta memenuhkan perut sekenyang-kenyangnya"

Soalan Nabi ke 31 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyukakan hati engkau?"

Jawab Iblis - "Orang kaya yang bakhil; tidak mengeluarkan zakat pada hamba Allah yang daif. Zakatnya dihantar pada orang lain, padahal kaumnya miskin. Bahawasanya orang bakhil itu seteru Allah dan yang tak berzakat itu akan masuk ke dalam neraka bersama hamba"

Soalan Nabi ke 32 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyuburkan badan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang hasad dengki, orang yang tak belajar peraturan agama Islam dan semua perempuan jahat, perempuan yang mencabul dirinya sendiri dan menjual maruah"

Soalan Nabi ke 33 -
"Hai Iblis! Jika mati seorang ulama, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Bertambah subur dan bertunaslah kerja hasutan hamba, Maka kata Nabi, "Sesiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah pahala baginya seperti seribu alim dan seribu syahid." Tambah Nabi, Akan datang umatku akan lari daripada ulama. Setiap orang yang bencikan orang yang mengajar agama itu akan diturunkan oleh Allah dengan 3 bala:
1) Diangkatkan berkat daripada pencariannya.
2) Allah akan mendatangkan raja atau ketua yang zalim.
3) Mereka dikeluarkan daripada dunia dengan tidak beriman.

Soalan Nabi ke 34 -
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang berjemaah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sesungguhnya mereka telah menghuraikan simpulan tipudaya hamba"

Soalan Nabi ke 35 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat keatas ku, betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Mereka telah membelah muka hamba kerana sangat ingat akan tuan."

Soalan Nabi ke 36 –
"Jika umatku sembahyang Hari Raya, betapa hal engkau? Kerana Allah Maha Besar telah berfirman demikian: "Hai sekelian Malaikat! Saksikan oleh kamu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan sekelian dosa Nabi Muhammad; lelaki dan perempuan" Apabila telah selesai sembahyang dan kuthbah pula, firman Allah : "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing. Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang terdahulu dan Aku gantikan dosa kamu dengan kebajikan."

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan pergi sembahyang Hari Raya, maka hamba sangat menanggung dukacita dan menyesal. Maka hamba pun bertempik dan datanglah sekelian tentera hamba dan bertanya,"Hai Raja kami! Siapa tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau dari bumi? Titahkan kami sekelian untuk membinasakan yang di langit atau di bumi itu!" Maka kata hamba, "Hai bala tenteraku! Apa yg menyebabkan hamba menanggung dukacita ialah kerana Allah Taala telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah mengkabulkan puasa mereka? Tuhan sangat sayang akan mereka dan dikasihankan dengan rahmat, diperkenankan doa akan apa yang dipinta dan diampunkan segala kesalahan mereka. Hai tenteraku! Goda mereka supaya malas beramal ibadat, bersuka-suka, bermain-main, memuaskan hawa nafsu dengan pelbagai maksiat; agar datang kemurkaan Tuhan kepada mereka dan kelak diturunkan bala. Kerana itu kemudian akan menyenangkan hatiku." Maka pergilah sekelian iblis dan syaitan mengacau umat Muhammad"

Soalan Nabi ke 37 -
"Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun; tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit. Maka lemahlah hamba, lalu hamba sapu muka dengan tanah. Hai celaka malang diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling pergi."

Soalan Nabi ke 38 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa membaca doa awal tahun ini, Allah akan memerintahkan dua Malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan ditulis kebajikan di dalamnya kerana membaca doa ini."

