Sunday, February 21, 2016

# Hempedu Bumi

Hempedu Bumi - Pusat Rawatan Ruhaniah

 Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menstabilkan tekanan darah tinggi, mengstabilkan kandungan gula dalam darah, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak.

Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Tanpa perlindungan yang disediakan oleh sistem imun badan kita, kita tentu tidak dapat mengelak daripada mendapat jangkitan-jangkitan daripada persekitaran, sama ada di dalam bentuk bakteria, kulat, virus-virus dan juga kanser-kanser merbahaya.

Pengenalan :

Nama Tempatan: Hempedu bumi Nama Saintifik: Andrographis Paniculata Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita Famili.

Khasiat Hempedu Bumi :

  • Daunnya boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum).
  • Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).
  • Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).
  • Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV.
  • Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.
  • Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.
  • Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.
  • Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.
  • Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.
  • Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.
  • Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.
  • Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.
  

 

3 comments:

Nor Helmi said...

Macam mana nk beli hempedu bumi tu tok?? Wasap 01120761914

Nor Helmi said...

Macam mana nk beli hempedu bumi tu tok?? Wasap 01120761914

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails