Wednesday, March 30, 2011

Angkara Jin - Susah tido

lama dah tak update

ramai bebenar yang duk email suruh scan diri...

maaf bagi yang mintak ubatkan cara jarak jauh..aku tak buat dari jarak jauh..tak cukup ilmu lagi ..nanti bila aku dah jadi super-man barula aku iklan jarak jauh kay...

bukan xnak buat ,cuma adab berubat, tuan diri la perlu datang..

sama jugak yang nak ijazah jarak jauh..aku tak buat jugak..bukan apa, aku nak la jugak jumpa orang yang nak dikongsi kan ilmu Allah yang ada kat aku ni..kang semberono je bagi, orang salah bawak, aku jugak yang kena menjawab.berbalik pada tajuk diatas...

Napa susah tido?

sapa yang susah tido tu bwk2 la pg berubat..takda maknanya INSOMNIA tu de.badan dah letih nak mampos pun tak leh tido apahal...

sebonarnyo dalam badan dah bersarang jin..bukanya insomnia..kadang2 dah nak subuh baru tertido..kadang2 3-4 pagi terperanjat tersedar..tu semua ada gangguan..

kenapa kalau ada jin susah tido..

sebabnya senang..jin mana tido malam, diaorang tidor siang..dunia diorang terbalik ngn kita..malam diorang berjaga,kita pulak siang berjaga ...so diorang ( jin ) dah penat tido siang,so mlm diorang berjaga la..

so otomatik la ,sapa2 yang ada jin susah tido mlm..kadang2 kena layan je tgk tv tu sampai mengantuk baru lah leh lelap..kalu suka2 je nak baring tido teramatla payahnya..

Wednesday, March 2, 2011

Scan sihir,saka,jin,hantu

Bagi sesiapa yang ingin scan rumah, diri or sebagainya emailkan gambar orang yang hendak di scan or rumah....

Email kat bentengjiwa@yahoo.com

Takyah pening pasal duit, aku scankan free aje..

Yang sebelum-sebelum ni yang aku telah scan n nak buat bayaran tak perlulah buat,sebab tu bila korang mintak no acc aku taknak bagi...

Biar Allah je bayar....

Lepas aku dah scan pandai-pandaila pergi berubat k..

Ramai pulak yang email ..takpa aku scan kerana Allah..insyallah

Byk yg tnya soalan nak gambar mcm mana n sihir jenis apa

1-gambar muka pun dah cutup
2-kalu rumah just tunjuk gambar ruang tamu or pintu hadapan
3-aku cuma Bantu scan,cara merawat aku takdapat nak terangkan dlm email
4-kalu jawapan aku sihir puja maksudnya patung or gambar
5-kalu sihir org mati maksudnya puja barang2 kubur or minyak dagu

Kebanyakan sihir org mati ramai yang tak mampu kesan kerana sihir ni bersifat lembut tap kesan dia masyAllah..kadang2 akupun tak mampu nak kesan melalui gambar..sihir jenis ni agar susah nak buang..

Dan terakhir sekali,aku tak buat rawatan jarak jauh kecuali pada pesakit yang dah kenal ngn aku,itupun tgk sakit kes apa

6-

Monday, February 28, 2011

Pintu Rezki 4 Penjuru 2 (untuk Kedai)


Ni sambungan bagi Pintu Rezki 4 Penjuru

InsyAllah...

Bagi mereka yang mengamalkan amalan Pintu Rezki 4 penjuru ,amalan ini khas bagi mereka yang berniaga, tak kira jenis perniagaan apa,asalkan ada kedai or pejabat

1-Solat Hajat 2 or 4 rakaat pada setiap malam selama 40 hari

2-Istiqomah wiridkan ayat seribu Dinar( wamayattakillah....) 40 kali sejurus selepas solat hajat

3-Masukkan Doa Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Ya Karim..aku bermohon bukalah pintu rezki ku dari pelbagai penjuru..