Soalan Nabi ke 39 –
"Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidak bertaubat dari dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa. Ya Nabi Allah! Bahawa telah hamba binasakan sekelian manusia dengan pelbagai dosa maksiat maka sukalah hamba. Tiba-tiba mereka mengucap kalimah Lailahaillallah dan beristighafar, maka binasalah hamba kerana ucapannya itu. Lagi satu keuntungan besar hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul-siul. Mereka itu adalah anak buah hamba. Kerana pada masa hamba dibuang ke dunia ini dahulu, hamba mengembara dan berjalan dengan bersiul-siul. Orang yang bersiul-siul itu adalah penghibur Iblis dan syaitan, tetapi orang yang bang (azan) itu penghambat Iblis dan syaitan kerana Malaikat-Malaikat akan hadir sembahyang bersama-sama mereka."

Soalan Nabi ke 40 –
"Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke alam dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kafir kepada beriman, daripada gelap-gelita kepada terang benderang"

Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke Hadrat Allah dan berkata: "Ya Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha bersungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama nyawa ada di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda pemudi bercampur dan berkenalan supaya senang hamba mencelah di antara mereka."

Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu, bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni akan dosa umat Muhammad, selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu" Maka kata Nabi, "Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"

Maka Iblis berkata, "Ya Rasulullah! Bahawa hamba sangat ajaib melihat dua perkara sekelian hamba Allah. Yang pertama mereka mengaku kasih akan Allah padahal pula mereka taat akan hamba dengan berbuat maksiat. Yang kedua mereka sangat marah akan hamba tetapi mereka menurut juga hasutan hamba." Maka datang lagi firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kemuliaan dan kebesaranKu, aku anugerahkan umat Muhammad dua kebahagian iaitu

(1) kasih mereka itu akan Daku iaitu Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi maksiat mereka itu kerana perdayaan engkau.

(2) mereka itu marah kepada engkau (juga) Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi mereka itu (yang telah) berbuat maksiat kepadaKu".

Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi oleh Allah Al-Ghafurur Rahim….

INSYAALLAH

Friday, April 22, 2011

Berdepan Jin Ifrit 2

ini Bangsa Ifrit..uhhhhh

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dgn penuh kehinaan”

Bangsa jin ni bersongkol dengan iblis, sentiasa menggangu anak adam membantu syaitan...
Ifrit bukanla Jin yang boleh ditundukkan oleh tok-tok dukun or bomoh bagi mengenakan manusia, tapi misi Ifrit adalah bersama Iblis dan dajal, merosakkan anak-anak adam...pandangan mereka lebih jauh lagi, kekuatan mereka beratus kali ganda berbanding jin-jin yang lain...

Sesak dada aku ketika ini...mungkin ini bangsa Ifrit yang lemah berbanding yang berani menggangu Nabi SAW...inipun dah boleh membuatkan aku sesak nafas..dan si ifrit ini mampu duduk didalam badan seorang maulana....

Bagi mereka yang mampu scan..Ifrit boleh menganggu scan kita dengan sesenangnya,Ifrit boleh membuat gambaran dilayaran kita tentang bermacam-macam..dia boleh mencipta gambaran syurga, mencipta gambaran neraka, mencipta gambaran Rasullalalh dan bermacam-macam cara...hidup mereka telah ribuan tahun, hampir semua ilmu manusia biasa ada didalam koceknya...

Bermula dari kejadian ini la aku diganggu dengan bangsa Ifrit seterusnya..inila permulaan kisah aku bersama Ifrit....

Berbalik kisah maulana tadi...disebabkan ramai yang ada disekitar aku ketika itu yang ingin melihat bagaimana ifrit ini dibuang,maka aku pun suruh salah seorang dari muridku bersedia bagi memindahkan Ifrit ini dari tubuh maulana dan sarung ketubuhnya..(kaedah ini kena belajar selama beberapa bulan dahulu barulah apa saja yg disarung ketubuh boleh berkomunikasi,ini dipanggil kaedah resap,kaedah ini berbeza seperti org yang histeria,histeria jin memasuki tubuh,manakala resap kita sarungkan jin pada tubuh kita,umpama kita memakai baju) maka apabila disarung saja secara automatik kita boleh berkomunikasi dengan Ifrit ini...

