Saturday, July 31, 2010

Rawatan Jarak Jauh

Meh kita bincang kes rawatan jarak jauh...

kalau ikut pengalaman aku yang cetek ni,rawatan jarak jauh sebenarnya sangatlah

mustahil, kita sakit pun kena pergi jumpa doktor, pg hospital pakar dan sebagainya..


ada beberapa kes yang aku rasa rawatan jarak jauh ni boleh di buat.. cth:-

1- Jin yang sekadar menumpang dalam tubuh, tiada sapa yang hantar , sekor je dia duk

layan kat situ ..tenang dan harmoni sambil menikmati apa saja tubuh kita nikmati,

nikmati KFC , MCd , Bersetubuh pun paling diorang SYOK JOin sekali..kan Nabi dah

ajar doa bersetubuh, atau buat apa2 bermula dengan Bismillah, kalau Nabi dah cakap

tu mestila ado sobabkan, kita pulak yang terel tak nak amik apa yang Baginda SAW

turunkan


2- Jin di sesuatu kawasan , dalam rumah ke, kat sekolah ke , jin yang melepak tanpa

duduk dalam badan manusia ..contoh paling sonang kalau sapa tido kat umah tu asik je

kona hompap...haaa yang jenis ni kasi HANTAM pada jauh insyAllah gol punya



3-Nak memagar rumah dari jauh

4-Buang angin dalam badan dari jauh

5-Nak kasi pengasih dari jauh ( hehhee,ni ramai sure duk tanya aku ni )


ni la antara beberapa kes yang aku rasa OK buat dari jauh, yang lain baik korang

datang berdepan dengan perawat la nasihat aku..bukan apa meh aku terangkan perihal

Jin duk dalam badan ni sebenarnya macam mana



1- Jin adakalanya datang disebabkan SAKA atau di perintah oleh BOMOH

2- Kalau melibatkan SAKA...peh ini kes berat beb , SAKA datang bukan sekor ,

berkampung, kalu sekor dah buang dalam badan , yang kat luar tu dah Beratur nak

masuk ikut turn...selagi kita tak bereskan semua sekali SAKA takkan selesai..contoh

SAKA tu ada pengikut 2 ribu ekor , so kita kena settlekan 2 ribu ekor sekali gus la,

so baru la SAKA tu clear..insyALlah..kalau setakat buang yang dalam badan je, jangan

la kata SAKA dah selesai ....esokmasuk yang baru geng..

3- Kalau melibatkan SIHIR..SIHIR ni dulu kena buang , kalau buang JIN je , SIHIR tak

buang, esok mai la The New One..SIHIR ni panjang BAB dia..aku ringkas je la kat sini

4-Kalau melibatkan Gangguan Puaka..hmmmm...leceh jugak beb


So..ini semua susah Beb nak buang, aku tak kata tak boleh buang, cuma susah ajo,

elok la berdepan-depan..nak berubat kenala susah sikit..


Selepas kita dah buang JIN ,kita kenala bersihkan badan kita dari kesan-kesan JIN

tu..apa ingat JIN tu pembersih ke, dia duk baik dalam badan kita,makan minum berak

kencing tak cebok...ish ish ..korang ingatla JIN ni kalau azan duk menyorok dalam

lubang najis, tempat favourate dia..banyakla najis dia kat dalam badan kita

tuuuuu...eiiiiii geli den..badan kita jadi kotor, dan Najis Jin akan jadi penyakit

kat badan..bak kata Panglima yang datang melawat aku...apa yang best mengubat orang

ni, tak geli ke kena ludah-ludah JIN...kalau dah dekat 100ekor ludah aku serentak ,

ada jugak la ludah yang terlepas..HANTU ko JIN...copek - copek aku mandi limau...

kalu dari jauh,NAjis ni sapa mau kasi cucui broooo


ok, aku nak maghrib dulu..nanti2 aku sambung,insyAllah

Tuesday, July 27, 2010

MENUNTUT ILMU




Dalam pencarian Ilmu mengenal Tuhan, mengenal Diri banyak dugaan yang akan kita

hadapi,banyak juga guru-guru yang bakal kita temui, banyak pandangan mereka, banyak

amalan mereka, banyak pegangan mereka ...


Maka perhatikanlah sebenar-benarnya apa yang di ajar oleh mereka, mereka memang

sebenarnya hebat, tinggi ilmunya, banyak kelebihannya, setakat kebal, kasyaf ,

berjalan atas air , tukar daun jadi emas , tukar kertas jadi duit , keluarkan batu

dari mulut , keluarkan harta karun.....dan banyak lagi kelebihan-kelebihan guru...