Amalan di atas dibuat setiap hari

Bagi mereka yang mempunyai kedai makan dan sebagainya, cari gambar Kaabah dan gantung di tempat yang mudah dilihat orang..

Kemudian setiap kali masuk kedalam kedai terus pandang ke gambar tersebut dan amalannya seperti ini

1-Hadiahkan fatihah dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W
2-Hadiahkan fatihah kepada para-para Wali Allah serta guru-guru
3-Selawat nabi 11 kali
4-DOa
" Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Karim...aku bermohon,sebagaimana terbukanya hati orang mukmin berkunjung kerumahmu,begitula juga aku bermohon ko bukakan hati orang mukmin datang berkunjung ke kedaiku "

Friday, February 25, 2011

Terima Kasih

1-Asmk ust.Slepas kak cal ust tadi,bila sampai umah n saat ini wlaupun belom baca Yasin keadan perut kak amat selesa skali.Kak yakin ust tentu ada buat sesuatu pada kak walaupun tanpa kak suruh kerana benar2 terlupa dek menahan sakit bagai ditumbok dari dlm.T/kseh banyak ust.S mga Allah smtiasa merahmati ust,famly n jamaah.Diharap jgn jemu membri pertolongn pda kak n family dri jauh.Tima kaseh bnyk ye ust.Slm kak pada jamaah yg mengenali kak.ASMK


2-ASMK UST.SYUKUR SANGT PDA ALLAH YANA LPAS TIPON DIA DAH PULIH DARI SERANGAN SYAITAN LAKNATULLAH.X TRBALAS BUDI BAIK UST.WLAUPUN DARI JAUH SUDI MELAYAN DAN MMBERI BNTUAN KPD ANK KAK .KAK MMANG X MAMPU NAK MMBALAS HANYA MAMPU STIAP LPAS SEMBHYANG 5 WAKTU MASEH KEKAL MENSEDEKAHKN FATIHA UTK UST SKUAGA N SAHABT2.SMUGA ALLAH TRUS MRAHMATI UST,FAMLY N SAHBT2NYA.AMEEN,AMEEN AMEEN.ASMK

PR.Ruhaniah: kadang-kadang bila kita dpt email or sms berterima kasih dari pesakit terharu jugak hati,ada juga yang mengingati jasa yang kita lakukan..insyAllah sama-samala berdoa agar semua yang terlibat dalam P.R.Ruhaniah sentiasa berada dalam ikhlas semata-mata kerana ALLAh...

Mantera

Ada email masuk berkenaan mantera,rasanya kali ke berapa entah orang tanya aku pasal mantera ni..aku terangkan sikit apa yang aku tahu dari pengetahuan ku yang sedikit..

Mantera adakalanya menggunakan perkataan berkat laillahaillahmuhammadrasulah...di akhir kata..adakalanya ucapan bismillah dipermulaan dan di ikuti dengan bacaan mantera..contohnya

1) Bismillah
Makni namanya engkau nurmani terlalu limpah insan didalam insan....berkat laillahaillahmuhammadrasulah

2) ataupun
bismillah..
kuci manik,kuci manik,bulan terang tengah malam...berkat...

3) ataupun
BISMILLAH...
KUN KATA ALLAH
PAYAKUN KATA MUHAMMAD
ROBBIKUN KATA MALAIKAT JIBRIL
HAK HU KATA ALLAH
DENGAN BERKAT KEMULIANYA KALIMAH
LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD ROSULUllah

4) or

Di Langit ats..

Nenek Asal Guru Yang Mula

Nenek Tersenang Di Tanah Suci

Guru Tersandar Di Tiang Dua

Di Kubur Keramat

perhatikan setiap mentera diatas...

Ada diantara mantera diatas melibatkan khadam atau jin2 pendamping...
Ada juga diantara mantera diatas langsung tidak melibatkan Jin..ini dinamakan ilmu ASAL USUL...