Apabila dipindahkan saja si Ifrit ketubuh muridku,dia terus menjerit sekuat-kuat hati...

maka aku pun bertanya kepada si ifrit...

siapa yang hantar ko ?

aaazzzaaazilllll...menggeletar suara ifrit menjawab soalan aku...inilah kali pertama aku bertanya pada jin sapa yang hantar dan jawapannya terus kepada nama si ketua laknat Iblis

apa yang ko diperintahkan?

aku diperintahkan mengganguu budak ni, jangan smpai tamat pelajaranya..kerana dia bakal menyyusahkan kerja-kerja kami...

3-4 orang murid2 ku tiba2 naik sheikh...terus menyerang si ifrit yang didepan mereka..menggunakan senjata-senjata ghaib dan bacaan-bacaan al-quran..

dalam masa yang sama , maulana tadi terus sihat tubuhnya, lehernya yang keras tidak boleh menoleh kanan dan kiri sudah sembuh sepenuhnya...

tapi kelihatan muka maulana kerunsingan kerana ini kali pertama dia berdepan dengan situasi begini

dalam masa anak-anak murid ku menyerang si ifrit, maulana pula dengan keras membaca surah al-jin dengan lancarnya...dari mula hingga awal...terkedu aku melihat kefasihan bacaaan maulana...

ketika kejadian itu aku cuma memerhatikan aje situasi yang berlaku ..ingin melihat apa yang bakal berlaku pada si Ifrit..

serangan dari beberapa orang murid,dan juga bacaan jkeras surah jin dari maulana...

tapi si ifrit laknat..tergelak berdekah-dekah......

hah hah ahha..hahhhahahahha..mari kamu semua...bergabung serang aku...Kau yang hebat, kau yang paling pandai, kau yang gagah , kau yang paling tinggi ilmunya....mari semua serang aku serentak...hahahhah....dalam diam si ifrit memujimuji kami semua disitu bagi menimbulkan sifat tinggi diri, riak dan angkuh...cepat2 kami beristifar...

hahhaha...dia terus gelak terdekah-dekah...mana keyakinan kamu kepada tuhanmu...mana keyakiinan kamu pada ayat-ayat tuhan mu...kamu semua tidak yakin pada tuhan mu, kamu tidak taat pada tuhan mu, maka hari ini tuhanmu tidak akan menolong kamu....mari semua...semua...semua terus bergabung menyerang aku...

maka aku perhatikan riak muka muridku satu persatu..HILANG keyakinan mereka untuk menyerang lagi..tidak ada kesan langsung pada si Ifrit walaupun dengan serangan gabungan mcm tu jin sihir lain dah meletup jasadnya...

maulana terus terkumat - kamit membaca surah-surah dari al-quran...

aku diam memerhatikan mereka dari suatu sudut...

hai..murid-muridku ni pun satu...aku belum keluarkan perintah serang, diorang bantai serang buat apa...dah aku jangka akan jadi mcm ni..ini bukan sebarangan musuh..masa aku pegang kepalanya tadi pun dah aku agak takkan semudah itu nak menyerang si ifrit..

keadaan menjadi agak tegang...murid-murid ku dah mula hilang keyakinan..serangan demi serangan hanya di sambut dengan gelak berdekah-dekah....

Sambila ketawa berdekah dekah si ifrit pun berkata-kata..

Selagi perempuan tidak kau pandang seperti batang kayu, selagi dinar kau tidak pandang seperti pasir..selagi itulah aku dan rakan-rakan ku boleh berjalan kedalam setiap tubuhmu...

kamu semua mengaku taat pada tuhanmu..tapi dalam diam kamu ingkar suruhannya, aku adalah orang yang paling taat pada TUAN ku..aku mengikut apa saja perintah TUAN ku, aku yakin pada TUAN ku,...kamu semua masih tidak YAKIN pada Tuhan Mu..maka marilah ikut aku..ikutlah aku bersama TUAN ku..hahhahhaha