Banyak yang aku jumpa guru, tewas dengan dugaan DUIT dan KUASA

Dan akhirnya guru sebenar-benar guru yang aku jumpa, langsung tiada apa , tiada

kelebihan yang boleh ditunjukkan , tiada keajaiban y, tak mampu berjalan atas air,

tidak kebal , bekerja seharian untuk mencari nafkah....dan akhirnya aku kembali

belajar darinya , belajar mengenal tuhan , belajar mengenal diri ....


Aku merantau sana - sini berjumpa guru yang handal2 , akhirnya aku tetap kembali

berjumpa guru yang 1, untuk bertanya semua ke ilmuan yang aku pelajari , maka ada

yang aku buang , ada yang aku terima , ada yang aku terus amalkan , tapi inilah

guruku 1 yang langsung tiada kelebihan , berpegang teguh pada Al-Quran dan

Sunnah...setiap kali berbicara pasti disusuli Al-Quran dan Hadis..


Aku cuma ingin berkongsi pengalaman ku, belajar kepada sesiapa pun yang anda ingin

belajar, dengarlah apa sahaja yang di ajarkan oleh guru-guru anda, tapi TEGUHKAN

diri kita dengan perkara-perkara berikut, walaupun Guru anda yang terhandal, yang

kasyaf , yang kebal berkata sebaliknya...


Tetap berpegang teguh pada RUKUN ISLAM


Mengucap dua kalimah syahadat

Syadah yang bermaksud "Aku naik saksi tiada tuhan di sembah melainkan Allah, Dan aku

naik saksi bahwa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"....buang semua maksud yang di ajar

guru selain dari maksud di atas..


Sembahyang lima waktu..

Kekallah anda mengerjakan Solat 5 waktu,TETAPKAN solat ini..buang kaedah solat lain,

solat Makrifat , solat Niat, atau memendekkan waktu solat, atau memendekkan rakkaat

solat, atau pesan GURU yang KASYAF "apabila kita mengenal tuhan, kita sentiasa

berSolat, putus Solat 5 waktu" Pesanan Jahanam..


Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan

Kekal berpuasa, WAJIB berpuasa penuh di bulan RAMADHAN,jgn sesekali ubah cuma puasa

6 hari di bulan-bulan lain, puasa niat , puasa batin, batin berpuasa jasad tak wajib

berpuasa. Tetapkan pegangan kia


Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)

Tetap menunaikan HAJI..Wajib bagi kita walaupun sudah mengenal RAHSIA DIRI


Menunaikan zakat

HARAM duit yang kita makan sekiranya tidak mengeluarkan ZAKAT...INGAT ada HAK orang

miskin bagi setiap pendapatan kita yang layak berzakat

Jangan sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata GURU kita yang HEBAT sekiranya

lari dari Rukun-rukun ISLAM...


Setelah teguh kita berpegang pada 5 rukun ini, maka merantaula kita mencari ILMU

bagi mengisi dada-dada yang kosong

Thursday, July 22, 2010

Air Selusuh ? Suatu Kisah......

Saja aku berkongsi pengalaman aku di sini, seperti biasa aku ulang,bukanla tujuan

ingin menunjuk-nunjuk, riak ,ujub dan sebagainya..hanya semata-mata berkongsi

pengalaman agar dijadikan pengajaran kepada kita semua...

Di jadikan cerita, kawan satu Universiti aku dulu telepon aku, wife dia baru

bersalin, anak ke 3, lelaki jugak,dapat semua hero..terbaik, aku je sorang

Heroin,entah bila nak dapat rezki lagi Allah sahaja yang tahu…


“Na…wife aku baru bersalinla, dia bleeding tak behenti-henti lagi, dah masuk hari

ke 2 , ko boleh tengokkan tak bilik dia bersalin tu, sebelum ni pun sebelum wife

aku ada orang kena mcm tu, bleeding tak berhenti..ada makcik tu nampak lembaga hitam

kat bilik tu “


Aku pun tengok kejap, aku cakap kat dia “ buat apa nak tengok dalam bilik tu, dekat

wife ko pun ada dekat 5 ekor tengah baik hisap darah wife ko” terang aku pada dia..


Member aku ni pun gelabah, aku tanya dia lagi “ ko tak buat AIR SELUSUH kenapa” ,dia

terdiam di corong telepon tu,suara dia mula gelabah…mungkin dia pikir mana aku tau

dia tak buat air selusuh,aku pun mana tau,aku cuma tengok takda apa pendiding kat

wife dia,kalu takda mestila tak bagi Air Selusuh..