Ilmu ASAL USUL ni aku baru belajar dalam 1-2 tahun ni..dulu aku ingatkan bahawa semua ayat yang bukan ayat Quran pasti melibatkan Jin..tetapi setelah aku belajar ilmu asal usul barula aku sedar ilmu ALLAH MAHA luas...

tetapi bagi mereka yang tidak mempelajari ilmu ASAL USUL + ilmu HAKIKAT (kerana ilmu asal usul ni berkait rapat dgn jalan Hakikat) aku nasihatkan jangan mengamalkan sebarang mantera...

Ini kerana walaupun sesuatu mantere itu tidak melibatkan JIN or Khadam.sekiranya mereka yang tidak mengetahui ilmu asal usul,pasti JIN akan datang berdamping dengan nya...apatah lagi mantera yang melibatkan Jin..

Tetapi sekiranya ayat yang diajar diambil dari Al-quran,jangan la tuan-tuan risau,takda satu saka pun yang tuan-tuan akan dapat..so bagi sesiapa yang risau akan dapat saka dari ayat quran yang aku suh amalkan ,jgn risau langsung takda saka untuk tuan..kerana ayat itu bersanda pada ALLAH semata-mata..

Ramai yang aku buang SAKA puncanya dari amalan ayat yg berdasarkan dari mentera,dan ramai juga yang dapat Jin angkara amalkan mentere dari buku or sekarang dari internet..

Hati-hati ok..semua ni sekadar nasihat...

Friday, February 18, 2011

Ilmu Pernafasan

Salah satu cabang ilmu Ghaib adalah ilmu pernafasan..ada banyak Kaedah ilmu pernafasan..

Ilmu pernafasan Qigong,Budi suci,tapa diri,Nasrul Haq, Yoga dan sebagainya...

Aku kupas Ilmu pernafasan ni ok..

Ilmu pernafasan ni didakwa boleh memukul org dari jaarak jauh..sekiranya ada niat zalim,dan juga pada sesiapa yang berniat zalim terhadap pengamal ilmu ni maka orang yang zalim itu akan tercampak...

Mana logiknya Gitu....memang logik,ada ramai yang mendakwa ilmu pernafasan ni menggunakan kekuatan jin untuk mencampak org yang zalim...biasalah orang islam ni,nampak terer sikit,ajaib sikit semuanya Jin n semuanya sesat...manusia langsung tak terel,yang terel semua jin..yang boleh buat keajaiban semuanya jin...SILAP besar tu...Manusia adalah makhluk yang paling Sempurna dan Indah sehinggakan Jin cemburukan kehidupan Manusia..Hatta para Malaikat diperintahkan Sujud Hormat Pada Moyang kita ADAM...masalahnya kenapa?kenapa malaikat yang begitu tinggi dan hampir pada Allah diperintahkan sujud pada Manusia yakni Adam...Bukankah tinggi darjat kita disisi Allah dan Hebatnya kejadian Manusia ni...jadi kenapa kita duk pikir Jin yang hebat, kenapa kita duk perlukan bantuan Jin, n kenapa kita perlu tunduk dan penuhi permintaan jin? dan kenapa sikit2 jin aje yang beri keajaiban pada manusia?

Berbalik kepada Ilmu pernafasan tadi..Hakikatnya bukan dari pertolongan jin..hakikatnya ilmu pernafasan beraura positif,cahaya putih, dan bagi mereka yang mempunyai niat zalim akan mengeluarkan aura negativ dan cahaya syaitan yakni cahaya merah...maka dengan automatiknya si penzalim akan tercampak apabila berdepan dengan pengamal ilmu pernafasan ni...

contoh ilmu pernafasan ini,yang mempunyai gerak jurus...seperti budi suci,tapa diri,qigong, nasrul haq...ilmu ni bagi aku ok..

Tapi ada ilmu pernafasan yang merbahaya...iaitu ilmu yang jenis menarik kuasa alam dan menarik aura2 bewarna..menarik 7 jenis cahaya aura..aura cahaya merah,aura orange,kuning,hijau,biru,indigo,putih...

caranya umpama Yoga duduk bermeditasi dan mula makrifat cahaya2 tersebut masuk kedalam tubuh mengikut 7 pintu cakra......ini tetap ilmu Allah,tapi resikonya besar..