Maka aku pun memperkemaskan langkahku...murid-murid ku berganjak ketepi..
BErani kau mempersendakan keyakinan aku pada Allah...mana mungkin..

sedangkan aku tahu siapa Tuhan yang aku sembah..aku tahu tuhan apa yang orang India sembah, aku tahu juga tuhan mana orang cina sembah, aku tahu juga tuhan apa orang kristien sembah, aku tahu juga tuhan mana yang yahudi sembah...aku tahu juga ilmu apa yang dipakai oleh sami budhha, aku tahu tuhan apa yang sami budhaa sembah..aku tahu kekuatan mana yang menyokong tok-tok sami, aku tahu tuhan apa yang disembah oleh tok-tok batin..

Mereka yang menyembah selain Allah juga mempunyai kekuatan untuk memberi mudarat dan kesembuhan kepada manusia....mereka menggunakan kekuatan dan pertolongan dari makhluk Allah juga...bukanlah dari TUHAN yang mereka sangka..tetapi setiap apa yang berlaku atas izin Allah jua...

biarlah mereka dengan agama mereka...tapi aku minta jgnlah orang islam pergi berjumpa dengan orang yang bukan islam bagi tujuan kesembuhan,bagi tujuan pelaris, bagi tujuan rezki, bagi tujuan mendapatkan zuriat..itu Syirik namanya, kerana kita percaya TUHAN mereka boleh memberi kebaikan kepada kita..janganla guna istilah darurat bagi tujuan perubatan berjumpa dengan orang kafir....

si ifrit ini pula cuba mempertikaikan keyakinan kami disitu kepada Allah pula...mana bisa pak

Maka aku pun diam,kusyuk dan tawajuh..lupakan keadaan sekeliling..masuk kedalam diri batin ku..hening seketika...putih aje pandangan ku ketika itu..aku menghadap wajah ku ke ka'abah..tersergam indah kaabah didepan ku..aku mohon pada Allah untuk menyedut cahaya kaabah,terus aku menyedut cahaya ka'abah masuk kedalam tubuh ku....dengan cahaya itu aku salirkan pada tangan kanan ku..tangan kanan ku menyentuh tubuh si Ifrit....

si ifrit mula terdiam...merintih kesakitan....ahhhh merintih..

si ifrit badanya warna merah membara umpama api...sebab tu kalau baca ruqyah or makrifa api kurang memberi kesan,umpama api bergabung menjadi api..makin marak...

dalam keadaan merintih..si ifrit berkata..kauuu banyakkk membantu oorang-orang yang sakit kerana itulah Tuhan mu menolong kau hari ni...

aku terus diam...ku terus alirkan cahaya kebadan si ifrit sambil mulut ku turkumat kamit membaca ayat-ayat suci al quran...

Tuan punya badan yang digunakan Ifrit tadi perlahan-lahan jatuh rebah kelantai..dari berdiri teguh gagah perkasa jatuh terbaring...

Badan muridku yang digunakan ifrit tadi kekejangan..tangan lurus kejang..kaki mengeras umpama mengalami sakratul maut..aku mula panik..aku dengar si ifrit berbisik kepada murid ku

hari ini kau akan mati ditangan Guru kau,bisik si Ifrit...aku panik..Ifrit ingin membawa murid ku mati bersama-samanya...bibir muridku kebiruan,air liur meleleh sedikit..dadanya bernafas laju..seluruh badan menjadi kejang..

tanpa lengahkan masa aku terus menyentap ifrit keluar dari menyarung badan murid ku..

selepas saja aku menyentap, muridku terus bernafas lega...pernafasanya normal kembali, si Ifrit pula hilang entah kemana...