“Aku tak sempat buat Air Selusuh, kelam kabut, tiba2 je dah nak bersalin, apa aku

nak buat skarang na….”


Aku pun suruh dia datang jumpa aku secepat mungkin, bukan apa darah masih keluar,

risau pulak aku kalau wife dia hilang darah lebih banyak..” bawak limau 10 biji, Air

Mineral sebotol dgn gambar wife ko skali“,pesan aku



Lepas 15 minit dia sampai ofis aku, muka dia Nampak muram…dlm hati aku si bapak

gengstar pun jadi gelabah pasal wife ke,ye la sapa tak sayang bini


Member aku pun cerita kat aku, lepas 2-3 hari darah tak behenti, doctor terpaksa

buat operation, buang Rahim wife dia,sebab takut kena cancer

rahim..Subhanallahh..kesian dia…dah takda harapan nak dapat anak lagi,kecuali pasang

satu lagi la..


Tapi setelah habis operation, darah still tak berhenti lagi..wife dia makin lemah,

ayah dia ada jugak datang bacakan ayat – ayat suci, tapi darah masih keluar tak

behenti


Selepas aku dengar semua masalah dia, aku pun mula la upacara , aku tengok apa

jenis Jin kat wife dia..ni bangsa Jembalang la ni..dalam badan ada, duk kat kemaluan

wife dia pun ada,tengah duk sedut darah nifas…yumiiiii sedap kut darah nifas ni..


Aku amik limau, letak atas gambar wife dia, dari ofis aku tarik semua jembalang yang

tengah syok hisap darah wife dia kat hospital tu..aku mula buat “permohonan” ,

dalam proses “permohonan “ tu semua jin-jin yang terlibat aku tangkap dan pindahkan

ke dalam limau yang dibawa..dalam 5 minit habis permohonan, ok selesai

rasanya,InsyAllah…



Aku marah member aku,apasal tak pegi buat air selusuh, wife ko mengandung 9 bulan

sengsara zahir batin,ko nak pergi mintak orang buatkan air selusuh pun susah ke…aku

tanya dia anak no 1 dan no 2 ko buat air selusuh tak? Ada katanya, Cuma yang no 3 ni

dia tak sempat buat..aku cakap kat dia lagi, apa ko ingat Air Selusuh ni untuk

mudahkan bersalin je ke? Selain dari permudahkan bersalin, Air ni akan jadi BENTENG

dari gangguan-gangguan Jin-Jin macam ni, ni satu air Doa pun ko tak bagi… dahla

besalin kat Hospital Swasta, CINA pulak yang sambut anak ko..ko bayangkan la,anak ko

pertama kali jejak ke Dunia di sambut oleh tangan orang KAFIR ..hilang KEMULIAAN

orang Islam, dah takda ke doctor Islam yang boleh sambut,kan ko pergi bersalin

Private, doctor pun boleh pilih,pilih la yang islam…


Dalam Hal ni ko yang bersalah, sepatutnya sebagai suami ko buat persediaan untuk dia

bersalin, ko kena fikirkan kebaikan dia…..ko yang bertanggungjawab sampai rahim wife

ko kena buang,wife ko umur tak smpai pun 30 lagi marah aku..



Aku tak puas hati lagi, aku nak tiaw dia lagi, tapi tak jadi, aku tengok air mata

kawan aku dah meleleh..dia da mula cakap teresak-esak..air mata jantan pun

mengalir..rasa menyesal tak sudah tergambar di mukanya..aku pun diam,tak jadi nak

marah lagi..aku pun cakap..sudahla, Ini semua Takdir Allah..


Aku suruh dia balik cepat, bagi wife dia minum air yang aku dah bacakan ayat suci,

aku ajarkan dia cara pagarkan badan wife dia,supaya takda gangguan yang lain

datang,maklumlah..darah nifas ni banyak Jembalang yang suka..aku rasa masa tu dalam

pukul 2 petang,aku ckp ngn dia, kalu petang ni darah masih tak berhenti,call aku

,aku turun hospital terus..aku nak mengadap wife dia depan-depan..


Dalam Jam 5 petang dia call aku,Na terima kasih, darah Wife aku dah berhenti,mlm ni

aku datang umah ko ,katanya pada aku..Alhamdulillah da selesai…



Dalam hati aku berkata,kalaula dia buatkan Air Selusuh,InsyAllah tak terjadi

benda-benda mcm ni..

Malam tu dia lepak umah aku sampai pagi,muka sedih seribu satu penyesalan..apa nak

buat,inilah dikatakan Takdir..dan takdir boleh diubah dengan DOA…InsyAllah

Testimoni Amalan Al-lkhlas

salam tok ..Sy ada mengamal apa tuan ..... suruh.Surah al-ikhlas 1000x1 hari dalam niat isi ilmu pengobatan dan rawatan diri sendiri..Masya,Allah.hebat le amalan yang di bagi tu.Macam2 ada..Tgh saya tidur semalam saya bermimpi...Entahlah dimana tempatnya...Tangan kiri saya keluar api..Dan dalam masa yang sama saya lihat 2 bangunan rumah terbakar..Nak kata rumah bukan jugak..Macam rumah tinggi,lebih kurang macam rumah lama...Terbakar tuan le tuan...Tengah saya perhatikan rumah itu terbakar..Ada satu makhluk tapi tidak jelas terus mengadap di hadapan saya...Entah tiba2 saya rasa macam dia tu musuh plak..Automatik saya mullut saya bacakan Ayat qursi...Dan tangan kiri saya menghala kepadanya...lebih kurang macam mendepa tangan menghala kepadanya..Tapi dgn jarak yang tidak dekat..Auto matik mulut saya baca ayatul qursi...Belum abis lagi ayatul qursi tu terus saya tersedar dari tidur.....Bleh tak tuan ..... bagi pencerahan tentang apa yang saya alami ini...Maklumlah sayakan ada masalah gangguan ini.

Wednesday, July 21, 2010

Kisah Saka Dari Pengunjung Blog (Faizal)

saya pun ada saka sampai 10 ekor .. penat ooo ... tiap bulan roh saya keluar ..

sakit berdengung2 kepala .. cuma salah satu yg pelik nya saya tak bleh nampak benda2

ghaib nie cuma dapat rasa jer dalam lingkungan beberapa meter ..macam radar ler ..

dahberubat bermacam2 bomoh sampaila........ .. apa pun tarak .. saya buat tak layan

..so far menjadi ... cuma yg menjadi tersurat yang tersirat nya kenapa roh saya

keluar setiap bulan mengambang . pendamping saya ada 10 ekor nie


1 panglima hitam (separuh badan kiri harimau kanan manusia)

1 sahabat panglima

2 org wanita .bergaduh nak saya.. mungkin ada kait ngan moyang mak saya sebab

kawinngan org bunian

4 ekor harimau .. belang, hitam , putih , tompok.

1 dari thailand

1 dari laut .


semua saka nie saya tak layan dah saya pagar diri saya cuma bebaru nie sekor harimau

belang cukup main besar dtg jumpa saya dalam mimpi dan kebetulan pula bulan

mengambang roh badan saya keluar dan suara saya bertukar macam bunyi harimau

menderam . dan yg pelik nya seolah2 roh saya di tarik sesorang tapi saya tak nampak

langsung .

penah juga saya tidur macam tak tidur ..sebab mata saya leh tembus kelopak mata saya

..jadi tengok jer ler silling umah tu

penah sekali saya terjaga tetiba tgn saya tepis rupa2 nya kawan saya nak pukul dgn

bantal sebab dia ingat saya pura2 tidur.

penah sekali roh saya kena tarik (terasa yg pegang kedua tangan saya org nya lebih

dari 10 kaki sebab pegangannya begitu besar) saya baca ayat qursi ...sekali dia ikut

daa baca sekali ..sampai ayat last dia diam ..tetiba berlaku letupan ...secara

automatik saya terjaga mengejut tegak terus badan . badan berpeluh abis lencun.

pernah sekali badan saya keluar bulu besar2 masa tu roh saya nak keluar .. suara

saya cam harimau .. gigi dah nak tumbuh taring saya baca ayat qursi ( tau jer

tunggang terbalik baca ayat qursi kena fokus betul2) tetiba saya berada di alam lain

ada semak lalang tinggi pastu sebalik semak tu ada org tua pakai jubah putih serban

putih . saya tanya ko nak apa ? dia jawab aku nak bagi satu ilmu . saya sound baik

ko berambus sebelum aku sesah ko dgn ayat qursi .. terus dia ilang pastu saya jaga .

pernah sekali saya balik umah mak saya terperanjat eh bukan ker ko kat atas tadik

???saya pun diam jer.


pernah sekali saya terjaga tgh malam sebab terasa macam kena hentak di dada dan rasa

kerongkong sakit sgt macam ada jarum. saya guna kelebihan yg saka nie ajar tarik

guna tgn kiri keluarkan melalui tgn kanan. so ilang ..sambung tidur balik.


moyang mak saya kaya raya org kg penah nampak dia nie tunggang harimau tengkis .