Risikonya.....

Hehhe nak tahu apa risikonya...disebabkan kita bermeditasi menarik aura-aura cahaya masuk kedalam tubuh maka ketika inilah jin2 berlumba-lumba memasuki jasad kita mengikut cakhra yang kita makrifatkan..contohnya kita makrifat aura masuk melalui cakra yang terletak dijantung,maka sang Kelembai pun sama-sama masuk bersama aura yang kita tarik...

Bagi mereka yang mempunyai pendiding seperti pendidng ayat Quran,pendinding Lam dan sebagainya,Jin-jin ini tetap dapat masuk...nak tahu kenapa?

Sobab eh,ketika kita menyedut cahaya aura tadi masuk,secara automatinya kita buka semua pendiding tubuh kita...sobab tu la aku nasihatkan jangan amalkan ilmu meditasi ni,kecuali kita dah tahu kehadiran Jin didalam badan,dan kita tahu bagaimana nak keluarkanya....

Dan ilmu pernafasan ni mempunyai 2 pantang...kalu langgar 2 pantang ni,hilangla kehebatanya...

Pantanya 1-Tak yakin dan yang ke2..kita Putus Nafas,yakni matiiiiiii..maka hilanglah kehebatan ilmu ni..berbanding dengan ilmu yang menggunakan ayat Quran...ilmu yang menggunakan Hafalan ayat..akan membawa sehingga ke mati..buktinya surah al mulk..

ni kisahnya...para sahabat terdengar Roh mengaji..
"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Adakalanya kita dapat mendengar roh merintih meminta tolong,adakalanya kita mendengar Roh yang beriman mengaji...rezki masing2 dapat dengar yang mana...

Berbalik pada ilmu pernafasan tadi..ilmu ni hanya untuk didunia sahaja,,dan tiada kehebatanya setelah mati....

sebenarnya di dalam Al quran telah merangkumi semua ilmu,termasukla ilmu pernafasan...sebab tu adakalanya zikir dan ayat Quran yang kita amalkan dapat mengelak dari diserang..contoh ilmu pernafasan didalam Al Quran adalah permulaan membaca..iaitu mempelajari makraj atau sebutan huruf..contohnya huruf to..sebutan to yang sebetulnya perlu di hembuskan angin dari mulut dan kedudukan lidah kehadapan dibawah gigi atas...huruf ho pulak dari saluran tekak, huruf ha pulak hembusan angin dari tekak..maka bagi sesiap yang mampu scan..cukup mempelajari basic al quran ni,maka cahaya mula mengelilingi badan...AJAIB kan..

Maka bagi sesiapa yang membaca Alquran dengan sebutan yang betul dan jelas secara automatiknya menguasai ilmu pernafasan yang tinggi..

Subhanallah,Maha Suci Allah...

Pusat Rawatan Ruhaniah (kesan memakai tangkal)


budak pompuan tu pelajar dan memakai tangkal tanpa pengetahuan ayahnya...makhluk didalam tubuhnya membaca mantera dalam bahasa yang tidak difahami...apabila mantera dibaca hampir 50 ekor Jin datang membantu BOSnya yang sedang dalam kesusahan...
Setelah beberapa perawat gagal merawat budak ni barulah ayahnya membawa ke pusat rawatan Ruhaniah...ada 3 makhluk yang menjaga dan duduk didalam badan pelajar ni..setelah dipindahkan kedalam tubuh salah seorang perawat, barulah keadaan pelajar tersebut normal kembali...
Rupa-rupanya pelajar2 disekolah tu ramai yg memakai tangkal...dan ramai histeria akibat perbuatan mereka sendiri..so guru besar sekolah meminta pertolongan ahli Ruhaniah bagi menyelesaikan kes histeria beramai-ramai..nanti aku uploadkan surat penghargaan dari sekolah terhadap ahli Ruhaniah..InsyAllah
Related Posts with Thumbnails