Murid ku terus ajukan soalan "sifu mcm tu ke agaknya rasa sakratul maut' nafas saya umpama terhenti'...aku diam..

badann aku terasa menggigil...semangat aku rasa bagaikan hilang pergi bersama ifrit..

aku termenung 2-3 jam selepas kejadian itu, entah apa yang aku menungkan aku pun tak tahu, cuma rasa bagaikan semangat hilang..

selama 3hari aku berada dalam situasi begitu..

masuk hari keempat.. aku didatangai oleh 7 Jin ,7 jin yang tembus masuk kedalam tubuh ku...

maka akupun mula scan ingin mengetahui apa yang datang dan mampu menembus pendidingku

dalam keadaan tubuh ku lemah berdepan dengan ifrit yang lepas...tiba-tiba scan ku memberi jawapan yang menyeramkan...IFRIT..kali ni 7 yang datang..........

Wednesday, April 20, 2011

Sihir Dajal....

Sekarang tanpa kita sedar setiap rumah kita di masuki oleh sihir dajal...dajal yang disebut-sebut oleh Nabi SAW

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

apakah kesan yang dipanggil sihir sagil..or sihir yang dihantar melalui media..
Sihir ini akan menyebabkan anak-anak kita leka,lalai menunaikan solat,terikut-ikut dengan gaya dan cara artis2 yang memuja dajal ni...mereka menyanyi sana sini kononnya hiburan...tetapi tanpa sedar nyanyian itu dicipta bagi puji-pujian kepada sang dajal...pelahan-lahan syaitan meresap masuk kedalam hati mereka...

hampir disetiap rumah org muslim mempunyai tv dan radio..dan inila caranya dajjal masuk ke dalam setiap rumah orang-orang muslim bagi leka dan lalai kepada Allah...apabila org muslim leka dan lalai maka mudahla dajal merekrut orang2 muslim menjadi pengikutnya kelak...

Semoga Allah selamatkan kita dari fitnah Dajjal..selamakat anak-anak kita ,rakan-rakan, para sahabat dan seluruh umat muslimin...

dengan terdedahnya RAHSIA besar ini,saya beharap kita dapat memerhatikan selalu apa yang ditonton oleh anak isteri kita,termasuk kita sekali..InsyAllah...

















Monday, April 11, 2011

Berdepan Jin Ifrit

Agak seram bila kali pertama berdepan dgn bangsa Jin yang disebut-sebut dalam al-quran dan hadis ni..inilah bangsa Ifrit yang sejarah hidupnya beribu-ribu tahun..malah termasuk dalam sejarah Nabi sulaiman..

Tapi yang aku jumpa kali ni bukanla Ifrit zaman Nabi Sulaiman..mungkin anak cucunya aje..tapi kehebatan Ifrit ni menggetarkan diri aku..

Bermulanya terjadi apabila seorang maulana datang bertandang ketempat aku bagi tujuan berubat ( maulana adalah gelaran bagi orang yang hafiz al-quran dan mempelajari hadis serta pelajari imam 4 mahzab )..

ku perhatikan aje muka maulana ni..memang Nurr terpancar dari wajahnya...tenang dan bercahaya..mano tidaknya beribu hadis yang dia lancar dan seluruh isi Al-Quran didalam hatinya..semoga kita mendidik anak2 menjadi seperti beliau..InsyAllah..

zaman sekarang ibu bapa lebih pentingkan dunia dari akhirat..terlupa didikan agama kepada anak2..hanya memikirkan masa depan anak nak jadi apa, nak keje apa, berapa gaji dapat, bla bla bla dan blaaaa..agama mula hilang dalam kehidupan..

Agama hanya diamalkan dalam solat,nikah kawin dan sebagainya..sedangkan Nabi Muhamad membawa ISLAM menyeluruhi semua aspek kehidupan..

Berbalik kepada maulana tadi..

beliau mengadu pada ku yang lehernya sakit,tidak boleh toleh kiri dan kanan, dan juga tidak boleh bersujud kerana tulang belakangnya terasa ditarik2...

setiap kali belajar hadis,matanya tidak dapat bertahan ,tertidur,terasa mengantuk yang teramat sangat...fikiran kacau, pelajaran terganggu...