sampai kat saya jatuh miskin .. ada degree pun nak minta keje sampai lebih 10 kali

tak dapat2. macam perjanjian tu tak lengkap lak .

ada lagi banyak citer saya alami tu belum masuk bertempur ngan jin dlaam mimpi ..

nanti saya sambung ..letih oo fikir pasal nie .



aku kena nie tahun 1992. hampir setiap bulan roh aku kuar .. pi mana2 darul

syifa...bomoh semua tak leh jalan nya. fyi. korang bayang ker setiap bulan selama 18

tahun .. ada pelbagai peristiwa aneh berlaku lagi .


terpulang pada yagn hendak percaya. yer ler ..benda tak nampak tak boleh di bukti

kan macam mana nak percaya. lagi pun tujuan aku cerita nie agar boleh kita share

ilmu, tak pun ada sapa2 boleh explain kenapa roh aku keluar tanpa kawalan?


moyang pada moyang aku dulu kerabat pahang yang bantu sultan selangor takluk balik

kota melawati dari tangan belanda hanya SEMALAM. dan dia ler yang laksana kan

hukuman lastik pada pembelot sultan selangor.

ni salah satu dari pada kisah misteri aku :


aku dapat saka nie semasa aku di asrama. yang masalah nya ialah gangguan penunggu

dari asrama tu sendiri . datang dalam mimpi aku mencabar aku . yagn pelik aku boleh

nampak badan dia berketul2 dan kepala tak nampak . macam seolah2 aku tak boleh

dongak kan kepala aku . so aku start fight !!!

tiba2 dgn spontannya mulut aku baca surah al-ikhlas banyak kali . dan tubuh aku

bergerak dengan sendiri. bila saja penunggu menyerang jer aku ntah macamman aku

kilas tangan dia sambil aku jatuh kan dia dan pegang kepala nya . so di dalam

keadaan tertiarap ler. apa lagi masa tu keinginan utk melihat dia jelas di hati. so

aku cekak rambut dia dan tarik mendongak kepala dia sambil melihat dia. Korang tau

apa aku lihat ? muka yang cengkung, gigi terjongos depan bersama penuh taring dan

rambut yang tegak kurus berketul2 badan dia tinggi 7 kaki lebih kurang ler . aku

bertanya dengan garang(yer ler dah menang fight kerek ler skit) " apa ko nak hah"???

Dia jawab balik " kau dah ganggu kawasan permainan aku" .

lalu aku terjaga. kadang2 aku alami situasi yagn takut sangat bila malam sampai

bunyik "tik " pun aku terperanjat. kadang2 aku berani gila **** kalau saka aku masuk

badan aku. ini semua berlaku semasa mula2 aku dapat. so sekarang nie aku dah

biasakan diri dengan ayat2 quran dan tak layan saka2 aku ..cuma bab roh keluar tu

masih berlaku.. patut ler dalam silat kita kena lihat pusat lawan. agar semua

pergerakan dapat di lihat . jadi baca ler surah alikhlas banyak2 kalau dalam

kecemasan. ada banyak lagi . sorri ler berterabur ayat ... hahah...bro nazim .. aku

org tg karang kg nenek kat permatang k selangor .tau tau jer ler matang nie dulu aku

rajin main tanah korek2 mesti jumpa tanah hitam bersama kulit kerang ...memang

kawasan dia boleh tahan ler kerasnya

Monday, July 19, 2010

Kisah Naga

Esok aku da takda,pergi ke Tioman bawak stuf2 aku pergi kursus, nak raikan

beberapa stuf aku yang naik pangkat dan bagi diorang naik semangat, Biasala

diorang dah kerja kuat kenala promote diorang..aku ingat malas nak pergi,tapi

director aku yang lain ajak jugak pergi,sebab kata dioranginila masanya diorang

nak jumpa aku....aku pegi la kut,so sebelum aku pergi aku…

cerita perihal

NAGA...

entah kisah dongeng entah apa, layan je laaa....

Satu family dari Rembau datang berjumpa aku,aku tak ingat bile,ada dlm 2-3

bulanlepas...jap..jap..jap...aku stop 15 minit yo,ada jin serang aku haaa,mangkuk

tingkat punya jin...tunggu jap eh ,aku tangkap dia

jap................................3 minit

kemudian, ok dah settle..sekor je, balas dendam kut.


Mereka dari Rembau datang 1 family, mengadu permasalahan anak-anak dia yang

degil,panasbaran,menangis tiba-tiba, menyalak tiba2...


Oklah,bisik aku, saka jenis binatang...aku pun buang satu persatu..tapi kali ni aku

hairan sikit,selalunya kalau saka buaya,buaya je semua,kalau harimau,harimau je

semua,tapi kenapahari ni bercampur aduk....ada monyet,ada serigala (dlm hatiku

hairan ini org putih punya je,rembau pun ada kaaa) ada

jugak harimau,ada ular....


kenapa gini, aku tanya pada ketua family yang datang..atok2 dulu asal

mana,Indonesiacakapnya,mmmm...mungkinla..tapi saya pelik la,tak pernah jumpa

kes binatang banyak mcm ni......


Takpalah,aku malas nak layan binatang yang banyak2 ni, sampai esok pun takda

kesudahanbisik hati ku..so aku pun panggil la KETUA kepada semua binatang

ni,dalam hati ku,pasti HEBAT dapat kawal beberapa jenis binatang serentak...


Setelah aku panggil,aku rasa satu aura yang menghimpit dada ku...kalau dia

mampu bagi aku tekanan mcm ni pasti hebat...dah lama aku tak rasa tekanan

begini.....


Dia datang berpasangan, bagi memudahkan aku berdialog dgn dia,aku masukkan

ke dalam badan murid ku yang telah aku latih ilmu RESAP....Ilmu ni agak BAHAYA

untukdiamalkan,selalunya murid ku yang dah sampai beberapa peringkat barula

aku ijazahkan...


Satu aku masukkan kedalam muridku,satu lagi berpusing-pusing diatas rumahku

memerhatikan pasangan dia sama ada diserang atau tidak...

Aku soal dia...binatang ni,tapi boleh bcakap pulak..hehhe entahla..kuasa

ALLAH,mungkin ni la bangsa SILUMAN...


"Siapa ko..."

'Aku Naga...aku adalah Tentera ALLAH yang menjalankan perintah ALLAH "

Pehhhh,aku terus excited,ni kali pertama aku jumpa NAGA, selalu dengar dalam

MITOS je,mana tau NAGA sebenarnya wujud pulak

"ni semua binatang sapa yang menjaga keluarga ni"

" Ni semua binatang-binatang aku, aku perintahkan jaga keluarga ni Di atas

permintaan atok mereka "

"Mana asal usul ko "

" aku datang dari jauh, kalu bukan ko yang panggil, aku pasti tidak datang,tidak

semua manusia mampu memanggil aku "

" Baiklah...keluarga ini minta kau semua lepaskan mereka, perjanjian atara ko dan

atok mereka tamat disini sahaja,ini la tujuan mereka datang kesini berjumpa aku..


Setelah pengakuan dibuat oleh setiap ahli keluarga,Sang Naga bersetuju untuk

mengambil semua bintang2 dibawah jagaannya..sambil deperhatikan pasangan

dia dari atas yang melingkar mengelilingi rumah ku..


aku bertanya lagi pada NAGA setelah aku pastikan tiada sekor pun binatang dia

yang tertinggal di tubuh seluruh keluarga dari Rembau ni.


"Boleh ke aku panggil ko lagi kalau aku perlukan bantuan ko tangkap jin-jin jahat

ni " soalaku,bukan apa,best oooo dapat tundukkan NAGA, bukan senang..dalam

bertahun-tahun akududuk dalam dunia perubatan,ini la kali pertama aku

berdepan dengan NAGA...


Si Naga tu pun bersetuju membantu aku kalau-kalau aku panggil dia...hehe hehe...


Dalam diam aku naik ke atas rumah ku,aku panggil Tok Panglima Hitam, aku pun

tanya Tok Panglima Hitam, betul ke tu NAGA,Tentera ALLah... ( Tok Panglima

Hitam dah lamaberkawan ngn aku,dia datang tujuan membantu dalam

perubatan,katanya membantusemata-mata kerana ALLAh,kadang2 mengeluh

jugak dia,sebab jin-jin yang datang banyakyang handal2,tapi ini membuatkan dia

bertambah rajin beribadah dan menimba ilmu,kalu takbeperang,takda dugaan

dia selesa je dengan ilmu yang dia ada,kisah Tok Panglima Hitam niaku pasti

coretkan disini,banyak sejarah aku dgn dia)



Tok Panglima Hitam jelaskan pada aku,ini bukan NAGA, Naga cuma ada 4 ekor je

dalam dunia ni mengikut pengetahuan dia la, ini adalah Ular Syaitan yang

PERASAN menjadi NAGA...memang besar rupa nya..ada 2 taring besar di

hadapan,gigi-gigi tajam diantara 2 taringtu,dari kepalanya keluar umpama sayap

yang bercantum ke separuh badannya..memang dia boleh terbang dengan cara

mengibas-ngibas kan kepak dia tu..sebab tu yang sekor duk melingkar di atas

rumah aku....


ohhh,begitunya rupanya,si ULAR SYAITAN yang menyamar menjadi tentera

ALLAH..hehhe...aku pun turun balik,jumpa Sang PERASAN NAGA...