Maka dalam hati aku pun berbisik..ini pastilah syaitan yang menganggu..kerana menurut pengalaman aku,banyak sangat syaitan yang duduk dalam badan budak2 yang belajar tahfiz..yang mengganggu pelajar-pelajar untuk menghabiskan pelajaran , dan ini jugalah punca kenapa pelajar2 tahfiz berhenti ditengah jalan..

Maka aku pun meletakkan tangan ku pada kepalanya..ingat melihat apa yang berada didalam badan..

zuppppp...dada ku ditekan,terhimpit..satu tekanan yang kuat melanda jiwa aku ketika tu

bisik hati aku..ini Ifrit...

Wednesday, March 30, 2011

Angkara Jin - Susah tido

lama dah tak update

ramai bebenar yang duk email suruh scan diri...

maaf bagi yang mintak ubatkan cara jarak jauh..aku tak buat dari jarak jauh..tak cukup ilmu lagi ..nanti bila aku dah jadi super-man barula aku iklan jarak jauh kay...

bukan xnak buat ,cuma adab berubat, tuan diri la perlu datang..

sama jugak yang nak ijazah jarak jauh..aku tak buat jugak..bukan apa, aku nak la jugak jumpa orang yang nak dikongsi kan ilmu Allah yang ada kat aku ni..kang semberono je bagi, orang salah bawak, aku jugak yang kena menjawab.berbalik pada tajuk diatas...

Napa susah tido?

sapa yang susah tido tu bwk2 la pg berubat..takda maknanya INSOMNIA tu de.badan dah letih nak mampos pun tak leh tido apahal...

sebonarnyo dalam badan dah bersarang jin..bukanya insomnia..kadang2 dah nak subuh baru tertido..kadang2 3-4 pagi terperanjat tersedar..tu semua ada gangguan..

kenapa kalau ada jin susah tido..

sebabnya senang..jin mana tido malam, diaorang tidor siang..dunia diorang terbalik ngn kita..malam diorang berjaga,kita pulak siang berjaga ...so diorang ( jin ) dah penat tido siang,so mlm diorang berjaga la..

so otomatik la ,sapa2 yang ada jin susah tido mlm..kadang2 kena layan je tgk tv tu sampai mengantuk baru lah leh lelap..kalu suka2 je nak baring tido teramatla payahnya..

Wednesday, March 2, 2011

Scan sihir,saka,jin,hantu

Bagi sesiapa yang ingin scan rumah, diri or sebagainya emailkan gambar orang yang hendak di scan or rumah....

Email kat bentengjiwa@yahoo.com

Takyah pening pasal duit, aku scankan free aje..

Yang sebelum-sebelum ni yang aku telah scan n nak buat bayaran tak perlulah buat,sebab tu bila korang mintak no acc aku taknak bagi...

Biar Allah je bayar....

Lepas aku dah scan pandai-pandaila pergi berubat k..

Ramai pulak yang email ..takpa aku scan kerana Allah..insyallah

Byk yg tnya soalan nak gambar mcm mana n sihir jenis apa

1-gambar muka pun dah cutup
2-kalu rumah just tunjuk gambar ruang tamu or pintu hadapan
3-aku cuma Bantu scan,cara merawat aku takdapat nak terangkan dlm email
4-kalu jawapan aku sihir puja maksudnya patung or gambar
5-kalu sihir org mati maksudnya puja barang2 kubur or minyak dagu

Kebanyakan sihir org mati ramai yang tak mampu kesan kerana sihir ni bersifat lembut tap kesan dia masyAllah..kadang2 akupun tak mampu nak kesan melalui gambar..sihir jenis ni agar susah nak buang..

Dan terakhir sekali,aku tak buat rawatan jarak jauh kecuali pada pesakit yang dah kenal ngn aku,itupun tgk sakit kes apa

6-
Related Posts with Thumbnails