"ko pulanglah ye NAGA,nanti apa-apa aku panggil balik "

SI PERASAN NAGA tu pun pulang,lepas dia begerak pergi, nampak balik langit kat

rumah aku...


Keesokan Harinya, masa aku kat kat ofis duduk bersandar di kerusi empuk aku,

badan aku mularasa tak selesa..ada sesuatu yang nak datang ni..bisik hati ku

Aku pun mula kusyukan fikiran, renung jauh-jauh, mohon pada Allah di tunjukkan

alamat apayang menggangu...dalam hati aku zikir Laillah haillah tanpa henti....


PAMMM...SI NAGA PERASAN datang jumpa aku dah...tapi sekor je yang datang

kali ni...dia datang dari arah hadapan..aku tolak dia jauh pada aku..aku cakap kat

dia aku taknak ko dah,akutau ko sapa,semalam tu aku ingat ko NAGA...dia pun

lenyap dari hadapan..beberapa detik lepas

tu datang lagi sekor,aku rasa pasangan dia kut..datang dari belah kanan aku..sama

jugak.....aku tolak dia pergi jauh....


Bahaya betul la mintak-mintak benda ghaib ni berkawan ngn kita..kalu yang

ISLAM takpala,kena yang datang menyamar,buat naya je...ish ish...Moga ALLAH

lindungi Aku dan seluruh UMAT ISLAM...AMIN.....


Kisah si NAGA ni tak behenti disitu je..ada seorang PERAWAT dari melaka datang

kerumahku,ingin berjumpa ku berbincang-bincang..PERAWAT ni berkawan

dengan murid ku,so dia nak kenal la aku agaknya...


Masa dia datang kerumah,rumah ku penuh dengan pesakit, so aku tak dapat nak

layan...aku dukdalam bilik rawatan, di luar ramai lagi yang menunggu...entah mcm

mana dia terus je masukdlam bilik rawatan dan duduk sebelah aku...tanpa segan

dan silu,dia kacau rawatn aku,mula menujuk - nunjuk ilmu dia...yang paling best

siap ajar aku lagi..hehheee....aku tak mintak pun dalam hati aku,...tapi dia tetap

jugak duk tunjuk pandai..lantaklah bisik aku...


Yang aku hairan, dia tak nampak ke ramai nya org duk tunggu turn nak jumpa aku,

napa dia duk pikir aku perlukan bantuan dia,dia datang pun aku tak undang,lagi

mau tunjuk pandai..kalu tinggi pun ilmu,duduk diam2, jangan kacau majlis

orang..hati aku dah PANAS,kalau aku merendah diri,tak semestinya aku tunduk

pada dia


LAgi aku merendah DIRI lagi dia tunjuk pandai,habis semua pesakit yang datang

jumpa aku dia duk KACAU dengan cara dia..sialan mamat ni bisik aku...siap ko..aku

uji ko nanti hahhaha


Dalam dia duk becerita-cerita pasal ilmu dia la,scan dia la, dia nampak itu la, ini

la....aku terus tanya dia dengan nada perlahan..PAK Y........sapa dalam badan PAK

y.... tu ? soal aku..


Dia Jawab..panjangnya ceritanya na.....macam kamu mencari ILMU,saya ni

DATANG SENDIRI..dengan megahnya dia becerita macam mana dia dapat ilmu ni

melalui MIMPI.....eleh,mengaku pun dia,ingat dia tak sedar dalam badan dia ada

JIN...aku pun senyum je...DAN lagi..DAN lagi dia terus sekolahkan aku dengan

ilmu-ilmunya...


Kata PAK Y...,senang nak buat perubatan ni,kita panggil je TENTERA ALLAH..aik

mcm pernah ku dengar je ayat ni yoooo...dari mano yooooo....

ULAR NAGA tu tentera Allah na, dia turun menyamar, PAK Y.. yang suruh dia

datang tolong kamu berubat...


wakakak wakakakaa...ini mesti kes murid aku duk cerita ngn dia pasal SI NAGA

MENYAMAR..hahha rupa-rupanya dia dengar cerita tu ,terus dia seru si ULAR

SYAITAN ikut dia..ish bahaya betul,aku pulak lupa cerita kat murid aku tu yang SI

NAGA tu menyamar..so murid akupun cerita separuh jalan je la..si PAK Y.. terus

percaya yang itu tentera ALLAH..

banyak yang aku uji si PAK Y... ni,semuanya kantoi...


Yang paling best,esoknya dia call tanya aku,amacam semalam mengubat,dapat

settle tak semuanya tu...aku cakap susah la hebat2 JIN yang dtng semalam terang aku

merendah diri...itu IFRIT memang hebat,takpa kalau kamu tak mampu nanti

past kat PAK Y.. ye..denganangkuhnya dia cakap dia akan settlekan semua kes

berat2,yang ringan2 dia tinggalkan kat aku...


So aku pun uji la PAK Y..., dia ber sms dengan aku...masa tu aku tgh makan kacang

sambil besembang-sembang ngn murid2 aku..aku pun msg dia...PAK y....ni ada

pompuan tengah histeria ni,gila.kuat betul tenaga dia,tercampak kitorang kena

tendang ngn dia,mintak tolong PAK y....,dengan angkuhnya dia balas SMS aku...itu

IFRIT, takpa,biar PAK y...hantar Tentera ALLAH tangkap dio...


Wakaka wakakakak aku ngn murid2 aku tergelak.... aku uji lagi,uji lagi,uji lagi

smbil makan kacang dan tonton cerita hindustan..macam2 la dia cakap dia

hantar,gajah putih mata merah la..ULAR NAGA la,HARIMAu la..wak kawakaka..aku

duk gelak2 makan kacang...


Yang terakhir dia call aku ...Na, mcm mana semalam dapat settle tak? aku ckp

terima kasih la PAK Y... sebab tolong aku ,takpa Na ,lepas ni kalau yang power2

past je kat Pak Y...Rasullallah baru je datang jumpa Pak Y.., dia datang ngn Jibrail

tadi ni,dia bagi alamat ada kes yang lagi berat nak datang jumpa kamu

Na....wahhhhhhhhhhh...bisik hati aku..sambung Pak Y lagi,patut tak boleh cerita

kat org ni Rasullallah datang ngan Jibrail,tapi takpalah,Pak Y sayang kamu,so

Pak Y bagi tau la....


Aku pun scan tgk betul ke ada Cahaya Rasullallah dtg kat dio,takdo pun,mungkin

aku tak mampu scan Cahaya ni lagi..bisik hati ku...disebabkan pengakuan dia Yang

Sangat Berat ni la aku uji dia...kalu Ujian aku pun dia tak lepas n semuanya

kantoi..Sapa la yang menyamar jadi Rasulallah n Jibrail datang jumpa dio

tu...kesian bisik hati ku


Pak Y ni rajin mengaji Quran,sentiasa berjubah, dugaan apa yang dia dapat
ni....Wallahhualam

Sunday, July 18, 2010

Pendinding Ayatul Qursi-Tahap 1

Besar fadhilat Ayatul Qursi ni...

Nak baca macam biasa pun boleh,baca luar biasa pun boleh....

Jadikan amalan Harian untuk keselamatan dunia akhirat..

Dengan Izin Allah,aku Ijazahkan pada sesiapa yang berminat,seperti yang aku cakap,setiap 10

orang yang aku scan,7 tak lari dari gangguan sihir dan Jin...

Sihir ni Hidup...ada Sihir beserta Jin, ada Jugak Sihir yang tidak melibatkan jin..

InsyAllah dengan kebesaran Ayat Qursi dapat melindungi kita dari bala bencana dunia dan

akhirat

Kaedah....

Baca Ayat Qursi 3 kali dalam 1 nafas.....

tidak boleh baca terlalu laju, bacaan mestila jelas..

Kali pertama baca mungkin mampu 1 nafas sekali sahaja...buat latihan sehingga mampu 3 kali..

Aku sekarang mampu baca sehingga 7 kali dalam 1 nafas

Kelebihan..

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Penerangan bagi kaedah bacaan senafas ini

1-Sebelum tarik nafas bagi membaca ayat ni, niat agar apa sahaja yang ada didalam tubuh yang

memudaratkan tercampak keluar dari tubuh

2-Niat agar menjadi pendinding cahaya yang kuat dan tidak mampu ditembusi oleh jin ,syaitan

dan sihir

3-Di dalam Jantung setiap manusia ada kalimah "alif lam lam ha" Allah, apabila kita membaca

ayatul qursi senafas ini,Kalimah Alif Lam Lam Ha ini akan membesar dari jantung kita tadi dan

melindungi seluruh Jasad kita...( aku terkandung di dalam Alif Lam Lam Ha )
Related Posts with Thumbnails